Talfiq: Memilih-milih antara ajaran mazhab

HafizFirdaus.com memberi 2 tip bagi memilih-milih antara ajaran mazhab, seperti berikut:

Pertama:

Memilih-milih antara ajaran mazhab (talfiq) tidak boleh dilakukan semata-mata atas alasan mencari yang mudah kerana ini bererti meremehkan agama yang akhirnya akan menyebabkan dia terkeluar daripada syari‘at Islam. Ini kerana orang yang mencari kemudahan hukum adalah mereka yang ingin memuaskan kehendak nafsunya padahal nafsu adalah sesuatu yang tidak pernah berpuas hati apabila kehendaknya dituruti. Oleh itu orang yang melakukan talfiq kerana mencari kemudahan hukum tidak akan berpuas hati dengan kemudahan yang ditemuinya lalu dia terus mencari-cari sehingga akhirnya dia menemui pendapat termudah yang sebenarnya terletak di luar syari‘at Islam.

Contohnya ialah orang yang mencari-cari mazhab yang paling mudah dalam konteks hukum dan syarat pembayaran zakat tahunan. Dia akan terus mencari yang termudah sehingga akhirnya menemui pendapat aliran modernis yang mengatakan zakat tidak lain adalah cukai yang biasa dikenakan oleh pihak pemerintah. Maka dia mengikut pendapat aliran modernis ini yang sebenarnya sudah jelas terkeluar daripada syari ‘at Islam.

Orang yang hendak melakukan talfiq dengan mengikuti satu atau lebih pendapat yang berada di luar mazhabnya hendaklah memerhatikan beberapa syarat berikut:

1.      Hendaklah dipastikan bahawa pendapat yang bakal diikutnya itu benar-benar berasal daripada salah seorang imam mujtahid atau tokoh yang muktabar.

2.      Berdasarkan kemampuan masing-masing, pendapat yang bakal diikuti itu adalah berdasarkan kajian dan analisa ilmiah agar ia menjadi pegangannya yang yakin lagi mententeramkan hati.

3.      Jika pendapat yang bakal diikuti itu pada zahirnya bersifat lebih mudah, dibolehkan mengikutinya dengan tujuan menambah imannya, meneguhkan taqwanya dan meningkatkan amalnya dalam rangka mentaati dan menghampirkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Kedua:

Tidak boleh melakukan talfiq dengan memilih-milih ajaran yang berasal daripada Mazhab Syi‘ah. Ini kerana Mazhab Syi‘ah memiliki rujukan dan kaedah pengambilan hukum yang berlainan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.

Dibolehkan mengikut Mazhab Ja’fari (Ja’far al-Siddiq[18]) kerana beliau adalah salah seorang tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan beliau bukan tergolongan di dalam Mazhab Syi‘ah sekalipun pihak Syi‘ah mendakwa yang sebaliknya. Namun perlu disemak bahawa rujukan kepada Mazhab Ja’fari benar-benar berasal daripada Ja’far al-Siddiq kerana banyak ajaran beliau yang telah diubah oleh pihak Syi‘ah.

  _____________________

[18]             Beliau ialah al-Imam al-Mujtahid Ja’far bin Muhammad bin ‘Ali bin Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhum. Beliau dilahirkan di Madinah pada 17 Rabi’ al-Awwal tahun 83H dan merupakan seorang ahli hadis, ahli tafsir, ahli fiqh dan pelbagai lagi ilmu-ilmu Islam. Pendapat-pendapat beliau dihimpun dan dikenali sebagai Fiqh Mazhab Ja’fari. Meninggal dunia pada 25 Syawal tahun 148H di Madinah juga.

Baca selengkapnya isu TALFIQ di:

http://hafizfirdaus.com/ebook/PedomanMazhab/Chap11.php

Wahabi: Syiah terGELAK BESAR

Cerita wahabi timbul lagi. Kali ni lebih parah, dikaitkan dengan teroris. Lebih parah pemimpin agama negeri, mufti kerajaan negeri dituduh teroris. Habis keliru rakyat Perlis.

Sebaliknya Syiah Malaysia @ Syiah Perlis pasti terGELAK besar. Abu Hassan seorang Siyah Perlis, aku kira yang paling besar gelaknya. Syiah sangat benci kepada Wahabi, terutama Muhammad Abdul Wahab (1115 – 1206 H/1701 – 1793 M) dan lebih-lebih lagi Ibnu Taimiyah (lahir: 22 Januari 1263/10 Rabiul Awwal 661 H – wafat: 1328/20 Dzulhijjah 728 H)

Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Minhajus Sunnah mengelar mereka Rafidah yang membuat ghuluw (berlebihan) terhadap ahli bait nabi s.a.w , membangun masjid di atas perkuburan, beribadah kepada kuburan sebagai tandingan Allah. Katanya Ghuluw adalah akar kesyirikan.

Namun saya bukan pula penyokong wahabi. Ada juga yang tidak berkenan dengan wahabi. Justru saya suka beradap didalam berbedza pendapat. kalau tidak pi Makah dan Madinah nak buat macam mana, nak sembahyang ikut sapa, kalau tak ikut imam wahabi, malah sangat suka pula kalau ikut Syikh Suraim atau Sudais…..  kalau dok di Malaysia pun kalau dengar sura depa dua, uhhh macam dok di Masjidil Haram.

Dr. Sayid Husain Al-Musawi: Mengapa Saya Keluar SYIAH

Aku dilahirkan di Karbala. Membesar dalam suasana ajaran Syiah di bawah jagaan kedua ibu bapa yang berpegang teguh dengan agama. Aku belajar di madrasah-madrasah di Kota Karbala sehingga aku bergelar seorang pemuda.
Kemudian bapa ku menghantar ku ke Al-Hauzah Al-Ilmiah Al-Najafiah1 iaitu sebuah pusat pengajian terbesar di dunia untuk aku mencedok ilmu daripada ulama-ulama Syiah yang besar dan masyhur ketika ini seperti Samahah Al-Imam Al-Sayid Muhammad Al-Hussain Kasyif al-Ghito’. Beliau mengajar kami di al-Hauzah Al-Ilmiah Al-‘Aliyyah. Cita-cita ku ialah untuk menjadi pakar rujuk dalam agama dan mengetuai Al-Hauzah serta berkhidmat kepada agama dan umat seterusnya memajukan umat Islam. Impian ku ialah untuk melihat umat Islam bersatu padu dan dipimpin oleh seorang Imam dalam keadaan aku mampu melihat negara-negara kafir hancur di hadapan Umat Islam. Terdapat banyak lagi impian para pemuda Islam yang cemburu untuk agamanya yang tidak tertulis di sini…….

