Takrifan Keluarga Sistem Suria


Pada 24 Ogos tahun 2006, masyarakat dunia telah dikejutkan akan penyingkiran Pluto daripada keluarga planet dalam Sistem Suria kita. Ini berikutan dengan pindaan takrifan yang dilakukan di bawah Resolusi 5A bagi Perhimpunan Am yang ke-26 dengan menyatakan bahawa “planet dan jasad yang lain, selain satelit, dalam Sistem Suria kita akan ditakrifkan kepada tiga kategori yang berbeza dengan cara yang berikut:

(1) Sebuah “planet” merupakan satu jasad samawi yang (a) mengelilingi Matahari, (b) mempunyai jisim yang mencukupi untuk membentuk gravitinya sendiri bagi mengatasi daya jasad tegar supaya ia dianggap membentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulat), dan (c) telah mengosongkan kawasan sekelilingnya di sekitar orbit (selain satelitnya).

(2) Sebuah “planet kerdil” merupakan satu jasad samawi yang (a) mengelilingi Matahari, (b) mempunyai jisim yang mencukupi untuk membentuk gravitinya sendiri bagi mengatasi daya jasad tegar supaya ia dianggap membentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulat), (c) telah mengosongkan kawasan sekelilingnya di sekitar orbit (selain satelitnya), dan (d) bukan sebuah satelit (tidak mengelilingi jasad lain dalam Sistem Suria selain Matahari).

(3) Semua jasad lain, selain satelit, yang mengelilingi Matahari akan dirujuk secara keseluruhannya sebagai “Jasad Sistem Suria Kecil”.

Maka, mulai saat itu, keluarga planet hanya tinggal 8 sahaja iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Manakala Pluto telah menyertai Ceres dan Eris sebagai golongan planet kerdil.


Berikutan itu, pada 14 Julai 2008, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah mengisytiharkan bahawa objek di bahagian luar Sistem Suria iaitu 2005 FY9 adalah planet kerdil dan namanya telah sebagai Make-make yang berasal dari nama dewa kemanusiaan Polynesia.

Kemudian, pada 17 September 2008, IAU sekali lagi mengumumkan bahawa objek trans-Neptun iaitu 2003 El61 telah diterima sebagai planet kerdil dan namanya, Haumea, sempena nama dewi kesuburan Hawaii, telah diterima pakai bersama dua satelitnya, Hi’aka (dewi penaung Hawaii) dan Namaka (dewi laut Hawaii).

Alangkah meriahnya keluarga Sistem Suria kita kini!

Sumber : http://astronomi-semesta.blogspot.com/2009/06/takrifan-keluarga-sistem-suria.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s