Senator Dr Johari: Tidak Wujud Syiah, Kalau Mereka Nafi Apa Yang Ada Dalam Kitab Induk Mereka

Kita sering juga dihidangkan dengan penafian golongan Syiah atau simpatisan Syiah terhadap pelbagai tuduhan yang ditujukan kepada Syiah. Tuduhan berkenaan ada yang sampai ke peringkat kufur. Antaranya ialah, mereka mengkafirkan majoriti sahabat termasuk sahabat besar dan para isteri Rasulullah s.a.w. Dan pelbagai tuduhan berat lainnya. Mereka akan menafikan dengan mengatakan ia adalah fitnah.

Tahukah anda bahawa segala pertuduhan berat yang ditujukan kepada Syiah diambil dari kitaab-kitab induk mereka sendiri? Bukan rekaan Ahlus Sunnah.

Tahukah anda apa akan terjadi jika mereka benar-benar menafikan segala tuduhan-tuduhan berkenaan? Jika mereka menafikannya, bermakna Syiah itu tidak wujud dan tidak perlu wujud..

 

Antara isikandungan video:

1. Dakwaan tentang kesesatan Syiah boleh dibaca sendiri dalam kitab-kitab induk mereka. Ia memang benar-benar wujud di dalam kitab berkenaan. Kalau syiah tak mengakui apa yang ada dalam kitab induk mereka seperti Usul Kafi dll, maka tak wujud apa yang dinamakan Syiah

2. Kenapa orang Malaysia benci sangat dengan Muawiyah dan Yazid? Kerana sejarah Islam tidak ditulis dengan betul.

3. Asyura.. Apa Itu Asyura? Jawab: Bermaksud kesepuluh.

Kenapa buat bubur pada hari Asyura (10 Muharram)? Jawab: Kerana nak mematikan Sunnah berpuasa pada hari berkenaan.

4. Prinsip Syiah Imamiyah: Perlu Lakukan Yang Bertentangan Dengan Ahlus Sunnah

Ulama Syiah bila ditanya: Bagaimana jika seorang Syiah berada di kalangan Ahlus Sunnah mahu bertanya hukum-hakam?

Jawab: Tanyalah ulama Ahlus Sunnah. Kalau mereka menjawab halal, ia bermaksud haram.

Sumber:  http://www.al-ahkam.net/

Siapa yang masuk syurga tanpa hisab?

Berikut ini sedikit catitan ringkas  kuliah Subuh pagi tadi oleh Ustaz Ya Ali Dahaman Imam Masjid As Syakirin. Ustaz mengupas 2 hadis yang dipetik dari Muktasar Tazkirah al Qurtubi mmengenai orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Hadis  pertama adalah hadis riwayat Imam Muslim, kitab Imam hadis no 128:

Rasullulah bersabda, “ Ada tujuh puluh ribu dari umatku yang akan masuk syurga tanpa hisab”. Lalu orang-orang  pun bertanya:

Siapakah mereka wahai Rasullullah?

Rasulullah s.a. w pun menjawab:  “ Mereka adalah orang yang tidak mencuri dengar, tidak meramalkan nasib buruk, tidak mempunyai dendam dan bertawakal kepada Tuhan mereka”

Ustaz menghuraikan tidak mencuri dengar maksudnya tidak belajar mengenai ugama lain. Tidak meramalkan nasib buruk maksudnya menilik nasib. Tidak mempunyai dendam maksudnya melupakan dan memaafkan kesalahan orang lain. Bertawakal pula bermaksud berusaha dahulu kemudian diikuti doa dan menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Hadis yang kedua di riwayat oleh Tirmizi  kitab Sifat Hari Kiamat  no hadis 1437 dan Ibnu Majah no hadis 4286 :

“Aku pernah mendengar Rasulullah s.aa.w bersabda: Tuhanku telah menjanjikan kepada ku bahawa akan masuk syurga tujuh puluh ribu orang dari umatku tanpa hisab dan setiap setiap seribu orang dari mereka akan menyebakan tujuh puluh ribu lainnya tidak di azab dan mendapat tiga kurnia Allah ‘Azza wa Jalla.”

