Imam Bukhari: Hadis Aisyah r.a Akil Baligh Petunjuk Umur Semasa Berkahwin

Imam Bukhari: Aisyah r.a Akil Baligh Sejak Abu Bakar r.a  Memeluk Islam.

Scan Halaman 173

Scan Halaman 173

Semasa menekuni kitab  Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid 1 , Penerbit Klang Book Center, Halaman 173, ada sesuatu yang menarik pada hadis nombor 283, terjemahannya seperti berikut:

283. ‘Aisyah r.a, isteri Nabi saw. berkata:

“Semenjak aku tahu kedua orang tuaku telah memeluk Islam, semenjak aku mulai akil balightiada satu hari pun kami lewati, melainkan Rasulullah saw. datang mengunjungi kami di kedua tepi siang, maupun petang. Kemudian ayahku, Abu Bakar, teringat hendak mendirikan sebuah mesjid, maka dibuatnya di halaman rumah kami. Ayahku shalat dan membaca Qur’an di mesjid itu. Мака para wanita musyrik dan anak-anak mereka berdiri di sekitarnya, mereka tercengang melihat ayahku dan memperhatikannya. Abu Bakar, ayahku, seorang laki-laki yang mudah mcnangis dan tidak dapat menguasai air matanya apabila beliau membaca A1 Quran. Hal itu menyebabkan para bangsawan musyrikin Quraisy gempar karenanya.”

 Berapakah umur Ibunda kita Aisyah r.a. ketika itu? Tahun berapakah berlaku kisah itu?

Kamus Pelajar DBP menyebut akil baligh sebagai:

 “cukup umur atau dewasa (mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai umur antara 9 – 12 tahun bagi perempuan dan 12 – 15 tahun bagi lelaki)”.

Tahun berapakah ketika itu?

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w berada 13 tahun di Makkah selepas kerasulan, lalu berhijrah ke Madinah. Baginda berada di Madinah selama 10 tahun sebelum wafat pada umur 63 tahun.

Abu Bakar r.a adalah diantara sahabat rapat paling awal memeluk Islam. Ini bermakna Abu Bakar r.a masuk Islam pada tahun pertama kerasulan atau pada tahun 13 Sebelum Hijrah.

Berapakah umur Ibunda Aisyah r.a  ketika berkahwin dan tinggal bersama serumah dengan Nabi s.a.w? Riwayat sejarah menyebut mereka tinggal serumah selepas hijrah. Ada menyebut pada bulan Syawal tahun pertama Hijrah dan ada menyebut bulan Syawal tahun kedua Hijraah. Jika riwayat mereka mula tinggal serumah selepas berkahwin pada tahun pertama Hijrah, bermakna umar Ibunda Aishah r.a ialah 9 + 13 = 22 tahun, dengan mengambil kira umur paling rendah pada masa akil baligh.

Daripada hadis di atas saya yakin  dan berkesimpulan Ibunda Aisyah tidak berkahwin dengan Nabi s.a.w pada umurnya 6 atau 8 atau 9  tahun tetapi pada umur lebih 20 tahun,

Ikuti  polimik pemurnian usia Ibunda Aisyah r.a  ketika berkahwin dengan nabi  s.a.w di link berikut:

https://aburedza.wordpress.com/2011/07/16/mohammad-habibur-rahman-kandhalwi-umur-saidatina-%E2%80%98aishah-sewaktu-bernikah-dengan-rasulullah-s-a-w/

4 thoughts on “Imam Bukhari: Hadis Aisyah r.a Akil Baligh Petunjuk Umur Semasa Berkahwin

  1. Masyarakat umumnya mempercayai Ibunda Aisyah berkahwin dengan baginda Nabi s.a.w pada umur dibawah 9 tahun berpandukan sebuah hadis riwayat Imam Al Bukhari seperti berikut:

    No. 1598. Dari ‘Urwah r.a., Nabi saw. kawin dengan ‘Aisyah, ketika ‘Aisyah berumur enam tahun, baru mulai serumah dengannya ketika ia berumur delapan tahun, dan mereka berumah-tangga selama sembi lan tahun.
    – kitab Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid 4 , Penerbit Klang Book Center, Halaman 13

    Pada hadis ini nyata di sebut umur ketika kahwin, berbanding hadis Akil Baligh Aisyah di dalam artikal di atas, tidak disebut secara terus, sebaliknya pengiraan perlu dibuat.
    Perbedzaan kedua, hadis ini bersumber dari ‘Urwah ra sedangkan hadis Akil Baligh bersumber dari Aisyah sendiri.

  2. Pingback: Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi: UMUR SAIDATINA ‘AISHAH SEWAKTU BERNIKAH DENGAN RASULULLAH S.A.W. | Aburedza

  3. assalamualaikum.. Baginda Nabi Muhammad saw menjadi Rasul semasa isterinya, Saidatina Khadijah masih hidup. Jadi, kena kira juga bila Khadijah wafat setelah baginda menjadi Rasul. Selepas kewafatan Khadijah, barulah baginda berkahwin dengan Saidatina Aisyah.. Jadi, pengiraan 9 + 13 tu macam kurang tepat. Wallau’allam..

    • Isu ibunda Khadijah, tidak ada kaitan. Atau Dimana kaitanya?. Pekiraan hanya dari hadis itu, kecuali jika hadis itu tidak tepat. Usia baligh 9 tahun juga dari hadis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s