Mat Sabu Dan Bukit Kepong

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950. Dalam peristiwa tersebut balai polis Bukit Kepong telah diserang. Masa kejadian berlaku Tanah Melayu diperintah oleh Penjajah British. Maka Polis Bukit Kepong adalah polis kerajaan British.

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil dan terpencil lebihkurang  59 km dari bandar Muar. Sebelum serangan balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey. Ketika serangan  beliau telah diganti oleh Sarjan Jamil Mohd Shah.

Serangan ke atas Balai Polis Kepong di katakan diketuai oleh Mat Indra , atau  Ahmad @ Muhammad Indra.

Ahmad bin Indera dikatakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat

Ahmad bin Indera mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937. Dia kemudian pernah berkhidmat sebagai seorang guru agama di sekolah Agama Parit Setongkat, Muar.

Ahmad bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tahahair daripada penjajahan Inggeris. PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam. Dr. Burhanuddin Helmi pula sebagai Naib Yang Di Pertua.

Muhammad Indera kemudiannya dituduh penderhaka dan menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di penjara Taiping kerana menentang British. Ada juga yang mengatakan beliau  digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru.

Sejarah mencatitkan pejuang menetang British yang lain ialah Tok Janggut. Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya.

Apa kata Mat Sabu tentang peristiwa Bukit Kepong ini? Ikuti ceramah beliau:

13 thoughts on “Mat Sabu Dan Bukit Kepong

  1. Sejarah Bukit Kepung masih banyak yang belum faham terutama remaja sekarang ini. Sebab sebahagian yang menentang British pada ketika itu adalah orang melayu seperti yang dinyatakan dilaman sesawang https://aburedza.wordpress.com/2011/08/29/mat-sabu-dan-bukit-kepong/. Walau apa pun, banyak sejarah yang dibukukan seperti Sultan Melaka, Hang Tuah dan juga Perang Dunia Kedua. Semua itu ada hubungkait dengan sejarah Tanah Melayu, termasuk juga Sabah dan Sarawak pada ketika itu dalam pemerintahan British. Disabah Pahlawannya dianggap menentang kerajaan pada ketika itu, sedangkan mereka menuntut kemerdekaan. Sebenarnya di Sabah pun ada sejarah tentang British tapi tidak dapat dirungkai dengan terperinci. Sama juga seperti Kejatuhan Sultan Melaka ( Pewarisnya terus pupus, namun ada pewarisnya sekarang ini menuntut seperti yang disiarkan oleh RTM di TV), Untuk masyarakat lebih faham, maka diharap sejarah Bukit Kepung di bukukan atau dalam bentuk risalah supaya Jabatan Penerangan dapat menyampaikannya kepada masyarakat. Apa apa pun penulis sejarah Tanah Melayu bangkit dan luahkannya di TV, sebab sekarang ini ianya tidak begitu jelas jika mereka yang meluahkannya di TV tidak arif tentang sejarah ini, siapa siapa pun boleh cakap. Kita jangan terlalu menuding jari, kita kena buktikan sebenar-benar sejarah itu agar mereka tidak dapat lagi mengungkit sejarah silam. Tentang Mat Sabu, biasalah orang politik, Jika beliau melanggar peraturan dan undang-undang Negara atau Akta Keselamatan Dalam Negeri, kerajaan boleh mengambil tindakan berdasarkan kepada bukti dan fakta yang ada, jangan ragu-ragu, kerana kita tahu kerajaan bersikap adil untuk semua tidak mengira bulu. Salam 1Malaysia.

  2. Apa yang di katakan oleh Hj. Mohamad Sabu itu adalah kebenaran. Bila buat interpretasi buatlah dengan rasional dengan melihat fakta sejarah dengan faktual.

    • salam,
      saya rasa saudara mat sabu pun tak berapa betul…sebab nya beliau sendiri pernah ditangkap khalwat macam mana mat sabu nak memperbetulkan sejarah, sedangkan beliau sendiri tak betul…..pikir pikir kan lah……

  3. Pingback: PAS: Fakta sejarah perlu dikaji semula, tak timbul isu sokong komunis « Aburedza

  4. SIAPA MAT INDRA?
    SUMBER: http://www.malaysiasensasi.net/2010/01/lagenda-mat-indra.html

    nama penuh: ahmad bin indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlaan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.

    memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

    seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. berguru kepada kiayi haji fadzil bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat dymm sultan ibrahim

    dilahirkan pada 1920 di kampung gombak, peserai, batu pahat.

    menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar.
    melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris

    menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik

    mat indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak taknak mat indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah muar,batu pahat dan melaka.

    dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis bukit kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama abu bakar yang terselamat dalam serangan, mat indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. mat indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

    inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan mat indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar mat tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera. mat tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.

    pada malam 14 oktober 1952, mat indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

    mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke johor bahru, pulau pinang, pudu dan taiping. dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara taiping. keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.

    antara cerita lain tentang mat indera
    menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis
    chin peng mengatakan sekiranya mat indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.
    adik mat indera mengatakan bukan mat indera yang mengetuai serangan balai polis bukit kepong
    cerita orang
    kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib
    kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukum bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib
    kali ketiga kene ngan buah kecubung

  5. sedikit tambahan… same je ngan mu mat sabu.. semua pembangkang kerajaan ko mesti cakap betul bagus baik pemimpin yg betul. yg sokong kerajaan semua tak betul.. 2 kali 5 je.. ko ngan british..

  6. Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok Gajah, Tok Sagor,Dato Maharajalela, Mat KIlau, Mat Saleh, Mat Indera, Rosdy Dhoby, Raja Abdullah DLL adalah pejuang yang menentang British untuk memerdekakan negara. Ada diantara mereka SYAHID dimedan tempur.

    Polis yang bekerja dengan British adalah ANJING BRITISH yang sanggup mati kerana upah yang tak seberapa. Mereka MATI KATAK.

    UMNO PERIKATAN atau BN adalah yang bertanggungjawab memesongkan fakta sejarah sebenar. Mereka lah petualang yang menyesatkan fikiran dan otak anak-anak muda yang telah tersedia lemah yang sudah tidak mampu menilai mana yang benar dan mana yang salah.

    Anak-anak muda kita telah disogok dengan hiburan-hiburan yang melalaikan.

    UMNO adalah WARISATUL BRITISH yang mengamalkan rasuah dan tipu helah umpama SYAITAN yang boleh menyesatkan manusia. UMNO patut diharamkan seperti BRITISH mengharamkan PKM.
    UMNO lebih bahaya dari DADAH.

  7. KENAPA UMNO TAKUT HUDUD…

    – Pemimpin-pemimpin UMNO tidak boleh lagi memfitnah.

    – Pemimpin-pemimpin UMNO tidak boleh lagi membuat maksiat.

    – Pemimpin-pemimpin UMNO mesti berpolitik cara Islam.

    – Pemimpin-pemimpin UMNO tidak boleh lagi rasuah dan merompak/mencuri hak rakyat.

    * dan berbagai-bagai sebab lagi……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s