[Setelah mendengar hadis tersebut saya membuat pengiraan berikut:

=(70,000 bahagi 10,000) X 70,000 = 7 X 70,000 = 490,000 orang  akan masuk syurga taanpa hisab]

Menghurai dua hadis di atas Ustaz Ya Ali membawa kata-kata Ibnu Mas’ud bahawa sesiapa yang mengali perigi di padang pasir kerana imam dan mengharapkan balasan dari Allah s.w.t. maka ia akan masuk syurga tanpa hisab.

Contoh kedua ialah kata-kata Ali bin al Hussain r.a [ Saya memahaminya sebagai cicit kepada Nabi s.a.w ia itu Imam ke 4 bagi orang Syiah] , ia bercerita:

“Pada hari kiamat akan di serukan : Yang manakah di antara kamu ahl fadhl ( orang yang mempunyai keutamaan), bangkitlah.”

Maka bangkitlah  tetapi hanya sedikit sahaja, lalu di seru “ Pergilah ke syurga” Mereka pun pergi sehingga bertemu pula dengan  Malaikat. Malaikat bertanya,” kamu hendak kemana?”. Lalu mereka menjawab,”Kami hendak ke syurga.”  Malaikat bertanya lagi ,” Sebelum kamu di hisab?”  Mereka pun menjawab, “Benar” . Malaikat bertanya lagi, “ Siapakah kamu ini?”

Mereka menjawab, “ Kami adalah orang-orang yang apabila datang orang bodoh kepada kami, kami berlemah lembut kepadanya. Apabila ada orang yang menyakiti kami, kami bersabar, apabila ada orang menzalimi kami, kami memaafkanya.”

Lalu Malaikat berkata,” Pergilah ke Syurga, itulah balasan paling layak bagi orang-orang yang berbuat soleh.”

Untuk kali kedua Allah menyeru lagi : “ Siapakah diantara kamu termasuk orang-orang yang penyabar?” Maka mereka pun diperintahkan  untuk memasuki syurga. Seperti golongan pertama, mereka ini juga bertemu dengan Malaikat.

Malaikat bertanya, “ Siapakah kamu ini?”

Mereka menjawab, “ Kami adalah  orang-orang  yang bersabar untuk tetap taat kepada Allah s.w.t  dan sabar untuk tetap tidak melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.”  Lalu Malaikat berkata, “ Masuklah ke dalam syurga, itulah senikmat-nikmat  balasan bagi orang yang soleh.”

Untuk kali ke tiga Allah menyeru: “ Hendaklah bangkit orang-orang yang berziarah kerana Allah s.w.t.  dengan menghadiri pengajian kerana Allah dan  (menyembelih)berkorban kerana Allah.” Mereka pun diperintah masuk ke syurga. Seperti golongan terdahulu mereka bertemu dan bersoal jawab dengan Malaikat, lalu Malaikat juga berkata,” “ Masuklah ke dalam syurga, itulah senikmat-nikmat  balasan bagi orang yang soleh.”

Selamat Menyambut Hari Raya ‘Idil Adha Dan Selamat Menunaikan Ibadat Korban.

Selamat Menyambut Hari Raya ‘Idil Adha Dan Selamat Menunaikan Ibadat Korban, semuga semua amal ibadat kita di terima Allah swt.

All berfirman maksudnya:

QS 5:27  : Ceriterakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Kabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Kabil). Ia berkata (Kabil): “Aku pasti membunuhmu!” Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa”.

QS 22: Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

Semuga korban kita yang ikhlas ini diterima Allah,

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Selamat Berpuasa Arafah hari ini 14 Oktober

Selamat berpuasa Arafah hari ini. Puasa yang sabda Rasulullah saw dapat menghapuskan dosa setahun, tahun ini dan setahun lagi tahun hadapan. MasyaAllah maha pemurahnya dan maha pengampun Allah tuhanku.