BACA BUKU SETEBAL  248 HALAMAN SELANJUTNYA DI

https://aburedza.files.wordpress.com/2011/07/mengapa-aku-tingalkan-syiah.pdf

Peluang Melanjut Pelajaran: STPM dan Matrikulasi lebih diutama berbanding Diploma

Anda atau anak anda pemegang Diploma dan tidak berjaya untuk ke program Ijazah Sarjana Muda, sekalipun PNGK nya  dikira layak atau cermelang?  Mengapa ini terjadi? Jawapanya ialah, menjadi dasar Kementerian Pengajian Tinggi lebih mengutamakan  lepasan STPM dan Matrikulasi berbanding Diploma.

Dasar tersebut boleh dibaca pada petikan daripada broucher dasar pengambilan Kementerian Pengajian Tinggi, atau boleh dicapai di link:

http://upu.mohe.gov.my/portal/images/broucher/stpm_back.pdf

dan disalin di bawah:

Dasar Pengambilan Pelajar Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

Peluang bagi Lepasan Diploma sememangnya wujud pada setiap tahun untuk mereka yang mempunyai keputusan cemerlang.Namun begitu KPT ingin menjelaskan bahawa penawaran Program Diploma ini adalah bermatlamat untuk mengisi kekosongan tenaga sepenuh masa atau separa profesional dan kemahiran yang diperlukan oleh negara. Laluan ke Program Ijazah Pertama yang lazim digunakan dalam mana-mana system pendidikan adalah program berbentuk STPM dan Matrikulasi.

Dalam Proses pengambilan Lepasan Diploma untuk Program Ijazah Pertama di IPTA, kebanyakan yang diterima masuk adalah layak untuk kemasukan ke tahun kedua program tersebut berasakan kepada pemindahan kredit. Dengan ini pemilihan mereka dilakukan secara berasingan dengan kumpulan lepasan STPM dan Matrikulasi. Bilangan tempat yang disediakan tidak termasuk dalam bilangan tempat pengambilan Lepasan STPM/Setaraf. Lepasan Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang dipilih untuk program Ijazah Pertama Kejuruteraan berkenaan adalah contoh bagi kes ini.Mereka layak untuk pemindahan kredit dan akan terus ketahun kedua.

Bagi Lepasan Diploma yang memohon ke Program Ijazah Pertama dalam bidang yang berlainan dan tidak layak untuk pemindahan kredit, maka mereka terpaksa bersaing untuk kemasukkan ke tahun pertama. Dengan ini pemilihan mereka akan bersama dengan calon Lepasan STPM dan Matrikulasi.Dalam kes ini Lepasan STPM dan Matrikulasi akan diberi keutamaan. Contoh untuk kes sebegini adalah Lepasan Diploma Sains yang memohon Program Ijazah Pertama Kejuruteraan. Mereka hanya layak ke tahun pertama, dan dengan ini mereka perlu bersaing dengan Lepasan STPM dan Matrikulasi.

Apabila sampailah bulan Sya’ban itu separuhnya maka janganlah kamu berpuasa.

Puasa Selepas Nishfu ke 2

SUMBER: http://pondokhabib.wordpress.com/2011/07/15/puasa-selepas-nishfu-2/

Rupa-rupanya ada yang tersalah tanggap bahawa dengan dihukumkan haram berpuasa selepas Nishfu Sya’baan bererti kita tidak digalakkan berpuasa dalam bulan Sya’baan. Pengertian tersebut jelas menyalahi yang sebenar kerana apa yang benar ialah kita digalakkan memperbanyakkan berpuasa dalam bulan Sya’baan sebab telah warid beberapa hadits berhubung dengannya. Akan tetapi ianya hendaklah dimulakan sejak nishfu pertama bulan Sya’baan dan berterusan hingga menjelang Ramadhan. Oleh itu, apabila dalam mazhab kita menghukumkan HARAM DAN TIDAK SAH berpuasa sunnat, selain daripada apa yang diberikan pengecualiannya, maka tidaklah bermakna kita tidak menggalakkan orang berpuasa dalam bulan Sya’baan yang mulia. Fahamilah dengan benar.
Sebagai tambahan, kita lihat lagi keterangan mengenai hukum berpuasa selepas Nishfu Sya’baan ini dari beberapa karya ulama kita di Nusantara ini. Tok Syaikh Zainal ‘Abidin bin Muhammad al-Fathani @ Tuan Minal rahimahUllah dalam karya beliau “Kasyful Litsaam ‘an as-ilatil anaam” jilid 1 halaman 106 – 107 menulis, antara lain:-

Haram puasa dua hari raya dan Hari Syak dan segala Hari Tasyriq yang tiga dan nishfu yang keuda daripada bulan Sya’baan bagi yang lain daripada puasa mempunyai sebab, jika tiada dihubung akan dia dengan barang yang dahulunya dan tiada jdi puasa [yakni tidak sah puasa tersebut], intaha.

Tok Syaikh Muhammad bin Ismail Daud Fathani @ Syaikh Nik Mat Kecik rahimahUllah pula menulis dalam “Mathla`ul Badrain wa Majma`ul Bahrain” pada halaman 62 – 63:-

… Dan seperti haram puasa Hari Syak, haram puasa dengan tiada sebab pada nishfu yang kedua daripada Sya’baan, jika tiada dihubungkan dia dengan barang yang dahulunya dan hasil berhubung dengan barang yang dahulunya jikalau dengan hari yang ke 15 sekalipun dan berkekalan puasanya hingga akhirnya. Maka jika dihubungkan dia dengan barang yang dahulunya kemudian berbuka ia padanya, haram atasnya puasa kemudian daripadanya dengan tiada sebab yang telah terdahulu sebutnya.

Jika dua ulama tersebut di atas tadi mewakili ulama kita yang awal dan terdahulu, maka ini pula petikan tulisan daripada dua orang ulama kita yang sezaman. Ustaz Muhammad Taha bin Syaikh Muhammad Fadhlullah bin Syaikh Muhammad `Abdullah as-Suhaimi rahimahUllah menulis dalam karya beliau “Puasa & Zakat Harta” pada fasal “Hari-Hari Yang Haram Dikerjakan Puasa Didalamnya Serta Tidak Sah Puasa Itu” di halaman 68 – 69:-

Segala hari yang letaknya di dalam separuh yang kedua bagi bulan Sya’ban, iaitu daripada 16 Sya’ban hingga akhirnya, kerana Nabi s.a.w. telah bersabda:-“Apabila sampailah bulan Sya’ban itu separuhnya maka janganlah kamu berpuasa.”

Tetapi jika seorang itu beradat sentiasa puasa, atau ia puasa tiap-tiap selang hari, atau ia puasa tiap-tiap hari Isnin dan Khamis, maka tiadalah haram ia puasa pada separuh yang kedua bagi bulan Sya’ban itu untuk meneruskan adatnya. Demikian juga sah dan tidak haram di dalam separuh yang kedua bulan Sya’ban jika puasa itu kerana menqada’kan puasa yang telah tertinggal, atau puasa itu kerana nazar atau kerana kafarah. Demikian juga sah dan tidak haram seseorang puasa di dalam separuh yang kedua bagi bulan Sya’ban itu jika ia puasa di dalam separuh yang pertama bagi bulan Sya’ban lalu ia terus puasa hingga masuk pada separuh yang kedua bagi Sya’ban itu, seperti ia puasa pada 15 Sya’ban dan 16 Sya’ban atau ia puasa daripada sebelum 15 Sya’ban dan terus puasa hingga selepas 15 Sya’ban, iaitu tidak boleh ditinggalkan 15 dan 16 Sya’ban itu. Jika ia puasa di dalam separuh yang pertama bagi Sya’ban hingga masuk terus ke dalam separuh yang kedua maka jika ia berhenti puasa sehari pun di dalam separuh yang kedua bagi Sya’ban nescaya haramlah ia sambung lagi puasanya pada bila-bila hari hingga akhir Sya’ban, melainkan kerana qada’ atau nazar atau kafarah maka sahlah puasanya sebagaimana telah tersebut tadi.

Ustaz Segaf bin Hasan Baharun hafizahUllah, ulama muda murid Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith dan Pengasuh Pondok Puteri Pesantren Darul Lughah wad Da’wah, Bangil, Jawa Timur, menulis dalam karangannya “Sudah Sahkah Puasa Anda?” pada fasal “Hari-hari Yang Diharamkan Untuk Berpuasa” di halaman 39-40 menyatakan:-

Paruh Kedua Dari Bulan Sya’ban

Berpuasa pada paruh kedua dari bulan Sya’ban hukumnya haram berdasarkan sabda Rasul Saw:-Artinya: “Jika sudah masuk paruh kedua dari bulan Sya’ban, maka janganlah kalian berpuasa”.

Dan yang dimaksud paruh kedua adalah tanggal 16, 17, 18 sehingga akhir bulan. Akan tetapi jika berpuasa pada hari-hari itu, begitu pula hari syak, untuk mengerjakan puasa wajib, misalnya qodlo’ puasa Ramadlan, kaffarah dan lain-lain, atau sudah terbiasa setiap Senin Kamis berpuasa, atau berpuasa Daud, atau juga jika disambung dengan hari sebelumnya, misalnya puasa hari 15, maka boleh puasa hari ke-16 dan seterusnya. Maka puasa-puasa tersebut di atas tidak haram pada hari – hari itu.

Diharap ikhwah memahami ketentuan hukum ini dengan jelas. Banyakkanlah berpuasa dalam bulan Sya’baan, asal sahaja tidak melanggar ketentuan yang dinyatakan oleh para ulama kita.

Al Imam Al Qodhi Abi Ya’la : “Meluruskan Sejarah Tragedi Terbunuhnya Utsman bin Affan”

Penulis kitab ini adalah Al Imam Al Qodhi Abi Ya’la Muhammad bin Husain Al Fara’ yang diriwayatkan oleh anaknya Abil Husain Muhammad darinya, kemudian diteliti (tahqiq) oleh Syaikh Abdul Hamid bin Ali Al Faqihi .

e-BOOK setebal 54 halaman ini, adalah Muqoddimah (pendahuluan) dari kitab beliau – Rahimahullah- yang berjudul “Tanzihu Kholil Mu’minin Mu’awiyah bin Abi Sufyan min Dzulmi wal Fisqi fii Mutholabatihi bi Da mi Amiril Mu’minin Utsman bin Affan ” kemudian diterbitkan dalam edisi Bahasa Indonesia dengan judul “Meluruskan Sejarah Tragedi Terbunuhnya Utsman bin Affan”

Kandungan  e-book ini yang diusahakan oleh Kampungsunah adalah seperti berikut:

Daftar Isi

Dari Penerbit………………………………………………………………………Ms 3

Fitnah Pada Masa Dzun Nurain Utsman Bin ‘Affan    ……………………..……….. 5

Pergerakan Ahlul Fitnah Dan Sikap Utsman Terhadap Mereka…………………… 14

Pengepungan Dan Syahidnya Utsman……………………………………………… 19

Usaha-Usaha Utsman Untuk Menghentikan Pengepungan………………………… 22

Detik-Detik Syahidnya Utsman…………………………….………………………. 25

Khilafah Ali Bin Abi Thalib……………………………….……………………….. 28

Sikap Penduduk Daerah Lain Terhadap Baiat Ali Bin Abi Thalib…………………. 34

Sikap Ali Bin Abi Thalib Terhadap Para Pemberontak………………….………….. 35

Sikap Muawiyah Bin Abi Sufyan Terhadap Baiat Ali Bin Abi Thalib…………….. 42

Penutup……………………………………………………………………………… 53

SILA KLIK LINK BERIKUT UNTUK MEMBACA  ON LINE ATAU SAVE UNTUK MEMBACA DILUAR TALIAN:

https://aburedza.files.wordpress.com/2011/07/meluruskan-sejarah-tragedi-terbunuhnya-utsman-bin-affan-abuyaala.pdf

NISFU SAABAN : TIGA SISI PANDANGAN

15 SAABAN  1432

SISI PERTAMA:

1. IKIM

Fadhilat Bulan Syaaban :

Islam memberikan pelbagai peluang keemasan yang seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan.

