Syiah Di Serbu: Tatu kalimah Allah

Syiah: Tatu kalimah Allah

Oleh Nor Azura Abdul Jalil, Shahrul Redzuan Zulkifli dan Muhaamad Hafis Nawawi
SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah  yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
SERBU…pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah
yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.

Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor, malam kelmarin.

Serbuan pada jam 10.15 malam itu disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama.

Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka. Suasana bertambah tegang apabila seorang pengikut lain bangun dan melaungkan selawat sambil disambut pengikut lain selama beberapa minit.

Apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri, seorang pengikut terbabit memarahi penguat kuasa Jais menyebabkan berlaku pertikaman lidah.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang menyertai operasi itu berkata, pihaknya percaya ketika serbuan ratusan pengikut Syiah terbabit mengikuti ceramah khas yang disampaikan seorang lelaki warga Iran.

Menurutnya, ceramah itu diadakan bersempena tarikh 10 Muharam dalam kalendar Islam yang dianggap mulia oleh pengikut Syiah sebagai memperingati kematian Saidina Husain.

“Keseluruhannya, kami menahan kira-kira 200 orang, namun 72 daripada mereka bayi dan kanak-kanak. Jadi hanya 128 individu dewasa yang ditahan untuk diambil keterangan dan sebahagian besar daripada mereka lelaki.

“Jais sudah melakukan intipan selama dua tahun bagi mengumpul bukti mencukupi sebelum melakukan serbuan ini dan penahanan lebih 100 orang terbabit menjadikan ia tangkapan ajaran sesat terbesar di Selangor pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, Jais percaya daerah Gombak menjadi pusat utama penyebaran Syiah di Selangor sedangkan fahaman itu sudah diwartakan sebagai ajaran sesat di Selangor mengikut Seksyen 12 (C) 1995.

Menurutnya, fahaman Syiah lebih berbahaya daripada al-Arqam dan jika dibiarkan ia boleh mengancam keselamatan negara dan perlu dibendung.

“Bagi lelaki, tarikan seks dipercayai menjadi antara sebab utama mereka mudah mengikuti fahaman Syiah kerana fahaman ini menghalalkan nikah mutaah.

“Pengikut Syiah juga beranggapan membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah halal dan dibenarkan, malah menjadi satu jihad kepada mereka.

“Selain itu, mereka turut mendewa-dewakan Saidina Ali berbanding Nabi Muhammad s.a.w. Malah, ganjaran syurga menanti juga pengikut Syiah yang melawat makam Saidina Husain,” katanya.

Mohammed Khusrin berkata, lebih membimbangkan apabila pensyarah turut dikesan menjadi pengikut Syiah dan menyebarkannya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini.

Berikutan serbuan malam kelmarin, dua lelaki termasuk seorang warga Iran dihadapkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Kuang, Selangor, bagi mendapatkan perintah jaminan.

Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin membenarkan kedua-duanya dijamin RM2,000 setiap seorang dan pasport antarabangsa warga Iran itu diarah diserahkan kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pada prosiding semalam, tiada pertuduhan dibacakan terhadap mereka dan Saiful Azli menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan kes berkenaan.

Di luar mahkamah, lebih 20 lelaki dipercayai pengikut Syiah hadir untuk memberi sokongan kepada kedua-dua individu terbabit yang dipercayai pemimpin mereka.

Ciri kesalahan fahaman Syiah

  • Menghalalkan nikah mutaah
  • Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah
  • Menolak ijmak ulamak
  • Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga
  • Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam
  • Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab
  • Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w
  • Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan
  • Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w
  • Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir
  • 7 thoughts on “Syiah Di Serbu: Tatu kalimah Allah

    1. Hati-hati dengan orang yang nak pelaris surat khabar…Sabar dulu….

      Syiah di Gombak adalah Jaafariyah

      Anda boleh mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat kalau anda tidak termasuk pengikut dalam 8 Mathahib yang diendorsekan dalam Deklarasi Amman.

      Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat adalah menghina Deklarasi Amman yang di endorse lebih 500 ulama dunia, raja-raja Arab, Mufti-mufti termasuk menghina persetujuan DSAI, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman, Khairy Jamaluddin dll.

      Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat adalah juga menghina fatwa yang dikeluarkan oleh Shaikhul Azhar, Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Mufti Besar Mesir, Professor. Dr. Ali Jumu’a, Pengarah Majlis Sunna dan Sira Qatar, Shaykh Dr. Yusuf Abdallah Al-Qaradawi dan ulama-ulama dari Akademi Fiqh Islami Saudi Arabia.

      Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Syiah Jaafari, Syiah Zaidiah dan Ibadiyah sesat menjadikan anda wakil/ejen tidak langsung zionis dan musuh Islam yang memprovokasikan perpecahan umat Islam. Banggakan?

      Yang paling saya takutkan …. mengatakan mereka sesat terpulang pada kita… Nauuzubillah

      Point 1 Deklarasi Amman
      —————————–
      Whosoever is an adherent to one of the four Sunni schools (Mathahib) of Islamic jurisprudence (Hanafi,Maliki, Shafi‘i and Hanbali), the two Shi‘i schools of Islamic jurisprudence (Ja‘fari and Zaydi), the Ibadi school of Islamic jurisprudence and the Thahiri school of Islamic jurisprudence, is a Muslim. Declaring that person an apostate is impossible and impermissible. Verily his (or her) blood, honour, and property are inviolable..

      http://ammanmessage.com

      • Mengapa anda persoal dan gadoh jika menghina Deklarasi Amman, yang di endorse lebih 500 ulama dunia, raja-raja Arab, Mufti-mufti termasuk menghina persetujuan DSAI, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman, Khairy Jamaluddin dll. TAPI MENGAPA ANDA TIDAK GADOH SYIAH MENGHINA , MENCERCA, MENGKAFIR , MEMFITNAH ….. PARA ISTERI RASULULLAH DAN PARA SAHABAT? ANDA HANYA FIKIRKAN DARAH NYAMUK YANG LEKAT DI KAIN? APAKAH ANDA TIDAK SEDAR KENYATAAN DIBAWAH:

        *Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.

        Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah s.a.w. semua sahabat murtad kecuali Ahlul-Bait dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz. 27, hal 64-66:

        Terjemahannya;

        Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapiapabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; ” Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Sulaiman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi”.

        *Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai Empat Berhala Quraisy Serta Pengikut-pengikut Mereka Adalah Musuh Allah

        Golongan Syiah menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy. Ini dinyatakan dalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain hal.330. dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin lyasy al-Salami al-Samarqandi terkenal dengan panggilan Ibn al-Iyasyi hal. 11 6.

        Terjemahannya;

        Daripada Abu Hamzah al-Thumali, Abu Jafar a.s. berkata ” Wahai Abu Hamzah sesungguhnya yang beribadah kepada Allah ialah mereka yang mengenal Allah. Maka adapun mereka yang tidak mengenal Allah seolah-olah ia menyembah selain Allah. Perbuatan sedemikian adalah sesat.” (Aku)Abu Hamzah menjawab; “Semoga Allah memberikan kebaikan kepada engkau.” Apakah yang dimaksudkan dengan mengenalallah itu? Jawab Abu Jafar; “Membenarkan Allah dan Membenarkan Nabi Muhammad Rasulullah tentang perlantikan Ali dan menjadikannya sebagai imam dan imam-imam yang mendapat pertunjuk selepasnya dan berlindung kepada Allah daripada musuh-musuh mereka”. Demikianiah juga dengan pengenalan terhadap Allah. Kata Abu Jafar lagi, aku (Abu Hamzah) bertanya lagi; “Semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau”. Apakah sesuatu yang apabila aku amalkannya pasti aku dapat menyempurnakan hakikat iman?. Jawab Abu Jafar, “Hendaklah engkau melantik wali-wali Allah dan memusuhi musuh-musuh Allah dan hendaklah engkau bersama orang-orang yang benar, sebagaimana Allah memerintahkan engkau ‘t Aku (Abu Hamzah) bertanya lagi, siapakah waliallah dan siapakah musuh Allah itu? Lalu ia menjawab, “Wali-wali Allah ialah Nabi Muhammad RasuluIlah, Ali, Hasan, Husin dan Ali bin al-Husain. Kemudian berakhirlah perkara itu tentang wali-wali kepada kami, kemudian dua anak lelaki Ja’far, Ialu ia mengiakan (dengan keadaan menganggukkan kepala) kepada Abu Ja’far dalam keadaan duduk. Maka siapakah yang melantik mereka? “Allahlah yang melantik mereka dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.”

        Aku bertanya lagi, “Siapakah musuh-musuh Allah, semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau.” Iajawab, “Empat berhala.” Ia bertanya lagi “Siapa empat berhala itu”? Ia menjawab, “Abu Fusail (Abu Bakar) Rama’ (Umar) Nathal (Uthman) dan Muawiyah dan sesiapa yang menganut agama mereka dan memusuhi kesemua mereka ini (wali Allah), maka sesungguhnya ia telah memusuhi musuh-musuh Allah.”

        ULASAN

        Terdapat di dalam al-Quran dan Hadith yang menjelaskan tentang keadilan dan sanjungan terhadap para sahabat yang membersihkan mereka daripada sebarang tuduhan yang tidak benar. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

        “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat). Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia serta la menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selamanya, itulah kemenangan yang besar”.

        (Surah al-Taubah ayat 100)

        “Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (Malaikat) yang kamu tidak melihatnya.”

        (Surah al-Taubah ayat 40)

        “Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang betiman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiah), maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati meraka, Ialu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.

        (Surah al-Fath ayat 18)

        “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu, janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).”

        (Surah al-Nur ayat 11)

        Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.”

        (Surah al-Ahzab ayat 58)

        Sabda Nabl s.a.w. yang bermaksud:

        Daripada Abu Hurairah ra. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Jangan kamu mencaci sahabat-sahabatku, demi Allah yang nyawaku berada dalam kekuasaan-Nya, sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud (maka perbelanjaan itu tidak dapat menyamai) secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh para sahabat “.

        (Riwayat Bukhari dan Muslim)

        Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud:

        “Daripada Jabir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak masuk neraka orang-orangyang telah melakukan bai’ah semasa di bawah pokok .”

        (Riwayat al-Tirmidhi)

        Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud:

        “Daripada Ibnu Umar ra. katanya kami memilih memilih para sahabat di zaman Nabi s.a.w., Ialu kami memilih Abu Bakar, kemudian Umar bin al-Khattab, kemudian Uthman bin Affan ra..”

        ( Riwayat al-Bukhati)

        *Hanya Ali dan Para Imain sahaja yang Menghafal dan Menghimpun AI-Quran Dengan Sempurna.

        Golongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini, juzu’ 1, hal. 228.

        Terjemahannya;

        Tidak Menghimpunkan al-Quran Kesemuanya kecuali Imam-imam a.s. dan Sesungguhnya Mereka itu Mengetahui Ilmu al-Quran Kesemuanya.

        “Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub dadpada Amru bin Abu al-Miqdam daripada Jabir berkata; ” Aku mendengarabu Ja far a.s. berkata, ” Tidak ada sesiapa di kalangan manusia yang mendakwa bahawa ia telah menghimpun al-Quran secara sempurna sebagaimana yang diturunkan, melainkan pendusta dan tidak menghimpun, menghafaz sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kecuali Ali bin Abu Talib dan imam-imam selepasnya a.s.”

        Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhamad bin Sinan daripada Ammar bin Marwan daripada al-Munakhkhal daripada Jabir daripada Abu Ja far a.s. Bahawasanya ia berkata, “Seseorang tidak boleh mendakwa bahawa di sisinya ada keseluruhan al-Quran zahir dan batinnya selain dadpada para wasi.”

        Golongan Syiah juga mendakwa mempunyai mashaf Fatimah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu’ 1 hal. 238 – 240.
        Terjemahannya:
        Abu Abdullah berkata,

        Kami mempunyai mashaf Fatimah dan mereka tidak mengetahui apa dia mashaf Fatimah itu. Abu Basir bertanya, “Apakah dia mashaf Fatimah itu? Abu Abdullah menjawab, ” Mashaf Fatimah sama seperti al-Quran kamu ini. Tiga kali ganda besarnya. Demi Allah tidak ada satu huruf pun seperti al-Quran kamu ini.” Abu Basir berkata lagi demi Allah sahaja yang mengetahui mengenai perkara ini. Abu Abdullah berkata; “Sesungguhnya Allah itu mengetahui, tetapi tidaklah yang sedemikian itu. (tidak seperti al-Quran Ahli Sunnah Wal Jamaah)

        Kemudian Abu Abdullah diam sebentar, kemudian dia berkata, “Sesungguhnya kami mempunyai ilmu yang telah berlaku dan yang akan berlaku sehingga kiamat” Abu Basir bertanya, “Aku jadikan tebusan engkau ini, demi Allah sahaja yang mengetahui. Abu Abdullah menjawab, “Sesungguhnya Allah sahaja mengetahui, tetapi tidaklah seperti yang demikian.”

