Sebuah Memo: Erti Kematian Bagi Seorang Mukmin

Anak-anakku,

Redza, Firdaus, Nabila dan Haikal.

Jadilah kita kekasih Allah. Cukup mudah kata Hukama untuk menjadi kekasih Allah: ikuti suruhan dan tinggalkan laranganNya!

Al Qurtubi[1] di dalam kitabnya Tazkirah Al Qurtubi[2] mengutip kata-kata Hiyad bin al Hasan:

“Kematian itu itu baik bagi seorang mukmin adalah kerana hal itu merupakan pertemuan seorang kekasih dengan kekasihnya”

Abu Darda r.a. pula berkata, tidak ada seorang mukmin kecuali kematian adalah lebih baik baginya. Abu Darda r.a. berkata begitu kerana beliau merujuk kepada ayat 198 surah Ali Imran maksudnya:

Akan tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan-nya bagi mereka surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal (anugerah) dari sisi Allah. Dan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti.

Berhubung kematian seorang mukmin al Qurtubi membawa satu riwayat[3] dailog Nabi Ibrahim a.s dengan Malaikat Maut:

Apabila Malaikat Maut datang untuk mengambil nyawa nabi Ibrahim a.s. , maka Nabi Ibrahima.s bertaya:

“Apakah ada kekasih yang mencabut nyawa kekasihnya?”

Maka Malaikat Maut pun mengadu kepada Allah, lalu Allah berfirman :

“  Katakan kepadanya : Apakah ada seorang kekasih yang tidak mahu bertemu dengan kekasihnya?”

Lalu Malaikat Maut kembali menyampaikan firman Allah  itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Maka berkatalah nabi Ibrahim a.s :

“ Kalau begitu cabutlah roh aku sekarang!”

Anakku,

Imam Bukhari meriwyatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Barang siapa yang senang bertemu Allah s.w.t, maka Allah s.w.t., pun akan senag bertemu dengannya, dan barang siapa yang tidak suka bertemu dengan Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. tidak akan suka bertemu dengannya.”


[1] Imam Abu Abdullah Muhammad Ibnu Ahmad Ibn Abu Bakar Al-Ansari Al-Qurtubi  lahir di Cordoba, Spanyol. Dia adalah seorang ulama Maliki yang terkemuka. Karya beliau yang besar dan terkenal ialah Tasfir al Quttubi. Al Qurtubi meninggal pada 671H / 1273M.

[2] Rujukan saya pada Ringkasan Tazkirah al Qurtubi oleh Syikh Imam Abdul wahab Asy Sya’rani (wafat 973H). Penerbit JASMIN

[3] Pada nota kaki disebut riwayat ini di dipetik dari Abu Naim di dalam kitabnya Hilyatul Awlia (278/4). Juga diriwayatkan oleh at  Tirmizi di dalam kitabnya Nawadir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s