Kazaf : Hudud atau Ta’zir?

Muka Surat 55 Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis

Pekara 38: KAZAF

Petikan daripada (mulai muka surat 55)  Kitab :Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis  KARANGAN HAJI SAID HAJI IBRAHIM, BEKAS MUFTI SABAH

38.1.  Ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. (Nihayah al-Muhtaj: 7/139)

38.2. Qazaf dalam jinayah syar`iyah terbahagi kepada dua bahagian:

i. Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil.

ii. Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman ta`zir, seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak atau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dan menghinanya.

(Hukuman ta`zir maksudnya ialah bentuk hukuman itu diserah kepada kebijaksanaan kerajaan atau pemerintah; samada nak denda, nak penjara, atau nak macamana ka, terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah.)

Pekara 39: Hukum Qazaf

39.Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80x sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya, kerana dia adalah orang yang fasiq. Firman Allah swt yang bermaksud,

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80x sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.” (Surah an-Nur:4)

Pekara 40 : Penuduh yang boleh dikenakan hukuman had qazaf.

 40.1.Seseorang yang menuduh seseorang yang lain berzina yang boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atasnya adalah tertakluk di bawah 5 syarat:

i.Berakal

ii.Baligh

iii.Kemahuan sendiri

iv.Mengetahui haramnya qazaf

v.Bukan ibubapa dan datuk hingga ke atas kepada orang yang dituduh

40.2. Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atas mereka. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; mafhumnya,

“Allah tidak akan menyiksa 3 golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya.” (Riwayat Bukhari dalam al-Sahih)

40.3. Seseorang yang dipaksa untuk membuat tuduhan (bukan dengan kemahuannya sendiri) menuduh seseorang yang lain berzina, tidak boleh juga dikenakan hukuman had qazaf ke atas mereka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

“Allah mengangkatkan (menghapuskan) dosa umatku yang tersilap dan terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan.” (HR Tabrani dari sanad yang sahih).

40.4. Kanak-kanak yang belum baligh dan telah mumaiyiz yang menuduh seseorang berzina tidak boleh dikira sebagai kesalahan qazaf yang boleh dikenakan hukuman had qazaf, tetapi kanak-kanak yang telah mumaiyiz itu wajib dikenakan ke atasnya hukuman ta`zir.

40.5. Orang yang tidak mengetahui haram qazaf tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atasnya, kerana di antara syarat-syarat orang yang menuduh seseorang itu berzina yang boleh dikenakan hukuman had qazaf yang disebutkan dalam perkara 40 (iv) ialah orang yang mengetahui haram qazaf itu.

40.6. Jika seorang bapa atau ibu menuduh anaknya berzina, atau datuk hingga ke atas menuduh cucunya melakukan zina, mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 40 (v).

Pekara 41: Syarat-syarat Orang yang di Tuduh

41.Orang yang dituduh melakukan zina yang boleh dikenakan hukuman qazaf ke atas orang yang menuduh secara palsu mestilah orang yang dituduh itu mempunyai syarat-syarat berikut :

41.a) Orang yang dituduh tadi diketahui orangnya (dikenal pasti orang yang dituduh itu), sekalipun ia telah meninggal dunia (mati).

41. b) Orang yang dituduh itu seorang yang baik dan bersih daripada perbuatan zina dan terpelihara kehormatannya dari sebarang kejahatan.

Pekara 42: Menuduh orang berzina atau menafikan keturunannya.

42.1) Seseorang yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau menafikan keturunannya, dimana orang yang menuduh itu tidak dapat membuktikan tuduhannya, maka orang yang menuduh itu wajib dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 39 yang berlandaskan firman ALLAH TA`ALA dalam Surah an-Nur ayat 4.

42.2) Jika tuduhan itu bukan tuduhan berzina, atau bukan pula menafikan keturunan, misalnya seseorang menuduh seseorang yang lain murtad, atau minum arak, atau mencuri, maka orang yang menuduh itu tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf, tetapi hendaklah dikenakan hukuman ta`zir.

43.3) Jika tuduhan seseorang ke atas orang yang melakukan zina itu tidak cukup syarat-syarat yang membolehkan penuduh tadi dikenakan hukuman had qazaf, maka penuduh itu hanya boleh dikenakan hukuman ta`zir sahaja – tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf.

BACA SELANJUTNYA DI DALAM KITAB :

Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis

InsyAllah BERSAMBUNG

________________________________________

Petikan daripada mulai muka surat 55 Kitab :Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis

KARANGAN HAJI SAID HAJI IBRAHIM, BEKAS MUFTI SABAH

Buku ini menjeiaskan kadudukan hukuman hudud dalam Undang-Undang Islam mangikut peruntukan hukum Syara’ yang disebutkan di dalam Quran dan Hadis dan yang dikuatkuasakan dalam ”Qanun Jinayah Syar’iyah”

Hukuman Hudud adalah Hukuman Allah yang telah ditetapkan dan ditentukan hukumannya di dalam Quran dan Hadith. Dan adalah juga Haq Allah yang tidak boleh diistilahkan hukuman hudud itu selain dari hudud Allah, kerana di dalam Quran dan Hadith hukuman hudud itu hanya satu sahaja, tidak ada hukuman hudud yang lain lagi.

Hukuman hudud yaag berteraskan Quran dan Hadith tidak boleh diketepikan dan tidak boleh dihalang perlaksanaanya oleh undang-undang  yang di buat oleh manusia, kerana undang-undang yang digubal oleh manusia itu tidak boleh mengatasi undang-undang Allah dan menolak Wahyu Ilahi.

Oleh itu buku ” Qanun Jinayah Syar’iyah” ini memberi manfaat dan faedah yang besar terhadap pembaca, pengkaji dan perujuk, khususnya peminat undang-undang Syar’iyah yang ingin untuk mengetahui hakikat sebenar kes-kes yang boleh didakwa dan yang dikenakan hukuman hudud serta cara-cara penghakiman kes-kas itu.

Buku setebal 514 halaman ini di terbit oleh Darul Makrifah KL, sangat baik untuk di beli sebagai bahan rujukan.

Atau boleh di baca syarahan kitab ini yang lengkap dengan contoh dan sebagainya  oleh ustaz Ahmad Jailani   di:

http://alkhatab.tripod.com/id1.html

di Post dari INTIKMA Resort Shah Alam

2 thoughts on “Kazaf : Hudud atau Ta’zir?

  1. Makalah tuan ini tidak lengkap, boleh mengelirukan. Sepatutnya dinyatakan bagaimana utk penuduh mengelak hukuman dsb. tk
    (rujuk kanun syariah, dar al makrifat, kl)

  2. salam tn..saya mh ja’afar dari johor bahru..saya sedang mencarik kitab ini untuk sahabat saya tujuan untuk berdakwah.besar lh harapan kami sekirnya saudara dpat membatu kami..sya paham kitab ini bkan untuk di jual belih..berapa pun insyaallah saya bayar..bole call saya bila2 masa..tkasih as salam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s