Surah Maryam: Nabi Yahya a.s Putra Nabi Zakaria a.s

Nabi Yahya a.s Putra Nabi Zakaria a.s

Ketika mengikuti kuliah Muktasar Tafsir Ibn Katsir surah Maryam, oleh Ustaz Ya Ali Bin Dahaman, saya tertarik kepada ayat 1 hingga ayat 15.

maryam

Kepada nabi Yahya a.s Allah  kurniakan hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak, dan ia seorang yang bertakwa, dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, juga tidak pula sombong dan derhaka. Pada surah Maryam ayat ke 15, Allah berfirman , maksudnya:

“ Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula ( pada hari kiamat).”

Ibn  Katsir di dalam Kitab Kisah Para Nabi menghurai ayat di atas:

[Masa-masa yang tiga ini merupakan masa yang paling berat bagi manusia  sebab pada setiap manusia waktu tersebut ialah masa perpindahan dari satu alam ke satu alam yang lain. Dia kehilangan alam yang pertama setelah ia terbiasa dengan nya dan telah mengenalnya, lalu berpindah kea lam yang lain, dan dia tidak tahu apa yang akan di alaminya. Oleh itu dia menangis dan menjerit ketika ia keluar dari antara isi perut dan meninggalkan kelembutan dan keramahannya, dan berpindah ke alam dunia ini untuk bersusah payah menahan kesedihan dan kesusahannya.

Demikian juga ketika berpisah meninggalkan alam dunia ini dan berpindah ke alam barzakh, iaitu alam pemisah antara dunia yang fana dan alam akhirat. Dari tempat keramaian penuh dengan bangunan dan lukisan ke kampung halaman orang-orang mati, penghuni kubur. Di sana dia menunggu tiupan sangkakala untuk hari kebangkitan hidup kembali.  Maka ada yang bergembira dan bersuka hati dan ada pula  bersedih hati dan binasa. Ada yang terhibur dan ada pula yang hancur. Satu kelompok di dalam syurga dan sekelompok yang lain di dalam neraka.

…..  Oleh kerana tiga masa ini merupakan masa yang paling berat bagi manusia anak cucu adam, maka Allah memberikan kesejahteraan kepada Yahya pada setiap masanya.]

kisah para nabi

Demikian hebatnya janji dan tawaran Allah terhandap hambanya Yahya a.s.

Nabi Yahya a.s  adalah anak kepada Nabi Zakaria a.s. Ibn Katsir menyebut nasab nabi Zakaria a.s. sampai kepada Nabi Sulaiman bin Daud. Ini bermaakna Zakaria a.s dan anaknya Yahya a.s adalah nabi-nabi bagi bani Israil. Nabi Yahya a.s  adalah anak nabi Zakaria yang di lahirkan diketika umurnya telah tua dan begitu juga dengan isteri baginda ( Zakaria a.s). Apabila Zakaria a.s melihat Mariam, ibu Nabi Isa a.s, yang didalam peliharaanya, sering dihidangkan rezki ( oleh Allah) buah-buahan yang bukan pada musimnya, maka ia teringin untuk mendapat seorang anak. Maka berdoalah Zakaria a.s kepada Allah. Lalu Allah mengurnikan Yahya a.s kepadanya.

Nabi Yahya a.s dan nabi Isa a.s adalah nabi bagi bani Israil pada zaman yang sama.

Ibn Katsir menyebut ada riwayat mengatakan ibu Yahya a.s ( Isteri Nabi Zakaria a.s) bernama Asyia binti Imran adalah saudara perempuan Maryam binti Imran. Ibn Katsir juga berkata ada riwayat menyebut ibu Yahya a.s,  Asyia  adalah saudara perempuan Hanah isteri kepada Imran, iaitu ibu Maryam. Jadi Yahya a.s adalah anak saudara Maryam atau mungkin juga  mereka berdua sepupu.

Mengikut Ibn Katsir, nasab Maryam binti Imran sampai kepada nabi Daud a.s  dan demikian juga nasab Nabi Zakaria a.s.

Mengikut  Maulana Abdullah Yusof Ali dalam tafsirnya mengatakan emak Yahya a.s, Asyia  dikenali juga sebagai Elisabeth.  Kata  Maulana Abdullah Yusof Ali,  Elisabeth adalah ketrurunan Nabi Harun  Bin Imran saudara Musa a.s. (Bukan Imran bapa Maryam). Hujah beliau bersandar kepada Perjanjian baru, Lukas 1:5 

” Pada zaman Herodes, raja Yudea, adalah seorang imam yang bernama Zakaria dari rombongan Abia. Isterinya juga berasal dari keturunan Harun, namanya Elisabet.”  – Lukas 1:5

Ini bermakna Jika ibu Yahya   dan Maryam dua beradik, mereka adalah dari keturunan Harun bin Imran, abang kepada Nabi Musa. Jika demikian bertepatan pula dengan firman Allah surah Maryam ayat 28:

” Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat”

Nabi Yahya a.s akhirnya mati dibunuh oleh raja pemerintah dari bani Israil. Demikian juga ayahndanya Nabi Zakaria a.s.

 

Rujukan:

1. Ibnu Katsir, Kisah Para Nabi Teladan Bagi Orang Berakal, Darul Fajar, Sdn. Bhd.

Cetakan 2003

2. Maulana Abdullah Yusof Ali, Al Quran ,Terjemahan Dan Huraian Maksud, DBP, Cetekan 1992

Syiah: Hakikat & Sejarah (Siri 1)

Nota berikut saya petik dari FB teman saya: https://www.facebook.com/dcromok/posts/535097806558302?notif_t=tagged_with_story   , semuga bertambah bahan rujukan.

fb hakikat n sejarah syiahSyiah: Hakikat & Sejarah (Siri 1)

Oleh: Muhammad Assiddiq Fauzan, Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar (Kaherah)
Artikel ini adalah hasil terjemahan daripada buku ‘Syiah: Perjuangan atau Kesesatan’ yang dikarang oleh Dr Raghib Sarjani. Tujuan saya menterjemah beberapa petikan daripada buku ini adalah untuk mendedahkan isu Syiah yang sedang menyerang negara kita. Kefahaman kepada sesuatu masalah adalah langkah pertama dalam merawatnya. Diharapkan usaha kerdil ini dapat membantu para pendakwah di luar sana dalam usaha membanteras fahaman Syiah yang sedang menular ditengah masyarakat.Dr Raghib Sarjani adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah. Beliau lahir pada tahun 1964 di Mesir. Merupakan graduasi kuliah perubatan dari Cairo University pada 1988 dengan pangkat Mumtaz. Beliau tamat menghafal quran pada tahun 1991. Berjaya menyiapkan Masters di universiti yang sama dengan pangkat Mumtaz pada tahun 1992. Kemudian berjaya mendapat Ph.D dengan pantauan kerjasama antara Mesir dan Amerika ( Surgery of Urinary Track and Kidney ) pada tahun 1998.Walaupun mempunyai Ph.D dalam bidang perubatan dan menjadi pensyarah di Cairo University dalam bidang tersebut, beliau sangat minat mendalami ilmu sejarah dan telah menghasilkan puluhan buku seperti Kisah Andalus, Kisah Tunis, Kisah Tartar, Kisah Perang Salib, Kewajipan Umat Terhadap Palestin, Antara Sejarah dan Realiti, Kisah Erdogan, dan lain-lain. Beliau merupakan salah seorang tokoh dakwah Ikhwan Muslimin dan menghoskan laman web sendiri di www.islamstory.com.

Dasar-dasar Syiah

Para Sejarawan berbeza pendapat tentang asal-usul permulaan Syiah. Pendapat pertama dan yang paling terkenal adalah kemunculan mereka bermula apabila berlaku khilaf antara Ali RA dan Muawiyah RA ketika Perang Siffin. Jika mengikut pendapat ini, maka pengikut Ali RA diiktibarkan sebagai Syiah dan pengikut Muawiyah RA diiktibarkan sebagai Sunnah wal Jamaah. Tetapi, pada hakikatnya ia bukan seperti itu.

