Khutbah Umar Abdul Aziz

Pada suatu hari  Umar Abdul Aziz berkhutbah:

“Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.”

“Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi  hari tidak akan sampai ke   petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya”

“Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat.”

“Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin”.

“Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.”

“Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : “Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga” Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang”

Baca selengkapnya di :

http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/UmarAziz.htm

Periwayatan Sejarah at-Tabari

Periwayatan Sejarah at-Tabari

Seorang Syiah berhujah dengan merujuk kepada laporan At Tabari  seorang sejarahwan Suni untuk menyokong hujah-hujah sejarah kebenaran Syiah. Kerana itu saya menulis menjawab penilaian saya terhadap Periwayatan Sejarah at-Tabari. Tulisan balas saya ingin saya kongsikan bersama, seperti berikut:

Di antara rujukan utama catitan sejarah berkaitan isu ugama Syiah,  adalah Tarikh at Tabari ( Tarikh al Umam wa al Muluk) oleh Muhammad Bin Jarir Al-Tabary (224 — 310H), Tarikh al Yaqubi dan Muruj al Zhahab oleh al Masudi. Yang pertama ulama AS dan dua yang berikutnya sejarahwan Syiah.  Dalam menilai periwayatan sejarah saya berhati-hati dengan riwayat  at Tabari dan menolak ulama Syiah.

Terlebih dulu saya ulanggi kata-kata saya beberapa tahun dulu mengenai kaedah periwayatan sejarah At tabari, at Tabari berkata dia mencatitkan apa yang orang sampaikan kepadanya. Lebih tepat saya salin  katanya begini :

Apa yang terkandung  di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang terdahulu. Antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembaca berasa benci atau pendengarnya merasa jelek. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripada ku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepada ku”

Didalam hadis ada 3 pekara penting – matan ( teks) . sanad ( rangkaian perawi sehingga sampai kpd Nabi saw atau sahabat ) dan perawi. Bagi mazhab AS  sanad dan perawi akan menentukan sesuatu hadis itu boleh di jadikan hujah atau tidak.

Bagi catitan sejarah ada penulis sejarah tidak mengikut displin hadis seperti di atas. Kerana itu kita dapati di bidang hadis kita boleh dapatkan kumpulan Hadis yang sahih dengan mudah.  Sebaliknya dibidang sejarah tidak ada buku atau kitab sejarah yang sahih. Sebaliknya yang ada, adalah yang bercampur baur, sehingga pembaca boleh keliru.

Oleh itu apabila membaca dan menilai kesahihan sejarah kayu ukurnya adalah al Quran dan Hadis sahih. Contohnya apabila Al Quran  dan hadis mengiktiraf seorang sahabat (Allah redza kepada sahabat) maka, jika ada catatan sejarah menyebut sebaliknya maka ia akan tertolak.

Bagi at Tabari,  beliau mencatit sanad tanpa menilai perawi. Muhib al Din al Khatib menulis : “….at Tabari menyebut peristiwanya dengan disanadkan kepada perawi-perawinya. Di kalangan mereka ada yang benar dan ada pula yang pendusta. Ahli sejarah yang mengetahui keadaan perawi-perawi dapat membedza antara yang benar dengan yang palsu. Adapun mereka yang tidak mengetahui tentang ilmu sanad, mereka akan sesat dengan kesesatan yang jauh apabila meraka membaca Tarikh at Tabari.”

Oleh itu menjadi tangung jawab bagi setiap pengkaji sejarah untuk menyemak peribadi atau latar belakang setiap perawi yang membawa kisah yang buruk tentang sahabat nabi.

Sebenarnya terdapat antaranya 4 perawi utama didalam Tarikh at Tabari  seperti berikut :

1. Abu Mikhnaf ( W 157H). Terdapat 585 riwayatnya dalam at tabari. Dia tidak suka Usman r.a menjadi pemimpin dan cuba menghalangnya. Dia menyokong politik Syiah dan tulisannya menyokong aliran Bidaah Syiah yang beliau anuti. Abu Hatim berkata ia matruk al Hadis.Ad-Daraqutni berkata seorang yang lemah dalam riwayat. Az Zahabi : seorang yang tidak boleh dipercayai. Saya tidak menerima riwayatnya kerana riwayatnya adalah rekaan dan berlawanan dengan Al Quran. Riwayatnya punca perbalahan ahli sejarah dan digunakan oleh oriantalis untuk merendahkan Islam.

2. Al Kalbi ( 240H ).Nama penuh Hisyam b. Muhammad b. al Saib b. al Kalbi. Dalam Tarikh at Tabri ia meriwayat hampir 300 riwayat.Kata Ibn Asakir : Dia seorang Rafidi. Az Zahabi : Ia seorang yang tidak boleh di percayai dan seorang Syiah. Al Daraqutni : seorang matruk hadis. Saya tidak menerima riwayatnya kerana riwayatnya adalah rekaan dan berlawanan dengan Al Quran. Riwayatnya punca perbalahan ahli sejarah dan digunakan oleh oriantalis untuk merendahkan Islam.

3. Muhammad b. Umar al Waqidi ( w 207H ). Atau al Waqidi. Muslim berkata : Dia matruk hadis. Nasai berkata : tidak boleh di percayai. Shafii : dia seorang pendusta. Ishak b Rahuyah : seorang pemalsu hadis. Ibn Nadim pula berkata : Al Waqidi seorang Syiah dan berpegang dengannya. Dia sentiasa mengamalkan taqiyyah. Dia juga meriwayatkan bahawa Ali itu adalah salah satu daripada mukjzat Nabi saw, sama seperti tongkat bagi Nabi Musa as dan menghidupkan orang mati bagi nabi Isa as dan berbagai-bagai lagi. Beliau berkata Ali r.a bercangah dengan Usman r.a dan Muhammad bin Abu Bakar adalah pembunuh. Saya tidak menerima riwayatnya kerana riwayatnya adalah rekaan dan berlawanan dengan Al Quran. Riwayatnya punca perbalahan ahli sejarah dan digunakan oleh oriantalis untuk merendahkan Islam.

4. Sayf b Umar al Tamimi ( w 180 H ) atau di panggil Ad Dhibbi. Imam Ibn Hajar berkata : ia seorang lemah dalam hadis tetapi dipercayai dalam sejarah. Muhammad Amhazun :  Dia telah mengemukakan riwayat sejarah yang tersusun yang tidak ada padanya sebarang tomahan  terhadap para sahabat …. Dan ia selari dengan riwayat yang sahih di sisi ahli hadis.  Saya menerima riwayat Sayf dalam bidang sejarah. Daripada riwayanyalah  terdapat perancangan buruk tokoh besar zindiq Abdullah b Saba – yang saudara tidak percaya dan mengatakan tokoh khayalan, tetapi disebut didalam Tarikh at Tabari, malah juga terdapat di dalam kitab-kitab Syiah sendiri.


Rujukan:

1. Sejarah Khalifah Rasulullah oleh Prof Dr. Amin Qudah – PTS Publication

2. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w. Antara Ketulinan Fakta dengan Pembohongan sejarah oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin – Pustaka Yamin

Jais tahan 200 pengikut Syiah anggap mazhab lain halal dibunuh

Jais tahan 200 pengikut Syiah anggap mazhab lain halal dibunuh

December 17, 2010

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Pihak berkuasa Malaysia mengesan kegiatan satu ajaran Syiah tegar, yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan, bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya.

Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat semalam dan dibebaskan dengan jaminan.

Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves dekat sini malam kelmarin, menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Kumpulan itu dilapor menyebar fahaman memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam.

Dipetik Berita Harian, ia dikatakan antara 23 penyelewengan agama diamalkan oleh kumpulan ajaran sesat itu yang dikenali sebagai Hauzah Ar Ridha Alaihissalam.

Kumpulan faitu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jais pada pukul 10.15 malam kelmarin, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini.

Jais percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.

Pengarah Jais, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya telah mengikuti pergerakan kumpulan terbabit sejak dua tahun lalu dan setelah memperoleh cukup bukti mengaitkan mereka sebagai pengikut ajaran Syiah yang tegar, barulah markas itu diserbu.

Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir.

“Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunah Waljamaah boleh dibunuh.

“Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al-Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.

“Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan semalam.

Mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunah Waljamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.

Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.

Beliau berkata, kumpulan ajaran sesat terbabit mempunyai dana sendiri bagi membiayai aktiviti dan menyewa bangunan untuk dijadikan markas operasi, manakala penyebarannya pula dibuat secara tertutup melalui penganjuran majlis-majlis tertentu.

Kelmarin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata, orang Islam di negara tidak digalakkan mengahwini penganut ajaran Syiah kerana bimbang wujud konflik dalam perkahwinan terutamanya dalam aspek hak penjagaan anak sekiranya pasangan bercerai.

Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Perlis telah mengambil keputusan supaya peringatan diberikan kepada orang Islam berkaitan Hukum Pernikahan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah.

Jawatankuasa itu telah membuat keputusan itu dalam satu persidangan pada November lalu.

“Jawatankuasa ini sebulat suara bersetuju dengan keputusan orang Islam tidak digalakkan mengahwini penganut ajaran Syiah.

“Keputusan jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 7 Disember lalu,” katanya.

Syiah Di Serbu: Tatu kalimah Allah

Syiah: Tatu kalimah Allah

Oleh Nor Azura Abdul Jalil, Shahrul Redzuan Zulkifli dan Muhaamad Hafis Nawawi
SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah  yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
SERBU…pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah
yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.

Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor, malam kelmarin.

Serbuan pada jam 10.15 malam itu disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama.

Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka. Suasana bertambah tegang apabila seorang pengikut lain bangun dan melaungkan selawat sambil disambut pengikut lain selama beberapa minit.

Apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri, seorang pengikut terbabit memarahi penguat kuasa Jais menyebabkan berlaku pertikaman lidah.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang menyertai operasi itu berkata, pihaknya percaya ketika serbuan ratusan pengikut Syiah terbabit mengikuti ceramah khas yang disampaikan seorang lelaki warga Iran.

Menurutnya, ceramah itu diadakan bersempena tarikh 10 Muharam dalam kalendar Islam yang dianggap mulia oleh pengikut Syiah sebagai memperingati kematian Saidina Husain.

“Keseluruhannya, kami menahan kira-kira 200 orang, namun 72 daripada mereka bayi dan kanak-kanak. Jadi hanya 128 individu dewasa yang ditahan untuk diambil keterangan dan sebahagian besar daripada mereka lelaki.

“Jais sudah melakukan intipan selama dua tahun bagi mengumpul bukti mencukupi sebelum melakukan serbuan ini dan penahanan lebih 100 orang terbabit menjadikan ia tangkapan ajaran sesat terbesar di Selangor pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, Jais percaya daerah Gombak menjadi pusat utama penyebaran Syiah di Selangor sedangkan fahaman itu sudah diwartakan sebagai ajaran sesat di Selangor mengikut Seksyen 12 (C) 1995.

