Mengaku Berzina: Taubat sebenar seorang wanita dari suku Juhainah

Dari Abu Nujaid iaitu lmran bin Hushain al-Khuza’i radhiallahu ‘anhuma bahwasanya ada seorang wanita dari suku Juhainah mendatangi Rasulullah s.a.w. dan ia sedang dalam keadaan hamil kerana perbuatan zina. Kemudian ia berkata:

“Ya Rasulullah, saya telah melakukan sesuatu perbuatan yang harus
dikenakan had – hukuman – maka tegakkanlah had itu atas diriku.”

Nabiullah s.a.w. lalu memanggil wali wanita itu lalu bersabda:

“Berbuat baiklah kepada wanita ini dan apabila telah melahirkan – kandungannya, maka datanglah padaku dengan membawanya.”

Wali tersebut melakukan ара yang diperintahkan. Setelah bayinya lahir – lalu beliau s.a.w. memerintahkan untuk memberi hukuman, wanita itu diikatlah pada pakaiannya, kemudian dirajamlah. Selanjutnya beliau s.a.w. menyembahyangi jenazahnya.

Umar berkata pada beliau:

 “Apakah Tuan menyembahyangi jenazahnya, ya Rasulullah, sedangkan ia telah berzina?”

 Beliau s.a.w. bersabda:

“Ia telah bertaubat benar-benar, andaikata taubatnya itu dibagikan kepada tujuh puluh orang dari penduduk Madinah, pasti masih mencukupi. Adakah pernah engkau menemukan seseorang yang lebih utama dari orang yang suka mendermakan jiwanya semata-mata kerana mencari keridhaan Allah ‘Azzawajalla?”

–   Imam Nawawi memetik hadis Riwayat Muslim

CATITAN :

1.Hadis di atas saya kutip dari kuliah magrib Ustaz Ya Ali Bin Dahaman pada 2 Dzulkaedah 1434,  pada menekuni kitab Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang Salih) tulisan Imam Nawawi. Dalam syarahan Ustaz Ya Ali Dahaman, beliau menghuraikan perihal perlaksanan hukuman tersebut, namun dalam tulisan saya berikut ini, saya akan menyentuh pada sisi pandangan yang berbedza.

2.  Di dalam kitab  Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis  Karangan Haji Said Haji Ibrahim, Bekas Mufti Sabah, wanita dari suku Juhainah itu dikenali bernama Ghamidiyah

3.  Hukuman Zina.

(a) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan #1, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.

(b) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan,#2  maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun. (Bagaimanpun didalam Kitab Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis halaman 27-31, disebut sebagai tambahan dibuang negeri selama setahun)

#1  Jika pesalah itu sudah berkahwin dengan sah dan telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan itu, maka pesalah itu dinamakan mohsan .  #2 Tetapi apabila pesalah itu belum berkahwin atau sudah berkahwin tetapi belum merasai nikmat persetubuhan dalam perkahwinan itu maka pesalah itu dinamakan ghairu mohsan.

 – Rujuk Hukuman Zina di  https://aburedza.wordpress.com/2011/10/10/enakmen-kesalahan-jenayah-syariah-hudud-dan-qisas-terengganu/

4. Syiah berkeyakinan Nikah Mut’ah adalah halal sehingga hari kiamat. Mereka berkeyakinan Khalifah Umar r,a bertangung jawab mengharamkanya, maka terjadilah  dan merebaknya zina. Hadis di atas membuktikan zina juga berlaku sebelum pemerintahan Khalifah Umar hatta di zaman nabi lagi. Maka bukan Khalifah Umar penyebab zina!  Khalifah Umar mengharamkannya kerana nabi mengharamkannya. Orang  Suni sepakat bahawa nikah Mut’ah pernah halal di awal Islam tetapi kemudiannya diharamkan.  Dalil  dari  Sunnah dalam  mengharamkan  nikah  mut’ah  adalah  hadits  Ar Rafi’  bin  Sirah  Al  Juhani,  sesungguhnya  bapaknya menceritakan  kepadanya  bahwa  sesungguhnya  ia (bapaknya) bersama rasulullah, maka beliau bersabda:

“Wahai Manusia sesungguhnya saya pernah mengizinkan untuk  kalian  bersenang-senang  dengan  perempuan (nikah mut’ah), dan sesungguhnya Allah sungguh telah mengharamkan  hal  itu  (nikah  mut’ah)  sampai  hari Kiamat,  barangsiapa  yagn  memiliki  seseorang  wanita darinya  maka  hendaklah  ia  melepaskannya,  dan janganlah  kalian  mengambil  sedikitpun  dari  apa  yang telah  kalian  berikan  kepadanya.”  (H.R.  Muslim)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s