Bertamu di Masjid Kota Damansara

image

Selepas berurusan di Mag Builder di Kota Damansara terus bertamu di Masjid Kuning, Masjid Kota Damansara. Sebelum ini telah melihat masjid ini melalui programTV9, kalau tak silap program Tanyalah Ustazah.
Memasuki ruang solat, terserempak seorang ahli jamaah, kelihatan sebagai orang kuat masjid, atau AJK atau mungkin saja jamaah tetap yang setia dengan program-program masjid.
Selepas memberi salam saya memperkenalkan diri.
“Saya dari Perlis, menjengok dan bertamu di masjid ini, khabarnya masjid ini bagus dan dipenuhi program pengimarahannya”
Beliau membalas ringkas, “Betul, ni baru selesai kuliah Duha, tapi biasalah masalahnya pun ada. Politik jadi masalah”.
Sembang ringkas  itu meninggalkan tanda tanya, apa masalah sebenarnya. Difahamkan masjid ini dibawah kerajaan pakatan rakyat Selangor.
Bagaimanapun sungguh masjid ini banyak aktivitinya dilihat dari baner di sekitar masjid dan juga jadual aktiviti yang dipamirkan. Dari segi aktiviti ceramah dan kuliah setiap hari ada kuliah subuh, kuliah duha dan kuliah magrib. Penceramah jemputan pun ramai.
Saya berandaian masjid ini banyak aktiviti kerana aktivisnya adalah mendapat sokongan Pas atau PKR, atau Kerajaan Pakatan, betulkah?
Masa saya sampai baru saja selesai kuliah Duha.
Kerana saya berkelapangan dan tidak ada program lain saya beriktikaf sehingga selesai solat asar. Jestru saya berkesempatan berjemaah Zohor dan Asar.
Ulama menyebut kekuatan Islam akan digambarkan oleh ramainya jamaah sembayang waktu di masjid. Kalau itulah ukuran yang ada maka kita masih jauh dan perlu banyak usaha kearah itu. Kalau kita singgah di masjid-masjid  berjamaah sembayang waktu, berapa ramai jamaah yang ada? Rata-rata kita akan temui, satu saf pun tidak penuh atau dua saf atau tiga saf pun tidak penuh. Payah kalau nak cari empat saf penuh. Yang boleh jumpa kalau kita bertamu di masjid Jamaah Tablig.
Demikian juga masjid Kota Damansara atau masjid kampung  saya sendiri. Bagaimana pun jika solat magrib atau isyak atau subuh safnya boleh meningkat menjadi empat atau lima.
Dalam menilai taraf pembangunan negara kita selalu disogok dengan kadar KDNK, kadar inflasi, kadar penganguran, kadar kemiskinan atau macam-macam lagi indek penilaian. Bagaimana kalau ditambah satu lagi indek, iaitu indek kadar jamaah sembayang waktu di masjid atau seumpamanya. Pasti indek ini amat menarik untuk dinilai. Lebih menarik untuk dibanding indek bagi negeri BN dan Pakatan.

– Kota D’sara melalui Anroid Galaxytap

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s