Pendapat Ahli Sunnah mengatakan kebenaran antara perselisihan antara dua sahabat mulia ini berada di pihak Ali RA dan Ahli Sunnah berpendapat bahawa Muawiyah telah berijtihad dalam hal ini tetapi ijtihad itu didapati tidak benar. Maka kecenderungan Ahli Sunnah kepada pihak Ali RA sangat jelas.

Tambahan pula, yang dikatakan dengan fahaman, prinsip, dan aqidah yang dilaung-laungkan oleh Syiah, semua itu jauh dari fahaman, prinsip dan aqidah yang diimani oleh Ali RA. Maka dengan itu jelas bahawa pendapat yang mengatakan Syiah bermula sebagai pengikut Ali pada peristiwa ini adalah salah sama sekali.

Pendapat kedua pula mengatakan Syiah muncul setelah kematian Husain bin Ali RA yang mana beliau telah keluar dari pemerintahan Yazid bin Muawiyah. Dalam peristiwa ini, penduduk Iraq memanggil Husain RA untuk menyertai mereka di Iraq dan menjanjikan sokongan dan pertolongan kepada beliau. Tetapi pada saat akhir mereka mengkhianati beliau dan akhirnya beliau dibunuh di Karbala.

Maka bangkitlah sekelompok Muslimin menyeru agar pembunuhan ini dituntut bela. Tetapi di pihak satu lagi menghukum kelompok ini kafir kerana telah keluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Maka berlakulah pergaduhan, dan terbunuhlah beberapa orang dari kalangan penyokong Husain dan mereka digelar sebagai Syiah.

Ini dapat menjelaskan kepada kita hubungan yang kuat antara Syiah dan Husain RA, malah lebih kuat daripada Ali RA sendiri. Sepertimana yang dapat dilihat, mereka merayakan hari kematian Husain tetapi tidak merayakan hari kematian Ali.

Kesan daripada peristiwa ini, wujud kelompok yang menentang pemerintahan Umayyah dari segi politik sahaja, sedangkan aqidah, dan mazhab fiqh tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah. Dan kita dapat perhatikan sendiri, mereka yang digelar sebagai pemimpin awal Syiah adalah mereka yang bermazhab Sunni.

Setelah berlalunya masa dan keadaan menjadi stabil, muncul seorang tokoh bernama Ali Zainal Abidin bin Husain, iaitu anak kepada Husain RA. Beliau adalah seorang lelaki yang soleh, ulama yang zuhud, dan langsung tidak membawa ajaran aqidah atau fiqh yang bertentangan dengan para sahabat dan tabi’en.

Ali Zainal Abidin mempunyai dua orang anak lelaki yang soleh dan tinggi darjat wara’ dan taqwa. Mereka bernama Muhammad Baqir dan Zaid. Keduanya mempunyai pandangan yang bertepatan dengan Ahli Sunnah yakni dengan para sahabat dan tabi’en kecuali pandangan Zaid bin Ali Zainal Abidin yang mempunyai padangan yang berbeza. Beliau berpendapat bahawa Ali Abi Talib RA lebih layak menjadi khalifah berbanding Abu Bakar As-Siddiq RA.

Walaupun pendapat ini bertentangan dengan ijma’ seluruh umat, dan bertentangan dengan hadith-hadith yang menceritakan kelebihan-kelebihan Abu Bakar, Umar dan Uthman berbanding Ali, namun ia bukanlah permasalahan aqidah. Dan beliau mengakui keutamaan Abu Bakar, Umar dan Uthman, cuma berpendapat Ali RA lebih layak. Malah beliau mengakui keharusan imamah mafdhul , iaitu mengiktiraf imamah (kepimpinan) Abu Bakar, Umar dan Uthman.

Hanya pada satu titik ini beliau berselisih dengan pendapat Ahli Sunnah, tetapi pada semua titik yang lain beliau sependapat dengan mazhab Ahli Sunnah.

Maka dengan itu, keluarlah Zaid dari pemerintahan Umayyah, mengulangi sejarah datuknya, Hussain RA pada zaman Hisyam bin Abdul Malik. Dan berakhirlah perkara ini dengan terbunuhnya Zaid pada tahun 122 H. Lalu bangkitlah para pengikut beliau dan mengasaskan mazhab di atas pendirian Zaid ini dan dikenali oleh sejarah dengan nama Zaidiyyah bersempena dengan nama beliau.

Mazhab ini, walaupun dikira sebagai Syiah, ia bertepatan dengan mazhab Ahli Sunnah dalam semua perkara, kecuali dalam bab mengutamakan Ali RA berbanding tiga khalifah sebelumnya. Pengikut mazhab ini banyak tersebar di Yaman, dan inilah mazhab Syiah yang paling dekat dengan Ahli Sunnah dan hampir tidak berpecah dengan Ahli Sunnah dalam kebanyakan perkara.

Satu peristiwa yang perlu disebut di sini bahawa pada suatu hari terdapat segolongan dari pengikut Zaid bin Ali Zainal Abidin ini yang pernah bertanya pada Zaid tentang pendapat beliau terhadap Abu Bakar dan Umar. Zaid menyatakan bahawa beliau menghormati mereka berdua. Tetapi golongan ini bukan sahaja tidak setuju dengan beliau, malah menolak kepimpinan beliau dan keluar dari kumpulan Zaid. Golongan ini dikenali oleh sejarah sebagai ‘golongan Rafidah’(penolak), kerana mereka menolak imamah (kepimpinan) dua khalifah yang awal dan menolak pendapat Zaid tentang mereka berdua. Golongan Rafidah inilah yang menjadi pengasas ‘Syiah 12’ yang menjadi mazhab Syiah yang terbesar sekarang.

Setelah Muhammad Baqir meninggal dunia pada tahun 114 H (adiknya Zaid meninggal lapan tahun selepas itu), beliau meninggalkan seorang anak lelaki yang alim dan wara’ bernama Ja’far Sodiq. Beliau adalah seorang ulama yang terulung pada masa beliau dan menguasai ilmu fiqh dengan sebenar-benar penguasaan, dan beliau menyelusuri aqidah sahabat, tabi’en dan ulama muslimin yang lain.

Pada penghujung era pemerintahan Khilafah Umayyah, wujud satu gerakan dari keluarga Abbas (yakni dari keturunan pakcik Rasulullah yang bernama Abbas bin Abdul Mutalib) yang mengajak manusia membuat revolusi terhadap kerajaan Umayyah. Maka gerakan Abbasiah ini saling bekerjasama dengan pengikut Zaid bin Ali Zainal Abidin.

Akhirnya pada tahun 132 H, tumbanglah kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiah dibentuk dengan Abu Abbas As-Saffah sebagai pemimpinnya. Maka pengikut Zaid kecewa kerana tidak dilantik menjadi pimpinan walaupun mereka merupakan cucu cicit kepada Ali bin Abi Talib, anak saudara kepada Abbas bin Abdul Mutalib. Lalu mereka merancang untuk mengadakan revolusi terhadap kerajaan Abbasiah pula. Golongan ini dikenali sebagai Tolibiyyun (yang dinasabkan kepada Ali bin Abi Talib) yakni bertentangan dengan Abbasiyyun (nasab kepada Abbas bin Abu Mutalib)

Dan sehingga ketika ini, masih tiada penyelewengan dari sudut aqidah mahupun fiqh, kecuali dalam isu Abu Bakar dan Umar. Ini adalahkerana pecahan dari pengikut Zaid yang menolak imamah (kepimpinan) mereka berdua, malah tidak malu untuk mengkritik secara terang- terangan.

Ja’far Sodiq meninggal pada tahun 148 H. Beliau meninggalkan seorang anak bernama Musa Kazim, yang juga seorang ulama, tetapi tidak mencapai tahap ayahnya, dan beliau meninggal pada tahun 183 H. Beliau meninggalkan beberapa orang dan di antara mereka ada yang bernama Ali bin Musa Ar-Redha.

