Download: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2010 bagi Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan

1. Perlembagaan Negara Menyebut Tentang Laporan Audit Negara:

Perkara 106: Kuasa dan Tugas Ketua Audit Negara

(1) Akaun bagi Persekutuan dan bagi Negeri-Negeri hendaklah diaudit dan dibuat laporan mengenainya oleh Ketua Audit Negara.
(2)
Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan berhubung dengan akaun bagi Persekutuan dan akaun bagi Negeri-Negeri dan berhubung dengan akaun bagi pihak-pihak berkuasa awam lain dan akaun bagi badan yang dinyatakan melalui perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 107: Laporan Ketua Audit Negara

(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
(2)
Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

2. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2010 bagi Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan  Badan Berkanun Persekutuan boleh dimuat turun di Portal Jabatan Audit Negara atau:

Sila RIGHT klik tajuk Laporan dan SAVE TARGET AS/SAVE LINK AS untuk muat turun LKAN berikut:

Kerajaan Persekutuan

pdf LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 :AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN
pdf LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 :PENYATA KEWANGAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
pdf AUDITOR GENERAL REPORT 2010 :SYNOPSIS ON THE AUDIT OF THE FEDERAL GOVERNMENT’S FINANCIAL STATEMENT, FINANCIAL MANAGEMENT AND ACTIVITIES OF THE FEDERAL MINISTRIES/DEPARTMENTS AND THE MANAGEMENT OF GOVERNMENT COMPANIES

Badan Berkanun Persekutuan

pdf LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010:PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI SERTA PENGURUSAN SYARIKAT SUBSIDIARI BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
pdf AUDITOR GENERAL REPORT 2010 :SYNOPSIS ON THE AUDIT FINANCIAL MANAGEMENT AND ACTIVITIES OF FEDERAL STATUTORY BODIES AND MANAGEMENT OF SUBSIDIARY COMPANIES FOR THE YEAR 2010

KRISTIAN hanya untuk segala domba kaum Israel yang sesat BUKAN UNTUK MELAYU

Hari ini Sabtu 22 Oktober 2011, hari perhimpunan (Depa kata bukan tunjuk perasaan) HIMPUN. Ini  hal murtad dan dikaitkan dengan usaha pendakwah Kristian. Sebelum ini Mufti Perlis dilapor berkata tidak lojik 250,000 orang murtad. Dan di dalam youtube seorang bekas padri yang memeluk Islam mengaku pernah memurtadkan ribuan orang. Tidak kisahlah benar atau tidak. Yang pasti murtad berlaku.

Apabila murtad berlaku, pertama tanda kejayaan dakwah Kristian, kedua kelemahan dakwah Islam.

Mengapa murtad terjadi? Jawabnya tentu kerana rapuhnya akidah umat. Bila rapuh ia mudah tergoda tawaran Kristian. Tawaran paling menarik ialah dosa manusia boleh diampun oleh padri. Malah kepercayaan dan akidah Kristian yang diketahui umum, Yesus mati disalib kerana menebus dosa manusia. Maka sebaliknya  jika dapat dibuktikan Yesus tidak mati disalib , rosaklah pula Kristian itu.

Kita yakin orang murtad itu terlalu rendah pengetahuan Islamnya, malah belum tentu mereka membaca Bible pun!

Ketahuilah kalau mereka membaca Bible, mereka akan tau Kristian bukan untuk orang Melayu atau orang Malaysia . Ketahuilah Kristian hanya untuk segala domba kaum Israel yang sesat. Malahan Yesus tuhan Kristian itu mengangap selaian bani Israil mereka umpama  anjing dan babi.

Betullah tu, nabi-nabi diutus untuk kaumnya sendiri, Nuh a.s untuk kaumnya, Ibrahim a.s untuk kaumnya, Isa a.s untuk kaumnya bani Israil. Sebaliknya nabi Muhammad  s.a.w untuk seluruh manusia:

“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.” – an Nissa 4:79

Sebaliknya kalau mereka membaca Bible, mereka akan berjumpa, dosa manusia tidak boleh pun di ampun oleh Padri!

 

Berikut adalah petikan Bible:

 

Pertama: Kristian hanya untuk segala domba kaum Israel yang sesat

Matthew: Chapter 10:1-6

1

Maka Yesus memanggil kedua belas murid-Nya, lalu diberi-Nya kuasa kepada mereka itu atas segala setan, akan membuangkan dia, dan menyembuhkan segala penyakit, dan melenyapkan segala aib tubuh orang.

