Aspan Alias: UMNO Bagai Tubuh besar, duit banyak, pangkat tinggi tetapi tidak sihat.

Tubuh besar, duit banyak, pangkat tinggi tetapi tidak sihat.

Saya telah dihubungi oleh ramai kawan-kawan dalam UMNO yang saya kenali sejak puluhan tahun dahulu bertanyakan yang saya akan menyertai DAP seperti yang dihebuh kan oleh akhbar milik UMNO semalam. Saya sendiri tidak membaca akhbar itu tetapi rakan-rakan UMNO inilah yang memberi tahu saya. Saya pun belum membuat apa-apa keputusan walaupun sudah hampir untuk membuat keputusan muktamad.

Kecuali seorang yang lainnya memberikan galakan untuk saya menyertai parti yang sinonim dengan transparency, rule of law, multiracial, ketelusan dan tidak ada isu rasuah besar serta tidak terlibat dengan menggunakan duit rakyat hampir rm 2 billion untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang gagal dalam perniagaan.

Ada yang berkata, “bro, saya mencemburui saudara kerana saudara bertegas dan berani berfikir di luar kotak. Saya belum lagi mampu untuk berbuat seperti you sebab maklumlah, saya masih berkhidmat dengan kerajaan. Tapi bro, ramai yang menyokong jika lebih ramai orang Melayu menyertai DAP sebab DAP telah berjaya membuktikan kemampuan untuk mengambil berat terhadap semua kaum macam dia tunjuk di P Pinang”

Seorang lagi pula berkata, “Kalau saudara menyertai DAP maka saudara dapatlah menghindarkan diri dari menjadi ahli parti yang terlibat dengan NFC, Air Asia dengan MAS, parti yang membawa imej Islam tetapi menggunakan wang zakat dan banyak lagi isu-isu yang tidak semenggah lain”

Seorang ahli yang betul-betul sedang bergiat memberi tahu, “Eloklah tu bang, Letih saya bang. Di kalangan kita sendiri bergaduh. Setengah membantai saya kerana kata mereka saya penyokong Khairy dan marah-marah kerana tak menyokong Mukhriz. Mereka mengatakan Khairy mesti di habiskan politiknya kerana kalau Khairy diberikan tempat, matilah politik Mukhriz. Bila saya dengar abang nak masuk DAP saya pun terasa kebenaran dengan apa yang abang beritahu saya berbulan yang lalu yang ahli-ahli UMNO menembak kaki mereka sendiri”

Sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh mereka ini melambangkan keadaan sebenar yang berlaku dalam UMNO hari ini. UMNO begitu besar keahliannya, dan saiz keahlian benar-benar membunuh UMNO itu kerana ia membawa padah yang buruk terhadap parti itu.

Begitu besar jumlah keahlian UMNO tidak mampu memberikan hujjah dan penerangan yang baik kepada ahli-ahli mereka di cawangan-cawangannya. Akhirnya jutaan ahli-ahlinya telah menyeberang kepada parti lain di peti undi semasa pilihanraya umum yang lalu dan PRU yang akan datang ini.

Saya menyebut tentang keahlian ini kerana saya memang dari dulu menyatakan bahayanya parti yang mempunyai ahli yang besar. Dengan keahlian yang besar ia akan memberatkan parti diperingkat pentadbirannya dan akan berlaku pertembungan diperinkat cawangan yang banyak itu. Saya berpendapat yang dalam politik ini, ia merupakan ‘game of perception’ dan ia merupakan peperangan mental, bukannya peperangan bersenjata dua belah pihak.

Banyak parti-parti yang berjaya tidak mempunyai keahlian besar. Parti-parti ini menumpukan tenaga untuk membina dasar yang baik yang di hormati oleh rakyat yang mengundi. Parti-parti Republican, Democrat di AS dan parti-parti Buruh dan Conservative di England tidak mempunyai keahlian yang besar. Parti0parti ini telah memerintah dan mentadbir negara bergilir-gilir mengikut keadaan sewaktu pilihanraya. Parti-parti ini menawarkan dasar kepada rakyat dengan jelas. Kalau rakyat tidak bersetuju parti-parti ini bersedia untuk duduk dipihak pembangkang di dewan-dewan legislative.