Salah satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan oleh Allah kepada para hambaNya dalam bulan-bulan tertentu. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesungguhan mereka berusaha dan beramal, malah ini untuk kebaikan mereka juga. Inilah peluang keemasan yang semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Sudah tentu, mereka pula janganlah semata-mata ingin memperolehi ganjaran itu, tetapi yang lebih utama adalah mendapatkan keredhaan Allah, dan inilah yang lebih penting. Kerana ganjaran baik itu akan mereka perolehi jika Allah meredhai amalan mereka.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.

Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya……..

baca selanjutnya di  http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec&key=660&cmd=resetall

2. JAKIM:

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”

(al-Bukhari)

Huraian
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

SUMBER:  http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=620

3. E PONDOK

CAHAYA FADHILAT MALAM NISFU SYA’ABAN BAGI MENERANGI SULUHAN-SULUHAN YANG MALAP

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Segala puji itu tertentu bagi Allah. Rahmat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Telah sampai kepada kami risalah kedudukan Malam Nisbu Sya’aban dalam Suluhan Al-Quran Dan As-Sunna, maka kami dapati suluhannya malap yang menyebabkan orang ramai teraba-raba dalam kesamaran lalu terjerumus ke dalam telaga-telag buruk kebinasaan. Kami simpulkan bahawa kekaburan dan kesamarannya di atas 3 perkara iaitu pada perbahasan tafsir, hadis dan amalan serta upacara menghidupkan Malam Nisfu Sya’aban. Maka kami berkata :-

TAFSIRAN AYAT : Telah berikhtilaf Mufassirin pada mentafsirkan Lailatin Mubarakah di dalam Surah Ad-Dukhan atas dua pendapat. Pertama Lailatul Qadar iaitu pendapat Qatadah, Ibnu Zaid dan kebanyakan Mufassirin ialah Qaul Muktamad. Kedua malam Nisfu Sya’aban iaitu pendapat Ikrimah dan segolongan Mufassirin. Kedua-duanya mensabitkan dengan hujah masing-masing sebagaimana di dalam Tafsir Kabir, Ibnu Karhir, Hasyiah Jamal dan Sowi.

Maka di sini difahamkan bahasawanya ikhtilaf ini berlaku pada mensabitkan tafsiran ayat tersebut bukan pada mengingkari fadhilat dan menghidupkan malam Nisfu. Kerana telah sabit kedua-duanya dengan Hadis yang datang dengan jalan yang bermacam-macam seperti perkataan Imam Al-Zubaidi di dalam ittihaf As-Sa’adah. Di dalam Hasyiah Jamal : � daripada Ibnu Abbas bahawasanya Allah menentukan segala macam ketentuan itu pada malam Nisfu Sya’aban dan menyerahkannya kepada empunya ketentuan tersebut pada Malam Lailatul Qadar.

Berkata Imam Al-Hafiz Almabarkafuri di dalam Tuhfatul Ahwazi, ” Tiada sebarang perbantahan pada bahawasanya Malam Nisfu Sya’aban itu berlaku padanya perceraian (dinyatakan setiap perkara yang ditetapkan daripada rezeki, ajal dan lain-lain ) sebagaimana yang diterangkan oleh Hadis. Hanyalah perbantahan itu Malam Lailatul Qadar yang dimaksudkan daripada ayat ini. Dan sebenarnya bahawa Malam Nisfu Sya’aban bukanlah yang dikehendaki daripadanya, tatkala itu difahami daripada Hadis dan ayat ini berlaku perceraian pada kedua-dua malam tersebut bagi menyatakan lebihnya kemuliaan kedua-duanya ” Beliau juga menyebut ” Bahawasanya telah datang pada fadhilat Malam Nisfu Sya’aban beberapa Hadis perhimpunan Hadis tersebut menunjukkan ada asal baginya. ” Setelah beliau mendatangkan Hadis-hadis dengan jalan yang bermacam-macam, beliau berkata ,”Maka Hadis-hadis ini dengan perhimpunannya menjadi hujah ke atas mereka yang menyangka bahawa tiada sabit sesuatu pun pada fadhilat Malam Nisfu Syaaban. Wallahua’lam.

Kata Imam Al-Zubaidi telah menyebut Al-Taqiu Al-Subki pada tafsirnya, ” Sesungguhnya menghidupkan Malam Nisfu daripada bulan Sya’aban menghapuskan dosa setahun, menghidupkan malam Jumaat menghapuskan dosa seminggu dan menghidupkan malam Lailatul Qadar menghapuskan doasa sepanjang umur”.

Hadis
Adapun mensabitkan fadhilat Nisfu Sya’aban tidak semestinya dengan Hadis-hadis Sohih atau Hasan bahkan boleh dengan Hadis-hadis Dhoif sebagaimana berkata Syeikh Hassan Al-Masyat di dalam Rad’ul Astar, ” Disunatkan membuat hujah dan beramal dengan yang dhaif daripada Hadis di sisi qaul yang masyhur jika datang pada fadhilat-fadhilat iaitu fadhilat-fadhilat amalan atau kelebihan seseorang seperti kelebihan Abu Bakar .. Adapun syarat beramal dengan Hadis Dhaif itu ialah, pertama kedhaifan Hadis itu tidak bersangatan. Kedua Hadis Dhaif itu termasuk di dalam asal yang umum ( Sohih, Hasan @ Al-Quran). Ketika bahawa tidak diiktikadkan sabitnya ketika beramal dengannya (yakni tidak diiktikadkan amalanitu disyariatkan sebagai Sunat kerana Sunat itu satu daripada hukum Syariat yang hanya boleh disabitkan dengan hadis Sohih atau Hasan semata-mata bahkan mengerjakannya kerana menuntut pahala ) � Berkata Imam Ahmad Hanbal, “Hadis Dhaif itu lebih kasih kepada kami daripada pandangan Mujtahidin”.