2

Maka inilah nama-nama kedua belas rasul, yaitu: Pertama-tama Simon yang disebut Petrus, dan Andreas saudaranya; dan Yakub anak Zabdi, dan Yahya saudara Yakub;

3

dan Pilipus dan Bartolomius; dan Tomas, dan Matius, pemungut cukai itu, dan Yakub anak Alpius,dan Tadius;

4

dan Simon orang Kanani, dan Yudas Iskariot, yaitu yang menyerahkan Yesus.

5

Maka kedua belas orang inilah disuruhkan oleh Yesus dengan pesan-Nya demikian, “Janganlah kamu pergi ke negeri orang kafir dan jangan kamu masuk negeri orang Samaria,

6

melainkan pergilah kamu kepada segala domba kaum Israel yang sesat itu.

 

Matthew : Chapter 15: 22-26

22

Maka adalah seorang perempuan Kanani  (orang kanan bukan bani Israil- tambahan saya)  datang dari jajahan itu, serta berteriak, katanya, “Ya Tuhan, ya Anak Daud, kasihankanlah hamba; karena anak hamba yang perempuan dirasuk setan terlalu sangat.”

23

Tetapi sepatah kata pun tiada dijawab oleh Yesus kepada perempuan itu. Maka datanglah murid-murid-Nya meminta kepada-Nya, serta berkata, “Suruhlah perempuan itu pergi, karena ia berteriak-teriak di belakang kita.”

24

Maka jawabYesus, kata-Nya, “Tiadalah Aku disuruhkan kepada yang lain hanya kepada segala domba yang sesat dari antara bani Israel.”

25

Maka datanglah perempuan itu sujud menyembah Dia, katanya, “Ya Tuhan, tolonglah hamba!”

26

Tetapi jawab Yesus, kata-Nya, “Tiada patut diambil roti dari anak-anak, lalu mencampakkan kepada anjing.”

 

Matthew 7 1-6

1

“Janganlah kamu menuduh orang, supaya jangan kamu dituduh.

2

Karena dengan tuduhan yang kamu menuduh, kamu akan dituduh pula, dan dengan ukuran yang kamu mengukur, kamu akan diukurkan juga.

3

Apakah sebabnya engkau memandang selumbar yang di dalam mata saudaramu itu, tetapi balok yang di dalam matamu sendiri tiada engkau sadar?

4

Bagaimana boleh engkau mengatakan kepada saudaramu: Biarlah aku mengeluarkan selumbar itu dari dalam matamu, sedang ada balok di dalam matamu sendiri?

5

Hai munafik! Keluarkanlah dahulu balok itu dari dalam matamu sendiri, kemudian baharulah engkau nampak terang akan mengeluarkan selumbar dari dalam mata saudaramu itu.

6

Janganlah kamu memberi barang yang kudus pada anjing, dan jangan dicampakkan mutiaramu di hadapan babi, kalau-kalau dipijak-pijaknya dengan kakinya serta berbalik mencarik kamu.

Kedua: Dosa manusia tidak boleh pun di ampun oleh Padri!

 

Ezekiel – Chapter 18:20

20

Orang yang berbuat dosa, ia itu juga akan mati; maka anak tiada akan menanggung kesalahan bapanya, dan bapapun tiada akan menanggung kesalahan anaknya; kebenaran orang yang benar akan tertanggung atasnya dan kejahatan orang fasikpun akan tertanggung atasnya.

Ezekiel 18:20 di atas jelas menyatakan dosa manusia tidak boleh dipikul oleh orang lain, malahan  jika di bandingkan alQuran hampir sama:

 

Al Fatir   35-18

18. Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihatNya dan mereka mendirikan sembahyang. Dan barangsiapa yang mensucikan dirinya, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allahlah kembali(mu).

Al Isra  17:15

15. Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng’azab sebelum Kami mengutus seorang rasul.

 

Siapa Ada Rekod Lawan Raja?

Isu lawan raja timbul lagi. Baru-baru ni Guan Eng dengan  Sultan Johor, tak habis-habis sampai la ni. Lepas tu timbul pula Aziz Bari dengan Sultan Selangor. Jadi saya pun teringat tulisan pemuda bukit katil yang tulis tahun 2007 dulu.

Ini adalah ulang tayang  sebahagian apa yang Pemudabukitkatil tulis pada 19 Nov 2007 mengenai isu lawan raja. Kalau selengkapnya baca di :

http://pemudabukitkatil.blogspot.com/2007/11/siapa-yang-ada-rekod-lawan-raja-pas.html

Di satu pihak lain, rakyat masih belum lupa bagaimana para pemimpin Umno telah berusaha menghakis fungsi dan kuasa yang ada pada raja-raja Melayu. Beberapa episod hitam terhadap institusi raja di negara ini dalam dua dekad kebelakangan ini boleh dijadikan contoh. Antaranya ialah isu pindaan Perlembagaan 1983 (kuasa meluluskan undang-undang), pindaan Perlembagaan 1993 (imuniti raja-raja) dan insiden pertabalan ‘sultan baru’ di Kelantan.

Dalam isu pindaan Perlembagaan 1983, para pemimpin Umno telah melakukan beberapa tindakan di luar peruntukan Perlembagaan, sekaligus membelakangi raja-raja. Antaranya, BN telah secara rahsia membawa pindaan itu ke kabinet dan kemudiannya ke Parlimen, tanpa terlebih dahulu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja.

Sedangkan menurut Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan: “Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.”

Pindaan Perlembagaan itu telah dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kemudian diluluskan pada Ogos 1983. Di antara pindaan dibuat ialah berkaitan Fasal 66 (5). Peruntukan asal berbunyi, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatanganinya.”

Peruntukan tersebut dipinda kepada, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani di dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu berkuatkuasa sebagai Undang-undang.”

Turut dipinda ialah peruntukan pada Fasal 150 (1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga dalam negara ini, maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut.

Kedua-dua pindaan itu jelas menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menjadikan PM orang yang paling berkuasa. Cerita mengenai pindaan itu kekal rahsia sehinggalah bekas Setiausaha Agung Umno, Dato’ Senu Abdul Rahman memecahkannya di satu sidang akhbar pada 5 Oktober 1983. Ia kemudiannya merebak menjadi krisis Perlembagaan apabila raja-raja Melayu membantah pindaan itu dan tidak bersedia menandatanganinya. Pindaan itu akhirnya dipinda semula.

Pada 1993, Umno sekali lagi mengusik institusi Raja-raja Melayu apabila mencadangkan pindaan Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal kekebalan atau imuniti raja-raja. Benar, di dalam Islam pun tidak ada pihak yang sepatutnya dianggap kebal di sisi undang-undang. Bagaimana pun, dalam usaha mencapai hasrat pindaan itu, Umno telah melakukan kesilapan lagi – ia bertindak terlalu biadab dalam menelanjangi dan mengaibkan Raja-raja Melayu.

Media massa milik kerajaan dimanipulasi secukupnya bagi meruntuhkan wibawa raja-raja Melayu secara terbuka dan meluas. Cerita memburuk-burukkan peribadi raja diulangsiar dan dibesar-besarkan. Rakyat diapi-apikan sentimen dan emosi bencikan raja dengan pembongkaran kehidupan istana yang mewah dan membazir.

Beberapa menteri kabinet mendedahkan tentang pemilikan harta oleh raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin Umno yang terlalu dirasuk perasaan bencikan raja sampaikan tergamak mengadakan majlis pertabalan “Sultan Baru” di negerinya. Kejadian itu berlaku di Kelantan, apabila Datuk Seri Annuar Musa “menabalkan” Tengku Ibrahim Petra sebagai “Sultan Kelantan”.

Ketiga-tiga episod yang melibatkan penghinaan terhadap martabat raja-raja Melayu itu dicetus dan dimainkan para pemimpin Umno. Dalam ketiga-tiga episod itu, pihak pembangkang memainkan peranan sangat bermakna dalam mempertahankan kemuliaan institusi raja. Rakyat negara ini tidak akan lupa dengan episod-episod itu.

Kini, Umno cuba tampil ke tengah masyarakat sebagai pihak yang kononnya menjaga kedaulatan dan kemuliaan raja-raja. Di masa sama pembangkang pula dituduh sebagai pihak yang cuba mencemar institusi raja.

Para pemimpin Umno jangan ingat imej dan reputasi buruknya terhadap raja-raja Melayu dapat dibaiki semudah itu. Dia perlu ingat, bukan semua Melayu yang mudah lupa!

