Surah Maryam: Nabi Yahya a.s Putra Nabi Zakaria a.s

Nabi Yahya a.s Putra Nabi Zakaria a.s

Ketika mengikuti kuliah Muktasar Tafsir Ibn Katsir surah Maryam, oleh Ustaz Ya Ali Bin Dahaman, saya tertarik kepada ayat 1 hingga ayat 15.

maryam

Kepada nabi Yahya a.s Allah  kurniakan hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak, dan ia seorang yang bertakwa, dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, juga tidak pula sombong dan derhaka. Pada surah Maryam ayat ke 15, Allah berfirman , maksudnya:

“ Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula ( pada hari kiamat).”

Ibn  Katsir di dalam Kitab Kisah Para Nabi menghurai ayat di atas:

[Masa-masa yang tiga ini merupakan masa yang paling berat bagi manusia  sebab pada setiap manusia waktu tersebut ialah masa perpindahan dari satu alam ke satu alam yang lain. Dia kehilangan alam yang pertama setelah ia terbiasa dengan nya dan telah mengenalnya, lalu berpindah kea lam yang lain, dan dia tidak tahu apa yang akan di alaminya. Oleh itu dia menangis dan menjerit ketika ia keluar dari antara isi perut dan meninggalkan kelembutan dan keramahannya, dan berpindah ke alam dunia ini untuk bersusah payah menahan kesedihan dan kesusahannya.

Demikian juga ketika berpisah meninggalkan alam dunia ini dan berpindah ke alam barzakh, iaitu alam pemisah antara dunia yang fana dan alam akhirat. Dari tempat keramaian penuh dengan bangunan dan lukisan ke kampung halaman orang-orang mati, penghuni kubur. Di sana dia menunggu tiupan sangkakala untuk hari kebangkitan hidup kembali.  Maka ada yang bergembira dan bersuka hati dan ada pula  bersedih hati dan binasa. Ada yang terhibur dan ada pula yang hancur. Satu kelompok di dalam syurga dan sekelompok yang lain di dalam neraka.

…..  Oleh kerana tiga masa ini merupakan masa yang paling berat bagi manusia anak cucu adam, maka Allah memberikan kesejahteraan kepada Yahya pada setiap masanya.]

kisah para nabi

Demikian hebatnya janji dan tawaran Allah terhandap hambanya Yahya a.s.

Nabi Yahya a.s  adalah anak kepada Nabi Zakaria a.s. Ibn Katsir menyebut nasab nabi Zakaria a.s. sampai kepada Nabi Sulaiman bin Daud. Ini bermaakna Zakaria a.s dan anaknya Yahya a.s adalah nabi-nabi bagi bani Israil. Nabi Yahya a.s  adalah anak nabi Zakaria yang di lahirkan diketika umurnya telah tua dan begitu juga dengan isteri baginda ( Zakaria a.s). Apabila Zakaria a.s melihat Mariam, ibu Nabi Isa a.s, yang didalam peliharaanya, sering dihidangkan rezki ( oleh Allah) buah-buahan yang bukan pada musimnya, maka ia teringin untuk mendapat seorang anak. Maka berdoalah Zakaria a.s kepada Allah. Lalu Allah mengurnikan Yahya a.s kepadanya.

Nabi Yahya a.s dan nabi Isa a.s adalah nabi bagi bani Israil pada zaman yang sama.

Ibn Katsir menyebut ada riwayat mengatakan ibu Yahya a.s ( Isteri Nabi Zakaria a.s) bernama Asyia binti Imran adalah saudara perempuan Maryam binti Imran. Ibn Katsir juga berkata ada riwayat menyebut ibu Yahya a.s,  Asyia  adalah saudara perempuan Hanah isteri kepada Imran, iaitu ibu Maryam. Jadi Yahya a.s adalah anak saudara Maryam atau mungkin juga  mereka berdua sepupu.

Mengikut Ibn Katsir, nasab Maryam binti Imran sampai kepada nabi Daud a.s  dan demikian juga nasab Nabi Zakaria a.s.

Mengikut  Maulana Abdullah Yusof Ali dalam tafsirnya mengatakan emak Yahya a.s, Asyia  dikenali juga sebagai Elisabeth.  Kata  Maulana Abdullah Yusof Ali,  Elisabeth adalah ketrurunan Nabi Harun  Bin Imran saudara Musa a.s. (Bukan Imran bapa Maryam). Hujah beliau bersandar kepada Perjanjian baru, Lukas 1:5 

” Pada zaman Herodes, raja Yudea, adalah seorang imam yang bernama Zakaria dari rombongan Abia. Isterinya juga berasal dari keturunan Harun, namanya Elisabet.”  – Lukas 1:5

Ini bermakna Jika ibu Yahya   dan Maryam dua beradik, mereka adalah dari keturunan Harun bin Imran, abang kepada Nabi Musa. Jika demikian bertepatan pula dengan firman Allah surah Maryam ayat 28:

” Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat”

Nabi Yahya a.s akhirnya mati dibunuh oleh raja pemerintah dari bani Israil. Demikian juga ayahndanya Nabi Zakaria a.s.

 

Rujukan:

1. Ibnu Katsir, Kisah Para Nabi Teladan Bagi Orang Berakal, Darul Fajar, Sdn. Bhd.

Cetakan 2003

2. Maulana Abdullah Yusof Ali, Al Quran ,Terjemahan Dan Huraian Maksud, DBP, Cetekan 1992

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s