Seorang pembaca artikal saya BIBLE: Pertentangan Fakta, Siapa Anak Sulung Yang Akan Dikorban Ibrahim a.s, Ishak atau Ismail? Menulis:
Hai,
Setelah membaca respon saudara Yudi, sebenarnya persoalan penulis (aburedza) sudah dijawab.
Namun, saya akan cuba memberikan penjelasan.
Saya berikan susunan persoalan penulis sekali lagi agar lebih jelas (betulkan jika salah).
1. Dikatakan Ishak adalah anak Abraham yang tunggal.
2. Namun, Ismael sudah dilahirkan 14 tahun lebih awal sebelum Ishak.
3. Ini bererti Ishak bukan anak Abraham yang tunggal kerana Ismael lebih dahulu dilahirkan.
Sebenarnya, apa yang diberikan bukanlah fakta yang bertentangan. Cuma, penulis tersilap apabila menganggap Hagar, ibu kepada Ismael adalah isteri Abraham. Hagar bukan isteri Abraham tetapi hanyalah gundik yang diberikan oleh Sarah sendiri.
Maka, Ismael secara sahnya bukanlah “anak tunggal” Abraham.
Selain itu, terdapat masalah dengan dakwaan penulis apabila tajuk yang diberikan untuk artikel yang ditulis agak mengelirukan iaitu “BIBLE: Pertentangan Fakta, Siapa Anak Sulung Yang Akan Dikorban Ibrahim a.s, Ishak atau Ismail?”
Kerana jelas dinyatakan melalui ayat Alkitab yang dipetik sendiri oleh penulis, bukan “anak sulung” yang dikorbankan tetapi “anak tunggal”.
Sdr Tiwas,
Terimakasih atas respon saudara.
Tunggal maksudnya adalah satu. Sulung adalah kelahiran pertama. Ishak adalah anak Sarah yang tunggal. Ismail adalah anak Hajar yang tunggal. Ismail adalah anak Ibrahim yang pertama. Ishak adalah anak Ibrahim yang ke dua. Ismail anak Ibrahim dikatakan tunggal selagi belum kelahiran Ishak. Selepas kelahiran Ishak, Ismail tidak di katakana tunggal. Selepas kelahiran Ishak disebut anak yang sulung.
Ismail adalah anak Ibrahim. Ishak juga adalah anak Ibrahim. Ishak lebih muda daripada Ismail selama 14 tahun. Apakah anda tidak sedar Bible mengakui Ismail sebagai anak Ibrahim melalui hamba Hajar? Jadi Ismail anak siapa pada pandangan anda? Lihat bible mengakui Ismail adalah anak Ibrahim:
Lalu Hagar melahirkan seorang anak laki-laki bagi Abram dan Abram menamai anak yang dilahirkan Hagar itu Ismael. Kejadian 16:15
Setelah itu Abraham memanggil Ismael, anaknya, dan semua orang yang lahir di rumahnya, juga semua orang yang dibelinya dengan uang, yakni setiap laki-laki dari isi rumahnya, lalu ia mengerat kulit khatan mereka pada hari itu juga, seperti yang telah difirmankan Allah kepadanya. Kejadian 17:23
Dan Ismael, anaknya, berumur tiga belas tahun ketika dikerat kulit khatannya. Kejadian 17:25
Pada hari itu juga Abraham dan Ismael, anaknya, disunat. Kejadian 17:26
Dan anak-anaknya, Ishak dan Ismael, menguburkan dia dalam gua Makhpela, di padang Efron bin Zohar, orang Het itu, padang yang letaknya di sebelah timur Mamre, Kejadian 25:9
Persoalan yang saya timbulkan ialah fakta Bible yang bertentangan antara sulung dengan tunggal!