Menurutnya, fahaman Syiah lebih berbahaya daripada al-Arqam dan jika dibiarkan ia boleh mengancam keselamatan negara dan perlu dibendung.

“Bagi lelaki, tarikan seks dipercayai menjadi antara sebab utama mereka mudah mengikuti fahaman Syiah kerana fahaman ini menghalalkan nikah mutaah.

“Pengikut Syiah juga beranggapan membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah halal dan dibenarkan, malah menjadi satu jihad kepada mereka.

“Selain itu, mereka turut mendewa-dewakan Saidina Ali berbanding Nabi Muhammad s.a.w. Malah, ganjaran syurga menanti juga pengikut Syiah yang melawat makam Saidina Husain,” katanya.

Mohammed Khusrin berkata, lebih membimbangkan apabila pensyarah turut dikesan menjadi pengikut Syiah dan menyebarkannya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini.

Berikutan serbuan malam kelmarin, dua lelaki termasuk seorang warga Iran dihadapkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Kuang, Selangor, bagi mendapatkan perintah jaminan.

Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin membenarkan kedua-duanya dijamin RM2,000 setiap seorang dan pasport antarabangsa warga Iran itu diarah diserahkan kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pada prosiding semalam, tiada pertuduhan dibacakan terhadap mereka dan Saiful Azli menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan kes berkenaan.

Di luar mahkamah, lebih 20 lelaki dipercayai pengikut Syiah hadir untuk memberi sokongan kepada kedua-dua individu terbabit yang dipercayai pemimpin mereka.

Ciri kesalahan fahaman Syiah

  • Menghalalkan nikah mutaah
  • Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah
  • Menolak ijmak ulamak
  • Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga
  • Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam
  • Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab
  • Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w
  • Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan
  • Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w
  • Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir
  • 10 Muharam : Asyura Berdarah Datang Lagi

    Golongan Syiah sepatutnya tidak leka untuk mengkaji catatan para ulama mereka yang muktabar menerusi kitab-kitab utama mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj ‘Ala Ahlil Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib al-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali Zainal Abidin anak Saiyidina Husin ra yang ikut serta dalam rombongan Husin ra ke Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah,

     

    Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu”.(Al- Ihtijaj juz 2 hal. 306)

     

    Pada halaman sebelumnya al-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah al- Shughra anak perempuan Saiyidina Husin ra kepada penduduk Kufah,

    Wahai Penduduk Kufah, wahai pembelot dan pengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang Allah Ta’ala menguji kami dengan kamu dan menguji kamu dengan kami”, seterusnya  selepas memuji-muji kedudukan Ahlul Bait beliau berkata lagi, “Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami sebagaimana kamu telah membunuh datuk kami Ali ra. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darahdarah kami Ahlul Bait”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal 302).

     

    Mulla Baqir al-Majlisi yang diberikan gelaran Khatimatul Muhaddithin (penyudah kepada ahli-ahli hadith) di sisi Syiah menukilkan kata-kata Saiyidina Husin ra kepada Syiah Kufah yang telah bersiap untuk bertempur dengan beliau,

    Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh dalam menentang kami”.(Jilaau al-‘Uyun,hal 391).

     

    Di dalam kitab A’yanus Syi’ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan bahawa,

     

    Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai’ah kepada Husin kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan bai’ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A’yanus Syi’ah jilid 1 hal 34).

     

    Dan banyak lagi kitab-kitab Syi’ah menukilkan perkara yang sama seperti Al-Irsyad Syeikh Mufid hal. 234, I’lamul Wara hal. 242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan lain-lain lagi.

     

    Berdasarkan kepada segala fakta yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa Syiah Kufah adalah pencetus peristiwa Karbala dan pembunuh Saiyidina Ali ra. Inilah yang menjadi punca ratapan dan penyesalan mereka yang tidak berkesudahan. Malah pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saiyidina Husin ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan rujukan agama mereka seperti Baqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku masing-masing. Baqir  Majlisi menulis:

     

    Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apaapa”. (Jilaau al-‘Uyun, hal. 430)

     

    Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalis al-‘Mu’minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Saiyidina Husin terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata,

     

    Kita telah memanggil Saiyidina Husin dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita “. Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, ” Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu”.(Al Baqarah :54) Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran “al-Tawwabun”.

     

    Sejarah juga tidak akan melupai peranan Syits bin Rab’ie dalam pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab’ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saiyidina Ali dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Saiyidina Husin. Dialah juga yang menjemput Saiyidina Husin ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

    Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Saiyidina Husin dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saiyidina Husin. (Jilaau al-‘Uyun dan Khulashat al-Mashaaib, hal. 37)

     

    Inilah peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Bagaimana mungkin Syiah menafikan keterlibatan mereka? Sedangkan sejarah Karbala ditulis oleh tangan tangan mereka sendiri. Namun sudah menjadi tabiat buruk mereka, pemalsuan dan pembohongan sentiasa disandarkan kepada golongan Sunni. Hanya kerana satu sebab. Dendam kesumat yang tidak pernah kan padam walau di telan arus zaman dan masa.

     

    Petikan dari sebahagian :

    JAWAPAN ARTIKEL ‘CINTA ASYURA DAN KARBALA’

    Mohd Aizam bin Mas’od , Caw. Aqidah, Bah. Penyelidikan JAKIM

    Jom Puasa Asyura 10 Muharam (Khamis 16 Disember 2010)

    Dalam bulan Muharram ini terdapat satu tarikh yang dianggap istimewa iaitu tarikh 10 Muharram yang juga dikenali sebagai hari ‘Asyura’.

