27 Rejab : Israk Dan Mikraj?

Hari ini 27 Rejab adalah Hari cuti umum bagi memperingati peristiwa besar Israk dan Mikraj Nabi s.a.w. Bagaimanapun tarikh sebenar bila peristiwa besar yang menjadi mukjizat kepada Nabi s.a.w ini menjadi pertikaian ulama sirah.

ImejSyeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy di dalam kitab Sirah Al-Raheeq al-Makhtum menulis:

Penentuan masa terjadinya peristiwa bersejarah ini berlaku sedikit ikhtilaf, di antara pendapatpendapat

ialah:

1. Al-Tabari menentukan berlakukannya di tahun Baginda dibangkitkan.

2. Al-Nawawi dan al-Qurtubi mentarjihkan di tahun kelima kebangkitan Baginda.

3. Al-‘Alamah al-Mansurfuri menetapkan pada malam dua puluh tujuh di bulan Rejab tahun

kesepuluh kebangkitan Baginda.

4. Pendapat lain mengatakan enam belas tahun sebelum hijrah iaitu di bulan Ramadhan tahun

dua belas kebangkitan Baginda.

5. Ada pendapat mengatakan setahun dua bulan sebelum hij rah iaitu di bulan Muharam tahun

ketiga belas kebangkitan Rasulullah.

6. Satu lagi pendapat menyebut berlakunya setahun sebelum hijrah iaitu di dalam bulan Rabiulawal tahun ketiga belas kebangkitan Baginda.

Ketiga pendapat yang pertama menyebut bahawa Khadijah (r.a) telah wafat di dalam bulan Ramadhan tahun ke sepuluh kebangkitan Baginda, kewafatan beliau adalah sebelum sembahyang lima waktu difardukan, dan tiada khilaf bahawa sembahyang itu memang difardukan di malam berlakunya Isra’ dan Mikraj itu, manakala tiga pendapat terakhir saya sendiri tidak dapat mentarjihkan mana-mana satu pun. Namun gaya bahasa surah al-Isra’ itu menunjukkan Isra’ itu berlaku di ketika masa-masa yang akhir sebelum hijrah.

Hafiz Firdaus Abdullah pula menulis:

Sebenarnya para ilmuan Islam, khasnya para ahli sejarah, juga tercari-cari tarikh sebenar berlakunya Isra’ dan Mi’raj. Secara pasti ia berlaku setelah lawatan dakwah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ke Ta‘if dan sebelum penghijrahan ke Madinah. Syaikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-‘Aziz al-Tuwaijiri telah menghimpun dua belas pandangan berkenaan tarikh Isra’ dan Mi’raj. Di antara dua belas pandangan tersebut, paling awal ia dikatakan berlaku lima tahun sebelum hijrah manakala paling lewat ia dikatakan berlaku enam bulan sebelum hijrah. [al-Bida’ al-Hauliyah (edisi terjemahan oleh Munirul Abidin atas judul Ritual Bid’ah Dalam Setahun; Darul Falah, Jakarta, 2003), ms. 291-292]

Adapun anggapan peristiwa Isra’ dan Mi’raj berlaku pada bulan Rejab, ia telah ditolak oleh al-Imam Abu Syamah rahimahullah (665H). Beliau menegaskan:

“Sebahagian ahli sejarah menjelaskan bahawa peristiwa Isra’ terjadi pada bulan Rejab. Akan tetapi mengikut sebahagian yang lain peristiwa Isra’ itu bukan terjadi pada bulan Rejab dan maklumat yang menjelaskan peristiwa itu terjadi pada bulan tersebut dianggap bohong.” [al-Baits ‘ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits(edisi terjemahan oleh Tazkiyatul Fikri & Kamaluddin Sa’diyatulharamain atas judul Bid’ah Yang Dibungkus Dengan Hadits Palsu; Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), ms. 174]

Justeru yang benar tidak ada penetapan tarikh bagi peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Tanpa adanya penetapan tersebut, bererti tiada juga apa-apa ibadah yang boleh dikaitkan dengan malam atau hari Isra’ dan Mi’raj

Baca tulisan lengkap Hafiz Firdaus Abdullah di SINI. Sila baca juga komen pembaca di bawahnya.

 

Meninjau perbahasan bilakah terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj di atas boleh dibuat kesimpulan, bahawa sebenarnya bagi Allah, tarikh sebenar peristiwa besar seperti itu tidak penting. Yang penting ialah iktibar disebalik peristiwa itu. Di antara peristiwa besar lain yang tidak diketahui dengan tepat ialah bilakah peristiwa Nuzul al Quran dan kisah  al Kahfi.

Tulisan lain yang berkaitan dengan Israk Dan Mikraj:

Mengingati Isra’ Mikraj Dan Masjidil Aqsa Yang Di Salah Kenali

Persediaan Bertemu Allah : 10 Perintah Jangan

Sakhrah Baitulmaqdis :Qubbatul Mikraj

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s