Saya teringat kata-kata yang ditulis  Perwadah USIM seperti berikut:

Kata-kata Nabi Isa AS terhadap Bani Israil yang dinukilkan as-Sheikh al-Akbar Ibnu Arabi didalam kitabnya al-Mau’izah al-Hasanah yang berbunyi:

Maksudnya: “Puasalah terhadap dunia, jadikanlah berbukamu adalah hari kematianmu. Jadilah engkau seperti seorang yang mengubati lukanya dengan suatu ubat kerana ia khuatir akan binasa. Hendaklah kamu memperbanyak mengingat mati, kerana kematian akan datang kepada seorang Mukmin dengan kebaikan yang tidak ada keburukan sesudahnya. Serta kematian itu akan datang kepada pelaku maksiat dengan keburukan yang tidak ada kebaikan sesudahnya”  

Hari ini adalah hari kemuncak didalam melakukan ibadah haji. Para jamaah haji akan sibuk dengan zikir dan doa. Kita yang tidak berada di Padang Arafah mengantikannya dengan berpuasa Arafah. Semuga Allah swt menerima amalan puasa kita. Amin

Memakan Daging Korban Sesudah Tiga Hari

Seseorang yang melakukan ibadat korban, bolehkah ia menyimpan daging tersebut lebih tiga hari, selepas itu baru ia memakannya?

Jawapan tersebut diberi melalui dua hadis riwayat Imam Muslim seperti berikut:

Halaman 188

Halaman 188

Ini bermakna hadis pertama yang melarang   telah di mansuhkan melalui hadis yang kedua. Oleh yang demikian biasa kita mendengar orang melarang seseorang menyimpan lebih dari 3 hari kerana ia tidak membaca hadis yang kedua berikutnya.

Jld 1 Terjemahaan Hadis Sahih M<uslim

Jld 1 Terjemahaan Hadis Sahih M<uslim

Rujukan: Terjemah Hadis Shahih Muslim, Fachruddin HS, Penerbit Bulan Bintang, cetakan tahun 1978, pada halaman 188 Jilid 1

Munajat hambamu

Ya Allah, ya tuhanku,
Tiada indah suatu malam kecuali dengan bermunajat kepada Mu.
Tiada indah suatu sinar, kecuali berbuat taat kepada Mu.
Tiada indah suatu siang, kecuali berbuat taat kepada Mu.
Tiada indah dunia ini, kecuali dengan berzikir kepada Mu.
Tiada indah negeri akhirat, kecuali ampunan Mu.
Dan tiada syurga, melainkan dengan melihat wajah Mu.

Ya Allah, ya tuhanku,
Ampuni aku
Rahmatilah aku
Sesungguhnya Engkaulah pemberi  rahmat dan maha pegampun.

Jom Puasa Arafah Isnin 14 Oktober

Jom kita pakat pakat puasa Arafah hari Isnin ini 14 Oktober.

 

Halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin

Halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin

Imam Nawawi meriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a, beliau berkata  Maksudnya:

” Rasullulah s.a.w  pernah ditanya  tentang (keutamaan) puasa hari Arafah. Baginda menjawab, ia daapat menghapuskan dosa tahun lalu dan tahun yang akan datang.”

– Di petik daripada halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi     karangan Syeikh Yusuf bin Ismail An Nabhani, Penerbit Telaga Biru.

– Imam Nawawi Lahir 631 H dan wafat 676 H

Umno telah memasang perangkap Syiah dan Pas telah memasukinya.

PAS TERPERANGKAP ISU SYIAH

Aku  dah lama tak sedap hati melihat pengaruh Syiah dalam Pas. Jauh lebih lama sebelum Kedah terlepas kepada UMNOBN lagi. Sebelum PRU 13 aku seriyau benar Pas akan kalah teruk di Kedah. Tambahan sebelum PRU 13 Dato Mukhriz telah bangkitkan isu Syiah di Kedah.

Terbaru  aku terbaca tulisan Subki Latif : Syiah Jadi Isu Politik.  Di akhir tulisanya Subki menulis:

“Sasaran perangkap itu tidak banyak atas penyokong yang setia, tetapi adalah untuk menjauhkan  oleh Melayu dari mendekati PAS. Tidak mudah bagi PAS keluar dari perangkap itu. Sekalipun ia adalah ikhtiar Umno supaya kempen PAS ganti Umno tidak berhasil. Mungkin PAS boleh memberi penjelasan ilmiah yang layak dapat Phd, tetapi dari segi politiknya ia sudah dijerat.”

