Boleh melaksanakan ibadah korban sehingga hari ini

KUALA LUMPUR: “Umat Islam di negara ini boleh melaksanakan ibadah korban sehingga hari ini,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk melaksanakan ibadah itu selepas solat sunat Aidiladha Rabu lalu iaitu 10 Zulhijah sehingga hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijah atau 18, 19 dan 20 November.
“Berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijah 1431 Hijrah di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan Mufti Negeri-negeri di Malaysia pada 6 November lalu, ahli falak mendapati anak bulan tidak kelihatan di semua tempat dan sekali gus menetapkan Aidiladha pada tahun ini disambut pada 17 November,” katanya.

Katanya, hasil data cerapan itu diperoleh selepas ahli falak mendapati kedudukan hilal (anak bulan) tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan).
Sehubungan itu, beliau berkata Khamis, Jumaat dan Sabtu adalah Hari Tasyrik bagi seluruh umat Islam pada tahun ini yang membolehkan mereka menunaikan korban.
“Hal ini, sekali gus menafikan pandangan dan kekeliruan sesetengah pihak yang menyatakan ibadah korban hanya boleh dilakukan sehingga hari ini (semalam) sebagaimana menurut Arab Saudi,” katanya.

Wan Mohamad juga berkata, asas penentuan Aidiladha di Malaysia juga selaras dengan Singapura dan Indonesia.
Sebelum ini Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, mendakwa tarikh Aidiladha pada tahun ini menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini kerana ia berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi. – Bernama

 

Rencana  berkaitan :

https://aburedza.wordpress.com/2010/11/15/mengapa-hari-raya-korban-di-malaysia-tidak-sama-dengan-arab-saudi/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s