“Tokayah, juz 8 muka surat berapa?”

Saya memerhati cucu saya Nabila, membuka helaian alQuran, satu persatu, bagai mencari sesuatu. Menyedari Tokayahnya memerhati, ia pun bertanya,

“Tokayah, juz 8 muka surat berapa?”

“Mukasurat 142”, jawab saya sepontan.

Nabila terus membuka dan menjumpai juz 8. Kemudian cepat dia bertanya pula,

“Kalau juz 25 mukasurat berapa pula?” ….. Nampak macam soalan menguji.

“Mukasurat 482” , jawab saya cepat.

Nabila bertanya,

“Tokayah hafalkah?”

“Tidaklah… bukan hafal, tetapi kena faham kaedahnya!”

Nabila bertanya, bagaimana?

“ Cuba buka daftar juz dan muka surat dan perhatikan…..

DAFTAR JUZ

Perhatikan  semua muka surat  berakhir dengan angka 2, kecuali mukasurat untuk juz  1, 7 dan 11. Muka surat 1 betullah untuk juz 1. Mukasurat  untuk juz 7 dan 11 sebenarnya bermula di bahagian bawah muka surat sebelum 122 dan 202 ( kerana kerapkali orang menyebut juz 7 pada mukasurat 122 dan juz 11 pada mukasurat 202), iaitu pada mukasurat  121 dan 201.

juz 7

juz 11

Perhatikan  juz 2 terletak pada mukasurat  22 iaitu:  2X2=4 kemudian -2 = 2 kemudian tambah 2=22.

Juz 3 terletak pada mukasurat 42  iaitu:  3X2=6 kemudian -2 =4 tambah 2 = 42.

Juz 4 terletak pada mukasurat 142 iaitu: 4X2=8 kemudian -2 = 6 tambah 2 = 62

Juz 20 terletak pada mukasurat 382 iaitu: 20X2=40 kemudian -2 =38 tambah 2 = 382

Juz 30 terletak pada mukasurat 582 iaitu: 30X2=60 kemudian -2 = 58 tambah 2 = 582

Bagaimanapun kaedah ini hanya terpakai untuk al Quran cetakan Resam Usmani.

Saya kemudian menguji kebolehan cucu saya untuk mencari muka surat untuk juz-juz tertentu, ternyata ia dapat membukanya dengan tepat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s