Aku hairan…. mengapa orang masih ada SIKIT rasa sayang pada Syiah. Sekalipun ramai ustaz2 Pas adalah anti Syiah, tapi masih ada orang Pas yang mempertahankan Syiah. Mempertahankan Pas dari tomahan Syiah adalah wajar. Malah mempertahan kan Mat Sabu dari tuduhan Syiah mungkin wajar kerana ia berkait dengan Pas.
Mengapa Pas dikaitkan dengan Syiah? Kerana ada pemimpin Pas dilihat MESRA Syiah, walaupun kita yakin pemimpin itu bukan pengamal Syiah. Rata2 orang melayu menolak Syiah. Mengapa Pas mengambil jalan berliku untuk menjawab isu Syiah, apabila Pas dilihat lebih MESRA Syiah? Masa yang banyak terpaksa diambil bagi menangkis isu ini. Jalan yang mudah ialah Pas jangan MESRA Syiah. Itu sudah CUKUP. Pas hendak undi Melayu atau memilih MESRA Syiah? Memilih MESRA Siyah = menolak undi Melayu. Ternyata UMNO lebih cekap memasang lukah!
Aku hairan…. aku hairan… atas dasar apa depa masih sayang Syiah? JAKIM kata orang Syiah cuma 2000 orang bukan 250000 orang…..
Mengenai isu Mat Sabu dan Syiah, aku kira yang patut Mat Sabu saman Zahid dan KDN. Ini peluang Mat Sabu bersihkan namanya. Bagi aku, Mat Sabu adalah antara orang Pas yang dilihat MESRA Syiah. Aku yakin dia bukan pengamal Syiah, ini pandangan aku sebelum ini. Bagaimanapun apabila KDN dedah 10 bukti tuduhan Syiah keatas Mat Sabu, aku rasa sangat lekeh, cuma satu yang agak teruja aku membacanya. Iaitu seorang saksi melihat Mat Sabu sembahyang berlapik ketul tanah semasa sujud. Ini perlu penjelasan Mat Sabu. Betulkah saksi itu boleh dipercayai? Kalau setakat pi belajar Syiah di hauzah Syiah, itu biasa saja orang menyamar. Macam manapun sangat elok bagi Pas jika Mat Sabu dapat bersihkan nama nya.
Seorang pemimpin utama, ia dalah ikon masyarakat. Najib PM kalau semasa berjoging memakai celana pendek diatas lutut, itu bukan nilai berita. Tapi bayangkan jika TG Nik Aziz, bercelana pendek semasa basuh kereta dirumahnya. Ini nilai berita yang lumayan. Demikian Mat Sabu, apabila ia bercakap… ia akan menjadi nilai berita cukup panas.
Sepatutnya seorang pemimpin, baik UMNO atau PAS, perlu bertidak atau bercakap supaya tidak menjadi beban kepada partinya. Musuh akan menanti masa yang sesuai untuk membahamnya.
Mengenai isu Syiah, sepatutnya Pas yang menyerang UMNOBN kerana kegagalan BN mengawal percambahanya sejak tahun 80an lagi, dan Pas perlu BERUBAH kepada Pas TIDAK MESRA SYIAH.