Keluarga Nabi Yakub a.s.

Nabi Ya’akub a.s adalah putera dari Nabi Ishaq a.s. bin Nabi Ibrahim a.s. Ibunya bernama Rifqah binti Batueil bin Nahur bin Azar (Tarah). Beliau dilahirkan di Kan’an (Palestin). Daripada Yaakub dinasabkan keturunan Bani Israil. Justeru, Yaakub dinamakan juga Israil. Saudara abang kembar kepada Yaakub bernama al-‘Ish.  Al-Ish digelar sebagai bapa bangsa Romawi.

Yaakub dibesarkan di sisi ibu bapanya, Ishak dan Rifqah (juga disebut Rabekah atau Rivkah dalam versi Yahudi dan Injil Kristian). Kemudian beliau disuruh ibunya berpindah ke rumah bapa saudaranya bernama Laban Bin Batueil (Sudara ibunya) di Fidan Aram, berhampiran Babilon di Iraq.

Ini kerana ibunya khuatir beliau dianiayakan abangnya, ‘Ish yang sebelum ini mengugut untuk membunuhnya.

Kemudian Yaakub pergi mencari bapa saudaranya dan tiba di satu tempat, beliau tertidur kerana keletihan berkelana sepanjang hari. Dalam tidurnya, beliau bermimpi melihat malaikat naik ke langit dan turun ke bumi.

Bangun daripada tidur, beliau berasa senang dengan mimpi itu dan bernazar mahu membangunkan tempat ibadah di situ kerana Allah. Beliau mengambil batu dan mencelupkannya ke dalam minyak, supaya tempat itu diketahui orang. Tempat itu dinamakan Baitu II, iaitu Baitullah. Kawasannya kini dikenali sebagai Baitulmaqdis.

Selepas itu, Yaakub meneruskan perjalanan menuju ke rumah bapa saudaranya di Iraq. Di sana, beliau melihat dua anak bapa saudaranya, iaitu Layya dan Rahil. Tetapi beliau berkenan dan ingin meminang anak bapa saudaranya yang bongsu, iaitu Rahil, kerana wajahnya cantik dibandingkan Layya, yang matanya kurang menarik.

Bapa saudaraya memberikan syarat supaya Yaakub mengabdikan diri selama tujuh tahun dengan mengembala kambing sebelum dapat berkahwin dengan Rahil. Yaakub bersetuju dengan syarat itu.

Apabila habis tempoh itu, bapa saudaranya mengadakan majlis perkahwinan pada waktu malam, tetapi dibawakannya Layya untuk dikahwinkan.

Keesokan paginya, Yaakub menyedari yang dikahwininya itu bukan Rahil, tetapi Layya. Yaakub berkata kepada bapa saudaranya: “Kenapa pakcik mengkhianati saya, sedangkan saya meminang Rahil.”

Bapa saudaranya berkata: “Bukanlah adat kita untuk mengahwinkan adik terlebih dulu, sebelum kakaknya. Seandainya kamu mencintai adiknya, kamu harus mengembala lagi kambingku selama tujuh tahun, selepas itu baru aku nikahkan kamu dengan Rahil.”

Yaakub menyahut syarat yang diberikan bapa saudaranya. Apabila cukup tujuh tahun, dikahwinkan Rahil dengan Yaakub. Dengan perkahwinan itu, beliau mempunyai dua isteri bersaudara. Tetapi perkahwinan dua isteri bersaudara kandung waktu itu tidak dilarang.

Layya dan Rahil mempunyai dua hamba sahaya, iaitu Zulfah dan Balhah. Kemudian kedua-duanya dikahwini Yaakub.

Beliau dikurniakan 12 anak lelaki. Melalui Layya, lahirnya Rabin, Syam’un, Lawi, Yahuza, Yakasir dan Zebulon, manakala dengan Rahil melahirkan Nabi Yusuf dan Bunyamin.  Mengikut Ibn Katsir didalam  Kisah para Nabi Rahil wafat selepas melahirkan Bunyamin.

Sementara perkahwinannya dengan Zulfah melahirkan Jaad dan Asyir. Manakala melalui isterinya Balhah, melahirkan Daan dan Nafrali. Semua ahli keluarga Yaakub kemudian disebut al-Asbath, bermakna kabilah Bani Israil, kerana mereka mempunyai banyak keturunan. Anak Yaakub masing-masing menjadi ketua suku daripada kaum Bani Israil.

Secara ringkas Nabi Ya’qub telah dianugerahkan oleh Allah sebanyak 12 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, mereka adalah penama-penama seperti berikut:

  1. Ruben(anak sulong Nabi Ya’qub)(juga disebut RU’BEM,REUVEN dan RAOBIN dalam beberapa versi Kristian Bible) – Ibn Katsir menyebut dalam Kisah Para nabi, beliau lah yang membuang Yusof kedalam perigi.
  2. Simon (atau SYAHMUN dalam kebanyakan frasa sebutan bahasa Aram, Ibrani dan Arab).(Mempunyai anak lelaki yang bernama Thalut @ Saul, dimana kisah Thalut ada disebutkan dalam Al-Quran).
  3. Levi 1 @ Lewi 1 bapa kepada Matthat(keturunan nenek moyang Nabi Isa).
  4. Yahudza (bapa kepada Bares)(keturunan nenek moyang Nabi Daud,Nabi Sulaiman dan kebawah).Perkataan Yahudi juga diambil daripada namanya. Beliau dikatakan membawa balik baju gamis Yusof yang berlumuran darah untuk ditunjukkan kepada Yaakub selepas Yusuf dibuang kedalam perigi. Ustaz Ya Ali Dahaman dalam kuliah tafsir pada mentafsir ayat 96 surah Yusuf memetik tafsir Qurtubi menyebut Yahudza juga lah membawa balik baju gamis Yusof dari Mesir dan meletakkan dimuka Yakub lalu sembuhlah matanya dari buta. Qurtubi menyebut baju gamis Yusuf tersebut adalah berasal dari Syurga. Allah melalui malaikatnya memakaikan kepada nabi Ibrahim a.s semasa nabi Ibrahim dibakar oleh Namrud. Baju yang sama diwarisi kepada Ishak a.s, kepada Yakub a.s dan kepada Yusof a.s.
  5. Daan
  6. Natthali (Naftalv)
  7. Gad (Yad)
  8. Asyer (Asvir)
  9. Isakhar (Yassakir)
  10. Zebulon (Zabanun)
  11. Yusuf(Nabi Yusuf a.s.)
  12. Bunyamen @ Benjamen (merupakan moyang kepada Nabi Yunus a.s.)
  13. Dinah (anak perempuan tunggal Nabi Yaa’qub)- ibn-katsir dalam Kisah Para Nabi menyebut ia anak dari Layya

Catitan: Terdapat perbedzaan ejaan nama bergantung kepada sumber yang berbedza

Rujukan:

Tafsir ibn-Katsir Surah Yusof ayat 96

http://klikkhas.bharian.com.my/

Wikipidia

Ibn Katsir –Kisah Para Nabi

Abdullah Yusof Ali – Terjemahan Surah Yusof

 

Sumber : http://masjidassyakirin.wordpress.com/2010/10/20/keluarga-nabi-yaakub-a-s/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s