Artikel ini akan bersambung pada siri-siri yang seterusnya.

Oleh: Muhammad Assiddiq Fauzan, Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar (Kaherah) — bersama Gozali Nasution dan 4 yang lain.

Mengaku Berzina: Taubat sebenar seorang wanita dari suku Juhainah

Dari Abu Nujaid iaitu lmran bin Hushain al-Khuza’i radhiallahu ‘anhuma bahwasanya ada seorang wanita dari suku Juhainah mendatangi Rasulullah s.a.w. dan ia sedang dalam keadaan hamil kerana perbuatan zina. Kemudian ia berkata:

“Ya Rasulullah, saya telah melakukan sesuatu perbuatan yang harus
dikenakan had – hukuman – maka tegakkanlah had itu atas diriku.”

Nabiullah s.a.w. lalu memanggil wali wanita itu lalu bersabda:

“Berbuat baiklah kepada wanita ini dan apabila telah melahirkan – kandungannya, maka datanglah padaku dengan membawanya.”

Wali tersebut melakukan ара yang diperintahkan. Setelah bayinya lahir – lalu beliau s.a.w. memerintahkan untuk memberi hukuman, wanita itu diikatlah pada pakaiannya, kemudian dirajamlah. Selanjutnya beliau s.a.w. menyembahyangi jenazahnya.

Umar berkata pada beliau:

 “Apakah Tuan menyembahyangi jenazahnya, ya Rasulullah, sedangkan ia telah berzina?”

 Beliau s.a.w. bersabda:

“Ia telah bertaubat benar-benar, andaikata taubatnya itu dibagikan kepada tujuh puluh orang dari penduduk Madinah, pasti masih mencukupi. Adakah pernah engkau menemukan seseorang yang lebih utama dari orang yang suka mendermakan jiwanya semata-mata kerana mencari keridhaan Allah ‘Azzawajalla?”

–   Imam Nawawi memetik hadis Riwayat Muslim

CATITAN :

1.Hadis di atas saya kutip dari kuliah magrib Ustaz Ya Ali Bin Dahaman pada 2 Dzulkaedah 1434,  pada menekuni kitab Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang Salih) tulisan Imam Nawawi. Dalam syarahan Ustaz Ya Ali Dahaman, beliau menghuraikan perihal perlaksanan hukuman tersebut, namun dalam tulisan saya berikut ini, saya akan menyentuh pada sisi pandangan yang berbedza.

2.  Di dalam kitab  Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis  Karangan Haji Said Haji Ibrahim, Bekas Mufti Sabah, wanita dari suku Juhainah itu dikenali bernama Ghamidiyah

3.  Hukuman Zina.

(a) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan #1, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.

(b) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan,#2  maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun. (Bagaimanpun didalam Kitab Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis halaman 27-31, disebut sebagai tambahan dibuang negeri selama setahun)

#1  Jika pesalah itu sudah berkahwin dengan sah dan telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan itu, maka pesalah itu dinamakan mohsan .  #2 Tetapi apabila pesalah itu belum berkahwin atau sudah berkahwin tetapi belum merasai nikmat persetubuhan dalam perkahwinan itu maka pesalah itu dinamakan ghairu mohsan.

 – Rujuk Hukuman Zina di  https://aburedza.wordpress.com/2011/10/10/enakmen-kesalahan-jenayah-syariah-hudud-dan-qisas-terengganu/

4. Syiah berkeyakinan Nikah Mut’ah adalah halal sehingga hari kiamat. Mereka berkeyakinan Khalifah Umar r,a bertangung jawab mengharamkanya, maka terjadilah  dan merebaknya zina. Hadis di atas membuktikan zina juga berlaku sebelum pemerintahan Khalifah Umar hatta di zaman nabi lagi. Maka bukan Khalifah Umar penyebab zina!  Khalifah Umar mengharamkannya kerana nabi mengharamkannya. Orang  Suni sepakat bahawa nikah Mut’ah pernah halal di awal Islam tetapi kemudiannya diharamkan.  Dalil  dari  Sunnah dalam  mengharamkan  nikah  mut’ah  adalah  hadits  Ar Rafi’  bin  Sirah  Al  Juhani,  sesungguhnya  bapaknya menceritakan  kepadanya  bahwa  sesungguhnya  ia (bapaknya) bersama rasulullah, maka beliau bersabda:

“Wahai Manusia sesungguhnya saya pernah mengizinkan untuk  kalian  bersenang-senang  dengan  perempuan (nikah mut’ah), dan sesungguhnya Allah sungguh telah mengharamkan  hal  itu  (nikah  mut’ah)  sampai  hari Kiamat,  barangsiapa  yagn  memiliki  seseorang  wanita darinya  maka  hendaklah  ia  melepaskannya,  dan janganlah  kalian  mengambil  sedikitpun  dari  apa  yang telah  kalian  berikan  kepadanya.”  (H.R.  Muslim)

Syurga dikelilingi oleh hal-hal yang berat dirasakan manusia untuk mengerjakannya.

Dalam kuliah subuh pagi tadi Ustaz Ya Ali Dahaman menghuraikan sebuah hadis, yang dipetik dari Kitab Muktasar Tazkirah Al Qurtabi:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Ketika Allah s.w.t. menciptakan syurga, iapun mengirim malaikat Jibril ke syurga, dan berkata kepadanya:

“Lihatlah syurgaitu dan ара yang telah Aku persiapkan untuk penghuninya.”

(Rasulullah s.a.w. melanjutkan) Lalu malaikat Jibril pun pergi ke sana untuk melihatnya dan melihat ара yang telah Allah s.w.t. sediakan untuk penghuninya.

(Rasulullah s.a.w. pun melanjutkan) Lalu Jibril pun datang kembali menghadap Allah s.w.t dan berkata:

“Demi kemuliaan-Mu, tidak akan ada orang yang mendengarnya kecuali mereka ingin masuk ke dalamnya.”

Мака Allah s.w.t  pun memerintahkan syurga agar dikelilingi oleh hal-hal yang berat dirasakan manusia untuk mengerjakannya. Lalu Allah s.w.t. berkata kepada malaikat Jibril:

“Pergilah ke syurga dan lihat ара yang telah Aku sediakan untuk penghuninya.”

(Lalu Rasulullah s.a.w. melanjutkan) lalu malaikat Jibril pun kembali ke syurga, dan ternyata Syurga telah dikelilingi oleh hal-hal yang berat dirasakan manusia untuk mengerjakannya. Lalu malaikat Jibril pun kembali kepada Allah s.w.t. dan berkata:

“Demi keagungan-Mu, sesungguhnya aku takut tidak akan ada orang yang masuk ke dalamnya.”

Kemudian Allah s.w. t. berkata kepadanya:

“Pergilah ke neraka, lihatlah neraka dan ара yang telah aku sediakan bagi penghuninya.”

Lalu malaikat Jibril pun melihatnya, ternyata neraka itu bertingkat. Jibril pun kembali kepada Allah s.w.t. dan berkata:

“Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku takut tidak akan ada orang yang mahu mendengarnya tetapi mereka memasukinya.”

Lalu Allah s.w.t. memerintahkan neraka agar dikelilingi dengan hal-hal yang disenangi oleh manusia untuk mengerjakannya. Lalu Allah s.w.t. kembali memerintahkan Jibril untuk melihatnya. Pada saat Jibril kembali kepada Allah s.w.t., iapun berkata:

“Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku takut tidak akan ada yang selamat darinya, tetapi mereka akan memasukinya. “

Hadis di atas dipetik oleh Al Qurtubi dari Riwayat Tirmizi Kitab Sifat Syurga Hadis no 2560

RON95 naik 20sen : Kesukaan Rakyat Malaysia!

BERITA INI MENJADI KEBANGAAN PENYOKONG UMNO BN!

Malaysiakini melaporkan: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

fuel hike chart 020913Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010.