Amalan dan Uapcara Malam Nisfu Sya’aban.

Apabila telah sabit fadhilat Malam Nisfu Sya’aban dan menghidupkannya maka segala amalan dan upacara yang ada sandaran yang sohih dan yang sabit fadhilatnya seperti Sunat Tahajjud, Sunat Hajat, memabaca Yaasin dan lain-lain tidak boleh sekali-kali dikatakan Bida’ah Sayyiah Dholalah. Diharuskan Solat Hajat berjemaah sebagaimana di dalam Hasyiah Jamal, Fathul Wahab : Jika disembahyangkan sunat-sunat yang tidak disunatkan berjemaah secara berjemaah tidak dimakruhkan dan diberi pahala atas mengerjakannya.

Telah mewarisi Khalaf daripada Salaf sembahyang enam rakaat selepas Solat Maghrib (sembahyang ini ikhtilaf ulama padanya ). Selesai tiap-tiap dua rakaat, mereka membaca Yaasin sekali dan berdoa dengan doa Malam Nisfu yang masyhur serta meminta barakah pada umur. Pada kali kedua meminta berkat rezeki dan pada klai ketiga meminta mati di dalam Husnul Khatimah. (Lihat Ittihaf Al-Sa’adah).

Daripada Imam Syahrulrazi, Sohibul Ma’arif : Selepas Solat Maghrib dibaca Yaasin dengan niat berkat umur dan berdoa dengan doanya. Kali kedua dengan niat berkat rezeki dan kali ketiga dengan niat mati Husnul Khatimah.

Sembahyang Sunat Sya’aban

Telah datang pelbagai riwayat tentang Sunat Malam Nisfu Sya’aban dengan bilangan dan kaifiyyat yang bermacam-macam. Setengah daripadanya sebanyak seratus rakaat sebagaimana di dalam Ihya’ dan Qutul Qulub. Berkata Imam Al-Ghazali, ” Adalah Salaf mengerjakannya dan menamakannya dengan solat kebaikan. Mereka berhimpun pada malam Nisfu dan kadangkala mereka mengerjakan secara berjemaah”.

Berkata Allamah Al-Kurdi, ” Telah berikhtilaf ulama padanya. Setengan daripada mereka yang sabit baginya jalan-jalan Hadis, apabila berhimpun maka sampai Hadis itu pada had yang diamalkan pada fadhilat amalan. Setengah daripada mereka yang menghukum dengan maudu’nya Hadis tersebut. Di antaranya Imam Nawawi dan mengikutinya pengarang Fathul Mu’in di dalam kitab-kitabnya (Lihat I’anah).

Menghidupkan Malam Nisfu secara berjemaah

Berkata Imam Al-Zubaidi, ” Berkata Ashab kami dimakruhkan berhimpun pada menghidupkan satu malam daripada malam-malam tersebut (malam Nisfu, malam Jumaat dan Malam Lailatul Qadar) di masjid dan lainnya. Berkata Al-Najmu al-Ghaiti pada rupa menghidupkan malam Nisfu dengan berjemaah, telah mengingkarinya oleh kebanyakkan ulama daripada Ahli Hijaz, antaranya ‘Atha, Ibnu Abi Mulaikah, Fuqaha’ Ahli Madinah dan Ashab Malik berkata mereka semuanya itu Bida’ah. Tiada sabit daripada Nabi dan Sahabah pada menghidupkannya secara berjamaah. Berselisih ulama’ Syam dua qaul, pertama disunatkan menghidupkannya secara berjemaah di masjid. Antara mereka ialah Kepala-kepala Tabiin iaitu Khalid Bin Mi’dan, Otham Bin ‘Amir dan bersepakat dengan Ishak bin Rohawiyyaah. Kedua, makruh berhimpun padanya secara berjemaah di masjid, pendapat Auza’I iaitu Faqih dan Mufti Syam.” (Lihat Ittihaf Al-Saadah)

Malam segala ikhtilaf pada solat Nisfu Sya’aban dan berhimpun pada menghidupkan secara berjemaah ialah satu rahmat. Sebagaimana sabda Nabi S.A.W, “Berselisihan pendapat dikalangan umatku itu satu rahmat”. Dibolehkan berpegang dengan mana-mana pendapat tersebut dengan menghormati pendapat yang lain.
Sebaik-baik perkataan من قلد عالما لقي الله سالما
maksudnya “Barang siapa yang mengikut seorang ‘alim nescaya ia menemui Allah dengan sejahtera.

” Kami mendapati petikan-petikan perkataan ulama’ ulama yang terdapat di dalam risalah tersebut menyimpan jauh daripada maksud asal. Pengambilannya tidak amanah dan tidak benar kerana dalam Tafsir Kabir tidak membahaskan dan tidak mengingkarkan fadhilat Nisfu Sya’aban, hanyalah membahaskan tafsiran-tafsiran seperti yang telah kami sebutkan. Begitu juga di dalam Ibnu Kathir dan lain-lain. Di dalam Al-Maudhu’at Al-Kubran, hanyalah memaudhu’kan Hadis Solat Nisfu Sya’aban seratus rakaat seperti yang telah kami terangkan bukanlah Hadis tentang fadhilat Nisfu.

Alangkah kejinya perbuatan mereka yang menuduh aulia’-aulia’ Allah dan pewaris-pewaris Nabi seperti mereka yang telah kami sebutkan itu dengan Ahli Bida’ah, sesat, mengikut hawa nafsu, menyembunyi kebenaran dan ulama dunia hanyalah bersandarkan pada ilmu mereka yang cetek dan pemahaman yang tumpul. Maka takutilah firman Allah bermaksud, “Ketika menceritakan setengah kamu daripada setengah dengan lidah-lidah kamu dan kamu berkata dengan mulut-mulut kamu terhadap perkara yang tiada ilmu di sisi kamu tentangnya dan kamu menyangkanya mudah (tidak berdosa) walhal di sisi Allah itu seuatu perkara yang besar (berdosa).” Sabda Nabi S.A.W, “Tiada menuduh seseorang lelaki kepada seseorang lelaki yang lain dengan fasik dan tiada menuduhkannya dengan kufur melainkan kembali ke atasnya tuduhan itu jika tiadalah ia (seseorang yang dituduh) seperti itu.

