Empayar Kerajaan Osmaniyah : Sultan Osman 1 – Siri 2

Osman I

Oleh : Dr. H. Abdul Malik Karim Amrullah ( Dr. HAMKA )

( Dipetik dari Sejarah Umat Islam – ditulis oleh Allahyarham Dr HAMKA sejak 1939 -1961 selama 22 tahun – Semuga rahmat Allah keatasnya)

Pada tahun 687 H, 1288 M, mangkatlah Artugrul. Untuk gantinya Sultan ‘Ala ed-Din menunjuk cucunya yang sulung, Osman, putera Sauji.#

Osman terus setia berkhidmat, sebagai kepala perang tentera Sultan ‘Ala ed-Din Kaiqubah, dan tetaplah tentera asuhannya menjadi tentera “pelopor Sultan”, sehingga kerana kesetiaan dan kegagahperkasaan itu, Sultan ‘Ala ed-Din memberinya anugerah gelar “Bey”. Diberi pula daerah merdeka yang lebih luas daripada dahulu, dap diberi bun memakai mata wang sendiri, dan boleh pula memakai nama sendiri didalam khutbah Jumaat sehingga lantaran itu seakan-akan menjadi Raja besarlah Osman, yang masih kurang hanyalah mahkota saja.

Pada tahun 699 H, 1300 M. tiba-tiba datang sekali lagi serangan hebat bangsa Tartar ke Asia Kecil. Dengan gagah perkasa Osman mempertahankan wilayahnya dan wilayah Sultan ‘Ala ed-Din yang telah berjasa menaikkan bintangnya,sehingga serangan bangsa Tartar dapat digagalkan. Tetapi belum selang beberapa lama sehabis perang, tiba-tiba mangkatlah Sultan ‘Ala ed-Din, dan keturunannya sendiri tidaklah ada yang patut men­jadi raja (700 H). Sehingga putuslah kerajaan Saljuk Rumi dengan sebab kematian itu. Мака terbukalah jalan bagi Osman untuk naik lebih tinggi. Diperteguhnya kedudukan dan diperkuatnya pertahanan tanah-tanah wilayahnya yang sah itu, ditambah lagi dengan pusaka Sultan ‘Ala ed-Din, dan dimulainyalah memakai gelar “Pardishah Aal Osman” (Raja Besar Keluarga Osman). Dipilihnya negeri Iskishihar menjadi pusat kerajaan. Tentera diperkuat, negeri dimajukan dan pertahanan dikukuhkan. Setelah itu dikirimnya surat kepada raja-raja kecil yang belum Islam, yang memerintah di negeri-negeri Asia Kecil, memberi tahu bahawa dialah raja yang terbesar sekarang. Raja-Raja itu diberi memilih satu di antara tiga perkara: Pertama Islam, Kedua membayar jaziah, ketiga perang!

Setelah menerima surat itu, setengah langsung masuk Islam dan menggabungkan diri dengan baginda, dan setengahnya lagi sudi membayar jaziah. Akan tetapi ada pula yang tetap bertahan pada ugamanya yang lama, dengan jalan meminta bantuan kepada bangsa Tartar. Tetapi Sultan Osman tidak merasa gentar terhadap perbantuan bangsa Tartar itu, sebaliknya disiapkannya tentera untuk menghadapi serangan bangsa Tartar di bawah pimpinan puteranya Ourkhan. Ourkhan berperang melawan bangsa Tartar dengan gagah berani, sehingga bangsa Tartar kucar-kacir. Setelah itu dia kembali pergi mengepung kota Bursa pada 717 H. 1317 M. dan dapat dimasukinya kota itu setelah menaklukkan satu demi satu benteng yang ada di kelilingnya.

Dari Osman I inilah — sebagai yang kita terangkan terdahulu — diambil dan nama keturunan Kerajaan Bani Osman itu.

CATITAN #

Pada laman WIKIPIDIA di catit Uthman Bin Ertughrul seperti berikut:

Uthman I atau Uthman bin Ertughrul (bahasa Turki Uthmaniyyah: عثمان بن أرطغرل, bahasa Turki: Osman Gazi atau Osman Bey atau I.Osman atau Osman Sayed II) merupakan pengasas Empayar Turki Uthmaniyyah.

Uthman mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah daripada Kerajaan Turki Seljuk pada 1299. Dalam mempertahankan wilayahnya daripada serangan Mongol baginda telah mengumpulkan tentera Ghazi untuk mengukuhkan kedudukannya di Anatolia. Kebangkitan kerajaan Turki Uthmaniyyah berlaku seiringan dengan kemerosotan Empayar Byzantine.

BACA SIRI 1    DI SINI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s