     

    Maksud hadis:

    “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai ke Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’. Kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari baik, Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka lalu (pada hari ini) Nabi Musa berpuasa.” Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku lebih berhak untuk menghormati Musa daripada kamu.” Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa hari ‘Asyura dan menyuruh para sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut.” – (Hadis riwayat al-Bukhari)

    “… Berpuasa pada hari ‘Asyura, aku mengira bahawa Allah akan menebus dosa tahun yang dahulunya (bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut).” –(Hadis riwayat Muslim)

     


    Bagi orang yang hendak berpuasa sunat pada hari ‘Asyura’ sunat mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ iaitu pada 9 Muharram.  Apabila seseorang melaksanakan puasa hari ‘Asyura’, sunat juga menggandingkannya dengan berpuasa pada 11 Muharram, walaupun dia tidak melakukan puasa hari Tasu‘a’.

     

     

    – Dipetik dari Risalah:  Ketahuilah Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram , Jabatan Mufti Burnai

    Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai ke
    Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’.
    Kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa
    ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari baik, Ini adalah hari di
    mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh-musuh
    mereka lalu (pada hari ini) Nabi Musa berpuasa.” Baginda
    Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku lebih berhak untuk
    menghormati Musa daripada kamu.” Maka Nabi Shallallahu
    ‘alaihi wasallam berpuasa hari ‘Asyura dan menyuruh para
    sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut.”
    (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Syiah Berdusta: Bilakah Sayyidina Hasan Dilahirkan

    Bilakah Sayyidina Hasan Dilahirkan

    Oleh: Allamah Habibur Rahman al-Kandahlawi

    (Terjemahan dan saringan: Muhammad Hanief Awang Yahaya)

    Pengenalan: Adalah amat penting tarikh sebenar kelahiran Sayyidina Hasan dipastikan dengan tepat kerana ada banyak hadis yang berlegar di dalam masyarakat dan di dalam kitab-kitab besar merujuk kepada Sayyidina Hasan yang sudah besar ketika hayat Rasulullah s.a.w. Kami akan menganalisa kesahihan hadis-hadis tersebut di dalam siri-siri akan datang, insyaAllah, berdasarkan fakta umur sebenar Sayyidina Hassan ini.

    Peperangan Uhud berlaku bulan Syawwal pada tahun ketiga hijrah. Selepas peristiwa yang besar ini, Rasulullah s.a.w. mengahwinkan Sayyidiana Ali dengan Fatimah.(Hasyiah al-Bukhari, jil. 1, hal. 532). Dalam hal ini kemungkinan perkahwinan tersebut berlangsung pada akhir tahun ke 3H atau awal 4H. Ahli sejarah Syiah, Mulla Baqir al-Majlisi menyebutkan perkahwian itu pada bulan Muharram. (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal. 166)

    Jika dilihat kepada kenyataan di atas, bagaimana mungkin ahli sejarah mendakwa bahawa Hasan dilahirkan pada tahun ke 3H sedangkan ibubapanya berkahwin pada akhir tahun ke 3H atau awal 4H.

    Fatimah r.ha. mempunyai lima orang cahaya mata, Hasan, Husin, Muhsin, Ummu Kulthum dan Zainab. Ahli sejarah sepakat mengatakan Muhsin meninggal dunia ketika masih kecil. Begitu juga mereka sependapat bahawa Husin lebih muda daripada Hasan.

    Persoalannya siapakah yang mula-mula dilahirkan oleh Fatimah. Syiah Rafidhah dan ahli sejarah mendakwa Hasanlah yang sulung. Dengan huraian di atas, dakwaan ini dengan sendirinya tertolak.

    Dalam hal ini Mulla Baqir menulis: ” Mendengarkan perkara itu, Fatimah berada dalam keadaan sedih dan sugul. Beginilah keadaan sehingga ke malam. Apabila malam menjelang beliau meletakkan Hasan di bahu kanan dan Husain di bahu kiri sementara memimpin tangan Ummu Kulthum….. Dalam perjalanan pulang Rasulullah s.a.w. mengangkat Hasan dan Fatimah pula mengangkat Husain dan memegang tangan Ummu Kultum menuju ke masjid.” (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal. 217,218)

    Perhatikan adakah Hasan dan Husain yang berada di atas dukung lebih besar atau Ummu Kulthum yang dipimpin itu lebih besar? Peristiwa ini sendiri membuktikan bahawa Ummu Kulthum lebih tua daripada Hasan dan Husain. Ketika Sayyidina Ali berkahwin pada tahun 4H maka anak yang pertama dilahirkan itu adalah Ummu Kulthum. Nampaknya seolah-olah tidak mungkin Hasan dilahirkan sebelum tahun 5H. Ummu Kulthum ini kemudiannya diperisterikan oleh Sayyidina Umar yang melahirkan dua orang cahaya mata untuk beliau iaitu Zaid dan Ruqayyah.

    Segala bunga-bunga indah ini ditaburkan oleh Syiah Rafidhah untuk menyatakan bahawa Umar berkahwin dengan Ummu Kulthum ketika beliau masih kanak-kanak berumur 5 tahun. Kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan Rafidhah menyebabkan ulama yang besar sekalipun terkena fitnah. Sebagai contoh Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah dan Ibn Hajar al-Hathami dalam al-Sawa`iq al-Muhriqah telah menukilkan kisah perkahwinan Ummu Kulthum ketika berusia 5 tahun.

    Walhal keadaan begitu jelas sekali bahawa Ummu Kulthum dilahirkan pada tahun 4H dan berkahwin dengan Umar pada tahun 17H ketika berusia lebih darpada 13 tahun.