” Janganlah kita menyerupai golongan Syiah Rafidhah yang suka memfasik dan mengkafirkan orang-orang yang menyalahi mazhab mereka hatta Sahabat Nabi. Oleh itu hendaklah kita menperdalami ilmu daripada ahli-ahlinya serta menajamkan pemahaman supaya tidak terkeliru sehinggakan tersesat dan menyesatkan orang lain.

Wallahu’alam.

SUMBER :  http://www.epondok.com.my/index.php?p=bannerbulanan/syaaban.php

PAUTAN LAIN YANG BERKAITAN:

Fadhilat Bulan Sya’aban dan Nisfu Sya’aban

Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya’ban : Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.

Makna Sya’aban dan amalan dalamnya

 

 

 

 

 

 

SISI KEDUA:

4. SURAU ALMIZAN

Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal?  Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut?  Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.

Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar,  tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.  Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu. Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.

Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja?  Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.

Dan saya tidak berani mengatakan amalan tersebut haram. tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja. Tetapi menurut fatwa dari Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, amalan itu dikira bid’ah dan penjelasannya ada saya sertakan di bawah nanti.

Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan AlQuran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala  sehingga membaca AlQuran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.

Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Fatwa tentang merayakan malam Nisfu Syaaban

Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masa kini tentang sahih batilnya amalan ini.

Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!

‘Solat Sunat’ Nisfu Syaaban

Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” [al-Syur.a 42:21]

Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.”

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: “Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya… Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap perkara bid’ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur’an dan hadis yang seumpamanya.

Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada amalan perbuatan mahupun percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik.

Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain.

Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini.

Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai.

Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah). Para alim ulama (rahimahumullah) telah sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang diperolehi daripada salah satu atau kedua-duanya adalah syariat yang wajib ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau mengiktirafkannya.

Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [al-Nisa’ 4:59]

“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Aal ‘Imr.an 3:31]

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65]

Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: “Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” [al-Nisa’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah Hari Akhirat.

Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…

Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …”

Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban).

Dalam keadaan di mana tidak ada bukti shar’i bahawa apa-apa perkara itu disuruh oleh Islam, tidak dibenarkan bagi Umat Islam untuk mereka-reka perkara baru dalam agama Allah, tidak kiralah ianya amalan perseorangan ataupun berkumpulan, samada dilakukan secara terbuka mahupun tertutup, berdasarkan maksud umum hadith Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa melakukan apa sahaja amalan yang bukan sebahagian daripada urusan kita ini [Islam], amalan itu akan tertolak.” Banyak lagi dalil yang menegaskan bahawa bid’ah mesti ditegah dan memerintahkan agar menjauhinya.

Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa’l-Bida’: “Ibn Waddah meriwayatkan bahawa Zayd bin Aslam berkata: Kami tidak pernah menemui seorang pun dari kalangan ulama dan and fuqaha’ kami yang memberi perhatian lebih kepada Malam Nisfu Shaaban, tidak ada juga yang memberi perhatian kepada hadith Makhul, atau yang beranggapan bahawa malam tersebut adalah lebih istimewa daripada malam-malam lain. Pernah ada orang mengadu kepada Ibnu Abi Maleekah bahawa Ziyad an-Numairi mengatakan bahawa pahala di Malam Nisfu Shaaban adalah menyamai pahala Lailatul-Qadar. Beliau menjawab, “Sekiranya aku dengar sendiri dia berkata begitu dan ada kayu di tanganku, pasti aku akan memukulnya (dengan kayu itu). Ziyad seorang pereka cerita.”

Al-Shaukani (R.A) berkata dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah: “Hadith yang berbunyi: ‘Wahai ‘Ali, barangsiapa bersolat seratus rakaat di Malam Nisfu Shaaban, dengan membaca pada setiap rakaat Ummul Kitab [Surah al-Fatihah] dan Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya…’ Hadis ini maudhu’ (rekaan semata-mata). Susunan katanya menyebut dengan jelas ganjaran yang akan diterima oleh orang yang melakukannya, dan tidak ada orang yang waras yang boleh meragui bahawa ‘hadis’ ini adalah rekaan. Lebih-lebih lagi, perawi dalam isnad hadis ini adalah majhul (tidak dikenali). ‘Hadis’ ini juga diriwayatkan melalui sanad yang lain, yang mana kesemua adalah direka dan kesemua perawinya adalah are majhul (tidak diketahui asal-usulnya).

Di dalam kitab al-Mukhtasar, beliau menukilkan: Hadith yang menyebut tentang solat di tengah bulan Syaaban adalah hadis palsu, dan hadis Ali yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban – “ Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, penuhilah malamnya dengan solat dan berpuasalah di siang harinya” – adalah dhaif (lemah).

Di dalam kitab al-La’aali’ beliau berkata, “Seratus rakaat di pertengahan Syaaban, membaca (Surah) al-Ikhlas sepuluh kali di setiap rakaat… (hadis ini) adalah maudhu’ (direka), dan kesemua perawi dalam tiga isnadnya adalah majhul (tidak dikenali) dan dhaif (lemah). Katanya lagi: dan dua belas rakaat, membaca al-Ikhlaas tiga puluh kali setiap rakaat, ini juga adalah maudhu’; dan empat belas (rakaat), juga adalah maudhu’.

Beberapa orang fuqaha’ telah tertipu oleh hadis palsu ini, antaranya pengarang al-Ihya’ dan lain-lain, dan juga sebahagian ulama mufassirin. Solat khusus di malam ini – di pertengahan bulan Syaaban – telah diterangkan dalam pelbagai bentuk, kesemuanya adalah palsu dan direka-reka.”

Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: “Hadith tentang solat di malam pertengahan Syaaban adalah maudhu’, dan disandarkan secara palsu terhadap Rasulullah s.a.w.”

