Kaedah Membaca Sejarah Pertelingkahan Sahabat

Oleh Abu Umair

http://abuumair1.wordpress.com/

Buku Tulisan Dr Asri Mantan Mufti Perlis - Di antara bahan bacaan yang mengupas fakta sejarah perterlingkahan para sahabat.

Beberapa kaedah dan asas penting yang wajar diambil perhatian sebelum seseorang Muslim membaca, mendengar, mengkaji, bercakap atau menulis mengenai pertelingkahan yang berlaku antara sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

1- Wajib mengetahui bahawa seluruh sahabat r.a. bersifat adil. Kepercayaan ini termasuk dalam permasalahan yang disepakati oleh ummah, dan fakta agama yang dimaklumi secara pasti.

Maka, bacalah sejarah para sahabat sambil anda berpegang dengan kepercayaan ini.

2- Al-Quran dan Sunnah menjadi saksi bahawa para sahabat r.a. mempunyai kelebihan yang tinggi di sisi Allah. Apakah di sana ada kelebihan yang setaraf dengan penyaksian bahawa Allah redha terhadap mereka, yang tersebut dalam surah Al-Taubah ayat: 100, dan surah Al-Fath ayat: 18.

Oleh itu, apapun isu perbalahan sahabat yang anda temui dalam tulisan sejarah, ia langsung tidak menjejaskan redha Allah terhadap para sahabat. Kerana Allah memperakui bahawa Dia meredhai sahabat walhal Dia tahu bahawa sebahagian mereka akan bertelingkah malah berperang.

3- Hendaklah diketahui bahawa menghina sahabat adalah sebesar-besar jenayah dalam agama. Ia adalah maksiat yang sangat keji lagi jijik, dan tersenarai dalam kategori dosa-dosa besar.

Jika anda bertemu dengan isu yang pada pandangan anda, bahawa sahabat melakukan kesilapan, jangan cepat menghamburkan cercaan secara melulu. Ketahuilah penghinaan terhadap sahabat adalah tanda kejahilan terhadap fakta dan kemunafikan dalam agama.

4- Pendirian Ahli Sunnah dalam mendepani isu pertelingkahan dan perbalahan para sahabat ialah diam, dan tidak memperincikan hingga membawa fitnah kepada orang lain.

Isu-isu sensitif antara para sahabat, tidak seharusnya disebarkan kepada orang awam, lebih-lebih lagi mereka yang jahil agama. Ia boleh membawa fitnah besar kepada mereka.

5- Jika terpaksa membaca tentang pertelingkahan para sahabat, bacalah dari sumber rujukan yang berfakta, dan menyaring riwayat-riwayat secara akademik mengikut metod ahli hadis dalam meriwayatkan hadis.

Kerana ayat ke-6 surah Al-Hujurat menyuruh supaya meneliti perkhabaran yang datang dari orang-orang fasiq, dan jangan menerimanya bulat-bulat. Maka, cerita yang berkait dengan sahabat r.a selaku golongan manusia paling mulia, lebih aula untuk diteliti kesahihan dan kepalsuannya.

6- Andai kata ada riwayat yang sahih dari sudut penilaian jarh dan ta’dil, yang zahirnya menggambarkan keaiban seseorang sahabat, pendirian kita ialah mencari keuzuran dan bersangka baik terhadapnya.

Kata Ibn Daqiq al-Eid, “Apa yang dinukilkan tentang perbalahan dan pertelingkahan antara mereka, ada yang batil lagi dusta, maka tidak perlu ditoleh kepadanya. Apa yang sahih pula, kita takwilkan ia dengan takwilan yang baik”.

7- Pertelingkahan yang berlaku antara mereka bukan lahir dari hawa nafsu. Ia adalah perbezaan dalam ijtihad. Sesiapa yang tepat ijtihadnya mendapat dua pahala, dan yang silap pula mendapat satu pahala.

8- Hendaklah diketahui bahawa para sahabat yang terlibat dalam fitnah perbalahan, merasa sangat sedih dan menyesal dengan apa yang berlaku.

Aisyah r.a. berkata, “Aku tidak menyangka akan berlaku peperangan antara manusia. Jika aku tahu, aku tidak akan mengambil pendirian tersebut selama-lamanya”.

Ali r.a. berkata selepas melihat Talhah r.a. terbunuh, “Alangkah baiknya kalau aku mati sejak dua puluh tahun yang lalu”.

Begitu juga Muawiyah r.a. apabila mendapat khabar tentang terbunuhnya Ali r.a, beliau terus menangis kesal dan sedih.

9- Ahli Sunnah tidak menganggap bahawa para sahabat bersifat maksum. Boleh jadi mereka melakukan maksiat dan dosa. Namun kesilapan-kesilapan mereka sudah pasti terhapus dan diampuni Allah Taala. Kerana ia hanya secebis jika dibandingkan dengan segala amal soleh, kebaikan, dan kemuliaan yang ada pada mereka.