As SiSi adalah Firaun

As SiSi  adalah Firaun di zaman moden dan Morsi  pemimpin orang-orang beriman dizaman ini

Justru Firman Allah berikut ini bagai berbicara untuk rakyat Mesir sekarang:
َ

Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: “Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?” Firaun menjawab: “Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka”. QS 7:127
َ

(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. QS 7:128
َ

Mereka berkata: “Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami”. Nabi Musa menjawab: “Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?”
QS 7:129

Ya Allah, selamatkanlah pemimpin kami Mursi dan selamatkanlah bumi Mesir dan penduduknya dari kekejaman as Sisi si Firaun.

Awas Buku Syiah

AWAS Buku Syi’ah

Jika kita ke toko buku, terkadang tertarik dengan suatu buku. Namun jangan tergesa-gesa dahulu untuk membelinya. Lihat dulu pengarangnya. Apakah dari Ahlus Sunnah wal jama’ah atau bukan. Kalo perlu, lihat juga penerjemahnya (untuk yang bahasa Indonesia) dan penerbitnya. Jangan sampai kita salah di dalam memilih buku.

Pada kesempatan ini kami bawakan daftar buku-buku syiah yang kami dapatkan dari situs salah satu yayasan syiah di Yogyakarta.

Maksud kami ini tidak lain dan tidak bukan agar kita tidak tersesat dalam memilih buku. Kita tahu dan belajar kejelekan bukan untuk kita amalkan tapi untuk kita jauhi.

 

PENERBIT JUDUL
BUKU DAN PENGARANG
Lentera
  1. Akhlak Keluarga Nabi, Musa Jawad Subhani
  2. Ar-Risalah, Syaikh Ja?far Subhani
  3. As-Sair Wa As-suluk, Sayid Muhammad Mahdi Thabathaba?i Bahrul Ulum
  4. Bagaimana Membangun Kepribadian Anda, Khalil Al Musawi
  5. Bagaimana Menjadi Orang Bijaksana, Khalil al-Musawi
  6. Bagaimana Menyukseskan Pergaulan, Khalil al-Musawi
  7. Belajar Mudah Tasawuf, Fadlullah Haeri
  8. Belajar Mudah Ushuluddin, Syaikh Nazir Makarim Syirasi
  9. Berhubungan dengan Roh, Nasir Makarim Syirazi
  10. Ceramah-Ceramah (1), Murtadha Muthahhari
  11. Ceramah-Ceramah (2), Murtadha Muthahhari
  12. Dunia Wanita Dalam Islam, Syaikh Husain Fadlullah
  13. Etika Seksual dalam Islam, Murtadha Muthahhari
  14. Fathimah Az-Zahra, Ibrahim Amini
  15. Fiqih Imam Ja?far Shadiq [1], Muhammad Jawad Mughniyah
  16. Fiqih Imam Ja?far Shadiq Buku [2], Muh Jawad Mughniyah
  17. Fiqih Lima Mazhab, Muh Jawad Mughniyah
  18. Fitrah, Murthadha Muthahhari
  19. Gejolak Kaum Muda, Nasir Makarim Syirazi
  20. Hak-hak Wanita dalam Islam, Murtadha Muthahhari
  21. Imam Mahdi Figur Keadilan, Jaffar Al-Jufri (editor)
  22. Kebangkitan di Akhirat, Nasir Makarim Syirazi
  23. Keutamaan & Amalan Bulan Rajab, Sya?ban dan Ramadhan,Sayid Mahdi al-Handawi
  24. Keluarga yang Disucikan Allah, Alwi Husein, Lc
  25. Ketika Bumi Diganti Dengan Bumi Yang Lain, Jawadi Amuli
  26. Kiat Memilih Jodoh, Ibrahim Amini
  27. Manusia Sempurna, Murtadha Muthahhari
  28. Mengungkap Rahasia Mimpi, Imam Ja?far Shadiq
  29. Mengendalikan Naluri, Husain Mazhahiri
  30. Menumpas Penyakit Hati, Mujtaba Musawi Lari
  31. Metodologi Dakwah dalam Al-Qur?an, Husain Fadhlullah
  32. Monoteisme, Muhammad Taqi Misbah
  33. Meruntuhkan Hawa Nafsu Membangun Rohani, Husain Mazhahiri
  34. Memahami Esensi AL-Qur?an, S.M.H. Thabatabai
  35. Menelusuri Makna Jihad, Husain Mazhahiri
  36. Melawan Hegemoni Barat, M. Deden Ridwan (editor)
  37. Mengenal Diri, Ali Shomali
  38. Mengapa Kita Mesti Mencintai Keluarga Nabi Saw, Muhammad Kadzim Muhammad Jawad
  39. Nahjul Balaghah, Syarif Radhi (penyunting)
  40. Penulisan dan Penghimpunan Hadis, Rasul Ja?farian
  41. Perkawinan Mut?ah Dalam Perspektif Hadis dan Tinjauan Masa Kini, Ibnu Mustofa (editor)
  42. Perkawinan dan Seks dalam Islam, Sayyid Muhammad Ridhwi
  43. Pelajaran-Pelajaran Penting Dalam Al-Qur?an (1), Murtadha Muthahhari
  44. Pelajaran-Pelajaran Penting Dalam Al-Qur?an (2), Murtadha Muthahhari
  45. Pintar Mendidik Anak, Husain Mazhahiri
  46. Rahasia Alam Arwah, Sayyid Hasan Abthahiy
  47. Suara Keadilan, George Jordac
  48. Yang Hangat dan Kontroversial dalam Fiqih, Ja?far Subhani
  49. Wanita dan Hijab, Murtadha Muthahhari
Pustaka Hidayah
  1. 14 Manusia Suci, WOFIS IRAN
  2. 70 Salawat Pilihan, Al-Ustads Mahmud Samiy
  3. Agama Versus Agama, Ali Syari?ati
  4. Akhirat dan Akal, M Jawad Mughniyah
  5. Akibat Dosa, Ar-Rasuli Al-Mahalati
  6. Al-Quran dan Rahasia angka-angka, Abu Zahrah Al Najdiy
  7. Asuransi dan Riba, Murtadha Muthahhari
  8. Awal dan Sejarah Perkembangan Islam Syiah, S Husain M Jafri
  9. Belajar Mudah Ushuluddin, Dar al-Haqq
  10. Bimbingan Keluarga dan Wanita Islam, Husain Ali Turkamani
  11. Catatan dari Alam Ghaib, S Abd Husain Dastaghib
  12. Dari Saqifah Sampai Imamah, Sayyid Husain M. Jafri
  13. Dinamika Revolusi Islam Iran, M Riza Sihbudi
  14. Falsafah Akhlak, Murthadha Muthahhari
  15. Falsafah Kenabian, Murthada Muthahhari
  16. Gerakan Islam, A. Ezzati
  17. Humanisme Antara Islam dan Barat, Ali Syari?ati
  18. Imam Ali Bin Abi Thalib & Imam Hasan bin Ali Ali Muhammad Ali
  19. Imam Husain bin Ali & Imam Ali Zainal Abidin Ali Muhammad Ali
  20. Imam Muhammad Al Baqir & Imam Ja?far Ash-Shadiq Ali Muhammad Ali
  21. Imam Musa Al Kadzim & Imam Ali Ar-Ridha Ali Muhammad Ali
  22. Inilah Islam, SMH Thabataba?i
  23. Islam Agama Keadilan, Murtadha Muthahhari
  24. Islam Agama Protes, Ali Syari?ati
  25. Islam dan Tantangan Zaman, Murthadha Muthahhari
  26. Jejak-jejak Ruhani, Murtadha Muthahhari
  27. Kepemilikan dalam Islam, S.M.H. Behesti
  28. Keutamaan Fatimah dan Ketegaran Zainab, Sayyid Syarifuddin Al Musawi
  29. Keagungan Ayat Kursi, Muhammad Taqi Falsafi
  30. Kisah Sejuta Hikmah, Murtadha Muthahhari
  31. Kisah Sejuta Hikmah [1], Murthadha Muthahhari
  32. Kisah Sejuta Hikmah [2],Murthadha Muthahhari
  33. Memilih Takdir Allah, Syaikh Ja?far Subhani
  34. Menapak Jalan Spiritual, Muthahhari & Thabathaba?i
  35. Menguak Masa Depan Umat Manusia, Murtadha Muthahhari
  36. Menolak Isu Perubahan Al-Quran, Rasul Ja?farian
  37. Mengurai Tanda Kebesaran Tuhan, Imam Ja?far Shadiq
  38. Misteri Hari Pembalasan, Muhsin Qara?ati
  39. Muatan Cinta Ilahi, Syekh M Mahdi Al-syifiy
  40. Nubuwah Antara Doktrin dan Akal, M Jawad Mughniyah
  41. Pancaran Cahaya Shalat, Muhsin Qara?ati
  42. Pengantar Ushul Fiqh, Muthahhari & Baqir Shadr
  43. Perayaan Maulid, Khaul dan Hari Besar Islam, Sayyid Ja?far Murtadha al-Amili
  44. Perjalanan-Perjalanan Akhirat, Muhammad Jawad Mughniyah
  45. Psikologi Islam, Mujtaba Musavi Lari
  46. Prinsip-Prinsip Ijtihad Dalam Islam, Murtadha Muthahhari& M. Baqir Shadr
  47. Rasulullah SAW dan Fatimah Ali Muhammad Ali
  48. Rasulullah: Sejak Hijrah Hingga Wafat, Ali Syari?ati
  49. Reformasi Sufistik, Jalaluddin Rakhmat
  50. Salman Al Farisi dan tuduhan Terhadapnya, Abdullah Al Sabitiy
  51. Sejarah dalam Perspektif Al-Quran, M Baqir As-Shadr
  52. Tafsir Surat-surat Pilihan [1], Murthadha Muthahhari
  53. Tafsir Surat-surat Pilihan [2], Murthadha Muthahhari
  54. Tawasul, Tabaruk, Ziarah Kubur, Karamah Wali, Syaikh Ja?far Subhani
  55. Tentang Dibenarkannya Syafa?at dalam Islam, Syaikh Ja?far Subhani
  56. Tujuan Hidup, M.T. Ja?fari
  57. Ummah dan Imamah, Ali Syari?ati
  58. Wanita Islam & Gaya Hidup Modern, Abdul Rasul Abdul Hasan al-Gaffar
MIZAN
  1. 40 Hadis [1], Imam Khomeini
  2. 40 Hadis [2], Imam Khomeini
  3. 40 Hadis [3], Imam Khomeini
  4. 40 Hadis [4], Imam Khomeini
  5. Akhlak Suci Nabi yang Ummi, Murtadha Muthahhari
  6. Allah dalam Kehidupan Manusia, Murtadha Muthahhari
  7. Bimbingan Islam Untuk Kehidupan Suami-Istri, Ibrahim Amini
  8. Berhaji Mengikuti Jalur Para Nabi, O.Hasem
  9. Dialog Sunnah Syi?ah, A Syafruddin al-Musawi
  10. Eksistensi Palestina di Mata Teheran dan Washington, M Riza Sihbudi
  11. Falsafah Pergerakan Islam, Murtadha Muthahhari
  12. Falsafatuna, Muhammad Baqir Ash-Shadr
  13. Filsafat Sains Menurut Al-Quran, Mahdi Gulsyani
  14. Gerakan Islam, A Ezzati
  15. Hijab Gaya Hidup Wanita Muslim, Murtadha Muthahhari
  16. Hikmah Islam, Sayyid M.H. Thabathaba?i
  17. Ideologi Kaum Intelektual, Ali Syari?ati
  18. Ilmu Hudhuri, Mehdi Ha?iri Yazdi
  19. Islam Aktual, Jalaluddin Rakhmat
  20. Islam Alternatif, Jalaluddin Rakhmat
  21. Islam dan Logika Kekuatan, Husain Fadhlullah
  22. Islam Mazhab Pemikiran dan Aksi, Ali Syari?ati
  23. Islam Dan Tantangan Zaman, Murtadha Muthahhari
  24. Islam, Dunia Arab, Iran, Barat Dan Timur tengah, M Riza Sihbudi
  25. Isu-isu Penting Ikhtilaf Sunnah-Syi?ah, A Syafruddin Al Musawi
  26. Jilbab Menurut Al Qur?an & As Sunnah, Husain Shahab
  27. Kasyful Mahjub, Al-Hujwiri
  28. Keadilan Ilahi, Murtadha Muthahhari
  29. Kepemimpinan dalam Islam, AA Sachedina
  30. Kritik Islam Atas Marxisme dan Sesat Pikir Lainnya, Ali Syari?ati
  31. Lentera Ilahi Imam Ja?far Ash Shadiq
  32. Manusia dan Agama, Murtadha Muthahhari
  33. Masyarakat dan sejarah, Murtadha Muthahhari
  34. Mata Air Kecemerlangan, Hamid Algar
  35. Membangun Dialog Antar Peradaban, Muhammad Khatami
  36. Membangun Masa Depan Ummat, Ali Syari?ati
  37. Mengungkap Rahasia Al-Qur?an, SMH Thabathaba?i
  38. Menjangkau Masa Depan Islam, Murtadha Muthahhari
  39. Menjawab Soal-soal Islam Kontemporer, Jalaluddin Rakhmat
  40. Menyegarkan Islam, Chibli Mallat (*0
  41. Menjelajah Dunia Modern, Seyyed Hossein Nasr
  42. Misteri Kehidupan Fatimah Az-Zahra, Hasyimi Rafsanjani
  43. Muhammad Kekasih Allah, Seyyed Hossein Nasr
  44. Muthahhari: Sang Mujahid Sang Mujtahid, Haidar Bagir
  45. Mutiara Nahjul Balaghah, Muhammad Al Baqir
  46. Pandangan Dunia Tauhid,. Murtadha Muthahhari
  47. Para Perintis Zaman Baru Islam,Ali Rahmena
  48. Penghimpun Kebahagian, M Mahdi Bin Ad al-Naraqi
  49. PersinggahanPara Malaikat, Ahmad Hadi
  50. Rahasia Basmalah Hamdalah, Imam Khomeini
  51. Renungan-renungan Sufistik, Jalaluddin Rakhmat
  52. Rubaiyat Ummar Khayyam, Peter Avery
  53. Ruh, Materi dan Kehidupan, Murtadha Muthahhari
  54. Spritualitas dan Seni Islam, Seyyed Hossein Nasr
  55. Syi?ah dan Politik di Indonesia, A. Rahman Zainuddin (editor)
  56. Sirah Muhammad, M. Hashem
  57. Tauhid Dan Syirik, Ja?far Subhani
  58. Tema-Tema Penting Filsafat, Murtadha Muthahhari
  59. Ulama Sufi & Pemimpin Ummat, Muhammad al-Baqir
YAPI
JAKARTA
  1. Abdullah Bin Saba? dalam Polemik, Non Mentioned
  2. Abdullah Bin Saba? Benih Fitnah, M Hashem
  3. Al Mursil Ar Rasul Ar Risalah, Muhammad Baqir Shadr
  4. Cara Memahami Al Qur?an, S.M.H. Bahesti
  5. Hukum Perjudian dalam Islam, Sayyid Muhammad Shuhufi
  6. Harapan Wanita Masa Kini, Ali Shari?ati
  7. Hubungan Sosial Dalam Islam, Sayyid Muh Suhufi
  8. Imam Khomeini dan Jalan Menuju Integrasi dan Solidaritas Islam, Zubaidi Mastal
  9. Islam Dan Mazhab Ekonomi, Muhammad Baqir Shadr
  10. Kedudukan Ilmu dalam Islam, Sayyid Muh Suhufi
  11. Keluarga Muslim, Al Balaghah Foundation
  12. Kebangkitan Di Akhirat, Nasir Makarim Syirazi
  13. Keadilan Ilahi, Nasir Makarim Syirazi
  14. Kenabian, Nasir Makarim Syirazi
  15. Kota Berbenteng Tujuh, Fakhruddin Hijazi
  16. Makna Ibadah, Muhammad Baqir Shadr
  17. Menuju Persahabatan, Sayyid Muh Suhufi
  18. Mi?raj Nabi, Nasir Makarim Syrazi
  19. Nasehat-Nasehat Imam Ali, Non Mentioned
  20. Prinsip-Prinsip Ajaran Islam, SMH Bahesti
  21. Perjuangan Melawan Dusta, Bi?that Foundation
  22. Persaudaraan dan Persahabatan, Sayyid Muh Suhufi
  23. Perjanjian Ilahi Dalam Al-Qur?an, Abdul Karim Biazar
  24. Rasionalitas Islam, World Shi?a Muslim Org.
  25. Syahadah, Ali Shari?ati
  26. Saqifah Awal Perselisihan Umat, O Hashem
  27. Sebuah Kajian Tentang Sejarah Hadis, Allamah Murthadha Al Askari
  28. Tauhid, Nasir Makarim Syirazi
  29. Wasiat Atau Musyawarah, Ali Shari?ati
  30. Wajah Muhammad, Ali Shari?ati
YAPI
Bangil
  1. Akal dalam Al-Kafi, Husein al-Habsyi
  2. Ajaran- ajaran Al-Quran, Sayid T Burqi & Bahonar
  3. Bimbingan Sikap dan Perilaku Muslim, Al Majlisi Al-Qummi
  4. Hawa Nafsu, M Mahdi Al Shifiy
  5. Konsep Ulul Amri dalam Mazhab-mazhab Islam, Musthafa Al Yahfufi
  6. Kumpulan Khutbah Idul Adha, Husein al-Habsyi
  7. Kumpulan Khutbah Idul Fitri, Husein al-Habsyi
  8. Metode Alternatif Memahami Al-Quran, Bi Azar Syirazi
  9. Manusia Seutuhnya, Murtadha Muthahhari
  10. Polemik Sunnah-Syiah Sebuah Rekayasa, Izzudddin Ibrahim
  11. Pesan Terakhir Rasul, Non Mentioned
  12. Pengantar Menuju Logika, Murtadha Muthahhari
  13. Shalat Dalam Madzhab AhlulBait, Hidayatullah Husein Al-Habsyi
Rosdakarya
  1. Catatan Kang Jalal, Jalaluddin Rakhmat
  2. Derita Putri-Putri Nabi, M. Hasyim Assegaf
  3. Fatimah Az Zahra, Jalaluddin Rakhmat
  4. Khalifah Ali Bin Abi Thalib, Jalaluddin Rakhmat
  5. Meraih Cinta Ilahi, Jalaluddin Rakhmat
  6. Rintihan Suci Ahlul Bait Nabi, Jalaluddin Rakhmat
  7. Tafsir Al fatihah: Mukaddimah, Jalaluddin Rakhmat
  8. Tafsir Bil Ma?tsur, Jalaluddin Rakhmat
  9. Zainab Al-Qubra, Jalaluddin Rakhmat
Al-Hadi
  1. Al-Milal wan-Nihal, Ja?far Subhani
  2. Buku Panduan Menuju Alam Barzakh, Imam Khomeini
  3. Fiqh Praktis, Hasan Musawa
CV
Firdaus
  1. Al-Quran Menjawab Dilema keadilan, Muhsin Qira?ati
  2. Imamah Dan Khalifah, Murtadha Muthahhari
  3. Keadilan Allah Qadha dan Qadhar, Mujtaba Musawi Lari
  4. Kemerdekaan Wanita dalam Keadilan Sosial Islam, Hashemi Rafsanjani(et. al)
  5. Pendidikan Anak: Sejak Dini Hingga Masa Depan, Mahjubah Magazine
  6. Tafsir Al Mizan: Ayat-ayat Kepemimpinan, S.M.H. Thabathaba?i
  7. Tafsir Al-Mizan: Surat Al-Fatihah, S.M.H. Thabathaba?i
  8. Tafsir Al-Mizan: Ruh dan Alam Barzakh, S.M.H. Thabathaba?i
  9. Tauhid: Pandangan Dunia Alam Semesta, Muhsin Qara?ati
  10. Al-Qur?an Menjawab Dilema Keadilan, Muhsin Qara?ati
Pustaka Firdaus
  1. Saat Untuk Bicara, Sa?di Syirazi
  2. Tasawuf: Dulu dan Sekarang, Seyyed Hossein Nasr
Risalah
Masa
  1. Akar Keimanan, Sayyid Ali Khamene?i
  2. Dasar-Dasar Filsafat Islam[2], Bahesty & Bahonar
  3. Hikmah Sejarah-Wahyu dan Kenabian [3], Bahesty & Bahonar
  4. Kebebasan berpikir dan Berpendapat dalam Islam, Murtadha Muthahhari
  5. Menghapus Jurang Pemisah Menjawab Buku al Khatib, Al Allamah As Shafi
  6. Pedoman Tafsir Modern, Ayatullah Baqir Shadr
  7. Kritik Terhadap Materialisme, Murtadha Muthahhari
  8. Prinsip-Prinsip Islam [1], Bahesty & Bahonar
  9. Syi?ah Asal-Usul dan Prinsip Dasarnya, Sayyid Muh. Kasyful Ghita
  10. Tauhid Pembebas Mustadh?afin, Sayyid Ali Khamene?i
  11. Tuntunan Puasa, Al-Balagha
  12. Wanita di Mata dan Hati Rasulullah, Ali Syari?ati
  13. Wali Faqih: Ulama Pewaris Kenabian,
Qonaah
  1. Pendekatan
    Sunnah Syi?ah, Salim Al-Bahansawiy
Bina Tauhid Memahami Al Qur?an, Murthadha Muthahhari
Mahdi Tafsir Al-Mizan: Mut?ah, S.M.H. Thabathabai
Ihsan Pandangan Islam Tentang Damai-Paksaan, Muhammad Ali Taskhiri
Al-Kautsar
  1. Agar Tidak Terjadi Fitnah, Husein Al Habsyi
  2. Dasar-Dassar Hukum Islam, Muhsin Labib
  3. Nabi Bermuka Manis Tidak Bermuka Masam, Husein Al Habsyi
  4. Sunnah Syi?ah Dalam Ukhuwah Islamiyah, Husain Al Habsyi
  5. 60 Hadis Keutamaan Ahlul Bait, Jalaluddin Suyuti
Al-Baqir
  1. 560 Hadis Dari Manusia Suci, Fathi Guven
  2. Asyura Dalam Perspektif Islam, Abdul Wahab Al-Kasyi
  3. Al Husein Merajut Shara Karbala, Muhsin Labib
  4. Badai Pembalasan, Muhsin Labib
  5. Darah Yang Mengalahkan Pedang, Muhsin Labib
  6. Dewi-Dewi Sahara, Muhsin Labib
  7. Membela Para Nabi, Ja?far Subhani
  8. Suksesi, M Baqir Shadr
  9. Tafsir Nur Tsaqalain, Ali Umar Al-Habsyi
Al-Bayan
  1. Bimbingan Islam Untuk Kehidupan Suami Istri, Ibrahim Amini
  2. Mengarungi Samudra Kebahagiaan, Said Ahtar Radhawi
  3. Teladan Suci Kelurga Nabi, Muhammad Ali Shabban
As-Sajjad
  1. Bersama Orang-orang yang Benar, Muh At Tijani
  2. Imamah, Ayatullah Nasir Makarim Syirazi
  3. Ishmah Keterpeliharaan Nabi Dari Dosa, Syaikh Ja?far Subhani
  4. Jihad Akbar, Imam Khomeini
  5. Kemelut Kepemimpinan, Ayatullah Muhammad Baqir Shadr
