Video Pemeriksaan JAIS ke Gereja

“…… Video enam minit yang kini hangat tersebar di internet sejak awal minggu ini telah menunjukkan seorang lelaki yang mengatakan dirinya seorang umat Islam memberitahu para hadirin makan malam tersebut mengenai didikan Islam yang diterimanya dan bagaimana beliau telah tertarik kepada agama Kristian.

Di babak mula video tersebut, lelaki tersebut, yang nampak awal 40-an, menceritakan bagaimana beliau dan keluarganya dibesarkan dalam suasana keIslaman yang penuh berdisiplin, dengan menyatakan bahawa beliau disuruh melakukan banyak perkara ibadah Islam tambahan, tapi tidak memahami mengapa ia dilakukan, termaksud maksud al-Quran yang dibaca, termaksud yang sudah diterjemahkan.

“Jadi saya hanya baca (Quran) secara membuta-tuli tanpa memahami maksudnya sebenar,” video tersebut menunjukkan lelaki tersebut sedang memberikan ucapan di atas pentas, sementara pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) cuba memasuki dewan makan tersebut.

“Adik-beradik saya dan seluruh ahli keluarga dibesarkan untuk menjadi umat Islam yang sangat berdisiplin, jadi kita lakukan semua perkara, solat sunat dan doa, puasa sunat, doa dan segala-galanya sunat [ketawa].

“OK yang mengenai keluarga saya ..” beliau teruskan, sebelum video memfokuskan kepada rundingan antara para pegawai Jais dengan pengelola makan malam tersebut di pintu masuk dewan.

“Tiada Muslim… saya tidak tahu”

Seorang wanita pula kelihatan menafikan bahawa terdapat beberapa umat Islam yang hadir dalam majlis makan malam tersebut ketika disoal pegawai Jais.

“Ini function sebagai Muhibah… nyanyi-nyanyi lagu… Kita pun ada orang Muslims kerja di sini menyapu…” kata beliau.

“Bagaimana pula di dalam?” soal pegawai Jais.

“Saya tak tahu, tapi saya rasa tiada umat Islam di dalam dewan. Semuanya Kristian,” jawab beliau.

“Sekiranya ada umat Islam, bagaimana? Boleh anda bagi jaminan?” soal pegawai Jais itu lagi, di mana wanita tersebut menjawab beliau bukan pengelola.

Pada masa ini, terdapat seorang wanita yang berpakaian baju kurung kuning dengan nama tag “Sophia” telah bersuara menjelaskan bahawa wanita terbabit adalah tetamu beliau, dan beliau adalah pengelola makan malam tersebut.

Para pegawai Jais turut menunjukkan beberapa keping kertas yang menunjukkan jadual majlis makan malam tersebut, dan menuntut untuk mengapa lagu ‘Alhamdulilah’ dan ‘Allahu Akbar’ disenaraikan.

Menjawab persoalan ini, Sophia menjawab bahawa dua perkataan tersebut hanya bermaksud, “Puji kepada Tuhan” dan “Tuhan maha berkuasa”.

Sebelum itu, Harapan Komuniti, sebuah organisasi amal, mendakwa bahawa majlis itu ialah ‘makan malam kesyukuran’ untuk meraikan golongan miskin dari semua kaum.”  dipetik dari Harakahdaily

________________________

Link berikut ini ada kaitan DEBAT KRISTIAN VS ISLAM : https://aburedza.wordpress.com/?s=zakir+naik

dan ini juga ada kaitan:  https://aburedza.wordpress.com/2011/08/02/bible-pertentangan-fakta-siapa-anak-sulung-yang-akan-dikorban-ibrahim-a-s-ishak-atau-ismail/

Juga di sini : http://syahrilkadir.wordpress.com/2011/08/11/kisah-benar-melayu-islam-berlindung-di-gereja/   dan   http://www.ustazamin.com/2011/08/sekilas-43-isu-jais-memeriksa-gereja.html

Lanjutan Isu JAIS dan Gereja, patutnya ada pihak ambil kesempatan buat majlis @ muzakarah (kot tak sedap nak sebut debat) macam Zakir Naik tu, pasti Hujah Kristian tidak dapat mengalahkan hujah islam! Dan kerajaan tak patut halang,,,,,,,

One thought on “Video Pemeriksaan JAIS ke Gereja

  1. Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak gereja dan penganjur. Ianya suatu langkah mengkristiankan orang Islam dan ini adalah bertentangan dengan perlembagaan. Walau apapun penafian gereja ternyata ia terlibat secara total. Kepada semua penganut Islam yang murtad mereka semestinya diadili dan dihukum mengikut hukum Islam. Sekiranya mereka tidak bertaubat maka hukuman bunuh patut di kenakan dan membunuh si murtad tiada kafarrah, darah mereka halal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s