Di negara kita DAP tidak mempunyai keahlian yang besar. Begitu juga PAS.Sebaliknya UMNO mempunyai keahlian seramai lebih dari 3 juta tetapi hasilnya tidak seberapa. Hasil yang besar yang UMNO perolehi hanyalah perpecahan dan perbalahan di antara ahli-ahli yang berebut jawatan.

Dengan keahlian yang besar maka cawangan bertambah. Apabila cawangan bertambah maka lokasi perbalahan di antara ahli pun bertambah dan lokasi-lokasi perpecahan itu adalah di cawang-cawangan di mana peti-peti undi itu berada. Oleh kerana keahlian terlalu besar maka mereka tidak mempunyai masa untuk membina pemikiran dan kepimpinan.

Oleh kerana UMNO berbangga dengan cawangan yang banyak maka UMNO hanya mampu menunjukan angka keahlian yang kebanyakannya hanya menjadi ‘parasite’ dalam UMNO. Penghujungnya yang akan timbul hanyalah sampah sarap dan yang baik-baik semuanya tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi. Sekarang sampah sarap inilah yang turun naik ke Kuala Lumpur mengaku di sana sini sebagai calon ‘winnable’ untuk UMNO.

Pimpinan UMNO telah gagal untuk meyakinkan rakyat dalam semua dasar yang digubalnya. Rakyat mahu melihat dasar yang digubal itu dilaksanakan dengan baik, tetapi dasar-dasar itu tidak terlaksana dengan baik kerana ada elemen-elemen kepentingan peribadi mereka yang menggubal dasar itu sendiri seperti rasuah dan salah guna kuasa. Kalau rakyat berkeyakinan masakan UMNO seperti hidup mati tak mahu. Badan saja yang besar tetapi dalam badan yang besar itu ada banyak penyakit yang sudah sampai ke tahap ‘terminal’.

Keahlian yang besar sama seperti tubuh yang besar. Semasa muda bolehlah berjalan dengan baik, tetapi apabila sudah tua tubuh yang besar itu terpaksa berjalan dengan memakai tongkat dan kadangala terpaksa memakai kerusi roda. Apabila sudah berkerusi roda kita mesti akui, tidak ada di antara kita yang akan menjadi tangkas dan sesihat masa muda jika kita sudah mula memakai kerusi roda.

Dalam tempoh yang tidak berapa lama kita yang memakai kerusi roda itu akan dipanggil tuhan. Tidak ada orang yang sudah memakai kerusi roda akan menjadi kacak seperti Sharukh Khan dan Tom Cruise. Kita semua kena ingat perkara ini kerana kita ini bak kata orang utara, ‘pelan lama pelan tua’.

Apabila kita sudah jatuh sakit tidak ramai lagi yang akan memberikan tumpuan kepada kita. Mungkin adalah seorang dua yang selalunya sama-sama sakit datang menziarah kita. Orang yang sama-sama sakit, apabila duduk berbincang mereka tidak ada masa untuk bercakap tentang pembangunan dan politik besar lagi.

Masing-masing hanya ‘compare notes’, bertanyakan keadaan buah pinggang dan jantung atau pun tentang paru-paru. Masing-masing akan bertanya apa ubat untuk memanjangkan nafas yang sudah pendek atau pun untuk menghilangkan bunyi di lutut semasa berjalan. Itulah yang berlaku dalam UMNO sekarang. Di mana-mana ahli-ahlinya sendiri bercakap tentang betapa sakitnya parti yang mereka anggotai.

Kalau sudah begitu bilalah masanya untuk meruangkan masa untuk membangunkan ummah seperti yang di retorikkan siang dan malam itu. Hendak menjaga kesihatan tubuh sendiri pun sudah hilang kemampuan.

Walaupun banyak wang ringgit ia tidak boleh memberikan kita kesihatan lagi.

