Pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Berkaitan Pembinaan Tugu “1Malaysia”

Membina replika tugu ‘1Malaysia’ adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab sebagaimana yang ditegah di dalam surah al-Maidah ayat 90:

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab (menyembah berhala) dan a-Azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara’i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, ini sebagaimana larangan Baginda SAW terhadap para sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. (Hadith riwayat al-Tirmizi dan katanya: “Hadith ini Hasan Sahih”. Ia juga dinilai Sahih oleh al-Haithami, Ahmad Syakir dan al-Albani)

Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam.

——————————–

Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 19 April 2011. Keputusan ini juga telah disembah maklum kepada DYMM Tuanku Raja Perlis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:  http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=108:pandangan-jawatankuasa-fatwa-negeri-perlis-berkaitan-pembinaan-tugu-1malaysia&catid=45:fatwa-akidah&Itemid=122

2 thoughts on “Pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Berkaitan Pembinaan Tugu “1Malaysia”

  1. Untuk makluman sebuah tugu 1 malaysia telah dibina di persimpangan Jalan Arau-Kodiang-Pauh di hadapan KFC Arau.

  2. http://www.malaysiakini.com/letters/165905

    Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dalam fatwanya tentang bina tugu “1 Malaysia” seperti yang dimuatkan dalam Malaysiakini ada menyebut perkataan “Pokok Dhaatu Anwat”.

    Apakah yang maksudkan dengan pokok tersebut? Perkataan “Dhaatu Anwat” boleh diterjemahkan sebagai “yang mempunyai gantung-gantungan”.

    Pokok Dhaatu Anwat pula adalah pokok bidara yang besar dan hijau yang digantungkan padanya senjata-senjata perang.

    Suku kafir Quraisy dan juga orang-orang Arab di kawasan sekitar menjadikan pokok ini sebagai pokok pujaan mereka. Mereka mengadakan acara ziarahan tahunan, mereka menggantungkan senjata-senjata perang untuk mendapat keberkatan, mereka mengasingkan diri mereka di bawahnya dan mereka juga mengadakan sembelihan untuknya.

    Dengan kata lain Pokok Dhaatu Anwat adalah adalah pokok pujaan sebahagian kafir Arab pada zaman silam khususnya kafir Quraisy.

    Menurut Sunan al-Tamizi dan Musnad Imam Ahmad, apabila para sahabat melihat pokok tersebut dalam perjalanan mereka dari Kota Mekah ke Hunain.

    Mereka memohon kepada Rasulullah SAW agar mengadakan aktiviti di bawah pokok seperti yang diadakan oleh kafir Arab. Permintaan mereka turut ditolak dengan mengatakan: “Allah Akbar atau Subhanallah, ini adalah sama dengan kata-kata bani Israil kepada Nabi Musa”.

    Apa yang perlu diperjelaskan secara lebih mendalam adalah apakah aktiviti yang akan dijalankan di bawah tugu “1 Malaysia” adalah sama dengan aktiviti yang pernah dijalankan di bawah pokok Dhaatu Anwat?

    Apakah ada unsur-unsur keberkatan, apakah ada unsur-unsur keberhalaan, pujaan, ibadah dan sebagainya?
    Penulis adalah Post-Doctoral Fellow, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s