Imam al-Nawawi berkata di dalam bukunya al-Majmu’: “Sembahyang yang dikenali sebagai solat al-raghaa’ib, didirikan sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan ‘Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab, dan sembahyang sunat Malam Nisfu Shaaban, sebanyak seratus rakaat – kedua-dua sembahyang ini adalah bid’ah yang tercela. Sepatutnya orang ramai tidak tertipu disebabkan ianya disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya’ ‘Ulum al-Din, atau oleh hadis-hadis yang disebutkan dalam kedua-dua kitab ini. Kesemuanya adalah palsu. Orang ramai juga tidak sepatutnya tertipu disebabkan kerana beberapa imam telah keliru dalam hal ini dan menulis beberapa helaian yang menyebut bahawa sembahyang ini adalah mustahabb (sunat), kerana dalam hal ini mereka tersilap.”

Sheikh al-Imam Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Isma’il al-Maqdisi telah menulis sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar. Alim `ulama telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar, dan sekiranya kami ingin memetik keseluruhan perbincangan tersebut untuk dicatatkan di sini, tentu akan mengambil masa yang sangat panjang. Mudah-mudahan apa yang telah disebutkan di atas sudah memadai bagi anda yang mencari kebenaran.

Daripada ayat-ayat Qur’an, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid’ah yang ditolak oleh jumhur ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya zaman Sahabat (radhiallahu `anhum).

Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya):
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..…”[al-Ma’idah 5:3]. dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima” dan beberapa hadis yang serupa.

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan berterusan-berterusan.’”

Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah yang paling sesuai, kerana siang hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Memandangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan malam tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu.

Oleh kerana telah disyariatkan untuk memenuhi malam Lailatul-Qadr dan malam-malam lain di bulan Ramadhan dengan bersolat, Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya dan menyuruh umatnya bersolat malam sepanjang tempoh tersebut. Baginda sendiri melaksanakannya, sebagaimana disebut dalam al-Sahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa bersolat qiyam di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” dan “Barangsiapa memenuhi malam Lailatul Qadr dengan bersolat (sunat) disebabkan iman dan mencari pahala, Allah ampunkan kesemua dosanya yang telah lalu.”

Akan tetapi sekiranya disyariatkan untuk mengkhususkan malam pertengahan bulan Syaaban, atau malam Jumaat pertama di bulan Rejab, atau di malam Isra’ dan Mi’raj, dengan meraikannya ataupun dengan melakukan amalan ibadat yang khusus, maka sudah tentu Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya melakukannya, dan Baginda sendiri melakukannya. Jika pernah berlaku sedemikian, para Sahabat Baginda (R.A) pasti akan memperturunkan amalan amalan tersebut kepada umat terkemudian; tidak mungkin mereka menyembunyikan amalan daripada umat terkemudian, kerana mereka adalah generasi yang terbaik dan yang paling amanah selepas Rasulullah, radhiallahu `anhum, dan semoga Allah merahmati kesemua sahabat Rasulullah s.a.w.

Sekarang kita telah membaca sendiri kata-kata ulama yang dipetik di atas bahawa tidak ada riwayat daripada Rasulullah s.a.w mahupun Para Sahabat (R.A) berkenaan kelebihan malam Jumaat pertama bulan Rejab, atau malam pertengahan bulan Syaaban. Maka kita tahu bahawa menyambut hari tersebut adalah satu perkara baru yang dimasukkan ke dalam Islam, dan mengkhususkan waktu-waktu ini untuk amalan ibadat tertentu adalah bid’ah yang tercela.

Samalah juga dengan sambutan malam ke dua puluh tujuh bulan Rejab, yang mana disangkakan oleh sesetengah orang sebagai malam Isra’ dan Mi’raj; tidak dibenarkan mengkhususkan hari tersebut untuk amalan tertentu, atau meraikan tarikh tersebut, berdasarkan dalil yang dipetik di atas. Ini sekiranya tarikh sebenar Isra’ and Mi’raj telah diketahui, maka bagaimana sekiranya pandangan ulama yang benar adalah tarikh sebanar Isra’ and Mi’raj tidak diketahui! Pandangan yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke dua puluh tujuh di bulan Rejab adalah riwayat yang palsu yang tiada asas dalam hadis-hadis sahih. Baik sekiranya seseorang itu berkata: “Perkara paling baik adalah yang mengikut jalan para salaf, dan perkara paling buruk adalah perkara yang diada-adakan.”

Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda.

Ulasan dan terjemahan fatwa : http://www.darulkautsar.com
[Dipetik daripada Majmu’ Fatawa Samahat al-Sheikh ‘Abdul-‘Aziz bin Baz, 2/882]

Rujukan :

1 – http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm

2 – http://www.darulkautsar.com

SUMBER: http://almizan.wordpress.com/2009/05/23/nisfu-syaaban-dan-fatwa-tentangnya/

5. MINDA TADJID:

Soalan: al-Fadil Dr Asri yang dikasihi, sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban. Apakah amalan yang patut kita lakukan. Saya dengar macam-macam pendapat. Ada kata banyak amalan Bulan Syaaban yang dibuat orang itu tidak ada dalil. Contohnya malam Nisfu Syaaban. Ada kata palsu. Ada kata memang ada dalil. Saya baca di internet pun macam-macam pandangan. Saya ingin beramal dengan amalan yang betul. Bolehkah Dr Asri huraikan?

Anisah, Bangi.

Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat dipuji. Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit (authentic) tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. Mengenai soalan saudari, saya jawab berdasarkan perkara-perkara berikut;

1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.

2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:

“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).

3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).

Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:

“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).

Aisyah r.aha juga menyebut:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.

6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).

Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:

“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).

7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).

Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.

SUMBER :  http://drmaza.com/home/?p=1192

SISI KETIGA:

6. USTAZ ZAHARUDDIN

Amalan membaca Yasin 3 kali ka, Tahlil Arwah, Baca Yasin Mlm Jumaat, dan seumpamanya yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Hadith walaupun secara spesifiknya tidak dilakukan oleh Nabi Muhmmad dan bukan kesemua yang tidak dilakukan oleh Nabi itu adalah dicela bahkan banyak perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad tetapi dilakukan oleh umatnya seperti solat terawih berjemaah seluruh malam bulan Ramadhan dan mengkhatamkan bacaan Al-Quran di dalamnya seperti yang berlaku di Masjid Al-Haram Mekah Al-Mukarramah. Perkara tersebut tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad akan tetapi ianya amat baik kerana ada dalil yang mengharuskannya serta ianya tidak bercanggah dengan agama Islam.

