Memperingati Badar al Qubra

HARI INI 12 RAMADAN: MENGINGATKAN SAYA KEPADA PERSEDIAN PEPERANGAN BADAR

Maksud Firman Allah:

Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. – Surah Ali Imran: 123

Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.” – Surah al Anfal :9

Pada 12 Ramadan Tahun 2 Hijrah, Rasullullah s.a.w berangkat bersama para sahabat menuju Badar. Ekspedisi ini berakhir dengan peperangan Badar al Kubra pada 17 Ramadan. Badar terletak di laluan Syam-Mesir berdekatan pantai Laut Merah , 155 km dari Madinah dan 310 km dari Makah. 

BACA SELENGKAPNYA MENGENAI PERANG BADAR DIhttps://aburedza.wordpress.com/2011/08/17/17-ramadan-memperingati-badar-al-qubra/

Ramadan: Bulan Kewafatan Khadijah, Kaitan Usia Kewafatan Dengan Usia Ketika Berkahwin Dengan Rasullah s.a.w

Ahli sejarah menyebut Siti Khadijah r.a wafat pada bulan Ramadan pada tahun kesepuluh kerasulan. Syiah menyebut beliau wafat pada 10 Ramadan, pada usia 65 tahun. Bagaimanapun Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.”

Siti Khadijah Binti Khuwailid r.a  adalah isteri Rasulullah s.a.w, wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Kepada kita umat Islam beliau adalah Ummul Mu’minin pertama. Nama penuhnya ialah Siti Khadijah binti khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, dari golongan pembesar Mekah. Dijuluki ath-Thahirah yakni yang bersih dan suci.

Pada mulanya beliau dinikahi oleh Abu Halah bin Zurarah at-Tamimi yang melahirkankan dua orang anak yang bernama Halah dan Hindun ( ada menyebut sebagai Hind) . Selepas Abu Halah wafat, beliau dinikahi oleh Atiq bin ‘A’id bin Abdullah al-Makhzumi dan mendapat dua orang anak,  hingga akhirnya mereka bercerai.

Ibnu Ishak berkata, semua anak Rasullah s.a.w  dilahirkan oleh Khadijah kecuali Ibrahim al Qasim. Anak-anak baginda dengan Khadijah  adalah Abdullah at Tahir, at Tayyib, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kulthum dan Fatimah. Ibnu Ishak juga berkata semua putera baginda wafat zaman jahiliah sementara putrid-putri baginda hidup sehingga zaman Islam, masuk islam dan ikut berhijrah.

Berapakah umur Rasullah s.a.w dan umur Khadijah r.a semasa perkhwinan terjadi? Apakah Khadijah yang dikatakan berumur 40 tahun ketika berkahwin mampu melahirkan ramai anak kepada Rasullah s.a.w? Bagaimana alasan Syiah tidak mengiktiraf , Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kulthum sebagai putri-putri nabi s.a.w dari Khadijah? Sila ikuti perbincangan berikut, yang dipetik dari  http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=669

Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah R.A. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah S.A.W.

 

 (Adaptasi dari terjemahan Bahasa Inggeris kertas kerja hasil kajian oleh Maulana Habibur Rahman Siddiqui Kandhalawi. Beberapa pindaan dari teks asal dibuat untuk tujuan menjelaskan fakta.)

Dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang yang tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua. Dalam usia lanjut, beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.

Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402).

Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?

Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti ini, mereka mengambil kesempatan untuk mencemuh Islam.

Namun begitu, ulama kita sebaliknya menganggap kejadian ini sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah s.a.w. Tambahan lagi mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w. kerana sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan baginda s.a.w. sendiri muda belia.

Di pihak yang lain golongan Syiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai anak nabi s.a.w.

Golongan Syiah mengatakan bahawa umur Khadijah r.a. ialah 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini, Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka adalah lebih muda dari Fatimah.

Kita akan membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Syiah perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a.

Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun. Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun, dan sesetengah pula mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Syiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat ‘40 tahun’ ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan bahawa pendapat golongan Syiah inilah yang ‘tepat’.

Hafiz Ibn Kathir menulis:

“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)

Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.

Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)

Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.) adalah salah dan tidak benar sama sekali..

Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan khabar angin semata-mata.

Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami, kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran.

 

Wallahua’lam

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=669

Isu Hudud Kembali Hidup

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Johor,  Datuk Ayub Rahmat mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia pada 20 Jun lalu di mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Maka Isu Hudud kembali hidup.

TG Nik Aziz  segera di lapor menyokong: “Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati. Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah,”

Sebaliknya   Datuk Ayub Rahmat  dikatakan  “hilang akal” oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Datuk Ibrahim Ali PEKASA pula mencadangkan kepada Putrajaya agar menubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk membincangkan hukum hudud.

