Antara Bakhil Kedekut, Boros dan Pemurah

image

Abdullah bin Jaafar r.a berjalan melintasi sebuah kebun kurma. Ia terpandang seorang budak lelaki anak seorang hamba penjaga kebun tersebut. Budak itu membawa sedikit bekalan roti bagi bekalan kerjanya hari itu.

Kemudian tiba-tiba datang  pula seekor anjing kepada budak itu ketika budak itu sedang memakan roti. Maka diberikan sebahagian roti itu kepada anjing tersebut berkali-kali. Semuanya habis dimakan anjing itu.

Abdullah bertanya budak itu, berapa banyak roti yang engkau ada sehingga anjing itu lebih engkau utamakan?

Jawab budak itu, itu sahaja yang saya ada. Anjng itu bukan dari sini. Disini tidak ada anjng. Anjing ini dari perjalanan yang jauh dan ia lapar. Saya tidak boleh lihat ia lapar sedang saya kekenyangan.

Maka Abdullah terfikir, rasanya aku ini telah ada sifat pemurah, tetapi ternyata budak sihamba itu jauh lebih pemurah dari aku sendiri.

Lalu Abdullah membeli kebun tersebut bersama hambanya sekali dan memerdekan budak itu. Kemudianya kebun itu diserahkan kepada budak itu.

Kisah ini diceritakan oleh Imam al Ghazali didalam Ihya Ulumuddin pada memperkatakan sifat pemurah.

Al Ghazali berkata harta boleh dibelanjakan secara sederhana, adil, teratur dan bijaksana. Caranya ialah dipelihara, iaitu tidak dikeluarkan apabila perlu disimpan, tetapi dikeluarkan sewaktu diperlukan untuk dibelanjakan. Hal inilah yang terbaik, kerana menahan harta, padahal perlu dikeluarkan  adalah merupakan sifat bakhil. Sedangkan mengeluarkan harta, padahal sepatutnya ditahan, maka ini adalah sifat boros. Yang terbaik dan terpuji ialah bersederhana. Itulah yang dikatakan pemurah.

Rasullullah saw sendiri tidaklah diperintahkan melainkan sebagai seorang yang pemurah sahaja, tidak lebih dan kurang.

Maksud firman Allah:
” Dan juga mereka apabila membelanjakan hartanya, tidaklah melampaui batas dan tidak bakhil dan kedekut, dan perbelanjaan mereka  adalah betul sederhana  di antara kedua-dua cara” – al Furqan 67

Ihya’ Ulumuddin al Ghazali

image

Iman al Ghazali ( Lahir 450H – Wafat 505H ) terkenal kerana kitabnya Ihya’ Ulumuddin. Disamping sanjungan yang tinggi keatasnya ada juga penentang dan penkritiknya di sepanjang zaman. Pada zaman sekarang beliau dikeritik , dan keritikan keatasnya boleh dibaca dibanyak laman sesawang, antaranya mengatakan beliau ( semuga rahmat allah keatasnya) bukan ahli hadis.

Pada zamannya, beliau dimusuhi oleh ahli ahli fekah pada zaman pemerintahan Sultan Yusuf bin Tasyfin. Mereka telah menasihat sultan supaya kitabnya dibakar dan diharamkan pengedarannya.

Mendengar berita itu al Ghazali  di dalam sebuah majlis  atau kuliahnya berkata:
” Tuhan akan mengoyak-ngoyakkan kerajaan mereka sebagaimana  mereka telah mengoyak-ngoyak kitabku”.

Kebetulan di dalam majlis itu ada seorang pelajar dari Magribi bernama Muhamad bin Taumrut. Beliau begitu marah pada sultan Magribi dan berkata : “Wahai Imam, doakan kepada tuhan, semuga keruntuhan  kerajaan bani Tasyfin terjadi di tangan ku”.

Pelajar itu kemudian pulang ke Magribi dan membuat perancangan merebut kekuasan dari Bani Tasyfin. Bilau berjaya dan beliau sendiri menjadi raja Magribi bergelar Muwahhidin.

Kitab Ihya’ Ulumuddin kemudian diizinkan pengedarannya semula.

– masjid muaz bin jabal , setiawangsa, kl , melalui android galaxy tab

Penawar bagi hati: nikmat lidah

image

image

Masjid Kota Damansara Selasa 22 Nov 2011 :
Bersyukurlah atas nikmat Allah yang dikurniakan berupa lidah. Lidah untuk nikmat makan sebaliknya juga boleh mengumpat.

