Mereka di syurga …..

(mereka duduk di dalam syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;

sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan

mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya),

yang sentiasa beredar di sekitar mereka,

dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh

serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

mereka tidak merasa pening kepala

dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

(semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

mereka tidak akan mendengar dalam syurga itu perkataan yang sia-sia

dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa

mereka hanya mendengar ucapan:

” selamat! selamat! ” (dari satu kepada yang lain).

dan puak kanan,

alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu

mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

dan naungan yang tetap terbentang,

dan air yang sentiasa mengalir,

serta buah-buahan yang banyak,

yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka

dengan ciptaan istimewa,

serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

yang tetap mencintai jodohnya,

serta yang sebaya umurnya.

(semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

Maksud QS Al Waqi’ah 15-38

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s