Pergerakan Wanita Umno di kawasan yang dikuasai bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi kumpulan pertama dari Pulau Pinang yang menyokong pelaksanaan hukum hudud di negara ini

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, secara peribadi beliau menyokong cadangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

Kata saya: Bagus, langkah PAS  ditiru UMNO

Apa kata Dr Mahatir:

Apa kata Ustaz  Fatulbari:

Apa kata PM Najib:

 

 

Puasa Selepas Nishfu Syaaban

Aside

Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/08/puasa-selepas-nishfu-2.html

Rupa-rupanya ada yang tersalah tanggap bahawa dengan dihukumkan haram berpuasa selepas Nishfu Sya’baan bererti kita tidak digalakkan berpuasa dalam bulan Sya’baan. Pengertian tersebut jelas menyalahi yang sebenar kerana apa yang benar ialah kita digalakkan memperbanyakkan berpuasa dalam bulan Sya’baan sebab telah warid beberapa hadits berhubung dengannya. Akan tetapi ianya hendaklah dimulakan sejak nishfu pertama bulan Sya’baan dan berterusan hingga menjelang Ramadhan. Oleh itu, apabila dalam mazhab kita menghukumkan HARAM DAN TIDAK SAH berpuasa sunnat, selain daripada apa yang diberikan pengecualiannya, maka tidaklah bermakna kita tidak menggalakkan orang berpuasa dalam bulan Sya’baan yang mulia. Fahamilah dengan benar.
Sebagai tambahan, kita lihat lagi keterangan mengenai hukum berpuasa selepas Nishfu Sya’baan ini dari beberapa karya ulama kita di Nusantara ini. Tok Syaikh Zainal ‘Abidin bin Muhammad al-Fathani @ Tuan MinalrahimahUllah dalam karya beliau “Kasyful Litsaam ‘an as-ilatil anaam” jilid 1 halaman 106 – 107 menulis, antara lain:-

Haram puasa dua hari raya dan Hari Syak dan segala Hari Tasyriq yang tiga dan nishfu yang keuda daripada bulan Sya’baan bagi yang lain daripada puasa mempunyai sebab, jika tiada dihubung akan dia dengan barang yang dahulunya dan tiada jdi puasa [yakni tidak sah puasa tersebut], intaha.

Tok Syaikh Muhammad bin Ismail Daud Fathani @ Syaikh Nik Mat KecikrahimahUllah pula menulis dalam “Mathla`ul Badrain wa Majma`ul Bahrain” pada halaman 62 – 63:-

… Dan seperti haram puasa Hari Syak, haram puasa dengan tiada sebab pada nishfu yang kedua daripada Sya’baan, jika tiada dihubungkan dia dengan barang yang dahulunya dan hasil berhubung dengan barang yang dahulunya jikalau dengan hari yang ke 15 sekalipun dan berkekalan puasanya hingga akhirnya. Maka jika dihubungkan dia dengan barang yang dahulunya kemudian berbuka ia padanya, haram atasnya puasa kemudian daripadanya dengan tiada sebab yang telah terdahulu sebutnya.

Jika dua ulama tersebut di atas tadi mewakili ulama kita yang awal dan terdahulu, maka ini pula petikan tulisan daripada dua orang ulama kita yang sezaman. Ustaz Muhammad Taha bin Syaikh Muhammad Fadhlullah bin Syaikh Muhammad `Abdullah as-Suhaimi rahimahUllah menulis dalam karya beliau “Puasa & Zakat Harta” pada fasal “Hari-Hari Yang Haram Dikerjakan Puasa Didalamnya Serta Tidak Sah Puasa Itu” di halaman 68 – 69:-

Segala hari yang letaknya di dalam separuh yang kedua bagi bulan Sya’ban, iaitu daripada 16 Sya’ban hingga akhirnya, kerana Nabi s.a.w. telah bersabda:-“Apabila sampailah bulan Sya’ban itu separuhnya maka janganlah kamu berpuasa.”

Tetapi jika seorang itu beradat sentiasa puasa, atau ia puasa tiap-tiap selang hari, atau ia puasa tiap-tiap hari Isnin dan Khamis, maka tiadalah haram ia puasa pada separuh yang kedua bagi bulan Sya’ban itu untuk meneruskan adatnya. Demikian juga sah dan tidak haram di dalam separuh yang kedua bulan Sya’ban jika puasa itu kerana menqada’kan puasa yang telah tertinggal, atau puasa itu kerana nazar atau kerana kafarah. Demikian juga sah dan tidak haram seseorang puasa di dalam separuh yang kedua bagi bulan Sya’ban itu jika ia puasa di dalam separuh yang pertama bagi bulan Sya’ban lalu ia terus puasa hingga masuk pada separuh yang kedua bagi Sya’ban itu, seperti ia puasa pada 15 Sya’ban dan 16 Sya’ban atau ia puasa daripada sebelum 15 Sya’ban dan terus puasa hingga selepas 15 Sya’ban, iaitu tidak boleh ditinggalkan 15 dan 16 Sya’ban itu. Jika ia puasa di dalam separuh yang pertama bagi Sya’ban hingga masuk terus ke dalam separuh yang kedua maka jika ia berhenti puasa sehari pun di dalam separuh yang kedua bagi Sya’ban nescaya haramlah ia sambung lagi puasanya pada bila-bila hari hingga akhir Sya’ban, melainkan kerana qada’ atau nazar atau kafarah maka sahlah puasanya sebagaimana telah tersebut tadi.