Pak imam menyebut sebuah hadis nabi s.a.w berkaitan mengumpat, katanya mengumpat itu lebih berat dari berzina. Ini bukan maksud berzina lebih baik dari mengumpat. Sebaliknya merungkai masalah mengumpat lebih sulit berbanding zina. Maksudnya menghapus dosa zina memadai memohon ampun dan bertaubat kepada Allah. Sebaliknya dosa mengumpat tidak terhapus kerana kemaafan dari orang yang diumpat perlu diperolehi. Soalnya mampukah kita mencari dan berhdapan dengan orang yang di umpat? Maknanya lebih mudah bertaubat kepada Allah berbanding memohon kemaafan manusia. Sungguh Allah itu maha penyayang lagi maha pengapun. Malahan Allah itu maha pemberi rahmat.

Dalam maksud membina dan penawar bagi hati, pak imam membawa hadis kedua yang menyentuh sifat munafik. Katanya antara sifat sifat munafik ialah bercakap bohong. Apakah kita semua yang datang berjamah 5 kali sehari di masjid ini munafik lantaran pernah berbohong. Apakah seorang yang bercakap bohong boleh di panggil munafik?

Tidak!

Analoginya, antara sifat-sifat sebuah kereta ialah mempunyai 4 tayar. Sebuah basikal kanak-kanak yang mempunyai 2 tayar dan di tambah 2 tayar lagi adakah layak di panggil kereta?

Tentunya tidak. Kerana itu untuk kita memahami hadis, kita perlu sentuhan pandangan ulama yang begitu cermat lagi teliti berhujah.

– demikian catitan ringkas ketika menekuni kuliah magrib di Masjid Kota Damansara.

Bertamu Di Masjid Muaz bin Jabal, Setiwangsa

image

image

image

image

image

image

image

Pagi ini masih ada kelapangan diberi Allah, kerana itu saya singah bertamu di rumah Allah Masjid Muaz bin Jabal di Jalan Setiawangsa. Besar masjidnya, luas ruang solatnya, aman berada di dalamnya.

Ya Allah aku bersyukur pada Mu atas segala nikmatMu atas ku.

Saya sertakan beberapa keping gambar yang menceritakan masjid ini. Masjid yang bernama sahabat Rasullah s.a.w yang terkenal kerana ketingian ilmunya tentang halal dan haram.

Bertamu di Masjid Kota Damansara

image

Selepas berurusan di Mag Builder di Kota Damansara terus bertamu di Masjid Kuning, Masjid Kota Damansara. Sebelum ini telah melihat masjid ini melalui programTV9, kalau tak silap program Tanyalah Ustazah.
Memasuki ruang solat, terserempak seorang ahli jamaah, kelihatan sebagai orang kuat masjid, atau AJK atau mungkin saja jamaah tetap yang setia dengan program-program masjid.
Selepas memberi salam saya memperkenalkan diri.
“Saya dari Perlis, menjengok dan bertamu di masjid ini, khabarnya masjid ini bagus dan dipenuhi program pengimarahannya”
Beliau membalas ringkas, “Betul, ni baru selesai kuliah Duha, tapi biasalah masalahnya pun ada. Politik jadi masalah”.
Sembang ringkas  itu meninggalkan tanda tanya, apa masalah sebenarnya. Difahamkan masjid ini dibawah kerajaan pakatan rakyat Selangor.
Bagaimanapun sungguh masjid ini banyak aktivitinya dilihat dari baner di sekitar masjid dan juga jadual aktiviti yang dipamirkan. Dari segi aktiviti ceramah dan kuliah setiap hari ada kuliah subuh, kuliah duha dan kuliah magrib. Penceramah jemputan pun ramai.
Saya berandaian masjid ini banyak aktiviti kerana aktivisnya adalah mendapat sokongan Pas atau PKR, atau Kerajaan Pakatan, betulkah?
Masa saya sampai baru saja selesai kuliah Duha.
Kerana saya berkelapangan dan tidak ada program lain saya beriktikaf sehingga selesai solat asar. Jestru saya berkesempatan berjemaah Zohor dan Asar.
Ulama menyebut kekuatan Islam akan digambarkan oleh ramainya jamaah sembayang waktu di masjid. Kalau itulah ukuran yang ada maka kita masih jauh dan perlu banyak usaha kearah itu. Kalau kita singgah di masjid-masjid  berjamaah sembayang waktu, berapa ramai jamaah yang ada? Rata-rata kita akan temui, satu saf pun tidak penuh atau dua saf atau tiga saf pun tidak penuh. Payah kalau nak cari empat saf penuh. Yang boleh jumpa kalau kita bertamu di masjid Jamaah Tablig.
Demikian juga masjid Kota Damansara atau masjid kampung  saya sendiri. Bagaimana pun jika solat magrib atau isyak atau subuh safnya boleh meningkat menjadi empat atau lima.
Dalam menilai taraf pembangunan negara kita selalu disogok dengan kadar KDNK, kadar inflasi, kadar penganguran, kadar kemiskinan atau macam-macam lagi indek penilaian. Bagaimana kalau ditambah satu lagi indek, iaitu indek kadar jamaah sembayang waktu di masjid atau seumpamanya. Pasti indek ini amat menarik untuk dinilai. Lebih menarik untuk dibanding indek bagi negeri BN dan Pakatan.