10- Beristighfar untuk para sahabat adalah satu tuntutan. Maksud firman Allah Taala:

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman”. (Al-Hasyr: 10)

Aisyah r.a. berkata, “Mereka diperintahkan beristighfar kepada sahabat Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam, lalu mereka mencerca sahabat”. (Sahih Muslim no: 3022).

Mudah-mudahan, dengan memahami kaedah dan asas ini, lidah dan tangan kita terselamat daripada tindakan yang membawa kepada keaiban di dunia dan kebinasaan di akhirat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Hinaan Al-Khomainiy terhadap Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam

Oleh Abu Al-Jauzaa’ –  http://abul-jauzaa.blogspot.com/

Dalam artikel hadits tsaqalain di blog ini[1] telah dijelaskan bagaimana ‘aqidah Syi’ah tentang ke-ma’shuman para imam mereka dengan mendudukkannya – secara ghulluw – di atas derajat para Nabi dan Rasul. Pada kesempatan kali ini, saya akan tuliskan secara ringkas beberapa nukilan perkataan Al-Khomainiy – semoga Allah membalas kejahatannya terhadap Islam dan kaum muslimin dengan setimpal – akan pelecehannya terhadap diri Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Satu pelecehan yang tidak ia katakan pada imam mereka, namun malah ia lemparkan pada imam kaum muslimin sepanjang jaman, Muhammad Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

Al-Khomainiy berkata :

لو كانت مسألة الإمامة قد تم تثبيتها في القرآن، فإنَّ أولئك الذين لا يعنون بالإسلام والقرآن إلَّا لأغراض الدنيا والرئاسة، كانوا يتخذون من القرآن وسيلة لتنفيذ أغراضهم المشبوهة، ويحذفون تلك الآيات من صفحاته، ويسقطون القرآن من أنظار العالمين إلى الأبد…..

Seandainya perkara imaamah telah ditetapkan dalam Al-Qur’an secara sempurna, maka mereka yang tidak memberikan perhatian kepada Al-Qur’an dan Islam kecuali keinginan memperoleh dunia dan kepemimpinan; akan mengambil Al-Qur’an sebagai wasilah (perantara) untuk melaksanakan keinginan-keinginan mereka yang tersembunyi. Mereka juga membuang ayat-ayat dari lembar-lembar Al-Qur’an dan menggugurkannya dari pandangan alam semesta untuk selama-lamanya…..” [Kasyful-Asraar, hal. 131].

وواضح أنَّ النبي لو كان بلغ بأمر الإمامة طبقاً لما أمر به الله، وبذل المساعي في هذه المجال، لما نشبت في البلدان الإسلامية كل هذه الإختلافات….

“Dan telah jelas bahwasannya Nabi jika ia menyampaikan perkara imaamah sebagaimana yang Allah perintahkan (padanya) dan mencurahkan segenap kemampuannya dalam permasalahan ini, niscaya perselisihan yang terjadi di berbagai negeri Islam tidak akan berkobar…..” [idem, hal. 155].

لقد جاء الأنبياء جميعاً من أجل إرساء قواعد العدالة في العالم؛ لكنَّهم لم ينجحوا حتَّى النبي محمد خاتم الأنبياء، الذي جاء لإصلاح البشرية وتنفيذ العدالة وتربية البشر، لم ينجح في ذلك….

“Sungguh semua Nabi telah datang untuk menancapkan keadilan di dunia, akan tetapi mereka tidak berhasil. Bahkan termasuk Nabi Muhammad, penutup para Nabi, dimana beliau datang untuk memperbaiki umat manusia, menginginkan keadilan, dan mendidik manusa – tidak berhasil dalam hal itu….” [Nahju Khomainiy, hal 46].

إِنَّ النبي أحجم عن التطرق إلى الإمامة في القرآن؛ لخشيته أن يُصاب القرآن من بعده بالتحريف، أو أن تشتد الخلافات بين المسلمين، فيؤثر ذلك على الإسلام…

“Sesungguhnya Nabi menahan diri dari menyinggung permasalahan imaamah dalam Al-Qur’an karena beliau khawatir Al-Qur’an akan mengalami perubahan (tahriif) sepeninggalnya, atau semakin hebatnya perselisihan di antara kaum muslimin sehingga berpengaruh terhadap Islam…” [Kasyful-Asraar, hal 149].

Ada beberapa ‘pelajaran’ yang dapat kita petik dari perkataan Al-Khomeini di atas, yaitu :

1. Al-Khomainiy mengakui bahwa Al-Qur’an yang disampaikan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menyinggung tentang imaamah (versi Raafidlah) sebagaimana yang mereka gembar-gemborkan. Ini benar.

2. Keyakinan Raafidlah tentang perkara imaamah bukan berasal dari Al-Qur’an dan penjelasan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang disampaikan pada umatnya.

3. Khomainiy telah menuduh Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyembunyikan sebagian risalah – terutama imaamah – kepada umat manusia dan tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah ta’ala kepadanya.

Ini merupakan satu kelancangan yang teramat besar dari Khomainiy yang ia lontarkan kepada beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam demi menegakkan ‘aqidahnya dan ‘aqidah kaumnya yang buram. Padahal Allah ta’ala telah berfirman :

فَإِنْ أَعْرَضُوا فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا إِنْ عَلَيْكَ إِلا الْبَلاغُ

“Jika mereka berpaling maka Kami tidak mengutus kamu sebagai pengawas bagi mereka. Kewajibanmu tidak lain hanyalah menyampaikan (risalah)” [QS. Asy-Syuuraa : 48].

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya” [QS. Al-Maaidah : 67].

قُلْ إِنِّي لَنْ يُجِيرَنِي مِنَ اللَّهِ أَحَدٌ وَلَنْ أَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا * إِلا بَلاغًا مِنَ اللَّهِ وَرِسَالاتِهِ

Katakanlah: “Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorang pun yang dapat melindungiku dari (adzab) Allah dan sekali-kali tiada akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-Nya”. Akan tetapi (aku hanya) menyampaikan (peringatan) dari Allah dan risalah-Nya.“ [QS. Al-Jin : 22-23].

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللاعِنُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati” [QS. Al-Baqarah : 159].

Allah ta’ala telah memberi kewajiban kepada Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menyampaikan semua risalah dari Allah ta’ala dalam penyampaian isi/kandungan Al-Qur’an kepada manusia. Allah pun memberi ancaman jika beliau tidak melaksanakannya, pada hakekatnya beliau tidak menyampaikan amanat. Selain itu, Allah juga memberi ancaman akan adzab yang pedih bagi siapa saja yang menyembunyikan apa yang diturunkan Allah berupa keterangan dan petunjuk.

‘Aqidah Ahlus-Sunnah mengatakan bahwa beliau telah menyampaikan semua risalah yang telah dibebankannya kepada manusia. Tidak ada satu kewajiban melainkan beliau telah tunaikan. Konsekuensinya, jika beliau tidak menyampaikan perkara imaamah (sebagaimana keyakinan Raafidlah), maka perkara tersebut memang bukan bagian yang Allah wajibkan untuk beliau sampaikan kepada umatnya.

Jika Khomainiy mengatakan bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menyampaikan risalah imaamah, maka hanya ada dua kemungkinan yang harus ia ambil – yang tidak ada bagian ketiganya :

a. Perkara imaamah itu memang tidak ada, sehingga beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bukan termasuk orang yang menyembunyikan (tidak menyampaikan) amanat Allah.

b. Perkara imaamah itu ada, sehingga beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam termasuk orang yang menyembunyikan (tidak menyampaikan) amanat Allah.

Silakan ditimbang-timbang,…. kemungkinan mana kira-kira yang akan diambil kaum Syi’ah Raafidlah pendukung Khomainiy……

4. Khomeini menyatakan bahwa para Nabi, termasuk Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah gagal dalam pembinaan umat.

Jika Khomainiy menganggap para Nabi telah gagal, siapakah yang dianggap berhasil menurut timbangannya ? Para imamnya ?

Inilah sebagian ‘kekurangajaran’ Khomainiy – semoga Allah memberikan balasan setimpal atas kejahatannya terhadap Islam dan kaum muslimin – …..

Ajaran imaamah (versi Syi’ah) memang bukan berasal dari Al-Qur’an dan penjelasan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Setelah mengetahui ‘kenyataan pahit’ itu, Khomainiy justru ‘rela’ mengorbankan diri pribadi Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam demi hawa nafsunya daripada meninggalkan agamanya yang sarat dengan kebusukan.

Semoga sedikit keterangan ini dapat bermanfaat bagi Penulis dan kaum muslimin.

[Abul-Jauzaa’ – yang dalam masalah ini banyak mengambil manfaat dari keterangan Prof. Dr. Ahmad Al-Ghaamidiy hafidhahullahhttp://abul-jauzaa.blogspot.com – perumahan ciomas permai, ciapus, ciomas, bogor, 16610].

 

BACA TULISAN LAIN ABUL JAUZAA DI :  http://abul-jauzaa.blogspot.com/search/label/Syi%27ah


[1] Silakan baca : http://abul-jauzaa.blogspot.com/2009/11/ahlul-bait-adalah-jaminan-keselamatan.html.

Jumaat 12 Rabiul Awal : Hari Pertama di Madinah

12 Rabiul Awal : Mengimbau Hijrah Rasullah s.a.w

Hari ini 12 Rabiul Awal, adalah hari cuti umum kerana dikatakan hari ulang tahun kelahiran nabi s.a.w. Hari ini juga ada dikaitkan dengan kewafatan nabi s.a.w. Hari ini juga di katakan Rasullah s.a.w tiba di Yatrib atau Madinah pada hari Jumaat.

