Masuklah ke dalam syurga dengan rahmatKu

Intipati kuliah subuh pagi tadi oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

1. Hasan al Basri pernah berkata, Allah s.w.t akan berkata kepada hamba-hambanya yang suci, ” Lalulah di titian dengan ampunanKu, lalu masuklah ke dalam syurga dengan rahmatKu, lalu bertingkat-tingkatlah tempat kamu di dalam syurga sesuai amal kamu.”

2. Abdullah bin Mas’ud pernah berkata, ” Manusia akan tetap bersama rahmat Allah s.w.t. hingga hari kiamat, bahkan iblis pun berdebar-debar dadanya kerana mengharapkan rahmat Allah s.w.t”

3. Imam Muslim meriwayatkan ,” Telah bersabda Rasullulah s.a.w : Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang berat dirasakan oleh manusia untuk mengerjakannya, sedangkan neraka dikelilingi dengan hal-hal yang disenangi oleh manusia untuk mengerjakannya.” – hadis no 2822.

Berbicara mengenai rahmat Allah ini saya teringat , friman Allah kepada Musa a.s, bagi menjawab doa serta taubat Musa a.s dan kaumnya, kerana kaumnya menyembah patung anak lembu. Firman Allah  dalam surah sebahagian surah al A’raf ayat 156 bermaksud  : “….. Azab Ku akan Ku timpakan ke atas sesiapa yang Aku kehendaki, tetapi rahmatKu meliputi segala sesuatu. (Rahmat) itu Aku akan menentukannya bagi orang yang bertakwa dan yang menunaikan zakat, serta orang-orang yang beriman terhadap ayat-ayat Kami”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s