Al Quran Memuliakan Sahabat-sahabt Nabi s.a.w Sedang Syiah Mencelanya ….

Al Quran Memuliakan Sahabat-sahabt Nabi s.a.w

Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam bukunya Pertelingkahan Para Sahabat Nabi SAW  Antara Ketulinan Fakta dengan Pembohongan sejarah menganalisa tajuk diatas menulis menyangah hujah Syiah yang mencela para sahabat Nabi s.a.w. Berikut ini tulisan beliau :

Sejak kebelakangan ini, beberapa pemikiran yang gawat tentang agama telah mula menyerap secara terang atau senyap ke dalam kefahaman umat Islam di Malaysia. Antaranya pemikiran golongan anti-hadith dan golongan Syi’ah. Kedua-dua puak ini bertemu pada suatu noktah, iaitu menolak kemuliaan dan nilai kebaikan yang dimiliki oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka menyatakan bahawa penolakan mereka terhadap para sahabat kerana berpegangnya mereka kepada al- Quran. Al-Quran bagi mereka, kononnya, menolak para sahabat bahkan memusuhi mereka.

Bagi mengetahui pendirian sebenar Islam terhadap para sahabat Nabi s.a.w., mestilah dirujuk kepada sumber tertinggi dalam al-Din ini. Sumber tertinggi Islam ialah al-Quran dan selepasnya ialah al-Sunnah. Justeru, dalam menilai para sahabat Nabi s.a.w., kita mestilah merujuk al-Quran dan al-Sunnah sebelum melihat sumber yang lain. Namun apakah benar dakwaan yang menyatakan bahawa al-Quran menem- pel$k dan memusuhi para sahabat? Bagi menjawab persoalan ini, di- senaraikan dalil daripada al-Quran yang memperkata tentang martabat dan kedudukan para sahabat Rasullullah s.a.w. Dalam al-Quran dalil- dalil tersebut terlalu banyak, namun bersesuaian dengan ruang yang terbatas ini maka memadailah disenaraikan beberapa dalil yang penting sahaja.

Antaranya saya kutip secara ringkas sahaja tanpa saya masukan huraian kepada ayat-ayat tersebut:

18. Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang Yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa Yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) Yang ada Dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka Dengan kemenangan Yang dekat masa datangnya;

-Al Fath 18

29. Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengkagumkan orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad dengki – Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar.

-Al-Fath 29

10. ……… tidaklah sama di antara kamu, orang-orang Yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi Menguasai Makkah). mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang Yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) Yang sebaik-baiknya. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa Yang kamu kerjakan.

-Al Hadid 10

100. dan orang-orang Yang terdahulu – Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar.

-At Taubah 100

8. (pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir Yang berhijrah, Yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang Yang benar (imannya dan amalnya).

9. dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.

10. dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang Yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu”.

-Al Hasyr 8-10

Dr Mohd Asri Zainul Abidin kemudian menulis:

Justeru, seorang penulis yang bernama Muhammad Salah Muhammad al-Sawi telah mengumpul dalil-dalil al-Quran yang jelas menunjukkan tingginya kedudukan para sahabat di sisi Allah S.W.T. lantas beliau membuat kesimpulan dengan menyatakan:

Kita telah melihat semua ayat al-Quran al-Karim, menerusinya kita mendengar penyaksian Allah Jalla wa Ala untuk para sahabat Rasulullah tentang hakikat iman yang tersimpan di dalam hati mereka dan betapa mereka itu ikhlas dalam ketaatan dan kesung- guhan beribadat. Allah juga memuji mereka kerana hijrah, jihad, menolong Islam, menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah dari- pada yang munkar dan berlumba-lumba melakukan kebaikan.

(Al-Sawi, Manzilah al-Sahabah ft al-Quran, him. 53)

Daripada ayat-ayat al-Quran berserta huraiannya di atas, dapat difahami betapa al-Quran telah menempatkan para sahabat pada satu kedudukan yang sangat tinggi dan terpuji. Allah S.W.T. adalah segala- galanya dalam ajaran Islam, apabila Allah S.W.T. telah memutuskan satu keputusan maka tiada sesuatu pun boleh menyanggahinya. Al- Quran adalah benar, ia tidak disentuh oleh sebarang keraguan. Tidak ada yang lebih benar daripada berita al-Quran. Tiada satu sumber yang lebih terpelihara di dalam alam ini selain al-Quran. Justeru, apabila wujudnya maklumat atau khabar yang bertentangan dengan al-Quran, maka sumber maklumat tersebutlah yang wajar dipertikaikan, bukannya al-Quran.

Catitan:

Buku Pertelingkahan Para Sahabat Nabi SAW  Antara Ketulinan Fakta dengan Pembohongan Sejarah adalah terbitan Pustaka Yamien  cetakan 2003 , setebal 167 mukasurat berharga RM15.00 . Buku ini mengupas dan menilai serta memberi  sangahan terhadap pembohongan sejarah terutama oleh puak Syiah. Buku ini sangat baik bagi peminat sejarah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s