(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup
semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit?
Tuhan telah membinanya (dengan kukuh)!
Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu
menyempurnakannya,
Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita,
Serta menjadikan siangnya terang-benderang.
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya),
Ia mengeluarkan dari bumi itu:
airnya dan tumbuhtumbuhannya;
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (dibumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu
dan binatang binatang ternak kamu.
(Surah An-Naazi’aat:27-33)
Membaca ayat di atas membuat aku termenung. Bagai Allah berfirman kepada Aku. Satu soalan yang mengujakan oleh Allah:
Akukah yang sukar diciptakan atau langit?
Soalan itu membuat aku menjadi kecil lagi hina. Apalah aku ini diatas dunia. Dan bumi ini hanya badingan sebutir debu diangkasa raya. Luasnya angkasa tidak terjangkau oleh akal membayangkannya. Dipenuhi pula oleh berbilion bintang-bintang bertaburan didalam kumpulan galaksi-galaksi. Dia lah Allah yang menjaga dan mengawalnya. Maha suci Engkau, tuhanku.
Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau,
Engkaulah yang menjadikan aku,
aku adalah hamba-Mu,
dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku,
aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku.
Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan
dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan.
Ampunilah aku,
kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau.