Akhir Hidup Yang Buruk Bergantung Kepada Amalan Di Akhir Hayatnya

Imam 1 Masjid As Syakirin, Ustaz Ya Ali bin Dahaman, menulis di Laman Masjid As Syakirin:

Akhir Hidup Yang Buruk Bergantung Kepada Amalan Di Akhir Hayatnya

Saidatina  A`ishah telah berkata; bahawa Nabi s.a.w. banyak berdo`a dengan ;

Ertinya: “Wahai Allah yang membalikkan hati tetapkanlah hatiku atas  keta`atan kepadaMu, lalu aku bertanya; wahai Rasul Allah sesungguhnya engkau banyak berdo`a dengan do`a ini adakah engkau takut?. Jawab Baginda; “Wahai Aishah apa yang membimbangkan aku bahawa hati manusia terletak antara dua   jari-jari Allah yang Jabbar,  jika sekiranya Dia akan mengubahkan hati hambaNya Dia akan mengubahnya”.

Ulamak telah berkata; Bahawa hidayah kepada agama Islam adalah urusan Allah,   hidup dengan Istiqamah dalam Islam juga urusanNya, baik buruk akhir hayat kita juga ketentuan Allah. Kehendak kita tidak boleh mengatasi kehendak Allah, oleh itu jangan kamu rasa bangga dan kagum dengan iman, amalan, sembahyang , puasa dan seluruh amalan yang kamu kerjakan, ini semuanya walaupun hasil kerjamu  sebenarnya adalah berlaku dengan kemurahan dan pemberian Allah kepadamu, sekiranya kamu rasa bangga dengan amalan tersebut seolah-olahnya kamu berbangga dengan harat orang lain yang kamu miliki, justeru bila-bila sahaja Allah boleh mengambil semula darimu, seperti musibah yang berlaku diatas muka bumi yang melenyapkan lalu hilang segala manfaatnya seperti rebut dan banjir. Demikian juga hal manusia yang berimam sebelah petang hingga jatuh matahari, lalu bangun sebelah paginya berubah menjadi manusia yang zalim dan jahat..Ini semuanya adalah uruasan Allah Yang Berkuasa Lagi Bijaksana terhadap hambaNya

 

Baca selanjutnya di : http://masjidassyakirin.wordpress.com/2011/10/12/akhir-hidup-yang-buruk-bergantung-kepada-amalan-di-akhir-hayatnya/

Tinggalkan komen