  6. Kasyful Asrar Khomeini, Dr. Ibrahim Ad-Dasuki Syata
  7. Menjawab Berbagai Tuduhan Terhadap Islam, Husin Alhabsyi
  8. Nabi Tersihir, Ali Umar
  9. Nikah Mut?ah Ja?far, Murtadha Al Amili
  10. Nikah Mut;ah Antara Halal dan Haram, Amir Muhammad Al-Quzwainy
  11. Surat-Surat Revolusi, AB Shirazi
Basrie
Press
  1. Ali Bin Abi Thalib di Hadapan Kawan dan Lawan, Murtadha Muthahhari
  2. Manusia Dan Takdirnya, Murtadha Muthahhari
  3. Fiqh Lima Mazhab, Muhammad Jawad Mughniyah
Pintu Ilmu Siapa,
Mengapa Ahlul Bayt, Jamia?ah Al-Ta?limat Al-Islamiyah Pakistan
Ulsa Press
  1. Mengenal Allah, Sayyid MR Musawi Lari
  2. Islam Dan Nasionalisme, Muhammad Naqawi
  3. Latar Belakang Persatuan Islam, Masih Muhajeri
  4. Tragedi Mekkah Dan Masa Depan Al-Haramain, Zafar Bangash
  5. Abu Dzar, Ali Syari?ati
  6. Aqidah Syi?ah Imamiyah, Syekh Muhammad Ridha Al Muzhaffar
  7. Syahadat Bangkit Bersaksi, Ali Syari?ati
Gua Hira
  1. Kepemimpinan
    Islam, Murtadha Muthahhari
Grafiti
  1. Islam Syi?ah: Allamah M.H. Thabathaba?i
  2. Pengalaman Terakhir Syah, William Shawcross
  3. Tugas Cendikiawan Muslim, Ali Syaria?ti
Effar
Offset
Dialog Pembahasan Kembali Antara Sunnah & Syi?ah Sulaim Al-Basyari & Syaraduddien Al ?Amili
Shalahuddin
Press
  1. Fatimah Citra Muslimah Sejati, Ali Syari?ati
  2. Gerbang Kebangkitan, Kalim Siddiqui
  3. Islam Konsep Akhlak Pergerakan, Murtadha Muthahhari
  4. Panji Syahadah, Ali Syari?ati.
  5. Peranan Cendekiawan Muslim, Ali Syari?ati
Ats-Tsaqalain Sunnah
Syi?ah dalam Dialog, Husein Al Habsyi
Pustaka Kehidupan
Yang Kekal, Morteza Muthahari
Darut
Taqrib
Rujuk
Sunnah Syi?ah, M Hashem
Al-Muntazhar
  1. Fiqh Praktis Syi?ah Imam Khomeini, Araki, Gulfaigani, Khui
  2. Ringkasan Logika Muslim, Hasan Abu Ammar
  3. Saqifah Awal Perselisihan Umat, O Hashem
  4. Tauhid: Rasionalisme Dan Pemikiran dalam Islam, Hasan Abu Ammar
Gramedia Biografi
Politik Imam Khomeini, Riza Sihbudi
Toha
Putra
Keutamaan
Keluarga Rasulullah, Abdullah Bin Nuh
Gerbang
Ilmu
Tafsir
Al-Amtsal (Jilid 1), Nasir Makarim Syirazi
Al-Jawad
  1. Amalan Bulan Ramadhan Husein Al-Kaff
  2. Mi?raj Ruhani [1], Imam Khomeini
  3. Mi?raj Ruhani [2] Imam Khomeni
  4. Mereka Bertanya Ali Menjawab, M Ridha Al-Hakimi
  5. Pesan Sang Imam, Sandy Allison (penyusun)
  6. Puasa dan Zakat Fitrah Imam Khomeini & Imam Ali Khamene?i
Jami?ah al-Ta?limat al-Islamiyah Tuntutan Hukum Syari?at, Imam Abdul Qasim
Sinar
Harapan
  1. Iran Pasca Revolusi, Syafiq Basri
  2. Perang Iran Perang Irak, Nasir Tamara
  3. Revolusi Iran, Nasir Tamara
Mulla
Shadra
  1. Taman Para Malaikat, Husain Madhahiri
  2. Imam Mahdi Menurut Ahlul Sunnah Wal Jama?ah, Hasan Abu Ammar
Duta Ilmu
  1. Wasiat Imam Ali, Non Mentioned
  2. Menuju Pemerintah Ideal, Non Mentioned
Majlis Ta?lim Amben 114 Hadis Tanaman, Al Syeikh Radhiyuddien
Grafikatama
Jaya
Tipologi Ali Syari?ati
Nirmala Menyingkap Rahasia Haji, Syeikh Jawadi Amuli
Hisab Abu
Thalib dalam Polemik, Abu Bakar Hasan Ahmad
Ananda Tentang Sosiologi Islam, Ali Syari?ati
Iqra Islam dalam Perspektif Sosiologi Agama, Ali Shari?ati
Fitrah Tuhan dalam Pandangan Muslim, S Akhtar Rizvi
Lentera
Antarnusa
Sa?di Bustan, Sa?di
Pesona Membaca Ali Bersama Ali Bin Abi Thalib, Gh R Layeqi
Rajawali
Press
  1. Tugas Cendekiawan Muslim, Ali Shari?ati
Bina
Ilmu
Demonstran Iran dan Jum?at Berdarah di Makkah, HM Baharun
Pustaka
Pelita
  1. 1. Akhirnya Kutemukan Kebenaran, Muh Al Tijani Al Samawi
  2. Cara Memperoleh Haji Mabrur, Husein Shahab
  3. Fathimah Az-Zahra: Ummu Abiha, Taufik Abu ?Alama
  4. Pesan Terakhir Nabi, Non Mentioned
Pustaka
  1. Etika Seksual dalam Islam, Morteza Muthahhari
  2. Filsafat Shadra, Fazlur Rahman
  3. Haji, Ali Syari?ati
  4. Islam dan Nestapa Manusia Modern, Seyyed Hosein Nasr
  5. Islam Tradisi Seyyed, Hosein Nasr
  6. Manusia Masa Kini Dan Problem Sosial, Muhammad Baqir Shadr
  7. Reaksi Sunni-Syi?ah, Hamid Enayat
  8. Surat-Surat Politik Imam Ali, Syarif Ar Radhi
  9. Sains dan Peradaban dalam Islam, Sayyed Hossein Nasr
Pustaka Jaya Membina Kerukunan Muslimin, Sayyid Murthadha al-Ridlawi
Islamic Center Al-Huda
  1. Jurnal Al Huda (1)
  2. Jurnal Al Huda (2)
  3. Syiah Ditolak, Syiah Dicari, O. Hashem
  4. Mutiara Akhlak Nabi, Syaikh Ja?far Hadi
Hudan
Press
  1. Tafsir Surah Yasin, Husain Mazhahiri
  2. Do?a-Do;a Imam Ali Zainal Abidin
Yayasan Safinatun Najah
  1. 1. Manakah Jalan Yang Lurus (1), Al-Ustads Moh. Sulaiman Marzuqi Ridwan
  2. Manakah Jalan Yang Lurus (2), Al-Ustads Moh. Sulaiman Marzuqi Ridwan
  3. Manakah Jalan Yang Lurus (3), Al-Ustads Moh. Sulaiman Marzuqi Ridwan
  4. Manakah Shalat Yang Benar (1), Al-Ustads Moh. Sulaiman Marzuqi Ridwan
Amanah Press Falsafah Pergerakan Islam, Murtadha Muthahhari
Yayasan Al-Salafiyyah Khadijah Al-Kubra Dalam Studi Kritis Komparatif, Drs. Ali S. Karaeng Putra
Kelompok
Studi Topika
Hud-Hud
Rahmaniyyah, Dimitri Mahayana
Muthahhari
Press/Muthahhari Papaerbacks
  1. Jurnal Al Hikmah (1)
  2. Jurnal Al Hikmah (2)
  3. Jurnal Al Hikmah (3)
  4. Jurnal Al Hikmah (4)
  5. Jurnal Al Hikmah (5)
  6. Jurnal Al Hikmah (6)
  7. Jurnal Al Hikmah (7)
  8. Jurnal Al Hikmah (8)
  9. Jurnal Al Hikmah (9)
  10. Jurnal Al Hikmah (10)
  11. Jurnal Al Hikmah (11)
  12. Jurnal Al Hikmah (12)
  13. Jurnal Al Hikmah (13)
  14. Jurnal Al Hikmah (14)
  15. Jurnal Al Hikmah (15)
  16. Jurnal Al Hikmah (16)
  17. Jurnal Al Hikmah (17)
  18. Shahifah Sajjadiyyah, Jalaluddin Rakhmat (penyunting)
  19. Manusia dan Takdirnya, Murtadha Muthahhari
  20. Abu Dzar, Ali Syariati
  21. Pemimpin Mustadha?afin, Ali Syariati
Serambi
  1. Jantung Al-Qur?an, Syeikh Fadlullah Haeri
  2. Pelita Al-Qur?an, Syeikh Fadlullah Haeri
Cahaya Membangun
Surga Dalam Rumah Tangga, Huzain Mazhahiri
(Non Mentioned)
  1. Sekilas Pandang Tentang Pembantain di Masjid Haram, Non Mentioned
  2. Jumat Berdarah Pembantaian Kimia Rakyat Halajba 1988, Non Mentioned
  3. Al-Quran dalam Islam, MH Thabathabai
  4. Ajaran-Ajaran Asas Islam, Behesti
  5. Wacana Spiritual, Tabligh Islam Program
  6. Keutamaan Membaca Juz Amma, Taufik Yahya
  7. Keutamaan Membaca Surah Yasin, Waqiah, Al Mulk, Taufik Yahya
  8. Keutamaan Membaca Surah Al-Isra & Al-Kahfi, Taufik Yahya
  9. Bunga Rampai Keimanan, Taufik Yahya
  10. Bunga Rampai Kehidupan Sosial, Taufik Yahya
  11. Bunga Rampai Pendidikan, Husein Al-Habsyi
  12. HikmahHikmah Sholawat ,Taufik Yahya
  13. Bunga Rampai Pernikahan, Taufik Yahya
  14. HikmahHikmah Puasa, Taufik Yahya
  15. HikmahHikmah Kematian, Taufik Yahya
  16. Wirid Harian, Non Mentioned
  17. Do?a Kumay,l Non Mentioned
  18. Do?a Harian, Non Mentioned
  19. Do?a Shobah, Non Mentioned
  20. Do?a Jausyan Kabir, Non Mentioned
  21. Keutamaan Shalat Malam Dan Do?anya, Non Mentioned
  22. Do?a Nutbah, Non Mentioned
  23. Do?a Abu Hamzah Atsimali, Non Mentioned
  24. Do?a Hari Arafah (Imam Husain), Non Mentioned
  25. Do?a Hari Arafah (Imam Sajjad), Non Mentioned
  26. Do?a Tawassul, Non Mentioned
  27. Do?a Untuk Ayah dan Ibu, Non Mentioned
  28. Do?a Untuk Anak, Non Mentioned
  29. Do?a Khatam Qur?an, Non Mentioned
  30. Doa Sebelum dan Sesudah Baca Qur?an, Non Mentioned
  31. Amalan Bulan Sya?ban dan Munajat Sya?baniyah, Non Mentioned