– Kota D’sara melalui Anroid Galaxytap

Nur

Mimbar Masjid Terapung Tanjung Bunga

Ya Allah

Letakkan pancaraan  nur  dalam hatiku

Letakkan  pancaran nur pada lidahku

Letakkan  pancaran nur   dalam pendengaranku

Letakkan  pancaran nur dalam penglihatanku

Letakkan  pancaran nur di belakangku

Letakkan  pancaran nur di hadapaanku

Letakkan  pancaran nur di atasku

Letakkan  pancaran nur di bawahku

Ya Allah

Besarkanlah pancaran nur untukku.

Wajib Haji: Bila Boleh Keluar Dari Mina?

Wajib Haji

Wajib haji ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji. Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya, haji tersebut sah tetapi dikenakan dam dengan syarat-syaratnya. Dia juga menanggong dosa jika meninggalkan pekara tersebut dengan sengaja.

Sebaliknya Rukun Haji mesti ditunaikan, jika tidak ditunaikan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja maka tidak sah hajinya. Rukun haji ialah Niat, Wukuf di Arafah, Tawaf, Saei, bercukur atau bergunting dan Tertib pada kebanyakan rukun ( Lihat Rajah di sebelah).

Wajib Haji tersebut ialah:

1. Berniat Ihram di Miqat

2. Meninggalkan Larangan dalam Ihram

3. Mabit Di Muzdalifah

4. Mabit di Mina – Maksudnya berada di Mina pada malam –malam hari 11,12, dan 13 Zulhijjah. Bagi Nafar Awal boleh sahaja pada 11 dan 12 sahaja dan bagi nafar thani 11,12, dan 13.

(11,12 dan 13 Zulhijjah bersamaan 7 ,8 dan 9 November)

Orang Yang Dikecualikan Daripada Mabit di Mina Tanpa Dikenakan Dam dan Tidak Berdosa

Tidak mabit di Mina tanpa uzur syarii adalah berdosa dan dikenakan dam (Tertib dan Taqdir).
Terdapat golongan yang dikecualikan daripada mabit di Mina tanpa dikenakan dam dan tidak berdosa.

Secara umumnya boleh dikatakan mereka yang terlibat dalam keadaan ini ialah “sesiapa yang dihalang oleh sesuatu perkara atau keadaan daripada mabit di Mina bukan dengan kehendaknya”. Contohnya seperti berikut:

i)     Seseorang yang takut dirinya mendapat bahaya.

ii)    Seseorang yang takut kehilangan atau kebinasaan harta bendanya atau harta benda orang lain yang diamanahkan kepadanya walaupun sedikit.

iii)   Seseorang yang mencari orang yang sesat atau hilang.

iv)   Seseorang yang sakit dan sukar baginya untuk mabit.

v)    Seseorang yang menjaga atau menemani orang yang sakit.

vi)   Seseorang yang tidak mendapat tempat untuk mabit kerana kawasan Mina telah penuh sesak
dan padat dengan jemaah haji.

vii)  Petugas-petugas yang diarahkan menguruskan kebajikan jemaah haji.

5. Melontar 7 biji anak batu di Jamrah Kubra – masa untuk melontar 7 biji anak batu bermula selepas  selepas separuh malam 10 Zulhijjah dan berakhir apabila matahari terbenam (masuk magrib) pada 13 zulhijjah.

6. Melontar Anak Batu di 3 Jamrah – Jemaah haji boleh membuat pilihan sama ada untuk melontar pada 11 dan 12 Zulhijjah sahaja bagi Nafar Awwal atau 11, 12 dan 13 bagi Nafar Thani. Maksud nafar awal ialah keluar dari Mina pada 12 Zulhijjah sebelum terbenam matahari (masuk waktu magrib). Nafar awal dibenarkan kepada semua jemaah haji yang uzur atau sihat, dengan syarat tertentu iaitu  a. telah selesai melontar ke 3 jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah. b . telah mabit 2 malam diMina mpada 11 dan 12 Zulhijjah c. Berniat nafar awal sebelum keluar dari Mina dan d. tidak beaazam kembali ke Mina.

Rujukan: Panduan Haji, Umrah Dan Ziarah, Keluaran  LUTH. Boleh Download di SINI