( Baca di:  https://aburedza.wordpress.com/2011/02/09/penilaian-semula-tarikh-kelahiran-dan-kewafatan-nabi/ dan    https://aburedza.wordpress.com/2011/02/02/28-safar-mengimbau-hijrah-nabi-s-a-w/ )

Sebelum memasuki kota Madinah Rasullah singgah empat hari di Quba – dua farsakh jauhnya dari Medinah.  Di Quba masjid Quba dibangunkan.

Hussain Haikal menulis di dalam Sejarah Hidup Muhammad s.a.w :

Unta yang dinaiki Nabi alaihi ssalam berlutut di tempat penjemuran kurma milik Sahl dan Suhail b. Amr. Kemudian tempat itu dibelinya guna dipakai tempat membangun mesjid. Sementara tempat itu dibangun ia tinggal pada keluarga Abu Ayyub Khalid b. Zaid al-Anshari. Dalam membangun mesjid itu Muhammad juga turut bekerja dengan tangannya sendiri. Kaum Muslimin dari kalangan Muhajirin dan Anshar ikut pula bersama-sama membangun. Selesai mesjid itu dibangun, di sekitarnya dibangun pula tempat-tempat tinggal Rasul. Baik pembangunan mesjid maupun tempat-tempat tinggal itu tidak sampai memaksa seseorang, karena segalanya serba sederhana, disesuaikan dengan petunjuk-petunjuk Muhammad.

Mesjid itu merupakan sebuah ruangan terbuka yang luas, keempat temboknya dibuat daripada batu bata dan tanah. Atapnya sebagian terdiri dari daun kurma dan yang sebagian lagi dibiarkan terbuka, dengan salah satu bagian lagi digunakan tempat orang-orang fakir-miskin yang tidak punya tempat-tinggal. Tidak ada penerangan dalam mesjid itu pada malam hari. Hanya pada waktu salat Isya diadakan penerangan dengan membakar jerami. Yang demikian ini berjalan selama sembilan tahun. Sesudah itu kemudian baru mempergunakan lampu-lampu yang dipasang pada batang-batang kurma yang dijadikan penopang atap itu. Sebenarnya tempat-tempat tinggal Nabi sendiri tidak lebih mewah keadaannya daripada mesjid, meskipun memang sudah sepatutnya lebih tertutup.

Selesai Muhammad membangun mesjid dan tempat-tinggal, ia pindah dari rumah Abu Ayyub ke tempat ini. Sekarang terpikir olehnya akan adanya hidup baru yang harus dimulai, yang telah membawanya dan membawa dakwahnya itu harus menginjak langkah baru lebih lebar. Ia melihat adanya suku-suku yang saling bertentangan dalam kota ini, yang oleh Mekah tidak dikenal. Tapi juga ia melihat kabilah-kabilah dan suku-suku itu semuanya merindukan adanya suatu kehidupan damai dan tenteram, jauh dari segala pertentangan dan kebencian, yang pada masa lampau telah memecah-belah mereka. Kota ini akan membawa ketenteraman pada masa yang akan datang, yang diharapkan akan lebih kaya dan lebih terpandang daripada Mekah. Akan tetapi, bukanlah kekayaan dan kehormatan Yathrib itu yang menjadi tujuan Muhammad yang pertama, sekalipun ini ada juga. Segala tujuan dan daya-upaya, yang pertama dan yang terakhir, ialah meneruskan risalah, yang penyampaiannya telah dipercayakan Tuhan kepadanya, dengan mengajak dan memberikan peringatan. Akan tetapi, oleh penduduk Mekah sendiri, dengan cara kekerasan risalah ini dilawan mati-matian, sejak dari awal kerasulannya sampai Rada waktu hijrah. Karena takut akan penganiayaan dan tindakan kekerasan pihak Quraisy, risalah dan iman itu tidak sampai memasuki setiap kalbu. Segala penganiayaan dan tindakan kekerasan ini menjadi perintang antara iman dengan kalbu manusia yang belum lagi menerima iman itu.

Jika Melayu tidak bersama Umno, mereka akan bersama PAS, masih kekal di tangan orang Melayu

Melayu: BTN diminta olah semula kurikulumnya

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Feb: PAS mendesak Biro Tata Negara (BTN) agar mengolah semula kurikulum yang selalu mengasak para peserta kursusnya agar bimbang dan takut bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik di negara ini. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika menyertai forum ‘Masa Depan Kepimpinan Melayu’ di Putra Word Trade Centre (PWTC) lewat petang semalam berkeyakinan penuh kuasa Melayu akan kekal sekurang-kurangnya 50 tahun lagi.

Saranan ini dikemukakan Mustafa di hadapan lebih 1,000 peserta Simposium Dilema Melayu yang dianjurkan oleh lepasan pelajar pro Aspirasi yang didokong sepenuhnya oleh Umno.

Turut menjadi penal adalah Tan Isa Samad (Pengerusi Felda) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah bekas Ketua Pengarah BTN, Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Turut berada di dewan ketika itu adalah Pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali serta Datuk Seri Shahidan Kasim, bekas Menteri Besar Perlis di samping lain-lain pemimpin Umno.

