Jom kita pakat pakat puasa Arafah hari Isnin ini 14 Oktober.
Imam Nawawi meriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a, beliau berkata Maksudnya:
” Rasullulah s.a.w pernah ditanya tentang (keutamaan) puasa hari Arafah. Baginda menjawab, ia daapat menghapuskan dosa tahun lalu dan tahun yang akan datang.”
– Di petik daripada halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi karangan Syeikh Yusuf bin Ismail An Nabhani, Penerbit Telaga Biru.
– Imam Nawawi Lahir 631 H dan wafat 676 H