Amalan Nabi s.a.w Di Malam Sepuluh Terakhir

Amalan Nabi s.a.w Di Malam Sepuluh Terakhir[i]

 

Adalah Rasulullah s.a.w. mengkhususkan puluhan akhir (dari 21-30 atau dari 20-29) dari bullan Ramadan, dengan beberapa ibadat yang beliau tidak kerjakan di likur yang lain.

Di antara ibadat-ibadat yang beliau istimewakan, ialah:

  1. Menghidupkan malamnya.
  2. Membangunkan keluarganya (isterinya) untuk shalat di malam-malam yang sepuluh itu.
  3. Mengikat kain pinggang ( Tidak bersama isteri)
  4. Mandi diantara maghrib dan ‘isya dan menghiaskan diri diam-diam yang diharapkan adanya lailatul qadar.Berdaya upaya dengan segala kesanggupan dan kesungguhan, mencari lailatul qadar.
  5. Mengerjakan i’tikaf di dalam mesjid pada likur yang terakhiir dalam bulan Ramadlan.

‘Aisyah r.a berkata:

“Adalah Nabi s.a.w. bersungguh sungguh di puluhan yang akhir, ара yang beliau tidak kerjakan di puluhan yang lain”. (H.R. Muslim).

 

Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim, dari ‘Aisyah r.a , ujarnya:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila telah masuk puluhan yang akhir, dari bulan Ramadan, beliau menghidupkan malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya”.

 

Diriwayatkan oleh Ibn Abid Dunya dari Abu Jaafar Muhammad ibn Ali  bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Barangsiapa datang kepadanya bulan Ramadan, lalu berpuasa pada siang harinya, dia shalat malam pada malamnya, dia pejamkan matanya dari melihat dari yang dilarang Allah, dia pelihara kemaluannya, lidah dan tangannya dan selalu berusaha shalat jama’ah dan bersegera menghadiri Jumaat, maka sungguh dia sempurna, mendapatkan lailatul qadar dan memperoleh pahala pemberian Allah yang tidak ternilai harganya”.



[i] Pedoman Puasa- Prof. DR. T.M Hasbi Ash. Shiddieqy  ms225-227

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s