Mesyuarat ke 5/2012 Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Perlis , pada 20/2/2012 mengambil perhatian bahawa terdapat keputusan majority dan minority bagi pekara ini. Keputusan majoriti bersetuju dengan keputusan berikut:
“ Ajaran dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercangah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang.
Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedar filem, rakaman audio, pamphlet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam yang sebenar.”
Namun, mesyuarat juga bersetuju untuk memasukkan pandangan Yang Berbahagia Sahibul Fadhilah Dato Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh dengan penambahan sighah pada perengan pertama, dicatat sebagai pandangan minority (pandangan kedua) seperti berikut:
“ Ajaran dan fahaman Syiah Rafidah adalah suatu ajaran yang bercangah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.”
– Sumber: Irsyad Hukum, Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil 10/2012
memang benar