Media telah dilarang masuk ke program ini namun wakil Harakahdaily yang mengiringi Mustafa telah dibenarkan masuk.

Menurut Mustafa, cara BTN memberikan indoktrinasi kepada para pelajar kononnya jika Melayu tidak bersatu di bawah Umno, kuasa Melayu akan hilang adalah tidak benar.

“Jika Melayu tidak bersama Umno, mereka akan bersama PAS, iaitu masih kekal di tangan orang Melayu,” katanya di majlis itu yang disambut tepukan gemuruh dari para pelajar universiti yang menjadi peserta program itu.

Mustafa berkata, dengan kerusi Melayu sebanyak 112 dari 222 kerusi semuanya, tidak ada sebab untuk kuasa Melayu di negara ini hilang kecuali Umno sebagai pihak yang berkuasa sekarang terus mengecilkan kerusi orang Melayu sebagaimana yang dibuatnya pada tahun 2003.

Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003, kerajaan yang dikuasai Umno tidak menambah sebarang kerusi Parlimen untuk negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis iaitu negeri-negeri yang ramai orang Melayu.

Padahal negeri-negeri lain telah mendapat penambahan kerusi Parlimen yang sangat ketara.

“Apabila saya, ketika itu mewakili PAS yang memimpin kerajaan negeri Terengganu, berbincang dengan SPR, mereka kata akan menambahkan sekurang-kurangnya dua kerusi Parlimen untuk Terengganu.

“Tetapi apabila ia dibentangkan di Parlimen, tidak ada satu pun kerusi Parlimen ditambah di empat negeri orang Melayu tersebut.

“Alasannya Umno bimbang kalau-kalau kerusi-kerusi itu dimenangi oleh PAS, ia akan merugikan Umno. Ini semua berlaku kerana Umno berfikir dari segi kepentingan politiknya semata-mata (bukan Melayu sebagaimana yang dikatakannya),” kata Mustafa.

Dalam seminar itu juga, Mustafa mengajak semua peserta simposium itu yang semuanya orang Melayu agar kembali kepada Islam kerana Islam penuh dengan nilai yang akan menaikkan kualiti orang Melayu.

Tun Mahathir paling berani

Beliau bersetuju, antara pemimpin yang paling berani di negara ini adalah Tun Dr Mahathir, namun bagi beliau Mahathir berani tidak bertempat.

“Kalau orang tanya saya, siapa PM yang paling berani mengkritik Amerika, barat, Israel dan lain-lain pihak, saya akan katakan Tun Dr Mahathir,” kata Mustafa dengan diiringi tepukan gemuruh para hadhirin kerana pemberi ucap utama di konvensyen itu adalah Mahathir.

“Namun,” kata Mustafa, “Mahathir berani tidak bertempat. Pada tahun 1999, apabila PAS menang di Terengganu, dia bersama dengan Tun Daim selaku Menteri Kewangan telah merampas hak royalti rakyat Terengganu dari negeri itu.

“Dia berani langgar semua prinsip keadilan, perjanjian dengan Petronas bahkan prinsip demokrasi…ini perlu diperbetulkan semula (kalau mahu bercakap tentang Melayu),” kata Mustafa dengan diikuti bunyi bising di belakang membantah kenyataan Mustafa ini.

Pengerusi forum ini, Dr Nordin Kardi ketika memberikan kata-kata ketika menutup forum ini berkata, selepas mendengar hujjah-hujjah Mustafa, beliau bersedia untuk mengambil borang menjadi ahli PAS namun kerana ia datang dari orang politik, ia telah membantutkan hasrat itu.

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi

Oleh : Maulana Asri Yusof

Maulana Asri Yusof

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya.

Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains.

Disamping itu, sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), ia akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w. dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida’ah).

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi saw berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah.
(Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144).

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibmu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya.

Imam Nasa’i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.”

Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, “Dia seorang dajjal”
(Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475).

Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.
Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini
(Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari 2 of 3 Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

  • Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.
  • Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.
  • Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb.Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.
  • Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori
    Bik di dalam “Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam “Ar Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain.Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w. pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:
  • Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 11H
  • Dalam bulan Rabiul Awwal
  • Antara 1hb. Hingga 12hb.
  • Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52)
  • Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
  • Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda s.a.w. seperti berikut:
  • 1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.
  • 2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 atau 16hb. Rabiul Awwal.Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti yang terdapat dalam jadual berikut:Jumlah hari bagi bulan______________Tarikh Hari Isnin dalam bulan Rabiul Awwal
    Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (29)______________1 8 15
    Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29)______________1 8 15
    Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30)______________1 8 15
    Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30)______________7 14 21
    Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29)______________7 14 21
    Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30)______________7 14 21

    Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awwal tidak dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat yang menyokongnya. Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya, tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya. Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin Muhammad Al Kalbi dan
    Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama hadis. Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain.

    Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi.
    (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579).

    Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M. Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan pihak kami berharap agar masyarakat menilai semula tarikh sebenar kelahiran nabi s.a.w. dan tidak merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi s.a.w. padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.

  • sumber : http://al-qayyim.net/
  • PENGERTIAN SYAHADAH

    PENGERTIAN SYAHADAH

    (Teks Khutbah Jumaat 4 Febuari 2011 – Masjid As Syakirin, Oran)

    Sidang JumaatYang Dirahmati Allah,

    Manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Pengabdian yang tulus murni lagi benar menjadi tuntutan bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Untuk itu, setiap hamba Allah perlu mempunyai akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih dan akhlak yang terpuji. Aspek akidah adalah teras kepada semua itu. Manakala teras kepada perbahasan akidah pula ialah pengertian dan tuntutan syahadah. Syahadah yang dimaksudkan ialah pengakuan dan penyaksian seorang hamba bahawa ‘Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah’. Kalimah yang diungkapkan ialah:

    Ungkapan syahadah ini sering dilaungkan oleh muazzin setiap kali azan dan dilafazkan oleh setiap orang yang solat. Ia sangat penting dalam hidup setiap manusia yang beriman. Selain itu, kepentingan syahadah dilihat dalam 2 keadaan:

    Pertama : Islam dibina di atas beberapa rukun dan salah satu rukunnya ialah kalimah syahadah ini. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Al- Bukhari dan Muslim, yang bermaksud :

    “Agama Islam dibina di atas lima rukun iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullahilharam dan puasa pada bulan Ramadan.”

    Kedua : Setiap orang yang ingin memeluk Islam hendaklah mengucapkan kalimah syahadah ini. Inilah yang dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW, cantohnya ketika Islamnya Abdullah Bin Salam yang asalnya seorang pendeta Yahudi. (Hadis riwayat Al-Bukhari).

    Rasulullah SAW telah menjanjikan banyak kelebihan yang terdapat pada penyaksian agung ini. Sabda baginda SAW dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud :

    “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku adalah rasul Allah. Tidaklah seorang hamba yang bertemu Allah dengan dua kalimah ini tanpa sebarang syak melainkan akan masuk syurga.”

    Sabda baginda lagi dalam hadis riwayat Muslim, yang bermasud:

    “Barangsiapa yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan ba­hawa Muhammad adalah utusan Allah, nescaya Allah haramkan ke atasnya neraka.”

    Ramai manusia telah menuturkan kalimah syahadah ini; namun ia tidak memberi apa-apa makna dan manfaat. Ini kerana, ia sekadar diucap den­gan pengucapan kosong tanpa kesedaran dan penghayatan pada makna serta tuntutannya. Justeru, Rasulullah SAW telah meletakkan syarat bagi mencapal kelebihan kalimah mulia ini mestilah dengan ilmu. Sabda rasul SAW dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud :

    “Barangsiapa mati dalam keadaan dia mengetahui bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, nescaya dia masuk syurga.”

    Syahadah atau penyaksian

    لا إله إلا الله محمد رسول الله

    membawa maksud: suatu iktikad yang kukuh bahawa tiada tuhan yang berhak dan layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahawa nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah.

    Sidang Jumaat Yang Dihormati sekalian,

    Tuntutan dan cara menghayati syahadah yang pertama iaitu “Tiada Tuhan Melainkan Allah” adalah seperti berikut:

    1.     Menuturkan kalimah dalam keadaan mengetahui dan memahami maksudnya sebagaimana firman Allah dalam surah Muhammad, ayat 19 :

    Maksudnya:

    “Ketahuilah bahawasanya Tiada Tuhan melainkan Allah…”

    2.    Beramal dengan maksud kandungan kalimah itu. la adalah asas pengutusan para rasul, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Anbiya’, ayat 25, yang bermaksud :

    “Dan tidak Kami utuskan seorang rasul pun sebelum kamu melainkan kami wahyukan kepadanya, bahawa tiada Tuhan me­lainkan Aku, maka abdikaniah diri kepada-Ku”

    3.    Menyerah diri kepada Allah SWT, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 128, yang bermaksud:

    “Tuhan kami! Jadikanlah kami ber- dua (Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail) menyerah diri kepada-Mu dan juga dari zuriat kami satu umatyang menyerah diri kepada-Mu…”

    4.     Membenarkan segala yang datang daripada Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nisa’, ayat 87, yang bermaksud :

    “…dan siapakah yang lebih benar percakapannya daripada Allah?”

    5.  Ikhlas dalam melakukan pengabdian dan berlepas diri daripada sebarang bentuk syirik dan khurafat. Firman Allah dalam surah Az-Zumar, ayat 11, yang bermaksud :

    “Katakanlah wahai Muhammad! Sesungguhnya aku diper- intahkan untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam keadaan ikhlas beragama kepada-Nya…”

    6.     Mengasihi Allah melebihi segala yang lain, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 165, yang bermaksud :

    “…dan orang-orang yang beriman sangat cintakan Allah.”

