Konsep Ijtimak Bulan-matahari Bagi Penentuan Hilal

Hilal
Apakah hilal? Hilal ialah fasa bulan yang terawal boleh dilihat selepas Ijtimak yang menunjukkan sebahagian kecil dari permukaan bulan yang bercahaya. Ia kelihatan seperti satu lengkuk cahaya halus seperti sabit.

Rajah 1 di atas menunjukkan edaran bulan mengelilingi bumi dan bumi mengelilingi matahari. Semasa bulan mengelilingi bumi di dalam orbitnya, ia akan sampai kepada satu kedudukan di mana matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garis (meridian) dan kedudukan ini dinamakan Ijtimak.
Ijtimak berasal dari perkataan Arab yang bermaksud berkumpul. Bulan seterusnya bergerak meninggalkan kedudukan Ijtimak 1 dan terus beredar mengelilingi bumi sehingga ia mengalami kedudukan ijtimak yang berikutnya iaitu Ijtimak 2. Dalam masa yang sama bumi juga beredar mengelilingi matahari. Masa yang diambil oleh bulan dari Ijtimak 1 ke Ijtimak 2 ialah 29 hari 12 jam 44 minit 2.9 saat. Ini bermakna bulan sudah melengkapkan satu edaran lengkap dan edaran ini dinamakan edaran Sinodis.
Akibat dari edaran bulan mengelilingi bumi bahagian muka bulan yang bercahaya kelihatan berubah dari hari ke hari dari bentuk sabit halus bertambah menjadi lebih besar hingga menjadi purnama dan mengecil semula dan menjadi seperti sabit halus. Perubahan ini dinamakan fasa. Semasa bulan mengelilingi bumi ia mengalami fasa-fasa yang tertentu bermula dari fasa hilal.

Dalam rajah 2 di bawah menunjukkan fasa-fasa bulan.

Kedudukan 1 merupakan kedudukan awal bulan dan fasa ini dinamakan fasa bulan baru (new moon) atau Ijtimak. Kedudukan ini dikira sebagai titik mula pergerakan bulan beredar mengelilingi bumi. Dari kedudukan 1 bulan bergerak ke kedudukan 2, ke 3 , ke 4 dan akhirnya kembali semula pada kedudukan 1. Pada setiap kedudukan bulan bulan mempunyai fasa yang berlainan.

Pada ketika Ijtimak, bulan betul-betul berada di antara bumi dan matahari. Ketika ini bulan tidak dapat dilihat oleh penduduk di bumi kerana bahagian gelap bulan menghadap bumi. Apabila bulan beredar sedikit ke kedudukan 1a, sebahagian kecil permukaan bulan yang bercahaya akan dapat dilihat bentuknya seperti lengkuk cahaya yang sangat halus. Inilah yang dinamakan hilal.

Syarat Kenampakan Hilal

Untuk menentukan awal bulan Contohnya 1hb. Ramadhan secara hisab kita mesti tahu bila berlakunya Ijtimak. Secara umum Ijtimak berlaku diakhir bulan hijrah. Hilal dianggap boleh kelihatan sekiranya memenuhi syarat (MABIMS) ImkanuRukyah (kemungkinan boleh rukyah ) ketika ghurub (terbenam) matahari pada hari rukyah, 29 haribulan Syaban.

Syarat tersebut ialah Umur hilal ketika ghurub sekurang-kurangnya 8 jam selepas Ijtimak. Jika syarat ini dipenuhi maka hari esok dikira sebagai 1 hb.

Selain syarat di atas ada dua lagi syarat iaitu : Altitud (ketinggian) hilal dari ufuk sekurang-kurangnya 2° ketika ghurub matahari.
DAN : Jarak lengkung matahari dan bulan sekurang-kurangnya 3°.


Sekirannya syarat umur sudah mencukupi bermakna syarat kenampakan dipenuhi.

 

Sumber:  Petikan dari Kertas Kerja Penentuan Ramadhan dan Syawal 1426H
Dr (H) Hj. Kassim b. Bahali
Balaicerap Al-Khawarizmi
Jabatan Mufti Melaka

 

CATATAN HUJUNG:

Pada 27-30 November 1978, kerajaan Malaysia menghantar  Tuan Haji Mohd. Khair Bin Hj. Mohd Taib , seorang ahli astronomi Malaysia,  ke persidangan falakiah di Istanbul, Turki. Turut serta ialah Datuk Syeikh Abdul Mohsin, Mufti Wilayah Persekutuan dan Profesor Abdul Hamid Tahir, Pensyarah Fakulti Ukur, Universiti Teknologi Malaysia. Antara hasilnya ialah Ijtimak matahari dan bulan tidak kurang dari 8 jam sebelum ghurub matahari. Ia akhirnya diterima sebagai salah satu dari kriteria kenampakan hilal.

Hilal
Apakah hilal? Hilal ialah fasa bulan yang terawal boleh dilihat selepas Ijtimak yang menunjukkan sebahagian kecil dari permukaan bulan yang bercahaya. Ia kelihatan seperti satu lengkuk cahaya halus seperti sabit.
3
Orbit bumi
Bulan
Bumi
Ijtimak 2
Matahari
Ijtimak 1
Rajah 1
Rajah 1 di atas menunjukkan edaran bulan mengelilingi bumi dan bumi mengelilingi matahari. Semasa bulan mengelilingi bumi di dalam orbitnya, ia akan sampai kepada satu kedudukan di mana matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garis (meridian) dan kedudukan ini dinamakan Ijtimak.
Ijtimak berasal dari perkataan Arab yang bermaksud berkumpul. Bulan seterusnya bergerak meninggalkan kedudukan Ijtimak 1 dan terus beredar mengelilingi bumi sehingga ia mengalami kedudukan ijtimak yang berikutnya iaitu Ijtimak 2. Dalam masa yang sama bumi juga beredar mengelilingi matahari. Masa yang diambil oleh bulan dari Ijtimak 1 ke Ijtimak 2 ialah 29 hari 12 jam 44 minit 2.9 saat. Ini bermakna bulan sudah melengkapkan satu edaran lengkap dan edaran ini dinamakan edaran Sinodis.
Akibat dari edaran bulan mengelilingi bumi bahagian muka bulan yang bercahaya kelihatan berubah dari hari ke hari dari bentuk sabit halus bertambah menjadi lebih besar hingga menjadi purnama dan mengecil semula dan menjadi seperti sabit halus. Perubahan ini dinamakan fasa. Semasa bulan mengelilingi bumi ia mengalami fasa-fasa yang tertentu bermula dari fasa hilal.
4
Dalam rajah 2 di bawah menunjukkan fasa-fasa bulan. Kedudukan 1 merupakan kedudukan awal bulan dan fasa ini dinamakan fasa bulan baru (new moon) atau Ijtimak. Kedudukan ini dikira sebagai titik mula pergerakan bulan beredar mengelilingi bumi. Dari kedudukan 1 bulan bergerak ke kedudukan 2, ke 3 , ke 4 dan akhirnya kembali semula pada kedudukan 1. Pada setiap kedudukan bulan bulan mempunyai fasa yang berlainan. Pada ketika Ijtimak, bulan betul-betul berada di antara bumi dan matahari. Ketika ini bulan tidak dapat dilihat oleh penduduk di bumi kerana bahagian gelap bulan menghadap bumi. Apabila bulan beredar sedikit ke kedudukan 1a, sebahagian kecil permukaan bulan yang bercahaya akan dapat dilihat bentuknya seperti lengkuk cahaya yang sangat halus. Inilah yang dinamakan hilal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s