Inilah antara bukti bahawa bukan semua perkara agama seperti bacaan Yasin yang tidak dilakukan oleh Nabi adalah bid’ah sesat, bahkan majlis tersebut dapat membantu umat islam duduk di majlis keberkatan daripada berada ditempat maksiat.

Ni sebenarnya masalah bidaah. Dan masalah bidaah sejak dari dulu lagi ada khilaf. Biler ada khilaf maka berlapang dada la kamu. Para sahabat, Imam-imam mazhab dan ulamak2 soleh terdahulu pun berlapang dada biler tiba dalam masalah khilaf.

Sepatutnya Kaum yang mengambil semua bidaah itu sesat dan tak ada bidaah baik maka ana cadangkan la, lain kali biler nak buat statement pasal benda-benda yang ada khilaf jangan lupa sebut;

“Bagi yang mengikut Pemahaman Kami @ Bagi Kaum Salafi Melenium @ Bagi Kaum Wahabiyah membaca Yasin 3 kali pada hari nisfu syaban adalah bidaah maka wahai kaum ku jika kamu ikut maka kamu telah melakukan bidaah dan bidaah bagi kaum kami adalah sesat tiada bidaah yang tak sesat”

Dengan cara begini maka tidak la timbul sakit hati, berpecahnya umat islam, tuduh menuduh, dan sebagainya. Siapa yang tak marah jika di tuduh sesat walhal kami juga ada dalil dalil yang membenarkannya.

Lain la kalau hal hal yang nyata ianya dicela , salah disisi agama, Nabi Saw melarangnya dan sebagainya seperti jampi serapah, solat batin jer tak perlu zahir, hal hal syirik, memuja muja dgn zikir kepada tukguru dan sebagainya itupun kami akan kata sesat.

SUMBER:  http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/message/5779

Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi: UMUR SAIDATINA ‘AISHAH SEWAKTU BERNIKAH DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Tulisan Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi (almarhum), dikenali sebagai salah seorang ulama yang unggul di India -Pakistan. Dalam satu masa yang sama, dia merupakan seorang hafiz dan qari, ulama yang terkemuka dalam bidang tafsir dan hadis, juga seorang penyusun dan pengarang kepada kajian akademik yang tinggi serta penterjemah bahan-bahan akademik dari Bahasa Arab ke Bahasa Urdu.

Kertas kerja ringkas ini adalah berhubung dengan sesuatu isu yang sangat sensitif dan penting. Ia adalah mengenai umur Ummul Mu’minin Saiditina ‘Aishah Siddiq (r.a), semasa berkahwin dan mula tinggal bersama Rasullullah s.a.w. Isu ini menjadi perbahasan berlarutan di antara ulamak dan penyelidik sejak dahulu. Tuan
Allama telah mengemukakan idea baru dalam isu ini dan telah menyelesaikan masalah yang penting dan selalu dipertikaikan ini , dan telah berjaya menentukan ‘umur’ sebenar Saidatina ‘Aishah (r.a) berpandukan kepada Ilmu Rijal dan pernyataan para sahabat r.a., ahli hadis dan ahli tafsir, termasuklah pernyataan mutlak oleh
Ummul Mu’minin r.a. sendiri.
Baca kertas kerja tulisan beliau  setebal 55 halaman di link berikut:

https://aburedza.files.wordpress.com/2011/07/pemurniaan-sejarah-umur-aishah.pdf

atau anda boleh mendengar penjelasan Maulana Asri Yusof di bawah, dan klik youtube untuk selanjutnya, semuanya sebanyak 11 fail:

ARTIKAL LAIN YANG BERKAITAN UMUR AISYAH RA KETIKA BERKAHWIN:

https://aburedza.wordpress.com/2013/10/05/imam-bukhari-hadis-aisyah-r-a-akil-baligh-petunjuk-umur-semasa-berkahwin/

 

Sumur Habhab dan Sumur Jubbu Al-Huzni : Untuk penzalim dan pengampunya.

Disediakan untuk penzalim dan pengampunya.

Sumur Habhab

Ibn Katsir di dalam kitabnya  An-Nihayah fil fitani wal malahim mencatatkan : Abu Bakar bin  Ad-Dunya meriwayatkan, dari Muhammad bin Wasi’ berkata,

“ Aku menemui bilal bin Abu Burdah dan berkata kepadanya, “ Wahai Bilal, sesungguhnya ayahmu meriwayatkan kepadaku dari ayahnya, dari Nabi s.a.w, bahawa baginda  bersabda:

“Sesungguhnay di neraka Jahanam terdapat sebuah lembah ( atau sumur)  yang disebut Habhab. Allah memastikan akan menempatkan di dalamnya  setiap penindas ( pemimpin yang zalim) . Berhati-hatilah engkau Polan, janganlah engkau menjadi salah seorang dari orang yang menempatinya”

Sumur Jubbu Al-Huzni

Di dalam kitab yang sama, dengan merujuk hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah ,  Ibn Katsir menambah:

Ali bin Harb meriwayatkan, dari Abu Hurairah r.a  bahawa  Nabi s.a.w. bersabda :

“ Berlindunglah kamu kepada Allah dari Jubbu Al-Huzni”

Para sahabat bertanya: “ Apakah Jubbu Al-Huzni itu?”

Baginda bersabda:

“ Lembah di dalam Jahanam yang Jahanam itu sendiri pun berlindung daripadanya setiap hari empat ratus kali. Ia disediakan untuk orang-orang yang berilmu namun riya dengan perbuatan mereka. Sesungguhnya orang berilmu yang paling Allah benci  adalah orang-orang  yang  mencari muka kepada penguasa-penguasa yang jahat”

Memahami Tuntutan Bersih 2.0

Tuntutan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

 

– dipetik dari tulisan Zulkifli Sulung, Harakahdaily.net