    Tuntutan dan cara menghayati syahadah yang kedua iaitu “Nabi Muham­mad hamba dan pesuruh Allah” adalah seperti berikut:

    1.   Meyakini bahawa Rasulullah adalah manusia pilihan Allah. Baginda juga bukan sekutu bagi Allah. Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi, ayat 110, yang bermaksud :

    “Katakanlah (wahai Muhammad)! bahawasanya aku ini adalah manusia biasa seperti kamu yang diwahyukan kepadaku. Bahawa­sanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang satu”.

    2.    Meyakini bahawa baginda Rasulullah dipelihara oleh Allah daripada terjebak dalam sebarang bentuk dosa. Baginda juga dipelihara daripada tersalah dalam menyampaikan risalah Allah.

    3.   Mentaati segala perintah Rasulullah dan menjauhi segala larangarinya. Firman Allah dalam surah Al-Hasyr, ayat 7, yang bermaksud :

    “Dan ара yang dibawa datang kepada kamu oleh Rasulullah hendaklah kamu ambil dan ара yang baginda larang, maka hendaklah kamu tinggalkan.”

    4.   Membenarkan setiap yang baginda sampaikan. Ini kerana baginda tidak berkata-kata sebarangan, sebaliknya ia adalah panduan daripada Allah. Firman Allah dalam surah An-Najmi, ayat 3 dan 4, yang bermaksud :

    “Dan dia yakni Nabi Muhammad tidak bertutur dengan hawa nafsu, sebaliknya ia adalah wahyu yang diutuskan oleh Allah.”

    5. Mencintai Nabi melebihi makhluk yang lain. Sabda rasulullah SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari:

    Maksudnya:

    “Tidak beriman seorang daripada kamu hinggalah dia menjadikan aku yang paling dicintai melebihi bapanya dan anaknya serta semua manusia.”

    Kesimpulannya, mimbar menyeru semua jemaah sekalian agar melaksanakan segala tuntutan dua kalimah syahadah ini. Semoga ia dapat membebaskan jiwa raga daripada perhambaan kepada sesama makhluk kepada perhambaan kepada Allah SWT serta mengelakkan diri daripada mengikut petunjuk selain petunjuk Rasulullah SAW.

    Tek khutbah di sediakaan oleh:

    Jabatan Mufti Perlis

    Imam Bertugas: Ustaz Ustaz Mohd. Sahir Bin Hj. Bakar

    Imam 3 Masjid As Syakirin

     

    Sumber : http://masjidassyakirin.wordpress.com/

    Mengimbau Hijrah Nabi s.a.w : Al Quran Memertabat Para Shabat Yang Berhijrah Sedang Syiah Mencela Mereka.

    Mengimbau  Hijrah Nabi s.a.w : Al Quran Memertabat Para Shabat Yang Berhijrah Sedang Syiah Mencela  Mereka.

    Masih mengimbau empat belas abad yang lalu, hari ini 1 Rabiul Awal Tahun 1 Hijrah , ahli-ahli sejarah mengatakan Nabi s.a.w keluar dari Gua Thur  memulakan hijrah ke Madinah bersama Abu Bakar r.a…….

    Syiah mempercayai bahawa selepas wafat nabi s.a.w  semua sahabat menjadi murtad kecuali Ahlul bait dan beberapa orang sahabat iaitu Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al Farisi dan Amar. Malah mereka menyebut  Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy dan pengikut-pengikut meraka adalah musuh Allah.  Termasuk juga menjadi sasaran celaan mereka ialah  isteri  Nabi s.a.w  sendiri.

    Semua sahabat-sahabat  yang dibenci Syiah ini adalah sahabat-sahabat yang berhijrah  yang di iktiraf dan diangkat martabat mereka oleh Allah melalui  banyak ayat-ayat al Quran.  Semua sahabat yang berhijrah ini adalah manusia, yang terdedah kepada salah silap, lalu mereka bertaubat dan Allah mengampunkan mereka. Allah menjanjikan syurga kepada mereka. Siapakah kita yang mempersoalkan dosa mereka?

    Ikuti maksud firman Allah terhadap golongan sahabat muhajirin:

    Al Anfal 74-75:

    Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.

    Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian berhijrah dan berjihad bersamamu maka orang-orang itu termasuk golonganmu (juga). Orang-orang yang mempunyai hubungan itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

    Al Hasyar 8:

    (Juga) bagi para fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridaan (Nya) dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.

    An Nahl  41-42 :

    Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui,

    (yaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakal.

    Al  Nahl 110:

    Dan sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    At Taubah 20:

    Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

    Al Baqarah 218:

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    At Taubah 117:

    Sesungguhnya Allah telah menerima tobat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang Ansar, yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima tobat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka,

    At taubah 100

    Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah rida kepada mereka dan mereka pun rida kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

    An Nisa 98-100:

    kecuali mereka yang tertindas baik laki-laki atau wanita atau pun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah),

    mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

    Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    Ali Imran 195:

    Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.”