Penjelasan Isu Madrasah Salihiah, Alor Setar

Penjelasan Isu Madrasah Salihiah Kanchut


Latarbelakang:
PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.
Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:
1. Perobohan surau adalah tindakan zalim
Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato’ Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!
2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri
Yang Berbahagia Dato’ Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato’ Mursyid Diraja Dato’ Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato’ Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato’ Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof  (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato’ Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir – Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya – Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir – Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.
3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki
Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.
4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan
Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah
Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.
6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat
Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga
Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.
8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali
Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?
9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?
Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.
10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex
Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.
Dalam kenangan:

Pencuri Daging Babi

Matdali seorang OKU dari  segi pemikirannya. Bagaimanapun ia jujur dan lurus bendul. Umurnya 40an. Tidak kawin dan tinggal bujang bersendirin. Dia selalu kelihatan berbasikal tua keliling kampung dan pekan. Dia selalu saja  ada dipasar-pasa atau nat kata orang Perlis. Orang yang kenal dia, akan menghulur seringgit dua. Orang tua-tua kampong yang tidak upaya kekedai sendiri akan mengupah Maddali untuk membeli ikan atau sayur atau apa-apa bekalan dapur. Demikian Matdali.

Satu ketika di pasar, dia macam hilang akal. Bila ditanya mengapa, katanya , barang-barang kiriman orang kampung yang ia sanggkutkan pada basikalnya dicuri orang. Matdali wajar bising kerana dengan apa ia akan gantikan kepada pengirimnya. Atau bagaimana nak ceritakan kepada pengirimnya bahawa barang tersebut telah di curi.

Satu ketika di pasar yang sama, seorang Apek China pula merunggut, daging babi yang ia beli dan ditinggalkan didalam raga motosikalnya dicuri orang.

Masyaalah apa sudah jadi. Siapa pencuri daging babi itu. Tidak mungkin orang Cina yang mencuri itu. Pencuri itu tahukah rupa daging babi?. Isteri atau anak-anaknya perasan kah rasa daging apa yang di masak dan dimakan itu?

Mustapa, Hasan: Untuk Pas, cukuplah … tutuplah mulut…

Mustapa, Hasan Sudah Lenguh Mulut

Oleh Mohd Sayuti Omar

ALHAMDULILAH pertelagahan dan tembak menembak menerusi media massa di antara Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali dengan ExcoSelangor Hasan Ali sudah agak mengendur. Sudah ada tanda-tanda keduanya sedar bahawa ‘keterlanjuran’ mereka sehari dua ini yang memberi makanan lemak kepada media penjilat buntut merugikan parti.

Nampaknya awan hitam yang menebal yang menyelimuti bulan sudah pun berarak dan bulan akan kembali cerah bersinar esok lusa.

Inilah yang kita harapkan dari mereka berstatus pemimpin dapat menyelesaikan dengan baik apa juga perselisihan faham dan salah tafsir. Apa yang berlaku sehari dua ini anggaplah sebagai exercise mental untuk menghadapi pilihan raya umum. Secara peribadi saya bangga dengan kenyataan kedua pihak hari ini. Mustapa berkata game is over, manakala Hasan Ali pula kata, stop-short. Tetapi saya percaya kalau ada salah seorang ‘tercepelak’ mulut tidak mustahil mereka akan ‘berembah’ kembali.

Makanya lebih baik lagi kalau mereka cepat-cepat berjumpa di mana-mana restoran Korea atau Jepun, bersalaman dan berpelukan ala-ala Arab, cium pipi jamah janggut. Malangnya kedua tidak ada janggut!

Paling merujakan bila mana Hasan menarik balik kritikan beliau terhadap Negara Berkebajikan. Kita kena faham mengapa Hasan terlajak begitu. Bila duduk dalam studio atau di hadapan kamera kalau lemah minda kita akan terkata apa-apa yang tidak terfikir oleh kita.

