Sains Membuktikan Al Quran Itu Firman Allah

Sains Membuktikan Al Quran Itu Firman Allah

Terima kasih kepada penemuan astronomi, kesilapan dakwaan alam ini telah sedia wujud sudah menjadi nyata. Kajian ini menunjukkan bahawa seperti mana benda-benda lain, alam ini juga mempunyai permulaan.

Manusia pertama yang membuktikan alam ini mempunyai permulaan ialah pakar astronomi Edwin Hubble. (pakar astronomi ialah mereka yang mengkaji angkasa, bintang-bintang dan galaksi- galaksi). Hubble bekerja dengan sebuah teleskop gergasi. Suatu hari, pada tahun 1929, beliau mendapati bintang-bintang bergerak.

Ia bukan gerakan rawak biasa. Bintang-bintang sedang bergerak menjauhi kita secara berterusan. Di samping itu, ia juga bergerak daripada satu sama lain. Sebuah cakerawala yang semua benda bergerak daripada benda-benda lain bererti cakerawala tersebut sedang membesar.

Hanya seratus tahun dahulu manusia mula mengetahuinya. Hari ini, semua ahli sains bersetuju bahawa bintang-bintang bergerak daripada satu sama lain begitu juga dengan Bumi.

Pergerakan bintang-bintang ini adalah satu maklumat penting tentang penciptaan alam ini. Fakta bahawa bintang–bintang ini bergerak menjauhi satu sama lain, membuktikan bahawa suatu masa dahulu mereka bercantum. Ahli sains menganggarkan 15 bilion tahun dahulu semua jirim di cakerawala ini berkumpul bersama di dalam satu titik sekecil hujung jarum. Cakerawala kita mula terbentuk apabila titik kecil ini meletup.

Sekarang mari kita senaraikan satu-persatu apa yang telah kita perhatikan:

• Bintang-bintang bergerak secara berterusan;

• Bintang-bintang bergerak menjauhi kita;

• Jika masa dapat diundurkan, kita akan melihat bintang-bintang kembali bercantum.

Ia akan berterusan sehinggalah seluruh cakerawala ini bercantum kembali pada satu titik.

Jika kita pergi lebih jauh, titik ini juga akan hilang. Ini bererti alam ini wujud daripada ketiadaan: Allah telah menjadikannya.

(Dia lah) yang menciptakan langit dan Bumi…  (Surah Al-An’am:101)


‘Big Bang’ dan Letupan Cakerawala

 

Tahukah kamu berjuta-juta tahun dahulu cakerawala ini hanya satu titik kecil. Sekarang masanya untuk belajar bagaimana titik kecil ini berkembang.

Berjuta-juta tahun dahulu, cakerawala ini wujud selepas sebuah letupan. Banyak serpihan wujud dengan letupan ini. Serpihan-serpihan ini bergerak dan berselerak ke merata tempat, sama seperti tanah yang berselerak. Kemudian mereka mula membentuk cakerawala dan planet-planet dan lain-lain.

Letupan ini, yang menjadi permulaan kepada penciptaan cakerawala ini oleh Allah, telah dinamakan sebagai ‘Big Bang’. Ketika letupan hebat ini berlaku, alam ini mula membesar dan berkembang, dan ia masih berkembang hari ini.

‘Big Bang’ menghasilkan letupan yang berbilion kali ganda bom atom. Tetapi ‘Big Bang’ sebaliknya memberikan kesan berlainan dan membentuk sebuah dunia sempurna yang tersusun. Dunia yang kita kenali, yang telah direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan kita, wujud selepas letupan ini.

Bagaimana ‘Big Bang’ menghasilkan aturan yang begitu sempurna?

Allah mencipta cakerawala ini daripada tiada melalui letupan ‘Big Bang’. Jelaslah, Allah juga membuat aturan sempurna di dalam alam ini.

Kesimpulannya, aturan sempurna di dalam alam ini membuktikan bahawa ia tidak datang dengan sendirinya. Setiap aturan dan keseimbangan yang wujud di dalam alam ini adalah petanda kebijaksanaan Allah yang tidak terbatas.

 

Maklumat Yang Al-Quran Berikan Tentang AlamSemesta Ini

 

Al-Quran adalah kitab suci Allah yang diturunkan kepada manusia. Ia memberikan maklumat-maklumat paling teliti di dalam semua isu. Kerana setiap ayat Al-Quran adalah Kalam Allah Yang Maha Kuasa. Tetapi, zaman ketika Al-Quran diturunkan, sains dan teknologi tidak secanggih hari ini. Oleh itu, tiada siapa dapat menjalankan kajian tentang maklumat-maklumat yang ada di dalam Al-Quran. Bagaimanapun, hari ini, terdapat kemajuan yang hebat di dalam sains dan teknologi. Hampir semua perkembangan di dalam sains adalah selaras dengan maklumat-maklumat yang Al-Quran berikan. Contohnya, Al-Quran memberitahu kita langit dan Bumi asalnya bersatu, tetapi Allah telah memisahkannya. Di dalam Al-Quran, fakta saintifik ini digambarkan seperti berikut:

 

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan Bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? … (Surah Al-Anbiyaa’:30)

 

Mari kita kaji ayat ini bersama:

• Perkataan langit bererti semua yang berada di angkasa.

• Kenyataan “langit dan Bumi itu pada asal mulanya             bercantum”, menggambarkan semua benda di cakerawala      ini asalnya bercantum.

Akhirnya, kenyataan, “Kami pisahkan antara keduanya”, menunjukkan bahawa cakerawala ini telah berpecah menjadi serpihan-serpihan disebabkan oleh letupan tersebut.

Contoh ini membuktikan dua fakta penting:

• Al-Quran adalah kitab yang diturunkan Allah,

• Maklumat yang diberikan Al-Quran adalah maklumat yang paling tepat. Kerana Allah, Pencipta seluruh alam ini, telah menurunkan Al-Quran, sudah tentu Dia mengetahui apa    yang telah dijadikan-Nya.

 

–          Dipetik secara berpisah-pisah dari Buku Harun Yahya : Keindahan di Langit – Percetakan Advanco Sdn. Bhd.

 

Untuk mudah memahami artikal di atas tonton rencana ini: