Hudud: Umno Kuda Tungangan MCA-Gerakan?

Berita gembira. Berita baik kepada pendokong PAKATAN RAKYAT. Berita dari Pejabat Agong Pas menyebut DAP, PKR dan PAS semalam mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama sebelum ini dan  menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti termasuk  isu hudud. Maksudnya DAP menghormati kehendak PAS dan PAS memahami tidak sukanya DAP kepada Hudud.

Laporan Malaysia kini: SINI

Laporan Harakahdaily di SINI

Laporan The Malaysia Insider di SINI

Kepada PM Najib dan BN, ini berita buruk, apabila pakatan boleh berpakat, walaupun didalam perbedzaan pendapat.

Sebelum ini MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan. Lanjutan itu PM Najib menjawap Kerajaannya tidak akan membenarkannya, walaupun awalnya Timbalan PM kelihatan agak lunak berhubung isu hudud.

Sebelum ini juga PAS dituduh kuda tungangan DAP. Berita terbaharu ini jelas dapat mnenyangkal dakwaan ini, kerana TG Nik Aziz bertegas akan melaksanakan Hudud sekali pun tanpa DAP.

Jadi siapa sebenar menjadi KUDA?

Jika PM Najib terus tidak benarkan Hudud di laksanakan, jelas PM Najib takutkan MCA dan Gerakan keluar BN. Jika ini terjadi lingkup UMNO. Justru maka jadilah UMNO sebagai kuda, lebih baik dari lingkup.

Kepada PAS, jadikan isu HUDUD ini peluang dan ruang untuk berkempen berdakwah tentang hudud. Kalau Bukit Kepong boleh menimbul minat rakyat untuk kembali menyinkap sejarah kemerdekaan, mengapa tidak Hudud?

PAS perlu mencari sebab mengapa bukan Islam khasnya DAP begitu takut kepada Hudud, sekaligus berusaha menjawabnya. Mereka sebenarnya tidak mengetahui kebaikan Hudud. Betullah kata TG Nik Azizi, takut Hudud macam takut hantu.

Nampaknya Allah mempermudahkan kerja Tok Guru. Pakatan tetap teguh walaupun didalam perbedzaan pandangan. Atau pun kalau PM Najib terus menghalang, di akhirat, Tuan Guru sudah ada hujah dengan Allah, PM Najib menghalang kami di Kelantan melaksanakan Hudud.

Kita menati komen TG Nik Aziz mengenai perkembangan terbaru ini.

Apa kata Ustaz Azhar Idrus tentang hudud dan orang yang menolak hudud:

2 thoughts on “Hudud: Umno Kuda Tungangan MCA-Gerakan?

  1. Kita menati komen TG Nik Aziz mengenai perkembangan terbaru ini.

    Apa maksud menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti termasuk isu hudud. Apa Maksudnya DAP menghormati kehendak PAS dan PAS memahami tidak sukanya DAP kepada Hudud.

    Soalnya bolehkah hudud di laksanakan di kelantan? Agak kabur berita yang di terima. Saya memahaminya sebagai Kelantan boleh laksanakan dan DAP akan menghormatinya sekalipun DAP tak suka.

  2. 5 jam yang lalau TG Nik Aziz menulis di FB:

    Nik Abdul Aziz Nik Mat:
    ‎”Dear non-Muslims, may I know which part of hudud which frighten you?
    I just hope you are not fearful of hudud because of misunderstanding, misconception or something that you do not know or unsure.
    I guarantee the implementation of hudud will be transparent to non-Muslims & only in Kelantan first.
    Please feedback, and I will like to understand your concern clearly and provide as much answer possible to address your concern.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s