Nik Aziz: Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya

Sumber: Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 Mei: “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar)dalam satu kenyataan.Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Boleh juga di baca di BLOG TOK GURU : http://www.blogtokguru.com/kematian-osama-bin-laden-respon-saya/

3 thoughts on “Nik Aziz: Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya

  1. BANDINGKAN PANDANGAN PEMIMPIN UMNO:

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Amerika Syarikat (AS) terpaksa mengambil masa 10 tahun untuk memburu musuh nombor satu mereka itu dan ia menunjukkan perbuatan membunuh orang awam membuat pihak yang merasakan diri mereka sebagai mangsa akan menuntut pembalasan walaupun mengambil masa lama.

    “Saya berharap dengan ketiadaan Osama, dunia akan bertambah aman, selamat dan lebih adil. Kita sedia maklum kerajaan mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman keterlaluan atau ekstrem selaras dengan prinsip Islam apabila perbuatan membunuh orang awam dilarang dan ditegah dengan jelas.

    BERITA BERKAITAN YANG MENYUSUL:

    KUALA LUMPUR, 3 Mei – Kenyataan kononnya dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama bin Laden di tangan pasukan elit Amerika Syarikat (AS) adalah pandangan tidak cermat, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

    Selain itu tegas beliau, kenyataan seperti itu menampakkan diri pihak yang mengeluarkan pandangan berkenaan sebagai penyokong AS.

    “Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?” kata Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan dikeluarkan.

    KUALA LUMPUR, 3 Mei: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kematian Osama Ben Laden akan menjadikan dunia ini lebih selamat dan aman, sebagai kurang tepat.

    Keadilan Daily melaporkan Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan.

    “Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri,” kata Sheikh Abdul Halim.

    Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama.

    “Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan.

    “Untuk memastikan keadilan ini mengambil tempat, ia memerlukan usaha bersama. Seorang individu sahaja tidak akan mampu untuk mewujudkan keadilan atau pun mencetuskan keganasan,” kata Sheikh Abdul Halim.

    Menurut Sheikh Abdul Halim lagi, publisiti kematian Osama sebenarnya meningkatkan rasa ketakutan orang lain terhadap umat Islam yang sering diberikan gambaran salah oleh golongan yang tidak senang dengan gerakan Islam.

    KUALA LUMPUR, 3 Mei: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seni Najib Razak seolah-olah bersorak gembira bersama dengan Amerika Syarikat ekoran kejayaan membunuh Osama Bin Ladin tidak disenangi oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

    Bagi beliau, Najib prejudis dan tidak bertanggung jawab ketika membuat kenyataan dunia akan aman selepas kematian Osama tanpa mengambil kira dasar luar Amerika yang berterusan memerangi umat Islam.

    “Bagi saya, PAS sama sekali tidak toleransi dengan keganasan di dunia, namun kegembiraan Najib seolah-olah bersorak sorai bersama Amerika dengan kematian Osama satu perkara yang tidak boleh diterima oleh dunia Islam.

    “Imej sebegini sangat buruk di kalangan umat Islam dunia,” kata Salahudin

    • AMIEN…..Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa memohon syahadah (mati dalam keadaan syahid) dengan sungguh-sungguh, maka sungguh ia akan diberi pahala seperti pahala mati syahid meskipun ia tidak mati syahid.” YA seandainya barack obama dan tentra amerika mati siksak kanlah.. sampei di akhirat amin klo nda YA allah berikanlah hidayah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s