Ustaz Segaf bin Hasan BaharunhafizahUllah, ulama muda murid Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith dan Pengasuh Pondok Puteri Pesantren Darul Lughah wad Da’wah, Bangil, Jawa Timur, menulis dalam karangannya “Sudah Sahkah Puasa Anda?” pada fasal “Hari-hari Yang Diharamkan Untuk Berpuasa” di halaman 39-40 menyatakan:-

Paruh Kedua Dari Bulan Sya’ban

Berpuasa pada paruh kedua dari bulan Sya’ban hukumnya haram berdasarkan sabda Rasul Saw:-Artinya: “Jika sudah masuk paruh kedua dari bulan Sya’ban, maka janganlah kalian berpuasa“.

Dan yang dimaksud paruh kedua adalah tanggal 16, 17, 18 sehingga akhir bulan. Akan tetapi jika berpuasa pada hari-hari itu, begitu pula hari syak, untuk mengerjakan puasa wajib, misalnya qodlo’ puasa Ramadlan, kaffarah dan lain-lain, atau sudah terbiasa setiap Senin Kamis berpuasa, atau berpuasa Daud, atau juga jika disambung dengan hari sebelumnya, misalnya puasa hari 15, maka boleh puasa hari ke-16 dan seterusnya. Maka puasa-puasa tersebut di atas tidak haram pada hari – hari itu.

Diharap ikhwah memahami ketentuan hukum ini dengan jelas. Banyakkanlah berpuasa dalam bulan Sya’baan, asal sahaja tidak melanggar ketentuan yang dinyatakan oleh para ulama kita.

JAKIM: Dilarang Puasa Sunat Apabila Tinggal Separuh Bulan Syaaban

Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Dilarang Puasa Sunat Apabila Tinggal Separuh Bulan Syaaban
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila tinggal separuh bulan Syaaban janganlah kamu semua berpuasa sunat.”
  
(at-Tirmidzi)

 

Huraian
Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya Oleh itu ia tidak menggalakkan umatnya melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat pada diri atau menimbulkan rasa berat atau malas untuk menjalankan kewajipan yang diperintah. Contohnya, kita tidak digalakkan untuk berpuasa sunat, sama ada sunat hari Isnin atau Khamis dan lainnya selepas 15 Syaaban, kecuali puasa qadha’ dan orang yang sentiasa melakukan amalan puasa sunat yang bertepatan dengan hari berkenaan. Hikmah larangan tersebut adalah untuk mengelak orang-orang yang tidak biasa melakukan puasa sunat daripada merasa terlalu letih apabila mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan yang muncul selepas bulan Syaaban itu.

SUMBER: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=681

Muawiyah bin Abi Sufyan Memberi Ruang Membantah dan Bersuara Kepada Rakyat.

Dr. MAZA MENULIS  MENGENAI MENEGUR RAJA ATAU PEMERINTAH:

Dalam riwayat at-Tabarani, dengan sanad yang hasan: “Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya.

Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: “Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.

Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga ALLAH menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.

Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga ALLAH menghidupkannya”.

BACA SELENGKAPNYA DI: http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/mereka-paling-mencegah-kezaliman-raja-1.63950

Hari ini 15 Syaaban 1433: Nifsu Syaaban

Hari ini 15 Syaaban 1433. Maknanya lagi 15 hari menjelang pula Ramadan. Ya polimik  Nifsu Syaaban pun datang semula.

Orang Syiah memperingati Nisfu Syaaban sebagai hari yang barakah kerana pada15 Syaaban di “katakan”   lahirnya Imam Mahdi, Imam ke 12 Syiah atau namanya Muhammad bin Imam Hasan al Askari.Beliau dikatakan lahir pada 15 Syaaban 255 Hijrah (869 Masihi). Ibunya bernama Nargis Khatoon.

Apa kata Ustaz Azhar Idrus:

Apa kata Dr Maza, dengan merujuk kepada Syikh Yusuf Qaradhawi:

Apa kata Maulana Asri Yusof, beliau kaitkan dengan Syiah :