Ringkas katanya,  Pas di jerat dengan isu Syiah.

Ya betul, Umno telah memasang perangkap syiah dan pas telah memasukinya.

Maka aku mengesyurkan di sini, Pas hendaklah keluar dg penuh bergaya. Tinggalkan syiah. Pemimpin Pas  jangan tunjukan sokongan maupun simpati kepada  Syiah. Pas boleh berkawan  dengan PKR, DAP, Hindu, Budha, malah Kristian sekalipun, kerana org melayu tak akan masuk agama itu, tapi orang melayu mudah masuk Syiah. Jika pun habis terdesak atau serba salah  lebih baik diam. Bercakap banyak akan menampakkan sikap.

Sekarang masih tak ramai Syiah yg akan mengundi Pas, berbanding Melayu yang akan lari dari Pas. Kata Subki penyokong tegar Pas mungkin tak banyak kesan atas isu Syiah. Tapi aku  kata aku juga penyokong setia Pas, tetapi tetap menolak Calun PRU/K yang Syiah atau penyokong atau sekadar bersimpati kepada Syiah. Kalau aku boleh mengundi, aku akan pastikan calun itu kalah, sekalipun terpaksa mengundi UMNO. Berapa ramai orang seperti aku? Terutama di Sungai Limau?

Ya, betul Umno telah memasang perangkap Syiah dan Pas telah memasukinya.

Buktinya, perangkap yang dipasang melalui pembentangan Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013, yang tidak menyebut sepatah pun perkataan Syiah, telah memerangkap ADUN PAS-PR dengan jayanya. Keratan akhbar Sinar diatas, tanpa menyebut PAS, tetapi sebenarnya, Umno telah berjaya membantai PAS kerana PAS tidak bersungguh mengawal Syiah, semasa Pa memerintah.Tidak kira apa alasan pun, perangkap itu telah dimasuki Pas. Sekalipun PAS mempunyai seribu alasan untuk mentang Rang Undang-undang itu, PAS-PR pasti sukar menjawabnya di PRK Sungai Limau. Aku pasti Isu Syiah akan menjadi modal politik utama UMNO-BN. Nyata Dato Mukhriz lebih cekap mencatur politik Kedah. Mengapa ADUN PAS gagal menghidu perangkap Syiah  yang di pasang UMNO? Alasan ADUN PAS bahawa RUU itu tidak menyebut sepatah pun perkataan Syiah, menunjukkan mereka terlepas pandang atau tidak cermat.

Mengapa PAS Kedah terutamanya dan Malaysia amnya masih sayang pada Syiah. Sedang semua media telah  buat kempen Anti Syiah. Aku sebenarnya suka malah menyokong semua usaha kempen anti Syiah. Kesannya rupa Syiah telah menjadi huduh kepada orang Melayu! Kehuduhan Syiah telah terpalit pada PAS.

Ini di burukkan lagi dengan pengakuan Mat Sabu bahawa idolanya ialah Khomini dan Hassan Nasrullah. Ditambah lagi katanya Unit Amal Pas adaalah tiruan dari Iran. Lebih menyedihkan, lagu rasmi Unit Amal juga dari Iran.

SESUNGGUHNYA PAS TELAH MEMBELI SYIAH DENGAN MENJUAL NEGERI KEDAH DARUL AMAN KEPADA UMNOBN. 

Dato Dr Johari Mat menentang Syiah:

ARTIKAL BERKAITAAN

https://aburedza.wordpress.com/2013/10/03/sungai-limau-pas-jangan-dipalit-dengan-syiah/

https://aburedza.wordpress.com/2013/10/04/unit-amal-pas-bercalit-pengaruh-syiah/

Doa ketika menyaksikan sembelihan korban

Di petik dari Buku 101 Doa Para Nabi Dan Rasul Dalam Al Quran pada muka surat 59, Karangan Ust Hj Zahazan Mohamed , Terbitan Telaga Biru, Buku setebal 200 halaman ini baik dan menarik untuk di baca. Di dalamnya termasuk diceritakan Khasiat dan Kaifiat beramal dengan doa doa tersebut. DAPATKAN BUKU INI DARI TOKO BUKU BERHAMPIRAN. Terima kasih Ustaz Zahazan Mohamed .