    At taubah 20-22

    Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

    Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keridaan dan surga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal,

    mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.

    Demikian maksud firman Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Firman Allah yang jelas dan terang terus kepada maksudnya.

    Apakah semua firman Allah ini hanya untuk Ahlul bait dan beberapa orang sahabat iaitu Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al Farisi dan Amar sahaja?  Hujah Syiah  yang demikian itu sungguh gila! Syiah mendakwa Fatimah r.a  wafat dalam keadaan murka kepada Abu Bakar r.a  kerana Fatimah r.a menuntut harta dunia – tanah Fadak! Aduhai begitu rendah anda meletak martabat Fatimah r.a, apakah  Fatimah r.a tidak faham firman Allah di atas? Mustahil Fatimah r.a  akan menukar Firman Allah tersebut dengan sebidang Tanah Fadak!

    Hujah Syiah adalah hujah manusia, tidak akan mampu berhadapan hujah Allah s.w.t. Yang Maha Agung.

    Allah berfirman , Al Hasyar 10:

    وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

    Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa:

    “Ya Tuhan kami,

    beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami

    yang telah beriman lebih dahulu dari kami,

    dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami

    terhadap orang-orang yang beriman;

    Ya Tuhan kami,

    sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.

    28 Safar : Mengimbau Hijrah Nabi S.A.W

    28 Safar :  Mengimbau Hijrah Nabi S.A.W Hari ini 58 hari selepas sambutan maal hijrah 1432. Lalu orang pun lupa akan kisah hijrah Junjungan Yang Mulia s.a.w. Maal Hijrah atau 1 Muharam bukan lah tarikh hijrah sebenarnya. Hijrah sebenarnya bermula 57 hari selepas 1 Muharam! Kelmarin bertarikh 27 Safar 1432 dan hari ini 28 Safar mengigatkan saya akan hijrah Rasullah s.a.w  bersama sahabat setia  Abu Bakar r.a ke Madinah. Ada ahli sejarah menyebut  pada 27 Safar pada tahun pertama Hijrah mereka berdua berangkat hijrah  dengan memasuki gua Thur di selatan Makah. Ibnu Ishak menyebut Rasullah s.a.w  keluar dari rumahnya pada waktu malam, bagaimanapun hadis Bukhari yang sahih menyebut Rasullah s.a.w  sampai dirumah Abu Bakar r.a pada waktu tengahari dan keluar dari rumah Abu Bakar r.a  selepas itu.(Baca di SINI). Bagaimanapun  saya memetik  pendapat Syeikh Sofyurrahman al-Mubarakfuri yang agak lengkap, menyatakan bahawa: Rasulullah s.a.w. meninggalkan rumah pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kenabian. Ia bersamaan 12 atau 13hb September 622M. Kemudian, baginda bersembunyi di dalam gua selama tiga malam, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan pada malam Isnin, 1 Rabiul Awwal, bersamaan 16 September 622M, baginda berdua beredar meninggalkan gua bersama dengan Abdullah bin Uraiqith, yang memandu jalan. Baginda sampai di Quba’ pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, tahun pertama Hijrah. Ia bersamaan dengan 23 September 622M. Baginda berada di Quba’ selama empat hari, iaitu hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Pada hari kelima, iaitu hari Jumaat, 12 Rabiul Awwal, baginda sampai ke Madinah. (Ringkasan kitab ar-Rahiqul Makhtum, m/s 154)- (Baca di SINI). Atau saya ringkaskan mengikut jadual berikut dengan tambahan dari sumber lain:   Jadual Perjalanan Hijrah Nabi s.a.w Sejauh 421 Km Ke Madinah

    TARIKH HARI CATITAN
    27 SAFAR JUMAAT BERMALAM DI GUA THUR
    28 SAFAR SABTU MALAM KE 2 DI GUA THUR
    29 SAFAR AHAD MALAM KE 3 DI GUA THUR
    1 RABIULAWAL ISNIN BERTOLAK KE MADINAH
    2 RABIULAWAL SELASA SAMPAI DI LEMBAH QUDAID
    3 RABIULAWAL RABU DALAM PERJALANAN
    4 RABIULAWAL KHAMIS DALAM PERJALANAN
    5 RABIULAWAL JUMAAT DALAM PERJALANAN
    6 RABIULAWAL SABTU DALAM PERJALANAN
    7 RABIULAWAL AHAD DALAM PERJALANAN
    8 RABIULAWAL ISNIN SAMPAI DI QUBA
    9 RABIULAWAL SELASA BERMALAM DI QUBA
    10 RABIULAWAL RABU BERMALAM DI QUBA
    11 RABIULAWAL KHAMIS BERMALAM DI QUBA
    12 RABIULAWAL JUMAAT SAMPAI DI MADINAH

    Laluan hijrah Rasullah s.a.w  mengikut pandangan  Syikh Sami Abdullah al Maghluts adalah seperti peta di bawah: