Kelantan: Fatwa Mengenai Ajaran Syiah

Fatwa Mengenai Ajaran Syiah

Kategori Akidah      Negeri  Kelantan
Keputusan:
Setelah berbincang dengan terperinci, mesyuarat bersetuju membuat keputusan sebagaimana berikut :
(1) Bersetuju dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  yang diadakan pada 3 Mei 1996 supaya  keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas bil.2/8/84, perkara 4.2(2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut:
Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Zaidiah dan Ja’fariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia). ( dibatalkan )
(2). Menetapkan bahawa umat Islam di Kelantan hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ini adalah kerana ajaran Syiah jelas menyeleweng dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(3) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri –negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan peganganAhli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(4) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubungan dengan hukum syarak bagi menyelaraskan takrif (hukum syarak) atau (undang-undang Islam) seperti berikut:
(Hukum syarak) atau ( undang-undang Islam) ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(5) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan ahli-ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
(6) Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
(7) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyiaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Keterangan/Hujah:
  1. Penyelewengan akidah.
(ا )  Muhamad bin Ya’akob Al kulini meriwayatkan dalam Usul Kafi dari Abi Abdullah kata beliau, ))sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya dimana dikehendakinya dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ini adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya (Al Kafi, jilid1, halaman 409) bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, sedangkan Allah berfirman di dalam Al Quran:
( إن الارض لله يورثها من يشاء من عباده, الاعراف, اية 128)
Yang bermaksud: Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya.
Allah berfirman:
( الحديد, اية 2)   له ملك السموات والارض
Yang bermaksud: (kepunyaannyalah kerajaan langit dan bumi).
(ب) Imam adalah pangkat tertinggi bahkan menjadi salah satu rukun  iman;
(ج) Imam adalah maksum tidak melakukan sebarang dosa-dosa baik  dosa kecil atau dosa besar.
( د ) Imam masih mendapat wahyu dari Tuhan dan mewarisi pangkat nabi;
( ه ) Mempertikaikan kesempurnaan al-Quran.
(ii)        Penyelewengan Syariah

(ا)   Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Jaafar as-Sodik bahawa beliau berkata,(( Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang yang bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah menghindarkan (azab dan seksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan zakat dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat, dan sesungguhnya Allah menolak azab dan seksaan daripada syiah kita yang tidak mengerjakannya.  (Tafsir  القمي, jilid satu halaman 83,84, tafsir العياشي, jilid 1, halaman 135). Mereka tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya segolongan daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji dianggap sudah mencukupi.
(ب)Menghalalkan perkahwinan mutaah. Untuk menggalakkan amalan tersebut, golongan Syiah mereka hadis-hadis palsu yang disandarkan kepada Imam dua belas mereka.  Antara hadis tersebut, Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa keluar dari dunia ini dalam keadaan tidak pernah melakukan kahwin mutaah dia akan datang pada hari akhirat dalam keadaan rompong.  Dalam kitab Tahzib al-Ahkam, jilid 7, halaman 254 ada menyebut bahawa kahwin mutaah tidak memerlukan saksi,wali dan perisytiharan.
(iii)            Penyelewengan Akhlak

Golongan Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah bersifat biadab terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul dengan berpegang kepada riwayat daripada  ملا باقرالمجلسي dalam kitabnya Baharul Anwar (secara dusta) daripada nabi (SAW) bahawa nabi berkata kepada Ali (Wahai Ali, Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku.  Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri seumpamanya, sedangkan aku tmempunyai isteri yang seumpamanya, daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak lelaki seumpamanya.  Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya.  Aku sendiri bapa mertuamu sedangkan aku sendiri tidak mempunyai bapa mertua yang penyayang seperti bapa mertuamu.Jaafar adalah saudaramu sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar.  Fatimah al-Hashimah adalah ibumu dimana aku tidak mendapat ibu seumpamanya.)) Kitab Bihar al-Anwar, kitab al-Syahadah jilid 5, halaman 511).
الكليني  menyebutkan bahawa darjah Imamah adalah lebih tinggi dari darjah kenabian, kerasulan dan khilatullah (خلة الله).  Untuk maksud ini dia الكليني)) telah berdusta atas nama Jaafar al-Sodik bahawa beliau berkata sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai rasul, dan sesungguhnya Allah telah menjadikannya rasul sebelum menjadikan khalil dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam.(Kitab al-Hujjah Minal Khafi, jilid 1 halaman 175)
Status Penwartaan:

Tidak Diwartakan

Negeri: 

  • Kelantan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s