    Semua ahli sejarah bersetuju bahawa ketika Hasan dilahirkan, orang yang menyambut beliau ialah Asma’ binti `Umais. Ini satu fakta penting dan tidak dapat dipertikaikan lagi. Asma’ pada mulanya berkahwin dengan Ja`far bin Abi Talib, iaitu abang kepada Sayyidina Ali. Setelah Ja`far syahid di dalam pertempuran Mu’tah, Abu Bakar mengahwini Asma’. Setelah Abu Bakar meninggal dunia Ali pula berkahwin dengannya.

    Di awal zaman Islam, Asma’ dan suaminya Ja`far telah berhijrah dengan membawa iman masing-masing ke Habsyah kerana gangguan yang dilakukan oleh musyrikin Mekah. Hijrah ini berlaku pada tahun 5 kenabian. Mereka menyampaikan dakwah Islamiah kepada Raja Habsyah yang bernama Najasyi sehingga beliau memeluk Islam bersama-sama dengan beberapa orang lain. Persoalannya sehingga bilakah Ja`far dan isterinya berada di sana dan bilakah mereka kembali ke Hijaz? Jawapan kepada persoalan ini akan merungkai segala kekeliruan.

    Semua ulama Ahli Sunnah, ulama hadis dan ahli sejarah serta golongan Rafidhah sepakat bahawa para sahabat yang berhijrah ke Habsyah tiba di Madinah setelah selesai peperangan Khaibar.

    Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis yang panjang daripada Abu Musa al-Asy`ari, kata beliau: “Apabila kami mendapat tahu Rasulullah s.a.w. hendak berhijrah lalu kami bersedia untuk berangkat untuk hijrah bersama. Bersama saya dua orang saudara iaitu Abu Burdah dan Abu Ruhm. Sayalah yang paling muda pada ketika itu. Kami bersama kaum kami seramai 53 orang atau 52 orang menaiki kapal. Tetapi kapal kami membawa kami kepada al-Najasyi di Habsyah. Di sana kami bertemu dengan Ja`far bin Abi Talib dan kami tinggal di sana bersamanya sehinggalah kami datang menemui Rasulullah s.a.w. ketika Khaibar telah ditawan. Ada beberapa orang yang berkata kepada kami yakni yang berhijrah dengan kapal: “Kami mendahului kamu dalam hijrah. Asma’ datang menziarahi Hafsah, isteri Rasulullah s.a.w..” Abu Musa berkata lagi: Beliau antara wanita yang datang bersama kami dan termasuk dari kalangan orang Islam yang berhijrah ke negeri al-Najasyi. Kemudian Umar bin al-Khattab masuk menemui Hafsah pada ketika itu Asma’ berada dekat dengan Hafsah. Lalu Umar bertanya sambil memandang kepada Asma’: “Siapa ini? Dia menjawab: “Asma’ binti `Umais. Umar bertanya lagi: Orang Habsyah atau orang Bahriyyah (orang laut) Asma’ menjawab: “Ya”. Umar berkata lagi: Kami mendahului kamu berhijrah maka kami lebih berhak dengan Rasulullah s.a.w. daripada kamu. Lalu Asma’ binti ‘Umais marah seraya berkata: “Tidak sekali-kali. Demi Allah kamu berada bersama Rasulullah s.a.w. Dia memberi makan kepada orang lapar di kalangan kamu dan memberi peringatan kepada orang jahil di kalangan kamu sedangkan kami berada di negeri yang sangat jauh, dibenci orang. Itu semua kerana Allah dan kerana Rasul-Nya. Demi Allah, saya tidak akan menjamah sebarang makanan dan tidak akan minum sedikit airpun kecuali saya akan beritahu kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang kamu ucapkan tadi. Kami sering diseksa dan mengalami ketakutan. Saya akan sebutkan kepada Rasulullah s.a.w. dan saya akan tanyakan baginda. Demi Allah, saya tidak akan berdusta, tersilap dan tambah apa-apa”. Tatkala Rasulullah s.a.w. datang Asma’ berkata kepada baginda: “Sesungguhnya Umar telah berkata begini dan begini…” Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Asma’: “Apa jawapan kamu kepadanya? Asma’ menjawab: Saya kata begini dan begini… Rasulullah s.a.w. bersabda: “Umar tidaklah lebih berhak dengan diriku daripada kamu. Dia dan sahabat-sahabatnya itu hanya memiliki satu hijrah sahaja. Sedangkan kamu, wahai ahli kapal, memiliki dua hijrah. Asma’ menceritakan bahawa Abu Musa al-Asy`ari dan ahli kapal yang lain datang menemui saya secara kumpulan demi kumpulan untuk menyebut-nyebutkan hadis ini. Tidak ada sesuatupun di dunia yang lebih mengembirakan mereka dan sangat besar di dalam diri mereka selain daripada hadis ini yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. Abu Burdah berkata bahawa Asma’ berkata: “Saya sering dapati Abu Musa meminta saya mengulang-ngulang hadis ini”.

    Abu Burdah berkata daripada Abu Musa berkata: “Kami menemui Rasulullah s.a.w. selepas pembukaan Khaibar lalu baginda membahagikan untuk kami harta ghanimah dan tidak memberikan kepada orang lain selain kami yang tidak menyertai pembukaan itu” (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Ghazwah Khaibar).

    Sekarang terpulanglah kepada anda sendiri, wahai Ahli Sunnah untuk berfikir dan membuat keputusan bilakah sebenarnya Hasan dilahirkan. Ini kerana peperangan Khaibar disepakati berlaku pada tahun 7 H.