Wasiat Khomeini: Bangsa Iran saat ini lebih baik daripada bangsa Hijaz pada masa Rasulullah SAWW

Khomeini sebelum mati menulis surat wasiat seperti berikut:

Dengan nama-Nya yang Agung,

Surat wasiat ini harap dibacakan kepada rakyat setelah kematian saya oleh anak saya Ahmad. Jika ia berhalangan, harap surat ini dibaca oleh yang terhormat Presiden , atau Ketua Parlemen , atau Ketua Pengadilan Tinggi Negara. Jika mereka semua berhalangan, mohon salah satu dari ulama yang berada di Dewan Penjaga Konstitusi bersedia untuk membacakannya.
Dengan nama-Nya yang Agung,

Bersama surat wasiat sepanjang 29 halaman ini, saya sertakan beberapa ……….

Diantara tulisan nya yang BETUL-BETUL CELAKA DAN HARAM JADAH IALAH KATANYA:

“Saya berani menyatakan bahwa bangsa Iran saat ini lebih baik daripada bangsa Hijaz pada masa Rasulullah SAWW atau masyarakat Kufah pada masa Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib dan Husain bin Ali a.s. Bangsa Hijaz pada masa Rasulullah SAWW, meskipun telah menjadi muslim, mereka tidak mematuhi Rasulullah. Dengan berbagai dalih, mereka menolak untuk maju ke medan perang, sehingga Allah menurunkan ayat-ayat dalam Surah Al Taubah yang mengecam mereka dan menurunkan azab bagi mereka. Mereka sangat suka berbohong sampai-sampai Rasulullah -sebagaimana disebutkan dalam riwayat-mengutuk mereka di atas mimbar.

Begitu pula rakyat Irak dan Kufah pada zaman Imam Ali dan Imam Husein. Mereka sedemikian buruk berperilaku terhadap Amirul Mukminin dan tidak mau mematuhinya, sampai-sampai keluhan Amirul Mukminin terhadap mereka terkenal dalam catatan sejarah. Kaum Irak dan Kufah juga melakukan pengkhianatan terhadap Sayyidusy-Syuhada Husain bin Ali a.s. sehingga terjadilah apa yang telah terjadi, yaitu pembantaian terhadap Imam Husain dan keluarga beliau di Padang Karbala. Mereka yang tidak menodai tangan mereka dalam peristiwa pembantaian itu adalah mereka yang lari dari medan perang atau duduk berdiam diri sehingga kejahatan sejarah itu terjadi.”

Anda boleh membaca wasiat tersebut di  http://indonesian.irib.ir/tokoh/-/asset_publisher/tCI5/content/surat-wasiat-politik-ilahiah-imam-khomeini

wasiat khomeiniINI KAH GAMBARAN IMAM SYIAH YANG MENJADI IKUTAN ORANG SYIAH SEKARANG? SEDANGKAN ALQURAN MERAKAMKAN:

QS 3:110  ” Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.“

Masuklah ke dalam syurga dengan rahmatKu

Intipati kuliah subuh pagi tadi oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

1. Hasan al Basri pernah berkata, Allah s.w.t akan berkata kepada hamba-hambanya yang suci, ” Lalulah di titian dengan ampunanKu, lalu masuklah ke dalam syurga dengan rahmatKu, lalu bertingkat-tingkatlah tempat kamu di dalam syurga sesuai amal kamu.”

2. Abdullah bin Mas’ud pernah berkata, ” Manusia akan tetap bersama rahmat Allah s.w.t. hingga hari kiamat, bahkan iblis pun berdebar-debar dadanya kerana mengharapkan rahmat Allah s.w.t”

3. Imam Muslim meriwayatkan ,” Telah bersabda Rasullulah s.a.w : Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang berat dirasakan oleh manusia untuk mengerjakannya, sedangkan neraka dikelilingi dengan hal-hal yang disenangi oleh manusia untuk mengerjakannya.” – hadis no 2822.

Berbicara mengenai rahmat Allah ini saya teringat , friman Allah kepada Musa a.s, bagi menjawab doa serta taubat Musa a.s dan kaumnya, kerana kaumnya menyembah patung anak lembu. Firman Allah  dalam surah sebahagian surah al A’raf ayat 156 bermaksud  : “….. Azab Ku akan Ku timpakan ke atas sesiapa yang Aku kehendaki, tetapi rahmatKu meliputi segala sesuatu. (Rahmat) itu Aku akan menentukannya bagi orang yang bertakwa dan yang menunaikan zakat, serta orang-orang yang beriman terhadap ayat-ayat Kami”.