Matahari 20 Jun : Peristiwa Astronomi Solstis Utara

Perasankah anda, hari ini atau esok dan lusa, semasa anda menati masuk waktu magrib, dibahagian ufuk barat manakah matari senja akan terbenam atau jatuh? Cuba anda perhatikan. Dan perhatikan pula disebelah pagi di bahagian ufuk timur manakah matahari terbit?

Imej

Bulan Jun adalah bulan dimana matahari akan berada paling utara di garisan Sartan. Sebaliknya matahari akan berda paling selatan pada bulan Disember di garisan Jadi. Garisan Sartan ( Tropic of Cancer) letaknya 23° 26′ di utara khatulistiwa. Garisan Jadi (Tropic of Capricorn) letaknya 23° 26′ di selatan khatulistiwa.

 

ImejPeristiwa astronomi  ini dikenali sebagai Solstis. Solstis adalah satu peristiwa astronomi yang berlaku sebanyak dua kali setiap tahun apabila kedudukan nyata Matahari di langit mencecah hampir dengan titik paling utara atau paling selatan bumi.

Pada titik paling utara matahari akan berada pada 20 Jun 2012 dan titik paling selatan pada 21 Disember 2012. Tarikh ini akan berubah disekitar 20, 21 atau 22 haribulan setiap tahun.

Di samping solstis, ekuinoks ialah peristiwa apabila Matahari boleh diperhati tepat di atas khatulistiwa Bumi,  20 Mac 2012 dan 22 September 2012. Tarikh ini akan berubah disekitar 20, 21 atau 22 haribulan setiap tahun.

Peristiwa solstis dan ekuinoks akan mempengaruhi iklim dunia.

 

Catitan: Gambarajah dari Wikipidia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s