Fakta Ilmiayah Falak : Mungkinkah Malaysia Barat dan Timur Berhari Raya Pada Tarikh Berbedza?

Anak Bulan Syawal 1432H di Malaysia

Photobucket

INI BUKAN TULISAN ABUREDZA!

SUMBER: http://www.isuhangat.net/2011/08/anak-syawal-1432h-di-malaysia/

Saya mendapat email laporan falak ini dalam bentuk slide power pint tapi untuk memudahkan saya berkongsi di isuhangat, saya convert ke bentuk imej.

Kalau maklumat falak yg dinyatakan dalam lampiran ini benar, insyaallah pihak berwajib spt Jakim dan penyimpan mohor raja2 akan umumkan dua tarih hari raya yg berbeza utk Semenanjung dan Sabah/Sarawak tahun ini.

Dari segi hukum dengan mengambil kira satu contoh; misalnya katakan seluruh Malaysia pd suatu tahun yg lain telah diumumkan hari Raya setelah bulan tidak kelihatan maka mereka mencukupkan menjadi 30 puasa.
Andaikata salah seorang telah melihat anak bulan (1 syawal) di Sabah maka wajib baginya utk meninggalkan puasanya dan menyambut hari raya.

Ini adalah dari segi hukumnya. Hal ini bisa terjadi dlm masyarakat yg primitif/kuno yg perkembangan ilmu pengetahuannya sangat terbatas, tetapi dlm hal perkembangan ilmu falak dewasa kini ia sukar terjadi kerana pihak berwajib selalu mengambil kira kedua2 kaedah (melihat anak bulan dan perkiraan falak) utk menentukan tarikh puasa dan hari raya.

Wallaualam..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

___________________

TAMBAHAN ABUREDZA DI SINI:

1. BAGAIMANAPUN KITA AKAN PATUH Pengumuman Rasmi Tarikh Aidilfitri oleh Majlis Raja-Raja nanti.

2. Finomina ini mengingatkan saya kepada guru Falak saya : Allahyarham Tuan Haji Ab. Rahaman b. Hussain

3. Artikal berkaitan untuk memahami fakta-fakta di atas : TAQWIM QAMARIY ,

Mengapa Hari Raya Korban Di Malaysia Tidak Sama Dengan Arab Saudi

https://aburedza.wordpress.com/2010/11/15/konsep-ijtimak-bulan-matahari-bagi-penentuan-hilal/

4. Disini juga ada kaitan : http://www.falak-online.net/portalfalak/isu-hilal-aidilfitri-1432h   beliau menulis:

Isu Hilal AidilFitri 1432H

Saya ada menerima beberapa pertanyaan berkenaan dengan tarikh hari raya tahun ini, yang mana mungkin berbeza bagi negeri-negeri di Semenanjung berbanding di Sabah dan Sarawak. Berdasarkan kiraan ada sedikit berbeza dari segi umur dan posisi bulan-matahari.

Menambahkan kekeliruan lagi, hilal Aidilfitri kali ini amat hampir dengan syarat minima kriteria imakur rukyah.
Terus terang saya bukan ahli di dalam bab ini. Tetapi berdasarkan beberapa siri pertanyaan kepada ahli-ahli yang terlibat dengan pencerapan hilal, saya boleh rumuskan seperti berikut:
1. Malaysia mengikut kriteria imkanur rukyah yang mana syaratnya adalah ketika matahari terbenam ketinggian dari ufuk lebih atau sama dengan 2 darjah dan elongasi lebih dari 3 darjah ATAU umur bulan lebih dari 8
2. Brunei menggunakan kaedah rukyah (bukan imkamur rukyah) untuk menentukan kewujudan Hilal.
3. Malaysia pakai konsep matlak dan kesatuan hukum.
4. Kawasan melihat anak bulan meliputi dari Kampung Ateamu, Sabah (paling Timur
)  hingga Tanjung Cincin, Langkawi, Kedah (paling Barat). Mana-mana kawasan diantara kedua tempat itu mencukupi syarat maka ia sudah memadai.
Jika dilihat pada poin no.4, maka hilal kali ini, walaupun dijangka tidak semua kawasan nampak, tetapi terdapat juga kawasan yang berpotensi nampak, maka ia dikira cukup syarat.
Walaubagaimanapun, ini adalah rumusan peribadi saya. Disyorkan agar dihubungi pegawai-pegawai Falak di Jabatan Mufti berhampiran untuk mendapatkan penjelasan lebih jelas.
Dan rasminya dari Pengumuman Rasmi Tarikh Aidilfitri oleh Majlis Raja-Raja nanti.
Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s