Angkasa Nafi Kejadian Bulan Kelilingi Kaabah

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan dakwaan blog dan laman sosial Facebook yang mengatakan kejadian pelik bulan mengelilingi Kaabah dan langit bertukar menjadi biru terang akan berlaku di Mekah Jumaat malam.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa Mohd Fairos Asillam berkata tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan, jarak, keterangan dan fasa bulan pada malam ini.

“Bulan sekadar melintasi Kaabah dan tidak mengelilinginya seperti yang disebarkan kerana ia seperti biasa akan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Fairos turut berkata dakwaan bahawa kenyataan itu diedarkan oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof Datuk Dr Mazlan Othman adalah tidak benar memandangkan Mazlan tidak pernah berbuat perkara sedemikian.

Beliau berkata kedudukan bulan dan bumi awal pagi esok adalah 404,738km.

Fairos menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pengesahan terlebih dahulu di laman sesawang yang boleh dipercayai seperti Angkasa bagi mengelakkan kekeliruan mengenai perkara itu.

Blog dan laman sosial Facebook hari ini menyebarkan maklumat kononnya pada jam 3.25 pagi di Mekah bulan akan mengelilingi Kaabah dan langit akan bertukar menjadi biru terang dan ini hanya berlaku 10 juta tahun sekali, dan menyebut maklumat itu dari bekas ketua pengarah Angkasa.

— BERNAMA

 

Yang berkaitan:   http://www.falak-online.net/portalfalak/bulan-keliling-kaabah-pulak-dah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s