Siapa calon Pas di Sungai Limau? TG Haji Hadi kata hendaklah yang setanding dengan Tan Seri Dr Azizan. Seram sejuk dibuatnya.
Aku seumur hidup belum pernah TIDAK mengundi Pas. Maknanya belum pernah mengundi selain PAS. Kali pertama mengundi, aku mengundi di Sekolah Kebangsaan Telaga Batu Sik, sekitar tahun 1976 atau 77 atau 78 , dah tak ingat dah. Masa itu aku jadi ketua tempat mengundi. Kali kedua mengundi Pas juga di pekan Baling. Begitulah selanjutnya…
PRU 13 menyaksikan Kedah telah terlepas dari kekuasaan Pas. Allah sahaja yang tahu pedihnya hati ini, walaupun di awalnya telah di jangka. Jangkaan awal kerana isu perbalahan pemimpin Pas Kedah dan isu Syiah di Kedah. Di tambah Mat Sabu pula bertanding di Pendang.
Aku mula mengenali Syiah sekitar 1984 iaitu selepas revolusi Iran. Mulanya aku agak suka dengan Syiah. Kerana itu aku mula membaca segala sesuatu mengenai Syiah. Di celah celah itu Dr. Bidin Yatim pula memberi ( ka memimjam? masih ada dalam simpanan. Dr Bidin pun bukan Syiah, dia suka membaca, tak kira apa) sebuah buku Syiah ” Dialog Suni Syiah” . Bagaimana pun apabila mula mengenali Syiah, kita akan mula berasa ada kepelikan dengan ajaranya. Kerana itu aku mulai kritis dan mencari hujah balas. Sebagai contoh apabila membaca Dialog Suni Syiah karangan ABDUL HUSSAIN, pertama sekali kita pertikai mengapa ABDUL HUSSAIN atau hamba Hussain. Kerana itu aku membaca Suni-suni di SINI. Lama kelamaan aku menjadi benci tersangat kepada Syiah. Sehingga kerana itu aku mula mengumpul tulisan mengenai Syiah didalam blog ini, antaranya di SINI dan di SINI. dan di SINI
Di awal tahun 1980 an, isu Syiah agak terpencil. Sebaliknya pada PRU 13 isu Syiah bukan lagi terpencil, mungkin peranan FB ada disana. Bila Mat Sabu bertanding di Pendang, aku kata lingkup PAS. Sungguh Pas Kedah terlingkup.
Ya aku memang bersangka baik kepada Mat Sabu, kerana tiada bukti dia pengamal Syiah. Aku juga merisik bertanya keluarganya yang dekat, juga tiada bukti ia pengamal Syiah. Bagaimanapun dia terkenal sebagai penyokong Syiah kerana idolanya ialah Khomini yang membenci sahabat dan isteri Nabi s.a.w. Idolanya juga Pemimpin Hisbullah, Hassan Nasrallah. Betul pula dia sendiri mengaku , malah dengan bodoh pula mengatakan isterinya pun gila dengan Hassan Nasrallah.
Siapa agaknya calon Pas di Sungai Limau?
Ada orang melawak, letaklah Mat Sabu, ia setanding Tan Seri Dr Azizan. Aku kata Jangan. Kalaulah Mat Sabu atau siapa-siapa sewaktu dengan nya bertanding, dan aku adalah pengundinya. AKU AKAN PASTIKAN DIA KALAH SEKALIPUN AKU BENCI UMNOBN. Aku akan pastikan saudara terdekat aku, kawan-kawan semua kalahkan Pas.
Sepatutnya siapa masuk PAS sila tingalkan Syiah. Siapa masuk Syiah sila tinggalkan Pas. Syiah bukan mazhab. Syiah adalah agama.
Saya benar benar suka dengan apa yang tuan tulis.. tepat dengan apa yang saya pegang, rasa dan sokongkan…. Sepatutnya siapa masuk PAS sila tingalkan Syiah. Siapa masuk Syiah sila tinggalkan Pas. Syiah bukan mazhab. Syiah adalah agama.
tERIMA KASIH
Betul betul … terima kasih