Atmosfera

Atmosfera

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Atmosfera ialah lapisan gas yang melitupi sesebuah planet, termasuklah bumi, dari permukaan planet tersebut hingga jauh di luar angkasa. Di bumi, atmosfera boleh didapati dari paras permukaan tanah, hinggalah sekitar 700 km di atas permukaan bumi, dan dikekalkan di tempatnya oleh graviti bumi. Kajian tentang atmosfera mula-mula dilakukan untuk memecahkan masalah cuaca, fenomena pembiasan sinar matahari ketika terbit dan tenggelam, serta kerdipan bintang. Dengan peralatan yang sensitif yang dipasang di kawasan angkasa, kita dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang atmosfera serta fenomena-fenomena yang terjadi di dalamnya.

Atmosfera bumi terdiri dari (mengikut isipadu): nitrogen (78 %) dan oksigen (21 %), dengan sedikit argon (1 %), karbon dioksida, wap air dan gas lainnya. Atmosfera melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinaran ultra-lembayung dari matahari dan mengurangkan suhu ekstrem di antara siang dan malam. 75 % dari atmosfera bumi ada dalam 11 km dari permukaan tanah. Atmosfera tidak mempunyai sempadan mendadak, tetapi menipis perlahan-lahan dengan bertambahnya ketinggian, dan tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa lepas. Garisan Karman, pada 100 km (62 batu), sering juga digunakan sebagai sempadan antara atmosfera dan angkasa

Lapisan atmosfera bumi

Lapisan atmosfera

Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, yang dinamai menurut fenomena yang terjadi di lapisan tersebut. Peralihan antara lapisan yang satu dengan yang lain berlaku secara bertahap. Lapisan udara ini boleh dibahagikan kepada:

  • Troposfera
  • Stratosfera
  • Mesosfera
  • Termosfera
  • Eksosfera

Tekanan atmosfera

Tekanan atmofera disebabkan oleh udara juga mempunyai berat. Ini bermakna tekanan atmosfera berbeza mengikut lokasi dan masa kerana jumlah udara (dan beratnya) di permukaan bumi berbeza mengikut tempat dan masa. Secara kasarnya, tekanan atmosfera jatuh kira-kira 50% pada ketinggian altitud 5 km (ataupun jumlah berat atmosfera di bawah 5 km adalah separuh daripada jumlah berat keseluruhan atmosfera). Tekanan atmosfera biasa di permukaan laut ialah sekitar 101.3 kilopascal (kPa) dan dipanggil 1 Atm.

Komposisi atmosfera bumi

Atmosfera tersusun oleh:

  • Nitrogen (N_2, 78.17 \%)
  • Oksigen (O_2, 20.97 \%)
  • Argon (Ar, 0.9 \%)
  • Air (H_2O, 0-7 \%)
  • Ozon (O, 0-0.01 \%)
  • Karbon dioksida (CO_2, 0.01-0.1 \%)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s