Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman, Imam Masjid As Syakirin
Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Na`im bahawa apabila malaikat mengambil roh sesaorang dia akan membawa hingga bertemu dengan Allah Azzawajalla. Jika roh itu termasuk daripada orang yang baik dan beriman ia mendapat kebahgiaan, Allah akan berfirman kepada Malaikat. “Bawalah dia dan perlihatkan tempatnya di dalam syurga”. Malaikat akan membawanya ke dalam syurga. Aapabila jasadnya dimandi dan dikapankan akan diletak bersama dengan jasadnya, ketika jasadnya diusung ia boleh mendengar suara orang yang berbicara tentang dirinya sama ada baik atau buruk.
Apabila disembahyang dan dikuburkan, pada masa itu roh akan dikembalikan ke jasadnya untuk disoalkan oleh dua orang malaikat yang ditugaskan untuk menyoal orang mati, dan seterusnya akan memberitahu tempatnya selepas itu berdasarkan baik buruk amalannya.
Amru bin Dinar pernah berkata; “Setiap roh orang yang mati berada ditangan malaikat, ia boleh melihat jasadnya ketika dimandikan, dikapankan, bagaimana jasadnya diusung dan dimasukkan ke dalam kubur. Dalam riwayat lain ditambah; dan dikatakan kepadanya Ketika berada diatas katilnya, “dengarlah percakapan orang-orang yang berbicara tentang dirimu sama ada baik atau buruk”.
Baca selanjutnya di http://masjidassyakirin.wordpress.com/2011/12/01/ke-mana-perginya-roh-setelah-keluar-dari-badannya/