    Bagi menguatkan lagi hujah, kami akan mengemukakan lagi sebuah riwayat al-Bukhari yang menceritakan peristiwa semasa Abu Bakar menjadi khalifah:

    “Abu Bakar bersembahyang asar kemudian keluar berjalan-jalan lalu terlihat Hasan sedang bermain dengan kanak-kanak lalu mendukungnya ke atas bahunya sambil berkata: Ku tebus ayah dan ibuku, kamu ini mirip Rasulullah s.a.w. dan tidak mirip Ali. Dan Sayyidina Ali pada ketika itu senyum ketawa.” (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, Bab Sifat al-Nabi s.a.w.)

    Hasan masih lagi kecil ketika Abu Bakar menjadi khalifah sehingga dalam keadaan usia beliau yang sudah tua itu sanggup mendukung Hasan. Biasanya, paling tua kanak-kanak itu didukung dalam usia empat atau lima tahun. Perawi yang menukilkan kisah ini menyebutkan bahawa Hasan sedang bermain dengan kanak-kanak. Ini membuktikan Hasan masih lagi kecil ketika Abu Bakar dilantik menjadi khalifah.

    Segala perbincangan di atas membawa kepada kesimpulan yang jelas iaitu Hasan tidak dilahirkan pada tahun 3 H tetapi pada 7 H. Beliau bukanlah anak sulung Fatimah dan mengikut kepada kaedah ulama hadis, beliau tidak berpeluang untuk mendapat kemuliaan menerima gelaran sahabat.

    Sumber; http://www.darulkautsar.net/

    Maulana Mohammad Asri Yusof: Anak Cucu Nabi S.A.W Yang Dilupa Dan dipinggirkan

    PENDUSTAAN SYIAH TENTANG ANAK CUCU NABI S.A.W

    Fail 1

    Sejarah itu menggumpulkan riwayat-riwayat yang betul dan karut …..

    Anak-anak Nabi saw:

    1. Kasim  (anak dari Khadijah r.a – wafat sejak kecil)

    2. Abdullah (anak dari Khadijah r.a – wafat sejak kecil)

    3.  Tayib  atau Tahir (anak dari Khadijah r.a – wafat sejak kecil)

    4. Ibrahim ( anak dari Mariah al Qibti r.a – wafat sejak kecil) ……..

    Fail 2

    Ibrahim meninggal umur 16 bulan.  Ada ulama kata Tayib atau Tahir itu adalah Abdullah.

    Anak perempuan nabi s.a.w:

    1. Zainab ( Isteri kepada Abul ‘As ) – lahir tahun 10 sebelum kenabian, anak gadis yang awal masuk Islam. berhijrah di jalan Allah. Keguguran kandungan apabila nak berhijrah dan terpaksa tangguh. Suaminya anak saudara Khadijah. Abul As masuk islam tahun 6H dan Ia digelar al Amin.Lepas islam baru hijrah ke Madinah menyusul Zainab. Zainab meningal pada tahun ke 8 H. Abul As sahid di perang Yamamah pada tahun 12 H zaman saidina Abu Bakar sebagai Khalifah.

    2. Ruqaiyah ( Isteri Usman bin Afan )

    3. Fatimah ( Isteri Ali bin Abi Thalib)

    4. Ummi Kalsom ( Isteri Usman bin Afan)

    Cucu nabi lelaki:

    1. Ali bin Abul Ash – cucu lelaki pertama nabi s.a.w. Lahir pada 7 atau 8 tahun sebelum Hijrah. Hidup bersama nabi sebab ayahnya belum Islam.

    2. Abdullah bin Usman

    3. Hasan bin Ali

    4. Hussain bin Ali

    Cucu Perempuan;

    1.  Ummamah binti  Abul As

    2. Ummu Kalsom binti Ali

    3. Zainab binti Ali  ……

    Fail 3

    Zainab, menikah dengan Abu Al-Ash bin Rabi’ bin Abdul Uzza bin Abdul Syams sepupu Zainab, karena ibunya adalah Hala binti Khuwailid (saudara dari Khadijah binti Khuwailid). Zainab mempunyai anak bernama Ali (yang Syiah kata  meninggal waktu kecil) dan Umamah yang digendong oleh Nabi saw waktu shalat dan setelah dewasa menikah dengan Ali bin Abi Thalib setelah Fatimah wafat.

    Cerita Abul Ash suami Zainab …….. pujian Nabi s.a.w kepadanya.

    Nabi s.a.w marah kepada Ali kerana Ali nak menikah dengan anak Abu Jahal ….

    Fail 4

    Kisah cucu pertama nabi Ali bin Abul As , anak dari Zainab. Lahir 7 atau 8 tahun sebelum Hijrah. Selepas susuan nabi sendiri menjaganya. Nabi sangat sayang cucu ini.  Masa pembukaan Mekah nabi gendong beliau diatas unta. Masa itu umur 14-15 tahun semasa pembukaan Mekah beliau membantu mebuang berhala di kaabah. Perang Yarmuk 15 Hijrah ia terlibat. Sahid di Yarmuk pada umur 22 tahun, cucu pertama sahid.

    Iqbal berkata mengenai Ali bin Abul As …..

    Fail 5

    Syiah menukar kelebihan Ali bin Abul Ash kepada Ali bin Abi Thalib : menjadi Nabi s.a.w menjunjung Ali bin Abi Thalib, yang tak masuk akal, menantunnya Ali berumur  muda 26 atau 32 tahun  sedang nabi berumur lebih 60 tahun pada pembukaan Mekah pada tahun 8 H bulan Ramadan. Adakah lojik naik atas belakang – bahu Nabi ……

    Cerita dogeng Syiah kelebihan Ali bin Abi Thalib ……..