Halaman 59

 

ARTIKAL LAIN YANG BERKAITAN KORBAN

1. https://aburedza.wordpress.com/2011/08/02/bible-pertentangan-fakta-siapa-anak-sulung-yang-akan-dikorban-ibrahim-a-s-ishak-atau-ismail/

2. https://aburedza.wordpress.com/2011/12/17/bible-antara-sulung-dan-tunggal-yang-mana-nak-di-korbankan/

Imam Bukhari: Hadis Aisyah r.a Akil Baligh Petunjuk Umur Semasa Berkahwin

Imam Bukhari: Aisyah r.a Akil Baligh Sejak Abu Bakar r.a  Memeluk Islam.

Scan Halaman 173

Scan Halaman 173

Semasa menekuni kitab  Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid 1 , Penerbit Klang Book Center, Halaman 173, ada sesuatu yang menarik pada hadis nombor 283, terjemahannya seperti berikut:

283. ‘Aisyah r.a, isteri Nabi saw. berkata:

“Semenjak aku tahu kedua orang tuaku telah memeluk Islam, semenjak aku mulai akil balightiada satu hari pun kami lewati, melainkan Rasulullah saw. datang mengunjungi kami di kedua tepi siang, maupun petang. Kemudian ayahku, Abu Bakar, teringat hendak mendirikan sebuah mesjid, maka dibuatnya di halaman rumah kami. Ayahku shalat dan membaca Qur’an di mesjid itu. Мака para wanita musyrik dan anak-anak mereka berdiri di sekitarnya, mereka tercengang melihat ayahku dan memperhatikannya. Abu Bakar, ayahku, seorang laki-laki yang mudah mcnangis dan tidak dapat menguasai air matanya apabila beliau membaca A1 Quran. Hal itu menyebabkan para bangsawan musyrikin Quraisy gempar karenanya.”

 Berapakah umur Ibunda kita Aisyah r.a. ketika itu? Tahun berapakah berlaku kisah itu?

Kamus Pelajar DBP menyebut akil baligh sebagai:

 “cukup umur atau dewasa (mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai umur antara 9 – 12 tahun bagi perempuan dan 12 – 15 tahun bagi lelaki)”.

Tahun berapakah ketika itu?

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w berada 13 tahun di Makkah selepas kerasulan, lalu berhijrah ke Madinah. Baginda berada di Madinah selama 10 tahun sebelum wafat pada umur 63 tahun.

Abu Bakar r.a adalah diantara sahabat rapat paling awal memeluk Islam. Ini bermakna Abu Bakar r.a masuk Islam pada tahun pertama kerasulan atau pada tahun 13 Sebelum Hijrah.

Berapakah umur Ibunda Aisyah r.a  ketika berkahwin dan tinggal bersama serumah dengan Nabi s.a.w? Riwayat sejarah menyebut mereka tinggal serumah selepas hijrah. Ada menyebut pada bulan Syawal tahun pertama Hijrah dan ada menyebut bulan Syawal tahun kedua Hijraah. Jika riwayat mereka mula tinggal serumah selepas berkahwin pada tahun pertama Hijrah, bermakna umar Ibunda Aishah r.a ialah 9 + 13 = 22 tahun, dengan mengambil kira umur paling rendah pada masa akil baligh.

Daripada hadis di atas saya yakin  dan berkesimpulan Ibunda Aisyah tidak berkahwin dengan Nabi s.a.w pada umurnya 6 atau 8 atau 9  tahun tetapi pada umur lebih 20 tahun,

Ikuti  polimik pemurnian usia Ibunda Aisyah r.a  ketika berkahwin dengan nabi  s.a.w di link berikut:

https://aburedza.wordpress.com/2011/07/16/mohammad-habibur-rahman-kandhalwi-umur-saidatina-%E2%80%98aishah-sewaktu-bernikah-dengan-rasulullah-s-a-w/