        Yang dimaksudkan dengan Abu Abdullah ialah Ja’far bin Muhammad al-Sadiq.

        Abu Basir berkata lagi, Aku jadikan tebusan engkau, maka apakah yang dimaksudkan dengan ilmu itu? Abu Abdullah menjawab, “Apa yang b~ di waktu malam dan siang, terjadi sesuatu perkara selepas sesuatu perkara sehinggalah hari kiamat.”

        Beberapa orang daripada sahabat kami dadpada Ahmad bin Muhammad daripada Umar bin AbdulAziz daiipada Hammad bin Uthman, katanya, “Aku pernah men-dengar Abu Abdullah berkata, “Orang-orang Zindiq akan muncul tahun 128H. Ini berdasarkan bahawa aku pernah melihat dalam mashaf Fatimah a.s. ” Hammad bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan mashaf Fatimah itu?” Abu Abdullah menjawab, “Sesung-guhnya Allah S. W. T apabila ia mengambil nyawa nabi s.a. w, terdengar sesuatu di telinga Fatimah yang ketika itu merasa dukacita di atas kewafatan nabi s.a.w yang tidak diketahui melainkan Allah S.W.T Lalu Allah mengutuskan seorang malaikat kepadanya yang dapat menghiburkan kedukaannya.” Lalu Fatimah mengadu perkara yang demikian kepada Amirul Mukminin Ali, Alipun berkata, “Apabila engkau merasai demikian dan engkau mendengar suara demikian, maka beritahulah kata-kata itu kepadaku. Maka akupun diberitahu yang demikian. Lalu Amirul Mukminin a.s. pun menulis setiap apa yang ia dengar, sehinggalah menjadi satu mashaf .” Kemudian Hammad berkata, Abu Abdullah berkata, “sesungguhnya tidak ada sesuatu pun di dalam mashaf itu perkara yang halal dan haram, tetapi terdapat di dalam mashaf itu ialah mengenai ilmu yang akan berlaku.”

        Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ali bin al-Hakam daripada al-Husain Ibnu Abu ‘Ala’ katanya, aku mendengar Abu Abdullah berkata, ‘Bersamaku ialah al-jafr al-Abyad “,,Abu ‘Ala’bertanya, “Apakah yang ada di dalam al-jafr al-Abyad?”. Jawabnya, “di dalamnya ada kitab Zabur Nabi Daud, Taurat Nabi Musa, Injil Nabi Isa, Suhuf Nabi Ibrahim a.s. dan hukum halal haram dan mashaf Fatimah dan tidak terfzkir terdapat di dalamnya al-Quran (tak ada), malah di dalamnya terdapat apa saja yang diperlukan oleh manusia sehingga kami tidak perlu lagi kepada seseorangpun, walaupun satujildah atau setengah atau seperempat atau sekecil-kecil perkara.”

        Diriwayatkan juga terdapat mashaf Ali (mashaf Fatimah) dimana ayat Al-Quran mengandungi 17,000 ayat, tiga kali ganda daripada mashaf Uthmani. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Usul Kafi, Itikadi, Ijtimai, Akhlakhi, Wa – ilmi oleh al-Kulaini hal 443-446

        Terjemahannya:

        Muhammad bin Yahya daripada Muhammad bin al-Hussain daripada Abdul Rahman bin Abu Hashim daripada Salim bin Salamah katanya;