    Ukuran Kaabah …..

    Hanya Hakim seorang yang membawa riwayat Ali bin Abi Thalib naik atas bahu Nabi tetapi  pada ketika Hijrah bukan masa pembukaan Makah – ini juga tidak munasabah…… Menurut kebanyakan ulamak Hakim adalah Syiah Rafidah…… Imam Zahabi kata ia seorang Syiah …..

    Syidina Hussain terpedaya dengan Syiah Kufah ….. sehingga syahid di Karbala..

    Fail 6

    Ali bin Abi Thalib dilahir di dalam Kaabah? …..

    Kisah Umamah cucu perempuan sulung Rasulullah… beliau lah yang naik atas belakang nabi semasa sembahyang, juga baginda dukung  semasa sembahyang…… Umamah tingal dengan nabi sejak  umur 6 tahun. Kelebihan Umamah kepada nabi ….. Fatimah berpesan kepada Ali sebelum Fatimah meninggal, jika nak kahwin, kahwin lah dengan anak saudaranya Umamah. Umamah berkahwin dengan Ali bin Abi Thalib dan hidup bersama selama 30 tahun sehingga Ali di bunuh, lebih lama dari hidup dengan Fatimah. Syiah kata Umamah mandul. Sebenarnya  Umamah ada anak dengan Ali bernama Mohammad al Ausad, kata ahli sejarah seperti Baladuri ,Ibnu Athir dan lain-lain, Imam Zahabi berkata anaknya lebih dari seorang …

    Selepas Ali wafat Umamah berkahwin Mugirah bin Naufal dan ada anak bernama Yahya.

    Abul al Ash adalah dari bani Umaiyah yang di musuhi dan didendami Syiah …. itu punca Syiah berdusta. Syiah berkata Nabi tidak mempunyai anak perempuan selain Fatimah. Zainab bukan anak Nabi kata Siyah.

    Ruqaiyah – lahir 7 atau 8 tahun sebelum kenabian, ia jelita. …….. Syiah menuduh ia kahwin dengan anak Abu Jahal begitu juga Umi Kalsom. Sebenarnya dusta dan tak masuk akal menikah masa sangat kecil … tujuannya untuk memburukkan Usman bin Afan.

    Fail 7

    Ruqaiyah berkahwin dengan Usman. Berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali dengan Usman, kemundian berhijrah pula  ke Madinah. Fatimah hanya sekali berhijrah. Anak mereka bernama Abdullah. Nabi beri pembantu rumah kepada Ruqaiyah. Ruqaiyah sakit pada perang Badar pada tahun 2 H – nabi tak benar Usman ke Badar untuk jaga anak Nabi. Usamah juga tak dibenar pergi perang Badar. Ruqaiyah meninggal, setelah selesai perang Badar Ruqaiyah telah di kuburkan.

    Zuriat Abdullah ada hingga sekarang. Bergelar Abdullah al Akbar. Sejarah Syiah telah mematikannya  pada tahun ke 4 H. Sedangkan Usman pergi ke Hijrah   pada tahun ……

    Al Masudi sejarawan Syiah membocor rahsia :  Anak usman ada 2  anak dengan Ruqaiyah Abdullah al Akbar dan Abdullah al Asrar.

    Fail 8

    Al Masudi sejarawan Syiah membocor rahsia :  Anak Usman ada 2  anak dengan Ruqaiyah Abdullah al Akbar dan Abdullah al Asrar. Al Asrar hidup hingga 76 tahun dan mati di patuk ayam.

    Kesimpulan : Anak ruqaiyah tidak mati kecil.

    Ibnu Taimiyah kata : mereka tidak mati kecil. Ali Zainal Abidin termasuk tabiin besar dan berguru dengan Abdullah bin Usman bin Afan.

    Fatimah – anak perempuan Nabi s.a.w ke 3 bukan pertama. Tahun kelahiran : Tahun 1 kenabian, ke 5, …..

    Fail 9

    Hujah Umi Kalsom anak sulung , bukan Hasan anak sulung. Hussain lahir tahun 9H bukan bukan tahun ke 4H. Hujahnya …

    Persoalannya siapakah yang mula-mula dilahirkan oleh Fatimah. Syiah Rafidhah dan ahli sejarah mendakwa Hasanlah yang sulung. Dengan huraian di atas, dakwaan ini dengan sendirinya tertolak.

    Dalam hal ini Mulla Baqir al-Majlisi menulis: ” Mendengarkan perkara itu, Fatimah berada dalam keadaan sedih dan sugul. Beginilah keadaan sehingga ke malam. Apabila malam menjelang beliau meletakkan Hasan di bahu kanan dan Husain di bahu kiri sementara memimpin tangan Ummu Kulthum….. Dalam perjalanan pulang Rasulullah s.a.w. mengangkat Hasan dan Fatimah pula mengangkat Husain dan memegang tangan Ummu Kultum menuju ke masjid.” (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal. 217,218)

    Perhatikan adakah Hasan dan Husain yang berada di atas dukung lebih besar atau Ummu Kulthum yang dipimpin itu lebih besar? Peristiwa ini sendiri membuktikan bahawa Ummu Kulthum lebih tua daripada Hasan dan Husain. Ketika Sayyidina Ali berkahwin pada tahun 4H maka anak yang pertama dilahirkan itu adalah Ummu Kulthum. Nampaknya seolah-olah tidak mungkin Hasan dilahirkan sebelum tahun 5H. Ummu Kulthum ini kemudiannya diperisterikan oleh Sayyidina Umar yang melahirkan dua orang cahaya mata untuk beliau iaitu Zaid dan Ruqayyah.