Saya kira begitu apa yang berlaku terhadap Hasan. Dia memberi komen itu bukan dia sengaja mahu mengkritik dasar Negara Berkebajikan tetapi dia meluahkan pandangannya. Mungkin Hasan jujur kerana terlalu lebih menyayangi Pas. Salahnya dia terluah kepada media, kalau dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas masih kira okey lagi.

Selepas ini hendaknya tidak ada usik mengusik membawa porak peranda lagi. Baik Mustapa, Hasan Ali dan mana-mana pemimpin Pas hendaklah berhati-hati. Anggaplah khutbah nasihat Presiden panjang lebar itu dan juga teguran Nik Aziz agar tidak menggunakan media musuh itu sebagai sempadan dan dipatuhi oleh semua.

Kalau semua mendengar kata, prihatin dan sayang kepada perjuangan dan mengeratkan ukhwah Pas tidak ada masalah. Saya tenguk barisan kepimpinan yang ada dalam Pas kini baik yang memegang jawatan atau tidak memang layak, berkualiti dan mempunyai keterampilan tersendiri dan padan untuk berdepan dengan Umno.

Mengenang pergaduhan ini saya teringat kepada permohonoan seorang bekas eksekutif yang kini menjadi perunding kepada institusi kerajaan. Katanya; tuan tolonglah bagi tahu kepada pemimpin Pas jangan kuat sangat bergaduh. Saat ini rakyat termasuk saya yang menyokong Umno selama 35 tahun sudah meletak perhatian kepada Pas.

“Saya yakin Pas lebih baik daripada Umno terutamanya dalam menjaga khazanah negara. Saya bimbang kalau Pas dalam keadaan bergaduh sesama sendiri menyebabkan harapan ramai itu akan terjejas. Tolonglah!” begitulah rayu bekas eksekutif berumur 60 tahun itu bersungguh dan penuh mengharap.

Jangan risau kebimbangan eksekutif itu tidak akan berpanjangan. Perkembangan – kenyataan Mustapa dan Hasan Ali yang dilihat menjadi anchor kepada pergaduhan dan mengegerkan Pas kini sudah pun reda.

Sehubungan itu cadangan agar ketiga mereka ini dipanggil secara rasmi seperti mana disebut Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak perlu diteruskan. Kalau dipanggil nampak sangat ia serius. Dan pertemuan itu nanti akan menjadi kerumuni media massa. Masalahnya bila sesuatu itu diulas berbagai oleh media massa yang memang suka kepada perpecahan Pas.

Tunggulah mesyuarat jawatankuasa agung mereka boleh berjumpalah di situ. Bila berjumpa nanti jernihkan keadaan pulihkan semangat dan penuhkan keyakinan untuk bertempur dengan Umno.

Ingatlah harapan rakyat diluar bukan saja seorang seperti eksekutif tadi tetapi ramai. Rasanya sejak mereka bergaduh dan bergasak, ramai ahli dan penyokong Pas bermunajat dan bersolat hajat agar Tuhan satukan semula hati-hati mereka yang retak dan terguris itu. Dan saya rasa doa dan harapan yang kudus dan suci itu didengari telah dimakbulkan Allah kerana itu Mustapa dan Hasan Ali sudah sejuk.

Apakah Mustapa dan Hasan Ali masing-masing bertanya kepada isteri mengenai telatah mereka sehari dua ini? Mungkin… kerana kalau mereka merujuk kepada isteri yang solehah… isteri akan memberi pandangan, “bang kenapa sampai begitu sekali, tak bolehkah abang berbaik di antara satu sama lain? Kata-kata dan harapan isteri itu pasti akan lebih terasa lagi kalau mereka berbicara atas ranjang dengan kesejukan aircon bawah 18 celcius. Lalau jiwa Mat Maslan pun kembali serabut kembali.

http://msomelayu.blogspot.com

Pakar Motivasi Yang Gagal Dalam Berorganisasi

Pada satu ketika dahulu Dr Hasan sangat saya kagumi. Apabila beliau menyertai Pas bertambah kekaguman saya pada nya. Malah saya sangat gembira apabila beliau kemudianya menjadi exco kerajaan Selangor.