Akhir Hidup Yang Buruk Bergantung Kepada Amalan Di Akhir Hayatnya

Imam 1 Masjid As Syakirin, Ustaz Ya Ali bin Dahaman, menulis di Laman Masjid As Syakirin:

Akhir Hidup Yang Buruk Bergantung Kepada Amalan Di Akhir Hayatnya

Saidatina  A`ishah telah berkata; bahawa Nabi s.a.w. banyak berdo`a dengan ;

Ertinya: “Wahai Allah yang membalikkan hati tetapkanlah hatiku atas  keta`atan kepadaMu, lalu aku bertanya; wahai Rasul Allah sesungguhnya engkau banyak berdo`a dengan do`a ini adakah engkau takut?. Jawab Baginda; “Wahai Aishah apa yang membimbangkan aku bahawa hati manusia terletak antara dua   jari-jari Allah yang Jabbar,  jika sekiranya Dia akan mengubahkan hati hambaNya Dia akan mengubahnya”.

Ulamak telah berkata; Bahawa hidayah kepada agama Islam adalah urusan Allah,   hidup dengan Istiqamah dalam Islam juga urusanNya, baik buruk akhir hayat kita juga ketentuan Allah. Kehendak kita tidak boleh mengatasi kehendak Allah, oleh itu jangan kamu rasa bangga dan kagum dengan iman, amalan, sembahyang , puasa dan seluruh amalan yang kamu kerjakan, ini semuanya walaupun hasil kerjamu  sebenarnya adalah berlaku dengan kemurahan dan pemberian Allah kepadamu, sekiranya kamu rasa bangga dengan amalan tersebut seolah-olahnya kamu berbangga dengan harat orang lain yang kamu miliki, justeru bila-bila sahaja Allah boleh mengambil semula darimu, seperti musibah yang berlaku diatas muka bumi yang melenyapkan lalu hilang segala manfaatnya seperti rebut dan banjir. Demikian juga hal manusia yang berimam sebelah petang hingga jatuh matahari, lalu bangun sebelah paginya berubah menjadi manusia yang zalim dan jahat..Ini semuanya adalah uruasan Allah Yang Berkuasa Lagi Bijaksana terhadap hambaNya

 

Baca selanjutnya di : http://masjidassyakirin.wordpress.com/2011/10/12/akhir-hidup-yang-buruk-bergantung-kepada-amalan-di-akhir-hayatnya/

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU

Kebelakangan ini isu hudud timbul semula. Fokus isu ini ialah negeri Kelantan, kerana enakmen ini telah dilulus DUN Kelantan. Di Terangganu juga enakmen ini telah di luluskan.

Untuk Rujukan, berikut ini adalah enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Hudud Dan Qisas) Terangganu, negeri yang di perintah UMNO:

SUMBER: http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/0/cb36901c419ea86448257385002c3dc8?OpenDocument

TERENGGANU
ENAKMEN 4 TAHUN 2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

Tarikh Persetujuan DiRaja : 2 September 2002
Tarikh disiarkan dalam Warta : 25 September 2003
Tarikh mula berkuatkuasa : 27 Oktober 2003 [Tr. P.U. 10/2003]
_____________
SUSUNAN SEKSYEN
_____________

Mukadimah

BAHAGIAN I

Seksyen 1. Tajuk Ringkas dan Permulaan Kuat kuasa.
Seksyen 2.Tafsiran.
Seksyen 3. Jenis-Jenis Kesalahan.
Seksyen 4. Kesalahan-kesalahan Hudud.

BAHAGIAN II – SYURB

Seksyen 5. Syurb.
Seksyen 6. Bilakah Hukuman Hudud Kerana Kesalahan Syurb Tidak Boleh Dikenakan.

BAHAGIAN III – QAZAF

Seksyen 7. Qazaf.
Seksyen 8. Hukuman qazaf.
Seksyen 9. Kesalahan Yang Dikira Kesalahan Qazaf.
Seksyen 10. Al-li’an.
Seksyen 11. Akibat Al-li’an.

BAHAGIAN IV – ZINA

Seksyen 12. Zina.
Seksyen 13. Hukuman Zina.
Seksyen 14. Liwat.
Seksyen 15. Hukuman liwat.
Seksyen 16.Membuktikan liwat.
Seksyen 17. Bilakah Hukuman Hudud Zina tidak boleh dikenakan.
Seksyen 18. Zina Mahram.