    Fail 10

    Surah ahzab turun tahun 6H, hasaan belum lahir bagaimana boleh jadi hadis Nabi selimut Hasan dan Hussain …..

    Mengapa Syiah berbohong Hasan anak sulung, bukan Umu Kalsom…..

    Kisah Yazid dan Umi Kalsom ….

    Zainab bin Ali  anak kedua ……

    Umi Kalsom dan zainab menjadi saksi BUKAN  Yazid membunuh Hussain – ini adalah diceritakan oleh al Majlisi seorang Ulama Syiah sendiri.

    Fail 11

    Perkahwinan Umu Kalsom dengan Usman selepas Ruqaiyah meningal…

    Fail 12

    Perjalanan Hijrah Rasulullah s.a.w : Kisah Ummu Ma’bad.

    Perjalanan Hijrah Rasulullah s.a.w : Kisah Ummu Ma’bad.


    Selepas tiga malam Nabi s.a.w dan Abu Bakar r.a bersembunyi di Guar Thur, pada paginya mereka memulakan perjalanan Hijrah ke Madinah. Pada pagi itu Abdullah bin Ariqat seorang musyrik yang boleh dipercayai, datang membawa dua ekor unta seperti yang diamanahkan oleh Abu Bakar untuk menjaganya, sehingga datang perintah hijrah. Abdullah ditugaskan sebagai penunjuk jalan ke Madinah. Abdullah memilih jalan yang tidak sering digunakan orang, supaya kafir Quraisy tidak dapat mengesannya.

    Ibnu Hisham berkata bersumber dari Ibnu Ishak daipada Asma’ Binti Abu Bakar r.a. , rombongan hijrah Rasulullah di sertai oleh Abu Bakar r.a, Amir bin Fuhairah bekas hamba Abu Bakar dan Abdullah bin Ariqat, penunjuk jalan.[1]

    Didalam perjalanan tersebut Rasulullah s.a.w  melalui perkampungan Khuza’ah dan menemui Ummu Ma’bad. Ummu Ma’abab atau Atikah binti Kaab al-Khuzaiyah, adalah saudara Khunais bin Khalid al-Khuza’I r.a . yang meriwayatkan kisah ini.

    Khunais bin Khalid al-Khuza’I r.a . seorang sahabat Nabi s.a.w berkata[2]:

    “Bahawa Rasulullah s.a.w ketika keluar daripada Mekah untuk berhijrah ke Madinah, dia dan Abu Bakar r.a , serta Maula Abu Bakar Amir bin Fuhairah dan penunjuk jalannya Al-Laitsi Abdullah bin Ariqat melalui khemah Ummu Ma’abad Al-Khuza’iyah seorang wanita tua yang baik sedang duduk di perkarangan khemah. Kemudian dia memberi minum dan makan, lalu mereka singgah di khemahnya untuk membeli daging dan tamar. Mereka mendapati kaum itu sudah kehabisan bekalan dan telah masuk musim kemarau dan kekeringan. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w melihat seekor kambing di tepi khemah itu, lalu bertanya kepada Ummu Ma’bad, “Adakah kambing itu mempunyai air susu, wahai Ummu Ma’bad?.”

    Ummu Ma’bad berterus terang mengatakan bahawa kambing itu sudah tidak mampu mengeluarkan air susu. Rasulullah s.a.w meminta izin untuk memerah susunya. Apabila Ummu Ma’bad membenarkannya, Rasulullah s.a.w, berdoa sambil menyapu puting susunya dengan menyebut nama Allah s.w.t. yang Maha Mulia, sambil meminta bekas yang besarnya cukup untuk diminum oleh semua orang yang ada. Маkа berlakulah mukjizat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Kambing itu menge­luarkan air susu yang banyak yang memenuhi bekas yang disediakan. Rasulullah s.a.w memberi mereka minum seorang demi seorang dan kemudian baginda meminumnya. Kemudian dia memerahnya lagi. Lalu mereka meninggalkan khemah Ummu Ma’bad untuk meneruskan perjalanan.

    Tidak lama kemudian suami Ummu Ma’bad pulang ke rumah membawa kambing ternakannya. Apabila dia melihat air susu di dalam bekas, dia berasa hairan lalu bertanya kepada isterinya, “Daripada manakah kamu dapat air susu ini, sedangkan kambing kita kekeringan susu? Kambingnya tidak beranak, tiada kambing mengeluarkan air susu di khemah.” Ummu Ma’bad pun mencerita- kan ара yang berlaku.” Datang seorang yang sungguh berkat” dia bercakap begini dan begini. Sifat dan keadaannya diceritakan satu persatu oleh Ummu Ma’bad. Suaminya berkata, “Demi Allah s.w.t., aku berpendapat itulah dia orang Quraisy yang heboh diceritakan itu. Aku mesti bersamanya. Aku mesti mencari jalan untuk sampai kepadanya”

     


    [1] Sirah Nabawiyah , Ibnu Hisham , Pustaka Dini, Jld 2 Muka surat 155

    [2] Biografi Rasullah s.a.w , Penerbit Jasmin, Muka surat  478-479, Dr. Ali Muhamad as Salabi, memetik daripada Al Hijrah an-Nabawiyah al Mubarakah (104-106)