Satu ketika saya tergaman apabila ada khabar beliau adalah antara tokoh yang mengusahakan penyatuan Pas-Umno.

Umum  mengetahui orang Pas tidak mengemari usaha tersebut. Saya sendiri pada dasarnya suka jika berlaku penyatuan Umno-Pas. Tetapi suasana yang terjadi, dengan sikap Umno pada ketika ini, penyatuan ini adalah tidak mungkin.

Berbalik kepada sika Dr Hasan, sehari dua ini, saya rasa beliau tidak akan lama di dalam Pas. Kalau pun orang Pas tidak menolaknya, beliau sendiri akan berasa tidak selesa lagi. Kalau ia keluar ke mana ia akan pergi? Ke Umno?

Bersediakah beliau menjadi macam Naka’i?

Kalau beliau menyertai Umno. Dr Hasan mempunyai satu tugas yang sesuai untuknya. Bersihkan Umno. Baiki Umno. Betulkan Umno.Bayar Royalti kepada Kelantan. Hapuskan rasuah. Lunakkan Umno sehingga cantik Umno itu sehingga TG Nik Aziz pun berkenan.

TG Haji Abdul Hadi mengatakan:

Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

Maksudnya: (Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

Maka saya berkesimpulan bahawa Dr Hasan adalah Pakar Motivasi Yang Gagal Dalam Berorganisasi.

Pas Terperangkap Lagi ….

Pas kembali bergegar… Dah dekat PRU 13 ni. Apa dah jadi …. Tuan Guru Nik Aziz dan Hj Hadi senyap pula… Buatlah sesuatu ….

Baru-baru ini Mustafa  berkata Nasharudin tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar lalu walaupun dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Mustafa juga berkata Dr. Hasan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah menghadiri mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Saya berandaian inilah puncanya. Mereka berdua mulai rengang dengan teman-teman perjuaang Pas mungkin kerana perbedzaan pendapat. Perbedzaan pendapat tidak sepatutnya menjadi alasan untuk tidak hadir mesyuarat. Bila tidak hadir mesyuarat bermakna bertindak sendiri… Bertindak sendiri bukan sifat pejuang di dalam satu satu jamaah.

Malam ni heboh sidang Akhbar Dr Hasan, diguna sepenuhnya oleh media UMNO. Malam esok tunggu sambungannya.

Bagaimanapun kita menunggu tindakan tindakan penyelsaian oleh Tuan Guru Hj Hadi …. dengan harapan Pas akan terus matang dan kukuh.

Bible: Antara Sulung dan Tunggal, Yang Mana Nak di Korbankan?

Seorang pembaca artikal saya BIBLE: Pertentangan Fakta, Siapa Anak Sulung Yang Akan Dikorban Ibrahim a.s, Ishak atau Ismail? Menulis:

Hai,
Setelah membaca respon saudara Yudi, sebenarnya persoalan penulis (aburedza) sudah dijawab.
Namun, saya akan cuba memberikan penjelasan.

Saya berikan susunan persoalan penulis sekali lagi agar lebih jelas (betulkan jika salah).
1. Dikatakan Ishak adalah anak Abraham yang tunggal.
2. Namun, Ismael sudah dilahirkan 14 tahun lebih awal sebelum Ishak.
3. Ini bererti Ishak bukan anak Abraham yang tunggal kerana Ismael lebih dahulu dilahirkan.

Sebenarnya, apa yang diberikan bukanlah fakta yang bertentangan. Cuma, penulis tersilap apabila menganggap Hagar, ibu kepada Ismael adalah isteri Abraham. Hagar bukan isteri Abraham tetapi hanyalah gundik yang diberikan oleh Sarah sendiri.

Maka, Ismael secara sahnya bukanlah “anak tunggal” Abraham.

Selain itu, terdapat masalah dengan dakwaan penulis apabila tajuk yang diberikan untuk artikel yang ditulis agak mengelirukan iaitu “BIBLE: Pertentangan Fakta, Siapa Anak Sulung Yang Akan Dikorban Ibrahim a.s, Ishak atau Ismail?”