Firman-Nya: “Ambillah anakmu yang tunggal itu, yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu.” – Kejadian 22:2
maka haruslah kaupersembahkan bagi TUHAN segala yang lahir terdahulu dari kandungan; juga setiap kali ada hewan yang kaupunyai beranak pertama kali, anak jantan yang sulung adalah bagi TUHAN.– Keluaran 13:12
Janganlah lalai mempersembahkan hasil gandummu dan hasil anggurmu. Yang sulung dari anak-anakmu lelaki haruslah kaupersembahkan kepada-Ku. – Keluaran 22:29
Sepatutnya yang menjadi korban bagi Bible ialah yang sulung bukan yang kedua! Penulis Bible telah terperangkap kerana Ishak adalah anak kedua. Untuk keluar dari perangkap tersebut diganti dengan Tunggal. Itulah maksud saya pertentangan fakta didalam bible. Kerana itu ia bukan Firman tuhan.
Anda sepatutnya membaca buku The Five Gospels tersebut tertulis What Did Jesus Really Say? The Search For The Authentic Words of Jesus. (Apa yang benar-benar Yesus ucapkan? Mencari ucapan asli dari Yesus). Buku ini walau bukan perjanjian lama tetapi ia sebahagian bible. Buku ini tidak mengupas Perjanjian Lama sebaliknya hanya Perjanjian Baru.
Tulisan saya didalam blog ini sebenarnya saya tujukan kepada orang melayu yang berhajat nak murtad, supaya memahami kandungan bible, lalu tidak jadi murtad. Kepada yang kristian, silakan membacanya….. atau kalau boleh jawab silakan…
KLIK KOMEN UNTUK NSAMBUNG PERBAHASAN TENTANG KESULUNGAN DAN TUNGGAL …
Hai,
Anda menulis,
Ismail adalah anak Ibrahim. Ishak juga adalah anak Ibrahim. Ishak lebih muda daripada Ismail selama 14 tahun. Apakah anda tidak sedar Bible mengakui Ismail sebagai anak Ibrahim melalui hamba Hajar? Jadi Ismail anak siapa pada pandangan anda?
Nampaknya, terdapat kekeliruan kerana saya tidak ada mengatakan Ismail bukan anak Abraham. Yang saya katakan adalah Ismail bukan anak Abraham dengan isterinya yang sah iaitu Sara.
Tentang hal mengorbankan anak yang sulung, Ishak memang anak sulung dan pada masa yang sama adalah anak tunggal Abraham dengan isterinya Sara. Maka, sebenarnya tidak ada percanggahan.
Tentang buku The Five Gospel, adakah anda percaya kepada penulisan buku tersebut? Kerana penulis-penulis buku ini tidak percaya bahawa Yesus melakukan mukjizat serta dilahirkan oleh seorang perawan.
Dan buku The Five Gospel bukanlah sebahagian dari Alkitab.
Saya juga memberikan komen di blog ini kerana anda memberikan fakta yang tidak tepat tentang kepercayaan Kristian serta Alkitab.
Saudara Tiwas,
Fakta saya betul, yakin tidak silap. Bible yang silap. Banyak tempat didalam berlaku kesilapan. Antara nya kalau dilihat kronologi didalam bible, zaman Nabi Adam sekitar 6000 tahun dahulu. Tetapi kenyataannya Para ahli sains moden sendiri telah menemukan peninggalan-peninggalan banyak manusia prasejarah dan memberikan berbagai nama khusus pada mereka. Manusia Neanderthal mungkin yang paling banyak diketahui secara luas. Manusia-manusia Neanderthal ini hidup antara 100.000 hingga 35.000 tahun lalu, kebanyakan di kawasan Eropa, Timur Dekat, dan Asia Tengah. Sisa tubuh seorang manusia dewasa telah ditemukan, yang menjelajahi bumi sekitar 29.000 tahun sebelum Adam dan Hawa diketahui memulai masa menetap mereka yang singkat di surga. Pada masa itu, umat manusia secara fisik menyerupai kita dan hidup di Eropa, Afrika serta Asia, dan kemudian pada Zaman Es mereka menyebar ke Amerika. Demikian pula di Australia, sejarah kebudayaan asli orang-orang Aborigin dapat ditelusuri hingga 40.000 tahun yang lalu .