BAHAGIAN V – SARIQAH

Seksyen 19. Sariqah.
Seksyen 20. Hukuman Kerana Melakukan Sariqah.
Seksyen 21. Bilakah Hukuman Hudud Sariqah Tidak Boleh Dikenakan.

BAHAGIAN VI – HIRABAH

Seksyen 22. Hirabah.
Seksyen 23. Hukuman hirabah.
Seksyen 24.Bilakan Hukuman Hudud Hirabah Boleh atau Tidak Boleh Dikenakan.

BAHAGIAN VII – IRTIDAD ATAU RIDDAH

Seksyen 25. Irtidad atau Riddah.
Seksyen 26. Hukuman Bagi Kesalahan Irtidad atau Riddah.

BAHAGIAN VIII – QISAS

Seksyen 27. Qisas.
Seksyen 28. Jenis Kesalahan Menyebabkan Kematian.
Seksyen 29. Qatlul-al-‘amd
Seksyen 30. Hukuman Bagi Kesalahan Qatlul-al-‘amd
Seksyen 31. Pengampunan.
Seksyen 32. Ganti Kepada Hukuman Qisas.
Seksyen 33. Qatlul-syibhu-al-‘amd.
Seksyen 34. Hukuman Qatlul-syibhu-al-‘amd.
Seksyen 35. Qatlul-al-khata’
Seksyen 36. Hukuman Qatlul-al-khata’
Seksyen 37. Menyebabkan Kecederaan Badan.
Seksyen 38. Hukuman Kerana Menyebabkan Kecederaan badan.
Seksyen 39. Jenis-Jenis Kecederaan Badan.
Seksyen 40. Bilakah Hukuman Qisas Tidak Boleh Dikenakan.
Seksyen 41.Akibat Apabila Hukuman Qisas Tidak Dikenakan.

BAHAGIAN IX – KETERANGAN

Seksyen 42. Bagaimana Membuktikan Kesalahan.
Seksyen 43. Bilangan Saksi.
Seksyen 44. Syarat-Syarat Kelayakan Menjadi Saksi.
Seksyen 45. Kualiti Keterangan.
Seksyen 46. Menarik Balik Keterangan.
Seksyen 47. Iqrar.
Seksyen 48. Menarik Balik Iqrar.
Seksyen 49. Keterangan Qarinah.
Seksyen 50. Takzir Sebagai Ganti Hukuman Hudud Apabila Keterangan Tidak Memenuhi Syarat-Syarat untuk Membuktikan Kesalahan Hudud.

BAHAGIAN X – BAGAIMANA HUKUMAN DIJALANKAN

Seksyen 51. Hukuman Hudud Tidak Boleh Diubah.
Seksyen 52. Pengesahan Hukuman Sebelum Pelaksanaan.
Seksyen 53. Pemeriksaan Pegawai Perubatan Sebelum Dilaksanakan Hukuman.
Seksyen 54. Cara Hendak Melaksanakan Hukuman Bagi Kesalahan Berbilang.
Seksyen 55. Cara Memotong Tangan Dan Kaki.
Seksyen 56. Cara Melaksanakan Hukuman Sebat.
Seksyen 57. Hukuman Rejam Ditangguhkan Bagi Perempuan Yang Hamil dan Yang Menyusukan Anak.
Seksyen 58. Hukuman Sebat ke atas Perempuan Hamil.

BAHAGIAN XI – PERUNTUKAN UMUM

Seksyen 59. Pemakaian Enakmen Ini.
Seksyen 60. Persubahatan Atau Komplot.
Seksyen 61. Niat Bersama.
Seksyen 62. Sariqah Berkumpulan.
Seksyen 63. Mencuba Melakukan Kesalahan.
Seksyen 64. Prosiding di Bawah Kanun Keseksaan Tidak Boleh Diambil.
Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran.
Seksyen 65A. Kuasa Am Untuk Membuat Kaedah dan Peraturan.

BAHAGIAN XII – MAHKAMAH

Seksyen 66. Mahkamah Bicara Syariah Khas.
Seksyen 67. Mahkamah Rayuan Syariah Khas.

JADUAL I
JADUAL II
JADUAL III
JADUAL IV
JADUAL V