        “Seorang lelaki membaca al-Quran di hadapan Abu Abdullah a.s (Ja’far bin Muhammad al-Sadiq), sedangkan aku (Salim) mendengar huruf-huruf al-Quran (yang dibacanya) itu bukanlah sepertimana yang lazim dibaca oleh orang ramai. Lalu Abu Abdullah a.s. berkata; Berhentilah daripada membaca Al-Quran ini, (sebaliknya) bacalah al-Quran sepertimana orang ramai membacanya. Sehingga munculnya Imam Mahdi al-Muntazar a.s. Apabila telah muncul Imam Mahdi al-Muntazar a.s. ia akan membaca kitab Allah (al-Quran) mengikut yang sebenarnya, Ialu ia (Abu Abdullah) pun mengeluarkan Mashaf yang ditulis oleh Ali a.s. sambil berkata; Ali a.s. telah menunjukkan kepada orang ramai ketika beliau selesai (menulis mashaf tersebut). Sambil berkata kepada mereka. Inilah dia kitab Allah (al-Quran) sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sesungguhnya aku telah mengumpulkannya daripada dua lauh. Lantaran itu mereka berkata; Inilah dia di sisi kita, mashaf yang mengandungi di dalamnya al-Quran yang kami tidak perlu lagi kepada al-Quran tersebut. (mashaf Uthmani) Lalu Saidina Ali berkata; Demi Allah tidaklah kamu akan melihatnya selepaa hari kamu ini selama-lamanya. Hanya sesungguhnya menjadi tanggungiawabku untuk memberitahu kamu semua ketika aku mengumpulkannya supaya kamu dapat membacanya.”

        Ali bin al-Hakam daripada Hisham bin Salim daripada Abu Abdullah a. s. katanya;

        “Sesungguhnya al-Quran yang dibawa oleh jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi 17,000 ayat.”
        ULASAN
        Golongan Syiah menganggap hanya Ali dan para Imam sahaj a yang menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempuma. Perkara seumpama ini jelas bertentangan dengan al-Quran, Firman Allah yang bermaksud:

        “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu danaku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.

        (Surah al-Maidah ayat 3)

        “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”

        (Surah al-Hijr ayat 9)

        DAN BANYAK LAGI KEKARUTANN SYIAH…….

      • TENTANG SYIAH
        Pandangan Syeikh al-Qaradhawi:

        Syeikh al-Qaradhawi: Sunnah & Syiah – Petikan ucapan beliau pada 31/8/2006 di Al Jazeera TV :

        Lapan tahun lepas saya telah melawat Iran, semasa pemerintahan Presiden Khatami . Beliau telah mengadakan satu sambutan besar-besaran untuk saya, begitu juga dengan semua pegawai-pegawaindan ayatullah-ayatullah di Iran. Sekiranya kita benar-benar hendak saling mendekati, beberapa pekara perlu dielakan .

        Pertamanya, kita mesti mengelakkan provokasi , yang menghalang kita dari mencapai persetujuan . Antaranya ialah kamu mesti berhenti mengatakan bahawa al Quran masih belum lengkap . Kebanyakan Syiah percaya bahawa al Quran yang ada sekarang adalah Kalam Allah dan mereka membacanya dan bergantung kepada hukum-hukumnya serta segala yang ada di dalamnya , tetapi mereka mengatakan bahawa al Quran ini bukanlah al Quran yang lengkap. Mereka mengatakan bahawa al Quran sebenar adalah 2 kali ganda tebalnya dari al Quran ini, bahawa surah al Ahzab adalah 2 kali ganda kandungannya.

        Semua percakapan tentang al Quran seperti itu adalah tidak dapat di terima. Ada setengah dari mereka menolak pekara ini sementara yang lain mempercayainya.

        Saya katakan kepada mereka : kita mesti diam tentang Quran dan juga tentang iam-imam Sunah, Al Bukhari, Muslim, Abu Hanifa, Al Malik, Ahmad Hanbal. Dan apa yang lebih penting ialah untuk berhenti mencela para Sahabat Rasullah. Sheikh al Ghazali pernah diberitahu oleh sesetengah Syiah bahawa Ali adalah lebih layak untuk menjadi khalifah berbanding Abu Bakar dan Umar beliau berkata kepada mereka :

        Ali telah tiada ( mati ) , Abu Bakr telah tiada, dan Umar juga telah tiada , semunya telah menjadi sejarah, dan kita telah diperintah oleh orang asing.

        Penjajah memerintah kita, samaada secara langsung atau hanya di belakang tabir, jadi kenapa kita mesti bercakap tentang pekara ini.

        Memaki hamun para sahabat adalah salah satu daripada kepercayaan mereka. Mereka menjadi lebih dekat dengan Allah dengan memaki hamun para Sahabat nabi. Seorang Syiah tidak boleh dipanggil ( diberi nama ) Abu Bakar, Umar, Uthman atau Aisyah.

