Pemandu Teksi Kelahiran Pakistan: Saya akan mengundi PAS

“Saya akan mengundi PAS”.

Demikian tegas seorang pemandu Teksi yang saya tumpangi di Pudu Central petang tadi. Katanya jika PAS memerintah, banyak pekara akan berubah. Dia bertanya macamana sokongan rakyat Perlis kepada PAS, adakah PAS mempunyai harapan untuk menguasai Perlis pada PRU akan datang? Saya menjawap ringkas, orang Perlis tidak macam orang KL!

Perjalanan dari Pudu ke Keramat, tidaklah jauh, tetapi kerana kesesakan jalan, perjalanan kami mengambil masa yang panjang. Namun kesesakan tersebut memanjangkan masa perbualan kami.

Pemandu tersebut ialah Amir, berumur 40an berasal dari Peswar, Pakistan. Dia berada di Malaysia sejak 26 tahun dulu. Di datang ke Malaysia melalui Sabah dan telah mendapat IC Biru. Sebelum membawa teksi, beliau membuat kerja-kerja lain seperti memandu lori.

Amir yang telah berkeluarga dan mempunyai 4 orang anak pernah tinggalk di Terangganu. Adalah biasa baginya mendengar kuliah Ustaz Hadi Di Rusila. Bagaimanapun anak isterinya semua berada di Pakistan. Amir akan pulang ke Pakistan sekali setahun atau kadang-kadang dua tahun sekali.

Ditanya mengapa tidak membawa anak isteri ke Malaysia, katanya susah hidup di Malaysia. Di Malaysia tempat mencari duit, bukan tempat membesarkan anak-anak. Di Peswar katanya anak-anak ke sekolah berjalan kaki dan tak perlu di hantar ibubapa kerana ia selamat. Di KL ia tidak berani. Di KL jika peragut, meragut mangsanya, peragut dapat melepaskan diri dengan selamat, tetapi tidak di Peswar! Peragut silap-silap dibelasah hingga mati.

Amir sebelum ke Malaysia pernah merantau dan berkerja  di Dubai dan juga di London. Menilai sikap manusia, Amir lebih suka perangai orang Inggris. Orang Inggris lebih menghormati sesama manusia, berbanding orang Melayu, itu lah penilaian dia. Polis London katanya tidak akan menyusahkan pemandu teksi dengan meminta habuan tidak seperti Polis Malaysia. Polis London tidak akan meminta memeriksa lesen memadu tanpa apa-apa sebab, sebaliknya cukup mudah memberi pertolongan….

Amir sebagai pemadu teksi juga mendapat aduan dari penumpang penumpang yang berhadapan dengan pemadu teksi KL yang tidak sopan…..  ini timbul apabila ia memerhati saya untuk mendapatkan teksi dari deretan teksi yang beratur di hadapan teksinya. Semua 4 buah teksi di hadapan teksi Amir tidak mahu mengambil saya sebagai penumpang, kerana saya faham mereka menginginkan penumpang ke distinasi berjarak jauh.

Saya sekadar merakam  keluhan dan penilaian seorang hamba Allah kelahiran pakistan yang menyewa teksi daripada rakyat Malaysia  dengan sewaan RM45.00 sehari….

One thought on “Pemandu Teksi Kelahiran Pakistan: Saya akan mengundi PAS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s