Kerana jelas dinyatakan melalui ayat Alkitab yang dipetik sendiri oleh penulis, bukan “anak sulung” yang dikorbankan tetapi “anak tunggal”.

Sdr Tiwas,

Terimakasih atas respon saudara.

Tunggal maksudnya adalah satu. Sulung adalah kelahiran pertama.  Ishak adalah anak Sarah yang tunggal. Ismail adalah anak Hajar yang tunggal. Ismail adalah anak Ibrahim yang  pertama. Ishak adalah anak Ibrahim yang ke dua. Ismail anak Ibrahim dikatakan tunggal selagi belum kelahiran Ishak. Selepas kelahiran Ishak, Ismail tidak di katakana tunggal. Selepas kelahiran Ishak disebut anak yang sulung.

Ismail  adalah anak Ibrahim. Ishak juga adalah anak Ibrahim. Ishak lebih muda daripada Ismail selama 14 tahun. Apakah anda tidak sedar Bible  mengakui Ismail sebagai anak Ibrahim melalui hamba Hajar? Jadi Ismail anak siapa pada pandangan anda? Lihat bible mengakui Ismail adalah anak Ibrahim:

Lalu Hagar melahirkan seorang anak laki-laki bagi Abram dan Abram menamai anak yang dilahirkan Hagar itu Ismael. Kejadian 16:15

Setelah itu Abraham memanggil Ismael, anaknya, dan semua orang yang lahir di rumahnya, juga semua orang yang dibelinya dengan uang, yakni setiap laki-laki dari isi rumahnya, lalu ia mengerat kulit khatan mereka pada hari itu juga, seperti yang telah difirmankan Allah kepadanya. Kejadian  17:23

Dan Ismael, anaknya, berumur tiga belas tahun ketika dikerat kulit khatannya. Kejadian 17:25

Pada hari itu juga Abraham dan Ismael, anaknya, disunat. Kejadian 17:26

Dan anak-anaknya, Ishak dan Ismael, menguburkan dia dalam gua Makhpela, di padang Efron bin Zohar, orang Het itu, padang yang letaknya di sebelah timur Mamre, Kejadian 25:9

Persoalan yang saya timbulkan ialah fakta Bible yang bertentangan antara sulung dengan tunggal!

Firman-Nya: “Ambillah anakmu yang tunggal itu, yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu.” – Kejadian 22:2

maka haruslah kaupersembahkan bagi TUHAN segala yang lahir terdahulu dari kandungan; juga setiap kali ada hewan yang kaupunyai beranak pertama kali, anak jantan yang sulung adalah bagi TUHAN. Keluaran 13:12

Janganlah lalai mempersembahkan hasil gandummu dan hasil anggurmu. Yang sulung dari anak-anakmu lelaki haruslah kaupersembahkan kepada-Ku. – Keluaran 22:29

Sepatutnya yang menjadi korban bagi Bible ialah yang sulung bukan yang kedua! Penulis Bible telah terperangkap kerana Ishak adalah anak kedua. Untuk keluar dari perangkap tersebut diganti dengan Tunggal. Itulah maksud saya pertentangan fakta didalam bible. Kerana itu ia bukan Firman tuhan.

Anda sepatutnya membaca buku The Five Gospels tersebut tertulis What Did Jesus Really Say? The Search For The Authentic Words of Jesus. (Apa yang benar-benar Yesus ucapkan? Mencari ucapan asli dari Yesus). Buku  ini walau bukan perjanjian lama tetapi ia sebahagian bible.  Buku ini tidak mengupas Perjanjian Lama sebaliknya hanya Perjanjian Baru.

Tulisan saya didalam blog ini sebenarnya saya tujukan kepada orang melayu yang berhajat nak murtad, supaya memahami kandungan bible, lalu tidak jadi murtad. Kepada yang kristian, silakan membacanya….. atau kalau boleh jawab silakan…

 

KLIK KOMEN UNTUK NSAMBUNG PERBAHASAN TENTANG KESULUNGAN DAN TUNGGAL …