Taurat dan Injil

QS 4 136

QS 4 136

QS 4:136
[Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.]

Kita diminta percaya dan beriman kepada kitab-kitab terdahulu seperti Taurat dan Injil. Bagaimana dengan al Kitab atau Bible ditangan umat Kristian sekarang?

Sebenarnya kita asal Taurat dan Injil telah pupus. Yang ada sekarang tidak asli lagi.

Bible yang ada sekarang terdiri dari  2 bahagian iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.

Bagi Kristian Roman Katolik Bible mereka mempunyai 73 buku atau kitab, iaitu 46 di dalam Perjanjian Lama dan 27 di dalam Perjanjain Baru.

Bagi Kristian Protestan mereka ada 66 buku iaitu 39 di dalam Perjanjian Lama dan 27 di dalam Perjanjian Baru.

Kristian Katolik menambah 7 lagi buku di dalam Perjanjian Lama.

Lima buah buku pertama di dalam Perjanjian Lama dikenal dengan nama kitab Taurat, iaitu Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan dan Ulangan. Walaupun dinamakan kitab Taurat bukan kitab ini yang perlu kita percaya dan beriman dengannya.

Perjanjian Baru pula terdiri dari:
1. 4 Injil atau Gospel iaitu Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Yohanes. (Anehnya tiada pula Injil Isa!)
2. Kisah para rasul
3. Surat-surat Paulus
4. Surat-surat pengikut Jesus yg lain seperti Yakobus, Yohanes dan lain-lain
5. Kitab Wahyu.

Kita jangan keliru dengan 4 Injil diatas, kerana ia bukan Injil yang dimaksud oleh al Quran. Keempat Injil tersebut hanyalah sejarah hidup nabi Isa sejak di lahirkan hingga mati di kayu salib, mengikut kepercayaan Kristian, kemudian dibangkitkan semula dan seterusnya diangkat ke langit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s