Atau contoh yang lain Bible mengkisahkan tentang raja Malkisedik. Ini kisah betul ka Hikayat? Ia nampak macam satu misteri, malah lebih hebat dari Yesus sendiri, mengapa umat Kristian tidak melantik Raja ini menjadi tuhan:
King 2Ibrani(Hebrews) Chapter 71
Adapun Malkisedik itu, yaitu raja di Salem dan imam Allah taala, yang sudah berjumpa dengan Ibrahim tatkala Ibrahim kembali daripada menewaskan raja-raja, lalu diberkatinya Ibrahim,
2
kepadanyalah juga Ibrahim sudah memberi bahagian sepuluh esa. Makna Malkisedik itu jikalau diterjemahkan, pertama-tama artinya raja keadilan, kemudian pula raja di Salem, yaitu raja damai:
3
Yang tiada berbapa, dan tiada beribu, dan tiada bersilsilah, dan tiada berawal atau berkesudahan hidupnya, melainkan ia diserupakan dengan Anak Allah, maka kekallah ia Imam selama-lamanya.
4
Perhatikanlah olehmu betapa besarnya orang itu yang kepadanya Ibrahim, nenek moyang kita, sudah memberi sepuluh esa daripada segala rampasannya.
5
Segala orang daripada benih Lewi yang menerima jawatan imam itu beroleh hukum mengambil hasil di dalam sepuluh esa daripada kaum itu menurut seperti hukum Taurat, yaitu daripada saudara-saudara mereka itu, walaupun mereka itu sudah terpancar daripada pinggang Ibrahim,
6
tetapi Malkisedik, yang tiada terhisab keturunannya dari antara mereka itu, sudah mengambil hasil di dalam sepuluh esa daripada Ibrahim, serta memberkati dia, yang beroleh segala perjanjian itu.
Soalnya, dimanakah Malikisidik itu menghilang.
OK cukup dulu setakat itu …
Saudara Tiwas,
Saya menambah Tentang anak sulung saya memetik :Deuteronomy (Ulangan) 21: 15-17
15
Maka jikalau pada seorang laki-laki adalah dua orang bininya, seorang yang dikasihi, seorang yang dibenci, maka keduanya, yang dikasihi dan yang dibencipun, beranak laki-laki baginya, dan anak laki-laki yang sulung itu dari pada bini yang dibenci,
16
bahwasanya apabila diberikannya pusaka akan anak-anaknya dari pada barang yang ada padanya, tak boleh diangkatnya anak sulung akan anak dari pada bini yang dikasihinya di hadapan anak dari pada bini yang dibenci, yang anak sulung betul adanya;
17
melainkan hendaklah diakunya akan dia anak sulung, jikalau ia anak dari pada bini yang dibenci sekalipun, dan hendaklah diberinya akan dia dua kali banyaknya dari pada segala yang terdapat padanya, karena ialah hulu kuatnya dan ia juga yang empunya hak kesulungan.
Ini bermakna hak anak sulung lebih 2 kali ganda. Ini juga meletakkan hak kesulungan kepada Ismail a.s . Saya percaya yang asal adalah Ismail , tetapi pendita Yahudi telah menukarkannya kepada Ishak a.s. Kerana Bible mengiktiraf Ismail adalah anak Ibrahim a.s:
Lalu Hagar melahirkan seorang anak laki-laki bagi Abram dan Abram menamai anak yang dilahirkan Hagar itu Ismael. Kejadian 16:15
maka haruslah kaupersembahkan bagi TUHAN segala yang lahir terdahulu dari kandungan; juga setiap kali ada hewan yang kaupunyai beranak pertama kali, anak jantan yang sulung adalah bagi TUHAN.- Keluaran 13:12