        Saya menambah, dalam usha untuk saling mendekati kita mesti menahan diri daripada mendakyah doktrin masing-masing ke negara-negara yang mempunyai doktrin yang berbeza dengan doktrin kita . Saya tidak akan pergi untuk berdakwah tentang doktrin Suni di Qom atau negara berfaham Syiah . Saya telah memberitahu mereka bahawa adalah tidak boleh diterima untuk menyebarkan faham Syiah di Mesir, Sudan, Algeria dan lain-lain . Mereka ini adalah negara Sunnah sejati. Saya bertanya kepada mereka ; Apa yang kamu akan dapat ? Kamu akan dapat seorang? Dua, sepuluh, atau dua puluh, seratus, dua ratus atau mungkin seribu atau dua ribu , tetapi ini akan menimbulkan penentangan terhadap fahaman kamu. Seluruh negara akan menentangnya.

        Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Syiah telah menembusi Mesir. Dua tahun yang lalu , saya menulis sebuah buku, Pembohongan Tentang Sejarah Kita. Seseorang telah bertindak untuk menjawab buku ini. Beberapa bulan lepas seorang dari saudara kita bertanya kepada saya , Adakah kamu telah melihat buku ini ? Saya jawab Tidak, Buku apakah itu ? Buku itu bertajuk Al Qardawi agen Allah atau agen Dinasti Umayyah? Dia berkata bahawa ia adalah jawapan kepada buku saya, Saya menjangka bahawa ia pasti adalah karya seorang dari Iran, Iraq atau Lebanon, namun di akhir buku tersebut tertulis : Mesir, al Mansoura , no telefon, e mail dan sebagainya. Ada orang Syiah yang mempunyai keberanian menjawab Yusof al Qardawi ? Saya memberitahu setiausaha saya untuk menalifon Al Mansoura dan bertanya tentang malapetaka ini . Setiausaha saya menelefon, dan mereka berkata bahawa seorang saudara mereka telah menjadi Syiah dan mula berulang alik antara Mesir dan Tehran.

        Saudara-saudara sekelian, saya menyeru pendekatan antara Sunni dan Syiah dan saya menyokong gerakan penentangan Hizbullah , namun tidak di dalam mana-mana keadaan pun saya akan membenarkan ia menjadi hujah untuk Syiah memasuki negara-negara Suni. Kerana ini akan membawa kepada perbalahan di dalam masyarakat. Dan api akan membaham segala-galanya . Kami orang-orang Mesir tidak biasa dengan pekara ini . Mesir adalah negara Sunni, dan kami tidak mengetahui sebarang pertelingkahan Hanafi, Shafie dan Maliki – ia adalah semuanya Doktrin sunni. Namun konflik sedang melanda Iraq , pembunuhan secara besar-besaran berlaku setiap hari antara puak Sunni dan Syiah. Pekara yang sama boleh berlaku ( di Mesir ) sekiranya semua ini berterusan. Dimana ada dakwah ( Syiah ) nanti akan ada orang yang menentang mereka . Akan berlaku kekacawan di dalam masyarakat dan pembunuhan yang tak kunjung berhenti. Oleh itu saya menyeru agar kita mesti sentiasa berwaspada …

        Atau dengar disini:

        https://aburedza.wordpress.com/2009/06/08/syeikh-al-qaradhawi-usaha-pendekatan-antara-sunni-dan-syiah/

    2. salam,

      bak kata hang tuah tak hilang melayu di dunia, begitulah juga fahaman syiah ia tak hilang hingga hari qiamat.

      perkara ini sering berulang2 macam buang masa aje tiada peningkatan dari sudu minda, lebih baik untuk kita mengetahui dalam agama-agama lain kita boleh hampiri mereka (sekadar untuk mengetahui) kadang kala mengapa mereka membuat perbuatan perkara yang pelik-pelik dari kaca mata kita hata di dalam agama kristian,buddha, hindu dan sebagainya.

      Barulah sikap toleransi dapat kita amalkan.

    3. ala. yang korang nak back up sangat syiah ni knape. da terang2 pe yang dorang buat ni salah. bertentangan dengan al-quran dan sunah. pe lagi yang nak di bangkang. pegangan yang betul bagi orang islam adalah ahli sunnah wal jamaah.ingat la sikit.

    4. PENJELASAN YANG BAIK DAN JELAS OLEH ABUREDZA DAN PENJELASAN TERSURAT OLEH A@A.COM YANG MENGANDUNGI ISI-ISI TERSIRAT YANG TIDAK MENJELASKAN SEBENAR-BENAR NYA TENTANG SYIAH..

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s