28 Safar : Mengimbau Hijrah Nabi S.A.W

28 Safar :  Mengimbau Hijrah Nabi S.A.W Hari ini 58 hari selepas sambutan maal hijrah 1432. Lalu orang pun lupa akan kisah hijrah Junjungan Yang Mulia s.a.w. Maal Hijrah atau 1 Muharam bukan lah tarikh hijrah sebenarnya. Hijrah sebenarnya bermula 57 hari selepas 1 Muharam! Kelmarin bertarikh 27 Safar 1432 dan hari ini 28 Safar mengigatkan saya akan hijrah Rasullah s.a.w  bersama sahabat setia  Abu Bakar r.a ke Madinah. Ada ahli sejarah menyebut  pada 27 Safar pada tahun pertama Hijrah mereka berdua berangkat hijrah  dengan memasuki gua Thur di selatan Makah. Ibnu Ishak menyebut Rasullah s.a.w  keluar dari rumahnya pada waktu malam, bagaimanapun hadis Bukhari yang sahih menyebut Rasullah s.a.w  sampai dirumah Abu Bakar r.a pada waktu tengahari dan keluar dari rumah Abu Bakar r.a  selepas itu.(Baca di SINI). Bagaimanapun  saya memetik  pendapat Syeikh Sofyurrahman al-Mubarakfuri yang agak lengkap, menyatakan bahawa: Rasulullah s.a.w. meninggalkan rumah pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kenabian. Ia bersamaan 12 atau 13hb September 622M. Kemudian, baginda bersembunyi di dalam gua selama tiga malam, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan pada malam Isnin, 1 Rabiul Awwal, bersamaan 16 September 622M, baginda berdua beredar meninggalkan gua bersama dengan Abdullah bin Uraiqith, yang memandu jalan. Baginda sampai di Quba’ pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, tahun pertama Hijrah. Ia bersamaan dengan 23 September 622M. Baginda berada di Quba’ selama empat hari, iaitu hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Pada hari kelima, iaitu hari Jumaat, 12 Rabiul Awwal, baginda sampai ke Madinah. (Ringkasan kitab ar-Rahiqul Makhtum, m/s 154)- (Baca di SINI). Atau saya ringkaskan mengikut jadual berikut dengan tambahan dari sumber lain:   Jadual Perjalanan Hijrah Nabi s.a.w Sejauh 421 Km Ke Madinah

TARIKH HARI CATITAN
27 SAFAR JUMAAT BERMALAM DI GUA THUR
28 SAFAR SABTU MALAM KE 2 DI GUA THUR
29 SAFAR AHAD MALAM KE 3 DI GUA THUR
1 RABIULAWAL ISNIN BERTOLAK KE MADINAH
2 RABIULAWAL SELASA SAMPAI DI LEMBAH QUDAID
3 RABIULAWAL RABU DALAM PERJALANAN
4 RABIULAWAL KHAMIS DALAM PERJALANAN
5 RABIULAWAL JUMAAT DALAM PERJALANAN
6 RABIULAWAL SABTU DALAM PERJALANAN
7 RABIULAWAL AHAD DALAM PERJALANAN
8 RABIULAWAL ISNIN SAMPAI DI QUBA
9 RABIULAWAL SELASA BERMALAM DI QUBA
10 RABIULAWAL RABU BERMALAM DI QUBA
11 RABIULAWAL KHAMIS BERMALAM DI QUBA
12 RABIULAWAL JUMAAT SAMPAI DI MADINAH

Laluan hijrah Rasullah s.a.w  mengikut pandangan  Syikh Sami Abdullah al Maghluts adalah seperti peta di bawah:  

1 thoughts on “28 Safar : Mengimbau Hijrah Nabi S.A.W

  1. Pingback: Jumaat 12 Rabiul Awal : Hari Pertama di Madinah « Aburedza

Tinggalkan komen