Siapa Pembunuh Khalifah Usman Bin Afan r.a

Siapa Pembunuh  Khalifah Usman Bin Afan  r.a

Usman r.a dilantik menjadi Khalifah ke tiga pada akhir tahun 23 Hijrah dan memulakan kepimpinannya pada awal Muharam tahun 24 Hijrah. Usman r.a terbunuh pada hari Jumaat 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah – demikian tercatit di dalam Sejarah Khalifah Rasullah oleh Prof Dr.  Amin Qudaah

Daripada Ibnu Umar Nabi s.a.w berkata:

“Sesungguhnya para malaikat malu kepada Usman seperti mereka malu pada Allah dan rasulnya.”

Nabi s.a.w  melalui hadis nya telah memberi khabar bahawa Umar r.a dan Usman r.a akan mati syahid. Satu ketika nabi  bersama kedua sahabatnya itu nak ke Bukit Uhud, tiba-tiba bukit Uhud bergoncang, maka bersabdalah nabi s.a.w:

“Bertenanglah wahai Bukit Uhud, tidak ada di atas kamu kecuali seorang nabi dan dua orang yang akan mati berjuang ( syahid)”

Pada hari syahidnya Usman r.a  beliau berpuasa. Beliau memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau bermimpi:

“Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w , Abu Bakar dan Umar dalam mimpiku, mereka berkata kepada ku, “ Bersabarlah! Engkau akan berbuka puasa disisi kami nanti”.

Kerana itu Usman r.a telah memakai seluar, sedangkan sebelum itu beliau tidak pernah memakai seluar. Beliau tidak pernah memakai seluar sejak sebelum Islam dan selepas Islam. Beliau memakainya kerana takut terdedah  auratnya apabila syahid.

Semasa dibunuh Usman r.a sedang membaca al Quran.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di dalam bukunya Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w meyebut Pembunuh Usman r.a  ialah seorang yang bergelar al-Mar’u  al-Aswad. Beliau memetik pekara ini daripada kitab Ibn  Al-Arabi, Al-Awasim min al-Qawasim halaman 141.

Dr. Mohd. Asri menambah dengan mengutip tulisan  Muhibb al-Din al-Khatib dalam kitabnya Ta’liqat al-Awasim min al-Qawasim halaman 141  mengatakan  “kemungkinan al-Mar’u al-Aswad itu adalah ‘Abd Allah ibn Saba’. Ini kerana pada masa itu ‘Abd Allah ibn Saba’ turut hadir bersama para  pemberontak. Tujuan nama itu digunakan untuk mengelirukan orang ramai.”

Rujukan:

Sejarah Khalifah Rasullah oleh Prof Dr.  Amin Qudaah

Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Al Bidayah Wan Nihayah oleh Ibn Katsir

1 thought on “Siapa Pembunuh Khalifah Usman Bin Afan r.a

  1. Pingback: Kronologi Pembunuhan Utsman Radhiyallahu ‘anhu « Aburedza

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s